Friday, 29 April 2011

Di luar liputan

Mekah tahun 1885
Gambar dari [sini] dan [sini]

Kat sana mesti takde jual popia keras kebaton :|
Semuanya sedap-sedap-sedaaap di tanah haram

Thursday, 28 April 2011

Makan² hujung minggu

Rupa bentuk Senandung Malam pada malam hujung minggu

Saya tak paham la penggunaan 'hari minggu'. Kalau hari minggu, tak ke maksudnya weekday? Kalau weekday, tak ke maksudnya Senin-Selasa-Rabu-Khamis-Jumaat? Apasal orang nak kata Sabtu-Ahad tu hari minggu? Tu weekend, hujung minggu la!

Walaubagaimanapun---

Yang nampak macam meja kosong tu sebenarnya tak kosong. Ada makhluk tengah duduk menunggu lauk. Sedara-mara/kawan² dia dah berterabur kebosanan agaknya. Yang nampak meremut² di kejauhan tu adalah insan² penyabar yang tengah beratur nak memilih haiwan idaman mereka untuk dibakar atau ditigarasakan.

Kami pergi 10+++ orang hari tu (+++ adalah kanak² balita, bawah-lima-tahun). Dah telefon dulu. Dah order. Tapi lambat setengah jam dari masa yang dijanjikan sebab jalan ke Bagan Lalang adalah jem tiap² Sabtu malam (tahukah anda?). Ada makcik kat Masjid Sepang beramah mesra tanya saya, "Nak ke mana?" "Bagan Lalang." "Ooo sama la kita, makcik pun!" Kau boleh seronok senyum², makcik? "Makcik balik je la, nanti saya jem."

Kami tiba. Makanan dah ada. Dah nak sejuk pun. Tapi takde meja kosong! Lepas dalam 20 minit tercangak² (sementara makanan makin sejuk), dapat la sambung 2 buah meja. Kerusi pulak tak cukup. La la la. Sessi tercangak lagi cari kerusi.

Kemudian makan. Kemudian minum.

Tak sempat basuh tangan, dah ada orang lain terjengah² belakang kita orang pulak nak chup meja. Bukan salah dia. Memang orang terlalu ramai. Dan kerusi meja tak cukup. Kalau tak buat macam tu, lambatlah makan jawabnya.

Dari dulu saya dah kata- mamat ni bujang, mamat ni bujang
Semua buat tak tahu kan? Bulan depan dia dah nak kahwin, melopong lah korang... Haha!

Kesimpulan makan di sini- atau mana² restoran ikan bakar/makanan laut- pada hujung minggu adalah tak aman. Ni bukan kempen tak kasi orang makan luar, cuma nak berpesan pada siapa² yang tegar nak pegi supaya bersedia dari segi mental dan fizikal. Kalau ada anak kecik, sediakan tali untuk ikat kaki-tangan dia kat meja supaya tak hilang. Kalau boleh cuba tiba sebelum maghrib, masa orang belum ramai sangat.

Hati kena banyak sabar, tak boleh banyak kerenah, waiter tak dan nak layan ok. Perut pun kena bersabar jugak. Nak senang bawak la bekal sikit untuk alas perut- kerepek ke, roti ke, mi goreng basah ke, nasi lemak sambal udang letak petai ke...

Dan ingatan untuk diri sendiri- kalau nak berseronok dengan saudara mara, nak berbual lama², lebih baik masak sendiri atau tapau. Makan je lah kat rumah, boleh senggayut lama² kat meja makan dan bergolek gelantang depan tv. Lagi afdhal kalau meja makan dilonggokkan aje depan tv.

-
-
-

Maaaakaihh, panjangnya pos hari ni.

Wednesday, 27 April 2011

3 layer tea

Bangi Maju Nasi Kandar
Seksyen 7 Bangi
Depan MyMydin

Perfecto

Tuesday, 26 April 2011

Nasi lemak berlauk

Nasi lemak berlauk 2 kali seminggu saja!
Food Court Presint 9, Putrajaya

Ayam goreng, telur mata lembu, rendang paru - sambal tumisnya cukup belen pedas dan manis
Saya suka dia sediakan pinggan besar bujur macam mangkuk hidang, dia tau dah pelanggan dia semua tamak!

Dengan ayam goreng rempah macam ni saja dah cukup penuh perut untuk tak lapar sampai ke petang

Tapi tetap lah nak ambik lauk limpa jugak kan

Dan hati goreng

Koordinat Food Court Presint 9:
E 101 degree 40' 32.0"
N 02 degree 56' 26.6"
Atau cari Klinik Kesihatan Putrajaya- dan timbang berat serta cek BMI lepas makan :)

Friday, 22 April 2011

Barakah


Di belakang ofis saya ada satu jalan kecik yang meriah dengan gerai² makanan tengahari on-the-go. Semua gerai² (baca: b-nt-t lori, van, meja+payung) memang takde lesen sebab set-up kat tepi jalan je. Kiranya orang majlis banda-raya tutup sebelah mata lah, sebab kalau tak memang susah orang² bekerja nak dapat makanan murah kat tengah² KL ni.

Masing² yang meniaga kat situ dah ada spot sendiri. Satu hari, adalah satu makhluk Allah (saya yakin dia orang luar yang tak pernah datang area tu), park kereta dia dekat salah satu spot orang jual nasi campur. Betul² time tengahari, time brader van nak bukak van dia sebab kejap lagi akak² kerja bank nak keluar ramai² kelaparan.

Korang agak apa jadik?


Peniaga bersopan santun dan penuh nilai murni tu PECAHKAN TINGKAP kereta, turunkan hand-brake dan sorong je kereta tu ke lain. Sebab dia nak meniaga, nak kejar keuntungan. Hebaaaaatt! Sampai terlupa sekejap rezeki dan rahmat Allah bukan hanya pada wang ringgit.

Thursday, 21 April 2011

Panggil Aku Melaju

Panggil Aku Melaju boleh dibeli [di sini]
Nota penting- jangan baca sinopsis di laman Dawama atau di belakang kulit buku

"Lalu hang nak panggil apa?"
"Panggil aku MELAJU"
"Melaju? Bangsa apa tu?"
"Melaju bangsa yang maju. Kerana bangsa Melayu yang ingin maju, mereka tidak boleh panggil diri mereka Melayu. Melayu tidak boleh layu. Dan, bangsa Melaju jangan mahu lagi dipanggil Melayu".


Di.Ar.Ti boleh dibeli [di sini]
Juga tak payah susah payah baca sinopsis di laman Dawama atau di belakang kulit buku
(Tukang tulis sinopsis D-B-P ni semua memang anti-pembaca buku ke, asik² nak kasi spoiler?)

"Selama belajar di Jabatan Anatomi baru Osman sedar yang jumlah tulang rusuk wanita adalah sama dengan kaum lelaki. Kalau tidak, dia masih berfikir yang tulang rusuk lelaki kekurangan satu". Hahaha. Saya sukaaa lawak jenaka yang macam gini.

Lain² buku tulisan Dr Rahmat Haroun Hashim boleh dibeli [di sini].


Aksi ngeri kucing makan buku

Wednesday, 20 April 2011

Grand Seri Garuda Emas

Grand Seri Garuda Emas (nasi padang)
Jalan Raja Abdullah, Kampung Baru 017-8729949
Koordinat : E 101 degree 42' 10.2" N 3 degree 10' 3.0"

Saya tak tau kenapa dia tulis cawangan Jalan Raja Alang (03-26914077)
Sebab Jalan Raja Alang adalah yang dekat Masjid Kampung Baru, dekat² tapi tak sama
Koordinat : E 101 degree 42' 7.0" N 3 degree 9' 49.9"

Deris pegang² hujung tanduk tu dan tanya, "tajam tak?"
Tak senonoh ek? Tak boleh bawak gi majlis betul dia tu

Lambakan lauk yang dihantar
Letak tepi mana² yang tak dicuit, supaya nanti lepas makan dia tak terkira sekali

Gulai urat $8

Gulai limpa $6

Sambal $2

Gulai otak $7.50 (makanan zombi)
Lain² tak sempat diambik gambar - Rendang! Daging rendang dia lembut dan lazat!
Hampir semua lauk² ini mempunyai satu pe-rasa-an yang sama, iaitu cekur

Jumlah untuk 6 orang dewasa makan ialah $136

Tak dapat dipastikan sama ada Kakak Tanduk nak berbaik² dengan Adik Kecik
Atau Abang Besar nak berbaik² dengan Kakak Tanduk ;)

Tuesday, 19 April 2011

Saya dan sukan

Weekend lepas saya ke sini

Matteo Manassero (kanan sekali), sebelum dia dapat tempat pertama sebelah petangnya
Macam gambar tipu kan, siapa² pun boleh, bukan nampak muka >:) ... tapi tak tipu la

David Drysdale (tengah) dan Martin Kaymer (kanan sekali), pemain nombor 1 dunia
Gaya konon² macam kenal semua, padahal dah kena kaunseling dengan Deris
Dan kelam kabut google nama² tu betul ke tidak, haha

Tahukah anda perlawanan golf banyak persamaan dengan ulangkaji pelajaran untuk peperiksaan besar? Penonton tak dibenarkan bercakap kuat², tak boleh guna henpon, tak boleh ambik gambar atas green (dan korang tak payah tanya amende green, ingat aku tau?), lagi² kalau kamera ber-flash dan berbunyi. Tak ke macam duduk kat library masa nak ambik SPM dulu? Katanya, pernah ada player yang dah ready nak pukul bola, tiba² ada fotografer kreceeettt ambik gambar- fokus terganggu, swing dia 'lari' dan bahu dia injured sampai tak boleh main beberapa bulan. Hahahaha. Kata pro, bai?

Tapi selain dari undang² poyo tu, pemain² golf ni tak eksyen lah. Sepanjang permainan, kalau ada penonton jerit bagi sokongan (boleh berbunyi kalau bola dah dipukul), dia orang acknowledge. Contohnya, orang kata "Hebat Siddikur!" atau "Dahsyat Rory!", si Siddikur dan Rory biasanya angguk atau lambai tanda terima kasih. Saya bayangkan kalau pemain bola sepak profesional ditegur macam tu, dia akan balas dengan ludah sekali atas padang. Yek.

Saya pun kata kat Deris, "Bagus kan dia orang ni... peminat tegur cakap Melayu pun dia layan". Deris jeling. "Bila masa cakap Melayu? Orang tu kata GOOD SHOT!" Ooooo, iye ke? Ingat dia orang kata dah-syod! *Sambil tunduk ke tanah memandang kasut yang lembab dipenuhi rumput² basah*.

Setelah buat² interested pada 5 lubang pertama...
Saya mula mendekatkan diri pada alam dengan mengambik gambar lubang pada pokok

Dan lalat raksasa yang hinggap di rumput
Sambil menyanyi² kecil-

"Terbang lalat, terbang lalat hinggap di cermin
Kaymer kuat, Kaymer kuat macam superman"
(Mode: bosan, panas dan betis kejung terlalu banyak berjalan)

Kedudukan pada masa kami meninggalkan padang lepas 9 lubang pertama

.
.
.

Takkan cerita golf je, takde cerita pasal makan kan?

Hati melonjak² gembira bila nampak mesin kisar ais tu dari jauh

Ricoh sponsor cendol! Yayy!!

Kemudian kami balik ke rumah makan asam rebus bola golf dengan iron 9 celur cecah sambal belacan
Sekian penglibatan saya dalam dunia sukan

Saturday, 16 April 2011

O-Shima

Jangan tertinggal tengok JJCM esok untuk slot O-Shima
Restoran kawan sekolah-sehouse-sedorm saya ni! [bangga, bangga]

Cuma, saya tak layak membuat review sebab tak tahu menilai makanan Jepun
Tapi awak-awak semua yang suka makan sushi, cubalah!

Friday, 15 April 2011

Bendul

Saya ada sorang kawan baik yang... bahasa halusnya sebut 'jujur', bahasa kawan akan cakap 'lurus bendul', bahasa pasarnya orang kata 'bongek'. Hee hee.

Di tempat kita orang belajar dulu ada milk van yang berupa lebih kurang macam gambar di atas. Van ni penuh dengan susu segar dalam botol² kaca. Driver dia akan bawak slooooww sangat sebab dia nak berhenti dari rumah ke rumah untuk hantar botol² berisi susu kat depan rumah pelanggan, dan kutip botol semalam yang dah kosong yang biasanya orang tinggalkan depan pintu. Begitulah seterusnya hingga round dia hari tu selesai.

Satu hari saya baca kat suratkhabar, sebuah milk van terlibat dalam satu eksiden. Saya pun baca kuat², "Driver dia mati!". Di sebalik suara ramai yang terkejut- 'Hek eh kesiannya...', 'Bawak slow boleh mati?' dan 'Lori terbalik kot'... tiba² si Bendul mencelah, "Habis, susu dia tumpah la, ye?"

-
-
-

"Itu pokok pisang ada hantu?" - "Ada"
"Itu pisang boleh makan ka?"

Thursday, 14 April 2011

Tulang ikan keli



Pak Ngah: Adeehhh, tolooongg...

Mak Ngah: Encik paramedik, mintak tolong cepat sikit ye. Suami saya tertelan tulang ikan keli tu, dah dua jam mencungkil tekak, tak keluar². Dah tersandar je tu- tak mau makan, tak mau mandi, tak mau tukar baju...



Tulang ikan keli yang berjaya dikeluarkan keesokkan harinya:

[Arrow sama kaler dengan baju Mak Ngah]
[Tulang ikan keli berasal dari tekak Padil beraksi sebagai pelakon pembantu]

Memeluk Gerhana

Dah banyak sangat ajak orang makan. Sekali sekala, nak ajak baca buku pulak.

Antara buku yang saya sangat suka

Saya tak pandai tulis review buku. Buku ni pasal Ilham, sorang budak Singapura yang membesar tahun 70-an, pasal susah senang hidup kaum minoriti dalam satu negara yang sedang cuba maju. Bahasanya senang takde bunga² sastera yang terlalu tinggi. Tak ada cintan cintun dan drama² hidup yang tak relevan, cuma cinta budak remaja yang keliru... macam negara membangun yang kabur dengan apa yang dia mahu. Tapi di dalamnya ada banyak benda yang kita boleh tumpang belajar melalui pengalaman orang lain. Jangan sesekali dibunuh agama kerana kuasa.

Saya suka buku ni pasal cover dia ada kartun comel².

Memeluk Gerhana oleh Isa Kamari boleh dibeli di Kedai-Buku dengan harga RM18.62 (tengah ada sale, cepat cepat!). Saya juga cadangkan Rawa, kisah kehormatan yang hilang dan maruah yang dimain²kan, dari mata seorang orang Seletar. Satu Bumi dan Tawassul pun sedap juga.

Sambil baca boleh ronggeh manggis sebakul

Wednesday, 13 April 2011

Barang import

Merci beaucoup, Ell!
Nama awak sedap sebab dekat² macam nama kawan saya yang sorang tu ;)

Laduree! Korang pernah rasa?
Keh keh... den sajo yo nak jobo, ngee!


Desgranges, bukan deranged macam saya baca
Eh? The barnes?



OK dah, cukuplah
All maxed out on macarons
No more macarons in 2011!
[Kecuali ada orang nak kasi free]

Tuesday, 12 April 2011

Restoran Ariana

Restoran Ariana (makanan Parsi)
4801, Suite 0-9, Ground Floor
CBD Perdana, Jalan Perdana, Cyberjaya
Dekat² dengan Saba

Koordinat:
E 101 degree 39' 4.2"
N 2 degree 55' 23.9"

Ah Poh bertudung senget membuat aksi² comel di sebalik menu

Entah altar apa benda, ada rumput, epal, ranting² kering
Ooo, ada cermin muka juga buat cek gigi kalau ada daging terselit, hehe

Orang Iran tak minum Barbican
Non-alkoholik malt dia bernama Delster

Kami seronok dapat chewing gum free
Tengah syok kunyah² ternampak expiry date kat tepi, haha, padan muka masing²

Macam biasa, makan kat restoran arab ke, parsi ke... ada jugak orang nak orda burger!

Koobideh kebab $16, bau je pun dah boleh pengsan
Daging kebab kambing dengan nasi setimbun yang dicampur dengan rempah², mentega dan safron
Bila makan macam sayang nak kasi habis, rasa nak menitik air mata nak nikmatnya berpanjangan
(Drama betul aku makan kambing!)

Ada kuah sup, yang nampak macam berminyak tapi rasa sedap, albeit menjurus sedikit ke arah masin

Barg kebab $18, daging lembu hiris

Burp, Alhamdulillah



*Saya tahu Parsi bukan Arab, tapi malas nak buat label baru, jadi saya longgokkan je dengan makanan Arab. OK? Harap² tak mengundang rusuhan.