Thursday, 30 June 2011

Warong Paksu & Maksu


Warung Paksu & Maksu
Sebelah Pondok Polis Peramu, Kuantan
Koordinat: E 103 degree 19' 45.9" N 3 degree 47' 23.0"

Dari Kuantan, jalan terus menghala ke Peramu/Teluk Cempedak, lepas jambatan terus lagi, dan bila tiba di kawasan Peramu, cari Pondok Polis Peramu sebelah kiri di tepi jalan besar. Ada tempat parking untuk pelanggan warung ni, tapi orang naaak juga park tepi² jalan.

Tak pasti waktu operasinya, tapi kami pergi tengahari

Segala macam matneka ada-
kuih muih yang dikenali, kuih muih yang tak dikenali
ikan celup tepung, sotong celup tepung, udang celup tepung
ketam celup tepung macam takde pulak (hellooo, kawan² tidak berbintang ketam)

Abe songkok tengah bakar satar

Pelbagai celup tepung kami

Nasi dagang

Deris sabotaj perut orang lain dan orda air kelapa jag besar
Manakala ia tiba di meja, dia tak nak minum dan orang lain kena habiskan

Tengok! - jug yang menyamar sebagai mug yang lagi besor dari kepala budak

Perut sendiri pulak rasa lapor tengok gambor...
Tak bagus, tak bagus, tak bagus!

Wednesday, 29 June 2011

Roti-burung

Kedai Roti Tong Nam
Jalan Sultanah, Batu Pahat
Dulu² roti kat sini 60 sen sebantal


Cerita roti-burung 1-
Dulu² kami ada pembantu rumah yang sentiasa nak menaiktarafkan diri. Dia rajin berlatih cakap orang putih. Satu hari dia tanya bapak saya, "Cikgu, you want eat bird?" (sukahati dia la nak translate macam mana).
"Mana kau dapat burung?"
"Eh, apa burung?" kata kakak tu tersipu², "roti lah! Cikgu nak makan roti?"


Cerita roti-burung 2-
Dulu² lepas mak saya meninggal, Ah Poh tinggal berdua dengan abah kat rumah. Satu hari... (chup, apasal semua macam ayat cetak rompak je ni?) bapak saya bersiap² nak keluar rumah. "Abah, jangan lupa beli roti" Ah Poh pesan, sebab dia malas masak lapor.
"OK!"
Bila dia balik, Ah Poh tanya mana rotinya.
Bapak saya kata kat luar.

Bapak saya belikan sebungkus kulit roti.
Untuk direndam dengan air.
Dan diberi makan burung kat laman rumah.

Burung di laman dirotikan, anak di rumah kelaparan.
Hahaha haha.


*


Hari ni 27 Rejab, lebih kurang sebulan saja lagi nak masuk Ramadhan
Sesiapa yang nak memproduktifkan bulan Ramadhan, boleh cuba klik link ini-
OK dah, jangan nakal², gi ngaji!

Tuesday, 28 June 2011

Pastoran

= pasor + restoran



Pertama kali saya makan di pasor lambak

Monday, 27 June 2011

Solehah

Seorang isteri solehah (bukan saya) bertungkus-lumus mencedokkan sup untuk suaminya

Ini baru betul² sup bunjut
Eh chup! Saya pun solehah, tapi yang buat pe'el pelik² ni bukan saya la, har har :p

Friday, 24 June 2011

Q- Apa hari yang sesuai untuk berbuat baik?


Home-made pizza

'Home' yang dah tentu bukan rumah saya, hehe

*

Sempena hari Jumaat yang mulia ini, siapa yang hendak-
- tengok pak syeikh cerita tentang perempuan seksi ;),
boleh tengok di *sini*
- menginfaqkan harta, boleh ke *sini*
- baca AlQuran, sila ke *sini*

A- Hari².

Thursday, 23 June 2011

Perkara² percuma

Percuma 1:
Kan saya dah kata dulu, kalau orang kasi percuma saya terima

Isinya agak kejung

Ni ala² kuih bangkit berinti

-

Percuma 2:
Untuk penduduk zon Kajang-Bangi-Dengkil, kalau teringin nak rasa macaron boleh orda dari Cik Eton

Rapuh dan cukup sifat dan rasa seperti macaron

Di blog dia ada Cara² Makan Macarons... Eh korang ingat boleh terus telan je macam saya buat selalu?
Itu bukan gagah, itu gelojoh! Hihihi...
Ini lagi cerita² macarons

Khamis yang kelu

-

-

-

Wednesday, 22 June 2011

SFCC


Carmel-by-the-Sea
Rich Torani caramel, SFCC chocolate, espresso, susu dan ais
Gambar ini sangat jauh dari menggambarkan kepekatan, kepahitan, kemanisan, kelemakan, keLAZATannya!

Lepas ni nak cuba yang ada oren pulak, Bay Bridge Sunrise (nama pun dah sedap)
Kopi perisa oren mesti syok

Tuesday, 21 June 2011

HM Sri Bagan

Pantai Perkhemahan Bagan Lalang
43950 Sungai Pelek
03-31412895, 013-3385887 (Hafizi)
Koordinat: E 101 degree 41' 8.5" N 2 degree 36' 35.8"

Jus yang betul² jus, bukan kordial yang menyamor sebagai jus $2.20 segelas

Menunggu ikan dibakor memang lama, datang² je dapat kerepek free

Otak² sebiji 60 sen... dan kalau datang sini makan ni je pun saya sanggup - 5/5

Kangkung goreng belacan $3.50 - 4/5

Jenahak bakar $26.40 - dah malas letak markah

Sambal - dah tentu tak cukup 2 mangkuk
Mungkin kita orang kena pakai sanwic-board "Sambal Double" tiap² kali pergi makan seafood

Sotong goreng tepung $15

Kucing cantik tapi tak bersyukur, dah kenyang diberi makan cakor tangan orang

Lala sweet sour $13.20 - 5/5 sedap macam nak pengsan
Dah habis lalanya kita orang hirup kuah dia macam makan sup

Ketam masak pedas $34

Semangat tak kopek ketam pakai ragum?

Dan menyembur ke baju, hehe

OK tamat

Monday, 20 June 2011

Mackeroll

Inspirasi nak makan sardin dari blog kawan saya yang bijak memasak ini

Antara makanan kegemaran saya- sardin-roll
Tapi ni dah tersalah capai kat kedai, jadi la dia mackeroll

Panaskan minyak, cempak bawang potong dadu, lada boh sikit, lada kecik hiris halus, isi mackerel
Gulung dalam roti penyek, goreng

Sedap woi
Sebab penuh minyak menjejes² kan
Biasanya yang lagi sedap tu la yang buat kita cepat padam! ;)

Sunday, 19 June 2011

Saturday, 18 June 2011

Keropok

Tiba² terajin salai daun pisang buat alas nasi goreng
Konon² macam orang zaman dulu² makan beralaskan daun pisang
Cuma, orang zaman dulu tak makan nasi sorang 5 senduk kot, heh heh

Pecahkan² keropok sekali, ooo syok

Friday, 17 June 2011

Thursday, 16 June 2011

Chicken and potato stew

Ah Poh kata dia masak sesuatu
Apa benda ni? Saya tanya

Buttered rice dengan chicken and potato stew... yang aku lupa letak air
Dia kata

Sukati kan? Eh tapi rasa sedap tau. Sesiapa nak buat boleh tengok resepi dari sini, tapi tak payah letak air, dan kalau dapur meletup jangan saman kami adik beradik. Har har.