
Sempena tibanya Ramadhan, saja syer [lagi sekali] link² berikut:
Dan sesiapa nak bersedekah pada anak² yatim, boleh menderma baju raya melalui team Sehelai Baju. Saiz baju melayu/kurung baru (bukan terpakai) adalah untuk anak² berumur 12-18 tahun lelaki dan perempuan. Hantarkan sumbangan anda ke:
No. 12, Jalan Platinum 7/44 Seksyen 7
40000 Shah Alam, Selangor Darul Ehsan
(U.P: Ahmad Saabun)
Tel: 016-2151192
Email: ahmadsaabun@sehelaibaju.com
Cerita makan di sini diteruskan macam biasa. Risiko terliur bila bertandang ke mari adalah tanggungjawab masing². Diharap tak payah marah saya letak gambar makanan, dah namanya pun blog makan (mohon ampun dan maaf). Kecuali nak suruh saya 'cuti' sebulan, saya OK.
Selamat menyambut Ramadhan dan selamat beribadat. Semoga Allah memberi rahmat.































