Thursday, 27 December 2012

Makan halal di Amsterdam- 2


Catatan perjalan Ah Poh, Padil & kenek²-la-odeng
Doner Kebab Oude Hoogstraat

Dalam kelaparan dan separa tidur sebab kat Malaysia dah pukul 12 tengah malam, terlupa nak ambik gambar nama kedai. Tapi kedai ni corner lot di persimpangan Oude Hoogstraat dan Bethaniendwarsstraat (cuba sebut laju² 40 kali).

Dari arah Damrak, akan jumpa Coffeeshop Free Adam ni dulu (ada di Google Map)
Kalau guna street view, jalan ke depan sikit boleh nampak kedai corner lot dinding putih

Papan tanda kedai kebab corner lot berdinding putih




Ayam goreng versi bukan nasi, boleh mintak tukar
Seperti biasa kentang makan dengan sos tomato
Sos cili masih dilupakan dalam beg

 
Ayam goreng dengan nasi
Nasi dia beras panjang dan wangi, sedap... Ayam pun rangup dan panas
Jari² tak berapa runcing menagih simpati nak makan ayam goreng
Tapi malangnya belum cukup umur, dapat jamah nasi je

 Kedai ni tak panggil chicken sate, dia panggil chicken stick
Sudu dan garfu dia agak panjang jugak la
Di kedai ni kuah/sambal kena caj, tak free macam Oriental Grill 

 Setengah ekor ayam panggang, tak perlu kongsi kalau kelaparan

Untuk BaLiTa yang lebih mengantuk berbanding orang dewasa
Dan mogok tak nak makan nasi atau kentang atau ayam
Boleh bagi makan donat warna pink

Lepas makan, kalau nak basuh tangan, sink dia di celah² sikit dan betul² sebelum tangga untuk turun ke basement yang sangat curam. Tuan kedai tak bagi dukung budak kalau nak pergi sink. Tempat nak pijak pun memang muat² kaki je. Jadi dengar la cakap tuan kedai. Tuan kedai dia rupa macam adik beradik. Atau mungkin kembar. Mereka pengamal sunnah nabi, senyummmm je. Semoga murah rezeki :)

14 perut lapar:

bujal X said...[Reply to comment]

tahukah anda,saya sedang merindu.(2)

kucingorengemok said...[Reply to comment]

@bujal X
awak senyap lama sangat! (2)

Uncle said...[Reply to comment]

Balik la...orang kampong dah tunggu!

Sharz said...[Reply to comment]

arghhh!!menyelerakan!!

tasekM said...[Reply to comment]

comeynya jari kenek2lah odeng tu..



.

Rapunzeel Cikilolo said...[Reply to comment]

weyh. aku pun suke ayam goreng gak. lagi2 drumstic

kucingorengemok said...[Reply to comment]

@Uncle
tunggu orang ke tunggu souvenir?

kucingorengemok said...[Reply to comment]

@Sharz
ayam goreng macam best kan

kucingorengemok said...[Reply to comment]

@tasekM
jari demok!

kucingorengemok said...[Reply to comment]

@Rapunzeel Cikilolo
tapi dia orang makan dengan sos tomato, turun sikit la markah, hehe

Insyirah said...[Reply to comment]

Wahhh...dah mcm blog Rasa Halal Antarabangsa :))))

kucingorengemok said...[Reply to comment]

@Insyirah
kedip² mata ala² he-li-za-hel-mi ;)

Faisal Zakaria said...[Reply to comment]

ah poh family elit laaaaa.... jalan amsterdam uols. untunglaaaa family elit, kita ni marhaen data plan pun takdeeeeeee........ :)

kucingorengemok said...[Reply to comment]

@Faisal Zakaria
pakai hp apa? 3210?