Wednesday, 30 November 2011

Tinseltown

Tinseltown- American Diner & Milkshake Bar
57, Westbourne Grove, London
Stesyen terdekat: Bayswater

Oreo milkshake



Buffalo wings with blazing hot bbq sauce
Beriya dia kasi nama "blazing hot", sebenarnya pedas²-mat-saleh je, hehe

Lamb chop

Sesiapa yang "tersesat" ke London boleh lah jjcm (orang Malaysia nak buat apa lagi, jjcm je la kerjanya) ke sini, recommended. Harga lepas convert lebih kurang macam makan kat tempat² sekufu TGIF atau Chilli's. Lagipun Tinseltown ni tak berapa jauh dari Malaysia Hall (ini lain kali cerita), boleh jalan kaki. Tapi kalau pancit jangan saman kita orang.

Tuesday, 29 November 2011

Tarbush


Tarbush ada di Bukit Bintang, Star Hill, Sunway Pyramid dan Batu Feringghi


Biryani

Lamb maklouba-
a famous middle eastern home cooked rice served with eggplant and lamb chunks (dia kata dalam menu)
Oh oh ohhhh, tahu apa yang paling sedap? Eggplant!
Sesungguhnya tak pernah rasa sayur sedap macam gini
Dah la saya yang cakap, dah la letak sebelah dengan kambing pulak tu
Cekut terung tu sikit² nak makan dengan tiap² suap nasi, berjimat biar lambat habis

Mixed grill... yang ini pun makan sambil menitik air mata
Sebab sendiri tak orda, jamah orang punya, segan nak over²
Kambing kofta dia adalah terbaik!

Balik semua orang senyum macam unta kenyang
Bonggol unta tengah belakang, bonggol kita orang belah depan, haha

Berapa kilo agaknya berat naik kalau dapat makan kat Morocco ye?

Tuesday, 22 November 2011

Le Pain Quotidien


Le Pain Quotidien (maksudnya "daily bread", takde siapa² yang sakit)
48 & 49, The Market, Covent Garden Piazza, London
Stesyen terdekat: Covent Garden

Orang cina guna mangkuk minum teh, orang inggeris terasa inovatif guna mangkuk minum kopi
Suka kau la labu

Meja² di kedai ni katanya (entah mana saya baca, belakang resit kot) adalah bekas lantai keretapi zaman dulu...
Agak² K-T-M ada lantai tak pakai tak? Nak buat pintu kabinet dapur kat rumah, haha!

Sejuk² boleh teringin nak kopi o peng, boleh?
Tapi dia orang letak sikit je aisnya, takut customer kena demam kura agaknya

Scrambled egg and mushroom

Monday, 21 November 2011

Hummingbird Bakery


155, Wardour Street
Soho, London
Stesyen terdekat: Tottenham Court Road




Lembuuuut dan sedang² saja manisnya, toppingnya rangup di luar creamy di dalam
Kek red velvet yang saya biasanya agak skeptikal nak makan pun boleh buat jatuh hati

Satu lagi cawangannya di 133, Portobello Road, Notting Hill
Stesyen terdekat: Notting Hill Gate
Tapi cawangan yang ini kecik dan sempit dan Portobello Road tu sendiri penuh sesak, terutama hujung minggu

Saturday, 19 November 2011

Krispy Kreme's caramel freeze


Caramel freeze, kot, nama dia
Uh-uh-uhhh *kejam mata, geleng² kepala* lazat

Kenaboi


Overdose asam boi
Incidentally, korang tau ada tempat nama Titi? *kita baru tau*

Friday, 18 November 2011

Jiran



Jiran yang blok mana entah, yang tingkat berapa entah... muncul depan pintu saya dan hulur sebungkus air dan sepaket tahu sumbat. "Aku baca kat blog, ko teringat² teh ais mamak, tu la aku belikan," dia kata. Terharunya. Sweet kannn! =) Jazakallah.


Thursday, 17 November 2011

Fun fund raising campaign

-in aid of Thai floods victims

In collaboration with Malaysian Red Crescent Society, O-Shima Restaurant will organize a Fund Raising Campaign for Thai Floods Victims from 22nd Nov to 4th Dec 2011. During campaign period, 8% from our sales will be channeled to Thai Floods Victims through Red Crescent. In addition Red Crescent will also open a booth to sell their charity merchandise. Come and support this activity, you can enjoy eating good Japanese foods, and 8% from your bill (no extra cost to you definitely) will go to the victims. If you don't want to eat, you can also donate to Red Crescent donation box directly. The donation box will be here for the whole campaign period. Help us by telling everyone on your friend list. Any inquiry you can call Mrs.Hanim at 0176619335. See you there.


Ayam penyek Serdang


Gerai ayam penyek, somewhere in Serdang (tak tau apa nama tempatnya- input please, Ah Poh/Nuseiba)
Tahukah anda- Serdang berada dalam kawasan majlis Subang Jaya? Macam jauh no je konarnya kan?


Ayamnya fresh sebab kita orda baru dia goreng... tapi jadi lambat sikit lah

Dah tak berapa ingat rasanya, tapi yang saya ingat- pedaasss!

Wednesday, 16 November 2011

Masjid Besar Paris II


Masjid Besar Paris [klik sini untuk part I] adalah satu tempat yang sangat indah dan saya kira macam santuari pada muslim kat sana. Suasana di dalamnya hidup dengan ramai anak muda duduk mengaji atau baca buku, dan kumpulan-kumpulan wanita belajar ugama. Mengagumkan, kerana saya singgah pada waktu bekerja di hari bekerja.

Taman dalam kompaun masjid dijaga bersih dan sungguh nyaman

Tenang

Aman

Mengharukan

Semoga Islam terus berkembang di Paris-Perancis-seluruh Eropah
Amin

Masjid Besar Paris I


Grand Mosquee de Paris
2, Bis Place du Puits de l'Ermite, Paris
Stesyen Metro terdekat: Place Monge



3 Abdul



Klik untuk besarkan peta laluan dari stesyen metro Place Monge ke masjid-

Tuesday, 15 November 2011

Buah


2 biji 1 pound... murah kan?!
Untuk duit dia le, jangan gi convert RM pulak
Buah ni kat sini rasanya 1 kilo RM9



Sup tulang



Nota kaki bertulang untuk diri sendiri, rujukan raya korban tahun depan, hehe:
* Daging/tulang + bawang putih + halia + sup bunjut + chicken cube = rebus 2-3-4 jam
* 1/2-1 jam akhir merebus, masukkan kentang
* Letak sebatang sudu masa rebus supaya air tak meruap keluar periuk
* Tak main tumis² pun lemaknya melekat² kat bibir lepas makan, ni kan pulak kalau tumis dulu
* Hidang panas² bila semua orang dah duduk di meja, kalau sup dah sejuk hatta suam sekalipun, lemak dah mula berkepuk² tak boleh dimakan
* Tabur daun sup, bawang goreng (cap Maju Limbat sedap, tak macam makan straw/lilin goreng)
* Sambal kicap mau lebih!