Monday, 21 January 2013

Nasi ayam Semenyih


Nasi ayam Semenyih (kedai ni takde nama, rasanya)

Dari Jalan Semenyih, bila nampak Perpustakaan dan Dewan Orang Ramai Semenyih di sebelah kiri, belok kanan di simpan bertentangan. Kedai ni di korner sebelah kanan hujung jalan. Depannya ada padang dan SRJKC kalau tak salah. Nanti kalau rajin saya carikan peta. 

Update: janji ditepati kedai bertanda X

Kedai ada 2 side- 1 side yang kurang popular jual tahu sumbat

Ini side yang popular... tengok dia punya baris!
Ni kalau masuk bertanding pilihanraya nama parti dia BNA- Barisan Nasi Ayam

Saya suka nak panggil nasi kat sini nasi ayam jujur
Sebab masak dia jujur dan ikhlas macam masak untuk keluarga kat rumah
As opposed to orang buat nasi ayam untuk meniaga, tak kisah pun sedap ke tidak

Nasi dia adalah RM 4 sepinggan

Istimewa kat sini sambal dia ada lada kecik
Humangaih sedapnya kalau masa makan tu tergigit sepotong!

Bagi zon selatan dari Kuala Lumpur, saya rasa Nasi Ayam Semenyih ni senang² menang tanpa bertanding
Cuma kami la kena cabut undi siapa nak kena beratur
Ah Poh dengan Padil awal² dah batalkan pencalonan
Hampeh

53 perut lapar:

ZarinAziz said...[Reply to comment]

Kak KOG..mmg betul nasi ayam ni sedap yg spesel sambal dia tu..Kak KOG dah try ke tahu dia mmg mabeles kan..kalau malas masak sinilah saya tuju..tapi tang beratur tu mmg surrender;)

Kakzakie said...[Reply to comment]

Kalau yg suka nasi ayam mesti undi BNA. Nampak ramai yg suka tu..

Anonymous said...[Reply to comment]

Cuma nak tanya..
kedai nie cina ke melayu?.. sbb tengok tangan tukang potong tu.. macam cina jer..

afendi ariff said...[Reply to comment]

Apa pasai entri ni kuar hari ni tp date 18 Jan?
Apa Semenyih lmbt pat ari ker?
Heh!

ciketon fazya said...[Reply to comment]

kalau takat pergi lenggang kangkung pukul 2 mmg tak merasa lah nasi ayam..

# sampai sekarang pun tak rasa lagi :(

tasekM said...[Reply to comment]

Barisan Nasi Ayam.





aku sukeeeee nama tu beb!

.

kucingorengemok said...[Reply to comment]

@ZarinAziz
apa opening hours dia eh, awak tau tak? kot² 10.45 pagi dah terasa nak pegi beratur, hehe...

kucingorengemok said...[Reply to comment]

@Kakzakie
pangkah, jangan tak pangkah

kucingorengemok said...[Reply to comment]

@Anonymous
1- dari tangan saja boleh tentukan bangsa?
2- kalau cina muslim, kenapa?

kucingorengemok said...[Reply to comment]

@afendi ariff
lain time zone... haha, aku dah tukar :p

kucingorengemok said...[Reply to comment]

@ciketon fazya
awak, semenyih dengan dengkil dekat ke? soalan buta mataaa tak nampak jalan di dunia (nasyid skit, kamon!)

kucingorengemok said...[Reply to comment]

@tasekM
ko nak masuk bertanding tak? hehe

sudipVSsenduk said...[Reply to comment]

patah semangat bila nengok org beratur panjang mcm tu... makan tahu sumbat je la

Rapunzeel Cikilolo said...[Reply to comment]

nama kedai tu pun salah satu doa la.

barisan nasi ayam...

berbaris orang kau...

ciketon fazya said...[Reply to comment]

semenyih -dengkil dekat kalau lalu jln kampung belakang bangi lama lengkuk2..haha

makcikkantin said...[Reply to comment]

nampak sedapnyaaaaa...pandai KOG snap gambo...:))

Anonymous said...[Reply to comment]

psstt...gambar tgh beratur kt BNA tu...budak lelaki ke6 dr blkg tu pegang ape...cer teka...kehkehkeh...

Pizli Mat Wazip said...[Reply to comment]

Haah sedap. Kadang-kadang saya order kerang rebus sekali. Saya rasa kedai ni macam setiap masa pun penuh sampai muka tuan kedai macam cakap korang semua boleh tak jangan datang kedai aku? Haha.

littlehumblelynn said...[Reply to comment]

Teringat semenyih!!
Terus rasa x larat nk hdp jammed
Tp tgk ada nasi ayam nih

Adoikkhh
Laporrrrr!!!

Anonymous said...[Reply to comment]

Kedai ni bukak sampai kul 5. Dtg kul 11 mmg heaven xramai. Kul 3 ke atas pun. Tp x janji nasi ayam ada lg ke idak. Cucur udang pun sodap....

ZarinAziz said...[Reply to comment]

Kak KOG..pagi lagi dia dah bukak..slalu nyer time saya hantar anak gi skolah dah TERBAU ayam dia..menusuk betul cacing2 dlm perut ni..hehehe

p/s:dlm pkl 4 mcm tu slalu dah habis kalo ada nasib la tu..oh kerang rebus pon ada tau

sharEna said...[Reply to comment]

eyhh..sgt dekat dgn rumah MIL kite ^^ tp percayalah kite penah mkn sekali aje kt sini dgn habi. tu pon dah 2-3 tahun yg lalu. sbbnya malas nk beratur hihi. kdg adik ipar baik dia tapaukan bwk balik rumah. tauhu tu pn sedap taw!!! ^^ lembut je tauhu nya..tebal..nyam nyamm

Unaizah said...[Reply to comment]

Saya dah penah makan nasi ayam ni. Dulu-dulu time masih bergelar pekerja audit. Memang sedap! Dan memang ramai orang!

Wak Gelas™ said...[Reply to comment]

nasi ayam goreng ada tak kat situ kak? ehHHee

kucingorengemok said...[Reply to comment]

@sudipVSsenduk
haha, aku pun rasa tak bersemangat sangat

kucingorengemok said...[Reply to comment]

@Rapunzeel Cikilolo
tu bukan nama kedai lah, tu kita yang panggil

kucingorengemok said...[Reply to comment]

@ciketon fazya
jalan depan pun siap kena u-turn salah simpang, hehe

kucingorengemok said...[Reply to comment]

@makcikkantin
bukan pandai snap je, pandai makan juga, hehe

kucingorengemok said...[Reply to comment]

@Anonymous
OMYGOD! maafkan daku abang baju biru, tak perasan di situ (dan dah malas nak gelapkan muka/atau tangan dia)

kucingorengemok said...[Reply to comment]

@Pizli Mat Wazip
hahaha, betul betul! memang ada rupa camtu, hahaha, lagi² makcik yang tengah potong ayam tu, "aku takik dengan pisau baru tau!"

kucingorengemok said...[Reply to comment]

@littlehumblelynn
haah, kenapa la semenyih jam gitu gaya? rasa jalan kaki lagi laju

kucingorengemok said...[Reply to comment]

@Anonymous
kena pegi kul 11 la ye... tapi kena hari tak kerja pulak, harap² dia tak cuti jugak!

kucingorengemok said...[Reply to comment]

@ZarinAziz
cacing gelang ke cacing kerawit?

kucingorengemok said...[Reply to comment]

@sharEna
kita dah terkenyang makan nasi dia (nasi portion banyak!) jadi tak muat nak try² yang lain

kucingorengemok said...[Reply to comment]

@Unaizah
jauh awak mengaudit

kucingorengemok said...[Reply to comment]

@Wak Gelas™
tak ada kot

pB said...[Reply to comment]

Laki pB bukan kaki makan. So kalau tempat tu jauh dari Puchong , jangan harap lah dapat rasa


hu hu hu

kucingorengemok said...[Reply to comment]

@pB
takpe, puchong pun banyak tempat best, explore sana dulu kasi habis... tapi kelantan lagi banyak! jelessss!

cikwawi said...[Reply to comment]

saya.. suka.. saya suka nasik ayam!

ok tak bgtau en suami nak mkn nasik ayam kat semenyih?

azeanty anuar said...[Reply to comment]

Saya yg duk semenyih pon jarang pg keai nie... =)

yayayuyu said...[Reply to comment]

slalu lalu kat kedai nie..spupu pun ckp kedai nie nasi ayam terbaik..tapi syg xpenah nk singgh. sbb lalu pun kul 5 ptg..ehem bila tgk nie rase nk terbang ke smnyih..sedapnya............................................................................

kucingorengemok said...[Reply to comment]

@cikwawi
try la... tapi kalau dia malas beratur kena ready beratur sendiri ye :)

kucingorengemok said...[Reply to comment]

@azeanty anuar
kena gigih dan bersungguh nak beraturnya, hehe

kucingorengemok said...[Reply to comment]

@yayayuyu
kul 5 petang kat semenyih tu tinggal trafik jem je

Unaizah said...[Reply to comment]

KOG, dulu time keje 1 Malaysia saya round gi audit stor 7-11 :-)

Anonymous said...[Reply to comment]

kedai ni dah lama sebelum tahun 1990 lagi dah ada...terbaik

Nurez Amani said...[Reply to comment]

assalamualaikum..
boleh saya dapatkan contact number tauke kedai ni tak ? hehe..macam best je nak bt story nie :D

Grandna's said...[Reply to comment]

Makcik yang potong ayam tu melayu la. Mungkin atok nenek dia chinese look...tu yang muka makcik ni anak beranak semua sama je chinese look...BTW its all halal...dont worry..Dh berpuluh tahun berniaga disitu...

azizi zainal said...[Reply to comment]
This comment has been removed by the author.
nasilemak heejau said...[Reply to comment]

kedai org melayu islam :)

Tauhu & cucur udang pun sedap

Anonymous said...[Reply to comment]

Yup,that right..my granny mix chinese,tp dont wory smua halal

Anonymous said...[Reply to comment]

thanks yg support nasi ayam semenyih too okeyh..

Anonymous said...[Reply to comment]

Oregon Rams (Pacific Time Frame Zone web marketers).
In fact, a great many goal-based writings are geared towards improving
businesses at the bottom line in terms of increased
efficiency, increased productivity, etc. in China but there is
an ongoing debate over whether the first casinos began in Ancient China or the Nile Delta.


Also visit my homepage ... agen bola tangkas ()