Friday, 26 August 2011

-

Salam Aidilfitri
Mohon ampun & maaf
Atas salah silap/terlebih kata/terkasar jenaka

☺☺☺
KucingOrenGemok dan barisan pelakon² tambahannya

Lunyai

Sebulan kerja berat secara intensif
Dan sco-tch-bri-te okkk, bukan jenama gi-ant harga 70 sen

Err, tak tau apa moralnya di sini, saja tayang span basuh pinggan :)

Thursday, 25 August 2011

Jualan penghabisan stok


Inventori peti sejuk, 25 Ramadhan:

- baked beans 1/2 tim
- bubur sum-sum 2 potong
- caramel cheesecake 2 gigit - sedap macam nak fengsan, dah beriya makan 2 potong, tiba² tinggal 2 gigit yang last rasa muak, ngada kan?
- nasi goreng 3 sudu
- nasi putih 3 sudu
- nugget 1
- amm 1
- kuah pecal
- bubur jagung manis
- matcha puding 1
- kek peanut butter 2.5 potong

Huwaaaa, sapa nak ngabiskan semua ni? Dah la secoet² je tinggal. Lagi 1-2 hari nak tutup kedai dah. Takkan nak bawak balik kampung nugget sebijik? Saja nak jadi bahan depan kakak ipar la kan.



Percubaan melicinkan freezer-

Nasi goreng jagung manis (dah 6 bulan beli, haha!) campur daging kisar dengan drumet sebijik sorang
Pastu ni pun tak habis dan join list inventori di atas

Pembaziran oh pembaziran...

Tuesday, 23 August 2011

Makan cili

David Rossi membaca status orang di fb

Buat saya rasa segan ada blog... -siapa nak tahu kau makan apa hari²?
Mula muhasabah diri dengan topik ringkas 'apa gunanya aku ada blog?'
Haaiihhh :|

.

Dan ini, jadual harga setem KHAS UNTUK SEORANG KAWAN, you know who you are ;)
-

Monday, 22 August 2011

Entri jiwa rusuh


Haru pagi semalam
Pemergian seorang tokoh yang hebat, Azizi Haji Abdullah
Hati rasa gundah sepanjang hari



Haru malam semalam
Set alarm pada telefon 4.50 pagi
Pukul 10.45 dah tertidur
Tau² dengar bunyi alarm dah 5.15
Wah penat habis la, entah berapa kali tekan snooze button

Dengan mata melekat terus berkawad ke dapur
Jeling sekali jam kat dinding, 11.15
Hah?! Undur balik... betul lah 11.15 - malam!

Cek balik telefon
11.15 1 sms dari Yohanis- Wak! Berat kita naik 500g!
Cisss, bunyi sms rupanya, bukan bunyi alarm
Samdol la kau, Yohanis
Lain kali nak komplen berat naik, pagi² sikit ye ;p

Nasib baik tak terus goreng ikan pukul 11 malam kan



Haru pagi tadi
4.50 pagi (yang ni betul² pagi)
Di luar rumah riuh dengan jerit pekik
Ada orang bertakbir

Jenguk ke luar tingkap
Ramai lelaki arab berkumpul
Masing² nyata dalam kesukaan
Bintik pun ada, berpeluk² dengan kawannya
Sambil menjulang bendera Lib-ya
Kegembiraan mereka mengharukan

Mereka dah menang
Merdeka dari dijajah bangsa sendiri
Kita bila lagi agaknya

Saturday, 20 August 2011

Serunding kelapa dua rasa


1 biji kelapa parut - sangai sampai berkirai, angkat dan ketepikan
garam, gula, air asam jawa

Kisar halus:
5 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
1 paket udang kering
5-10 biji cili api
kunyit hidup
serai

Bahan tambahan untuk rasa 2:
5-7 sudu besar lada boh
3 sudu ketumbar kisar
1/2 buku gula melaka

Kaedahnya:
Rasa 1
- Tumis bahan kisar
- Campur garam, gula, air asam jawa
- Masukkan kelapa, kacau hingga kering
= Jadi warna kuning tua

Rasa 2
- Tumis bahan kisar dengan lada boh dan ketumbar
- Campur garam, gula, air asam jawa dan gula melaka
- Masukkan kelapa, kacau hingga kering
= Jadi warna coklat (macam gambar di atas)

Friday, 19 August 2011

Persoalan hidup

Gambar kek lapis sarawak yang tak pasal²
Tak guna butter 'cap tong' kot, sebab tak berapa lemak



+ Kita tak boleh tidur lepas subuh tu kan, yang boleh tidurnya bila?
- Tak boleh tidur.
+ Ye la, lepas subuh tak boleh. Tapi bolehnya bila? Lepas syuruk ke, lepas masuk waktu dhuha?
- Tak boleh tidur! Tak boleh tidur!! Nak tidur time zuhur nanti.
+ Ooo, ye ke? (nada kecewa)
+ --
+ --
+ Tapi kalau TERrr-- takpe kan?

Haha. Naaaak jugak tidur kan sebenarnya?!

Thursday, 18 August 2011

Gambar lama, gambar baru dan perempuan berseluar katok


Dulu² jarang orang ambik gambar makanan dan upacara² makan sebab sayang filem kodak
(Kalau guna konica/fuji murah sikit... tetiba)
Ni ada sikit gambar lama yang saya jumpa

Kawan saya, Cik Yam
Tengah makan begel di sebelah tong sampah di tepi terusan di belakang youth hostel di Amsterdam
Apa kerja makan kat tepi tong, tak tahulah

Nasi ayam saya yang pertama
Pada titik dan saat inilah berputik permusuhan abadi saya dengan daun ketumbar
Tu yang terapung dalam sup yang rupa air bilas baju tu daun ketumbar la, masa tu saya mati² ingat tu daun sup
Nasi ayam saya hari ni adalah 125 kali lebih baik dari yang mula² dulu

Dapur yang dikongsi dengan tuan rumah (mat saleh)
Sakit kepala tengok dapur berselerak macam ni
Satu²nya perkakas milik saya adalah periuk nasi putih

Persediaan nak buat ayam panggang
Periuk besar bukan saya punya

Ayam panggang yang marvellous, serius sedap!
Semua orang puji²... hingga lah sorang kawan saya si spoiler kata, "Kenapa ayam ni terponggeng?"
Dan bertepatan juga dengan Murphy's Law, wajiblah resepinya hilang

Lauk raya saya yang pertama - percubaan yang gagal
Kawan² saya senyum² tanya, ni rendang ke lauk apa ni?
Diam lah!

Gambar baru- periuk nasi putih yang dah berumur 17 tahun, berdano dan berkarah, teheheee
Tapi masih terus berjasa dengan cemerlang- promosi free jenama National/Panasonic
OK la, OK la...kejap lagi saya gi sental dengan clorox

Dan ini gambar feeling² nostalgia
Sesiapa yang berkenaan, sila tag diri masing² ;)

Wednesday, 17 August 2011

Buka yang biasa²

Di kala orang dah start rahat buka di hotel, kami masih dengan lauk macam ini

Clockwise from top:

Broccoli goreng
Hasil campuran pelbagai benda tak habis hari² sebelum- ikan kering bulu ayam dan nugget, disiat kecik². Kes sayang nak membazir. Ya, saya kedekut.

Ikan masam manis
Lauk wajib Deris. Dulu² amm, tahun ni kononnya nak sihat sikit, makan imm.

Nugget
4 ketul je, cukup.

Popia otak²
Inti otak² dia tak sambil lewa, betul rasa macam otak². Stok ambik dari Johor. Terbaik!

Tuesday, 16 August 2011

Roti naik

Sebijik (sebungkus) $3.50

Saya suka beli kalau orang kat kampung buat dalca, syok gila buat cecah

Baunya oh-mak-aaai!
Dan atas yang kuning² sikit tu sangat sedap rasa lemak masin mentega
Sayangnya (atau nasib baik juga) saya tak tahu buat dan cuma dapat makan kalau balik Johor

Monday, 15 August 2011

Ulangan Selera Siddique

Idea tak mari
Buat siaran ulangan boleh?

Selamat membaca ;)

ps: jawab komen kejap lagi ye!

Saturday, 13 August 2011

Friday, 12 August 2011

Payung


Di satu pagi selepas hujan
Mat bulu dada Kawan saya melintas
Dia berhenti
Dia gostan balik
Pandang²

"Ni apa ni?"
"Payunglah!"
"Ooo --- petang² kau jual kuih buat buka puasa ye?"










"Ye la, ye laa, payung aku besor" :p

Thursday, 11 August 2011

Deris buat sirap bandung soda yang paling sedap dalam dunia


Ramuannya:
Sirap secukup rasa
Susu cair 2 tin
Aiskrim soda F&N 1 botol besar
(kalau cap lain ada risiko untuk tak kick)
Air batu banyak²

Sirap + susu cair + air batu, kacau perlahan². Tuang aiskrim soda slow² sambil terus kacau supaya tak berketul. Kalau boleh jangan terus minum- biarkan air batu cair sikit supaya kurang manis. Selamat maju jaya.

Minum kat besen pun besen la beb!

Amaran huruf kecik: Sangat sangat berkesan untuk menaikkan kembali berat badan yang dah susut sikit lepas hampir 2 minggu berpuasa... tried and tested >:)

Wednesday, 10 August 2011

Contoh


Entri pilihan hari ini: Setahun Sudah Berlalu

Jadikanlah contoh.

Dalam kesibukan cek minyak babi dalam kopi, kadar peratusan alkohol dalam barbican dan telur ayam ada terlekat tahi ke tidak (kang kasi telur tiruan bebas-najis pun korang marah jugak), cek² la juga rokok masing² ye, ada fatwa kata haram ke tak.

OK, bang? Selamat beribadat, wasalam.

Idea


Sardine in salty sweet soya gravy

Potato salad with crispy anchovies, chillies and lightly bruised onions

Served with silky white rice and red hot diced chicken

(Nama menu ala-coffe house tiru idea CikEton, haha)

Tuesday, 9 August 2011

Serundang Rombau

Sambungan cerita semalam
Gaya macam okaaaaayy la kan
Tapi lepas serundang percubaan (tapi yo-oh buat sampai 2 ekor ayam!) saya direview
oleh Rombau dan keluarganya
Mereka 'balas' dengan item yang ori

Cuba tengok ni-

Garing dan mantap dan tiada tandingan

Sebelah-menyebelah
Huwaaaaaaaa, gua malu beb!

*

Mak Rombau kata tak cukup santan
Dan saya agak, tak cukup godak juga
Apakan daya makcik, tangan kananku hanyalah satu dan tak boleh ditukar ganti
*Air mata menitik*

Monday, 8 August 2011

Projek

Projek penghujung Syaaban
Percubaan membuat rendang
Orang Rombau punya resepi

Saya dah rasa yang original dari Rombau
Sedap sampai menangis
(ha ha)

Ciri² penting -
Ayam 2 ekor, santan 2.5 kilo;
Kacau sampai tangan ayam berderai
Ramuan rahsia - minyak serai wangi atau pati halia

Kawan saya (si Rombau tu la) kata, dia letak kentang
Bila kuah pekat, dia angkat kentang dan sikit ayam dan buat lauk berkuah... saya pun tiru

Gambar tak berapa nak fokus sebab kamera dah kondem lepas moncongnya ditonyoh atas santan menggelegak

Deris kata sedap
Eh tak, dia kata bahaya
Bila dia kata bahaya, maksud dia sedap-
Bahaya sebab dia akan makan banyak

.
.
.

Masa ni dah lebih kurang 2 jam menggodak
Sorang² ye, takde bergilir dengan sesiapa
Peluh dah menitik² (tu pasal sedap kan!)
Bahu dengan lengan pun dah tak berapa berasa
Diasak perasan nak give-up sebab 'bila-nak-rupa-rendang-kawan-aku-ni'
Rombau buat tak rupa macam gini!

Akhirnya, lepas hampir 3 jam menghayun senduk, saya surrender
Ikut hati nak teruskan lagi, tapi fikir² balik-
Kalau tangan terlucut dari soket, nanti nak makan rendang kena pakai tangan kiri, tak ikut sunah pulak

Saya panggil SERUNDANG- sebab rasa macam rendang, rupa macam serunding
Boleh hidup la kot, tak kick macam Rombau punya
Tapi tak juga sampai tak boleh dimakan

Dibagi²kan untuk Ah Poh, kawan² dan stok bulan puasa

Dan malam itu terjadilah 2 babak adegan air mata dan 6 keping koyok sepanjang lengan kanan
Oh haa... minyak serai/halia tu guna buat gosok tangan, bukan masuk dalam rendang

Sunday, 7 August 2011

Nougat


Segmen orang memberi kita merasa

Paling syok

Sayang nak makan :)

Thursday, 4 August 2011

Mangkuk

Segmen orang-memberi-kita-merasa
Nasi dagang dari Sayba :)

Dulu² sebelum wujud bekas² tipuware (bekas plastik putih yang basuh 2 kali wajib kopak kat tepi tu), kalau nak beri makanan pada jiran², orang biasa gunakan mangkuk pyrex. Malu kot nak beri dalam mangkuk corak bunga kangkung. Mangkuk kangkung ni masa tu orang buat pakai basan je, sekarang dah kategori barang antik.

Kalau beri pada jiran bukan Islam, dia orang dah tahu- pindahkan makanan ke mangkuk sendiri, pulang mangkuk kita tanpa perlu basuh. Pandai jiran² saya, tak payah ajar. Kalau dia orang pulak nak beri makanan pada kita, dia bagi makanan² dalam tin- laici ke, air kotak satu karton, coklat. Baik jiran² saya.

Kalau nak raya jiran kami biasa beri ayam hidup 2 ekor (dia tauke ladang ayam). Bapak saya sembelih sendiri. Kemudian mak masak kari. Dan pass semula atas pagar pada jiran yang beri ayam, dan agihkan pada jiran² lain juga. Muhibah je kan. Takde pun kena tunggu kerajaan ajar konsep² ni semua.

Terkeluar tajuk pulak.

Merujuk balik pada kisah 'tak payah basuh bekas'. Deris cerita. Masa makcik sebelah rumah kasi lauk pada budak² bujang rumah sewa dia dulu, ada sorang mangkuk kawan dia tak kasi basuh mangkuk makcik tu sebelum pulang. Budak tu kata, kalau nak pulang dengan isi (orang kata 'balas') basuh la dulu, of cos. Tapi kalau nak pulang kosong, kekdahnya tak boleh dibasuh mangkuk tu. APAKAAAAAHHH??

Apasal pulak tak boleh basuh dulu? Adat apa ni? Pemalas kot, sebenornya?

Ada sesiapa lagi pernah dengar ilmu tak masuk akal macam ni? Dan soalan paling penting, agak² berapa kali perkataan mangkuk disebut dalam entri ni? Hee.

Wednesday, 3 August 2011

Air


Nak dekat 10 tahun dulu
Di gerai begel tepi 7-Eleven Melawati
Saya tengah tunggu begel, didatangi budak kedai

"Nak air tak? Kita ada jual air jugak"
Memandangkan kedai dia sangat basic
Saya tanya air apa yang ada

Dia kata-
Air panas
Air sejuk
Air teh
Air sirap
Air botol
Air... aiii...
I love you

Dan buat muka terperanjat laju²

Choi!!

Tuesday, 2 August 2011

Sardin masak kicap

Sedap-sedap-sedap!
Ilmu dituntut dari Cik Kazaztan
Tak tau pulak sardin boleh masak kicap ye, ingatkan sardin masak sardin je la
Cuma terlebih minyak, lain kali kena goreng kentang asing, dah lembut baru campurkan

Satu entri malas dibawakan oleh KOP!
(kucingorenpuasa) :D

Monday, 1 August 2011

Bib

Beriya kata nak terus cerita pasal makan, kan?
Pastu takde idea

Tunjuk gambar tudung comot je la
Bukan gambar baru :p