Monday, 31 October 2011

Chillies Tandoori

Cari makanan halal di London adalah kerja mudah. [Nota- rasanya akan ada banyak entri bawah label ni dan mungkin tak berkesudahan sampai tahun depan. Agak-agak rasa muak, saya mintak maaf dulu, hehe].

Ulang balik. Cari makanan halal di London adalah kerja mudah.

Kedai halal macam ni ada hampir di mana-mana

7B-7C, St George's Circus
Lambeth, London
Stesyen terdekat: Elephant & Castle/Lambeth North



Beriani kambing

Beriani ayam tikka

*

Mutiara kata hari ini-
Berkawan berpada-pada, bermusuh jangan sekali

Sekali bermusuh hidup takkan aman di mana-mana
Daun ketumbar :|

Friday, 28 October 2011

Assalamualaikum


Ya, saya masih wujud.
Ya, saya sedikit sibuk.
Ya, saya tak berada di tanah air.

Perkara pertama saya beli sebaik tiba Heathrow Airport [tagged: Georgie]
Sekarang Deris pun dah suka makan Nik Naks

Ada masa kita cerita lagi :D

Monday, 17 October 2011

Kebang ke hulu

+ Kebang apa?
- Apa??
+ Apa maksud kebang?
- Mana ada perkataan kebang, mana you dengar?

*Kuatkan radio SM Salim tengah menyanyi*---
Datuk laksamana, datuk laksamana kebang ke hulu
Belayar kapal, aduhai sayang, belayar kapal membawa dagang
Bagailah mana, bagailah mana kapal nak lalu
Kuala sudah, aduhai sayang, kuala sudah dilingkung karang

*Jelingan tajam menghiris*
- Samdolnya you ni. Dia ke Bangkahulu. KE! Bang-ka-hulu.
+ Ooo, ye ke? :|

Kaahkahkahhh(jangan terlupa bernafas)kahkah
Teringat sebab tengah musim makan kuih baulu

Walaupun dibalut elok, kalau dilanyak kuat sangat dia ranap juga
Tapi isi masih steady, senang pulak nak capai

Incidentally, ada juga kuih nama kuih bangka hulu

Friday, 14 October 2011

Lagi rambang

[1] Coconut shake
Sedap tu sedap, tapi ada sikit perasaan macam minum kuah masak lemak

[2] Serunding kelapa rasa 1
Seperti dalam entri serunding kelapa dua rasa

[3] Ditebuk tupai
Kredit gambar pada Yohanis

Thursday, 13 October 2011

Breakfast of champions

Acara gambar pelbagai diteruskan lagi, tema makan pagi

[1]
Pemberian jiran sebelah

[2]
Sarap di PD

[3]

[4]
Sihat² Malaysia

[5]



"Breakfast of champions" sebenarnya:
- kopi dan rokok, atau
- arak/alkohol, atau
- perkara² yang tak sesuai dijadikan sarapan, dan
- tajuk buku Kurt Vonnegut
- sekian siaran pendidikan hari ini

Wednesday, 12 October 2011

Macam² ada

Lagi koleksi gambar² rambang (eh, rambang ke rawak?)

[1] Buka puasa

[2]

[3] Rezeki masing²

[4]

[5]

[6] Ini sate perut, yang ada 'bulu²' rupa macam tuala mandi tu babat

[7] "Sate perut dengan sate babat tak sama, tahuuu!"
Kata pakcik janggut lobang

Tuesday, 11 October 2011

Tak kick

*Duduk diam² termenung kat tangga cari kick*

-
-
-

Sebelum blog ni kena bom sebab lama tak update, letak je la gambar apa² kan

[1]
Jalan P Ramlee 1 hari sebelum cuti raya
Best main galah tengah jalan

[2]
Terima kasih

[3]
Bunga tayar

[4]
Kucing² abah comel, macam anak² abah juga

[5]
Sebab tayar spare dah jadi bunga, re: [3]

[6]
Umpan duit

[7]
Kedai kakak Upin-Ipin

[8]
Kereta bersih untuk dijual

[9]
Baik² kena pedajal jiran kalau gambar tercicir depan lif

[10]
Grobok lauk motif kereta bomba

-
-
-

Ha? Haa? Sudah rasa?!

Thursday, 6 October 2011

Lauk senang

Drumet dengan lada kicap

Tak memasal gambar drumet pun nak fokus dekat² kan
Pemuasa² sunat sekelian, jangan sumpah saya :|

Kicap + lada kecik + gula sikit buat lawan pedas lada tu
Kata kawan saya, kalau makan takde kicap nasi tersangkut kat tekak

Kicap terbest dalam dunia

Asal usul kicap terbest dalam dunia

Wednesday, 5 October 2011

-

Malas update blog. Adakah satu penyakit menular? Bincangkan. (25 markah)
Soalan Sains SRP tahun 1985.

Tuesday, 4 October 2011

MFM: pesanan khidmat masyarakat

Adalah air yang bernama agak gempak, tapi saya rasa 7-up campur sun-quick
Menyegarkan la tapi

Kalau makan berdua jangan gatal orda seafood platter
Orang tamak selalu rugi makan tak habis

Monday, 3 October 2011

Brownies kukus

Segmen orang memberi kita merasa :)

Kartika Sari yang berasal dari Bandung

Lembut, lembab dan rasa pahit-manis koko, nyum!

Sunday, 2 October 2011

Oren

-

-

Nak buat kek oren
Tak berapa jadi la, tapi
-

Saturday, 1 October 2011

Minum sambil menunggu

Kali pertama Ah Poh Jr naik kapal terbang, dia asik tanya, "Dah nak jatuh ke? Dah nak jatuh?"
Agak² mesti ramai orang tepi² yang rasa nak baling budak tu keluar tingkap, keh keh

Dia maksudkan, dah nak turun ke? (agaknya la)
.