Saya bukan orang PD dan tak pakar selok belok di sana. Tapi sebab cuti sekolah dah nak dekat dan mungkin ramai yang plan nak ke sana, malah 2-3 orang dah tanya makan apa yang sedap (tipuuu, sebenarnya 2 orang je- Kak Ngah dan Akak), sajalah merajinkan diri nak buat list ni.
Sarapan:
- Nasi lemak, nasi kerabu, roti canai, kuih-muih
- Depan Perkuburan Teluk Kemang
- Koordinat : E 101 degree 51' 14.1" N 2 degree 27' 53.5"
Makan tengahari
Wati Beach Cafe/Cowboy Place (di sini) - Ayam panggang dengan set nasi-sos-sup-air; itu saja specialty-nya
- Depan PD Marina World Resort
- Koordinat : E 101 degree 51' 19.4" N 2 degree 28' 10.6"

Nampaknya kedai ni tengah nak dibesarkan
Ada disediakan ruang solat, bagus², saya kasi extra point kat situ
Makan malam
- Segala macam makanan laut
- Teluk Kemang Square, bertentangan dengan stesyen minyak
- Koordinat : E 101 degree 51' 15.1" N 2 degree 27' 45.9"

Jenahak bakar yang sangat, sangat, sangat marvellous!
Ada bau asap dan 'rasa terbakar' sikit yang menambah kesedapannya

Sambal asam - yang belah kiri kami bedal 2 mangkuk

Kangkung goreng belacan yang pada mata kasar macam batang kangkung goreng belacan
Tapi janganlah tertipu dengan rupa kerana bau dan rasa belacannya pasti tak mengecewakan
Makan malam lagi, kedai bonus
- Masakan Siam yang sedap dan murah-murah-murah!
- Batu 8, Teluk Kemang
- Koordinat : E 101 degree 51' 23.9" N 02 degree 27' 23.3"
Ada juga kedai lain di bawah label Nogori.
Kalau time cuti sekolah tu, kenalah rancang betul². Untuk sarapan mungkin ramai yang makan kat hotel. Bukan senang nak kejutkan budak bangun tidur kan. Aisyah anak Akak nanti tunjuk perasaan pulak sumbat sudu dalam mulut! Hehe. Makan tengahari saya tak pasti, agak ramai yang masih berkubang kat pantai. Lagi mudah hantar sorang ranger untuk tapaukan makanan, rasanya. Untuk makan malam, lepas solat maghrib sepantas kilat kena terpacak depan kedai. Kalau tak, bersedialah untuk menguji kesabaran masing². Bukan apa, kalau hati panas (takde tempat duduk/orda lambat tiba), makan sedap pun jadi tak sedap. Rugilah.