Thursday, 31 March 2011

Al-Rabie

Kiwi wa limun
Adalah sangat sedap, nyaman dan menyegarkan

FYI

Monday, 28 March 2011

5 perkara


Perkara 1:
Adakah siapa² yang boleh memberi cadangan tempat makan di Bangi-Kajang-Putrajaya-Cyberjaya-Nilai (kalau cadangkan tempat kat Jempol memang nak kena sekeh) yang menepati ciri² berikut:
~ bukan makanan Melayu
~ ada ruang solat
~ ada ambience (sempena meraikan seseorang)
Cadangan anda dialu²kan dan didahului dengan ucapan ribuan terima kasih.


Perkara 2:


Perkara 3:
Memperkenalkan LOVEFOC (fat-orange-cat), blog tribute KOG di Tumblr kelolaan Ah Poh. Hanya KOG. Bukan makanan KOG.


Perkara 4:
Di sidebar sebelah kanan, saya telah berhempas pulas (lah sangat) meng-listkan makanan² yang pernah diceritakan di sini di bawah tajuk MAKANPEDIA (makan-apa-dia?) *terima kasih, Aku, atas idea dan sokongan* Mungkin sekarang senang sikit kalau ada sesiapa nak tengok satu², walaupun Monica saya rasa nampak agak semak. Kalau ada lapang, saya akan update peta dan koordinat gps pada mana² entri yang saya rasa relevan.


Perkara 5:
KKU (kucing-kurang-upaya) hasil seni DKK (Deris-kurang-kerja)
.

Friday, 25 March 2011

Asah minda

Apa dia? Certeka.
Jawapan akan dikongsi petang sikit nanti.

Update
Laksa Johor yang (tarik nafas panjang² sebelum baca laju²) timun-selasih-dah-masam-dan-sambal-belacan-tuan-rumah-lupa-kasi-dan-spageti-dah-basi-dan-pasta-yang-ada-kat-rumah-cuma-makaroni. Tralalaa.

Tak ada sorang pun yang dapat teka dengan betul.
Korang semua memang hampeh! >;p

Thursday, 24 March 2011

Sate Ayam Ayamas

Tahukah anda tentang kewujudan produk ini?
Ada 10 batang sate, boleh bakar atau mikrowave

Kuah pun ada juga, tapi bawang dengan ketupat beli sendiri

Panaskan dalam periuk, tambah air, kacau²
Rasa 'boleh²' saja, kurang jintan dan ketumbar

Saiz macam sate biasa beli kat pasar lambak, tapi daging je, tak berapa ada kulit/lemak

Macam okaaayy la, cuma kering sikit, dah namanya pun frozen food kan. Dah tentu kalau lawan sate yang bakar fresh kat kedai, sate ni tak boleh menang. (TAPIII, ada juga sate yang beli kat kedai tu langsung tak boleh dimakan :|). Saya rasa sate Ayamas ni cukup bagus untuk diseludup oleh budak² yang belajar kat luar negeri (boleh declare bawak ayam/daging ke?). Ataupun dijadikan bekalan kalau kita menjelajah jauh dari negeri semenanjung sate ni. Ekspedisi ke Alaska, contohnya :)

Wednesday, 23 March 2011

Rezeki & redha


Rezeki ni susah nak dinilai, kan?

Kita kerja penat², tak dapat bonus, kita marah
Tapi kita selalu kabur dengan wang ringgit
Tak nampak tuhan beri kita rezeki kat tempat lain
Kat pantri, contohnya

Kita susah-payah cari alamat Nasi Ayam Mancongkam
Akibat salah baca peta
Akhirnya makan Burger King kat Highway Karak
Sedap jugak kan?

Pagi² kadang tekak teringiiin sangat makan nasi lemak sambal udang

Kalau dapat nasi lemak sambal dawai, redha je lah

Lagipun pakcik kedai dah mintak maaf banyak² kali
Mana la ada orang sengaja letak dawai dalam sambal
Kalau dia buat muka toye, harus la nama kedai dia dikompang²kan kat blog

Keh keh keh (belum habis cerita dah ketawa dulu)

Dan kadang² kita suruh isteri kita buatkan sanwic tuna
Tapi dia buatkan sanwic paperclip

Mms dari Deris dengan mesej "Cubaan bunuh laki"
Kah kah kah!

Maafkanlah seikhlas hati
Dan redha lah dengan rezeki hari ini
Kah kah kah kah kah!

Friday, 18 March 2011

A.I.F - Alhamdulillah it's Friday


Budak Kecik baru pandai cakap
Lepas tengok Hantu Kak Limah
Kami ajar dia
"Kita bakor je! Kita bakor!"

Dia pun seronok melenting²
Sambil julang² penumbuk ke langit
Dia jerit
"Kita lapor je! Kita lapor!"

Tak 'darah KOG' la kalau tak lapor kan :)

Thursday, 17 March 2011

Every woman's dream



Saya kenal sorang budak
Mak budaklah sebenarnya
Berat purata dia 45kg

Masa mengandung 9 bulan
Sebelum masuk labour room
Dia gi timbang, berat dia 54kg
Tu berat saya masa tingkatan 2 dulu
Tu habis berat la tu

Budak ni ada hari gemok dan hari kurus
Hari gemok = makan 1 set nasi ayam
Hari kurus = makan 2 set

Berat dia?
Masih 45kg
.
.
.


Takde ke siapa² rasa macam nak usung dia ramai²
Campak masuk sungai?
>:)

Wednesday, 16 March 2011

Tajuk Johor Tanjung Puteri

Gambar hiasan, ayam dari Nsybt
Terima kasih, semoga rezeki kamu tak putus²

Tugasan khas saya hari ini, yang diberi oleh seorang kawan, adalah menyenaraikan tempat² makan sedap di Johor [baca: Johor Bahru]. Kerja ini bukan percuma. Sesiapa yang berminat, PM-saya untuk runding harga. Haha.

Saya cadangkan dalam perjalanan turun ke Johor, singgah R&R Pagoh dan rasa nasi ambang di Bumbu Kito, Gerai no10.

1. Rojak asma depan Maslee [macam ini]
7 Jalan Kacung 1, Taman Cempaka, Skudai
E 103 degree 42' 14.8"
N 01 degree 30' 47.7"

Kedai rojak depan Maslee

Akak baju biru tengah memilih isi rojak

2. Mi rebus Haji Wahid [macam ini]
Foodcourt Plaza Angsana, Pusat Bandar Tampoi
E 103 degree 42' 19.9"
N 01 degree 29' 44.7"

3. Kacang pool Haji
a] Foodcourt Bomba Larkin
E 103 degree 44' 59.7"
N 01 degree 29' 8.2"
atau di-
b] Medan Selera Larkin
E 103 degree 44' 33.6"
N 01 degree 29' 45.8"

4. Mi rebus Stulang
E 103 degree 46' 27.3"
N 01 degree 27' 47.1"

5. Sup tulang/mi rebus Hutan Bandar
E 103 degree 44' 48.3"
N 01 degree 28' 51.3"

6. Sup tulang ZZ (ini ke yang Dr DZ kata sedap, belakang hospital?)
Agak konfius, kat internet kejap kata kat Jalan Petri, kejap kata Jalan Mahmoodiah (ni semua memang kawasan belakang hospital). Tapi ada yang kata kat Jalan Sungai Chat, aii? Jauh betul? Nak gi beli murtabak ke?
E 103 degree 44' 47"
N 01 degree 28' 7.1"
Bonus berbentuk cabaran- sila makan di sini malam²-
7. Lambai² [macam ini]
Jalan Mariamah
E 103 degree 44' 52"
N 01 degree 28' 0.4"

Update (siapa² boleh beri direction/koordinat, terima kasih!)-
8. Sate Wak Radol
Taman Kemas, Kempas

Disamping memuaskan tekak dan perut masing², jangan lupa bekal susu untuk budak debab kecik :)

ps: Ada tak sesiapa rajin nak senaraikan tempat makan sedap macam ni kat Kuantan?
Kerjasama anda dialu²kan. Terima kasih!

Tuesday, 15 March 2011

Sup Tulang Sum² Hulu

Warung Minang Sri Selera
Kampung Sum² Hulu, Janda Baik
Diperkenalkan oleh Shyshycat (blog dah tutup cuti)

Bukan sup tulang sum², sup tulang biasa je, boleh pilih nak dengan nasi atau mi

Makan dengan nasi panas², huwaaagrhh, sodap
Lagi² kalau tergigit bawang goreng dia... saya agak dia orang goreng sendiri tu
Di warung ni juga ada jual lauk² Minang lain

Sambal kicap - mula² rasa macam takde la sedap sangat, tapi lepas 2-3 sudu, "nak lagi dan nak lagi"

Kalau dari jauh, saya agak tak payah la bersusah² jjcm naik bukit berbelit² cari tempat ni. Tapi kalau dah ada di kawasan sekitar² tu, berbaloi juga la ke mari. Hatta goreng pisang dia pun rangup dan sedap.

Monday, 14 March 2011

I hope


Gosok jangan tak gosok

Dah lama saya dicabar oleh Brader yang Akut ni
Nak suruh tunjuk b-nt-t kuali? Eleeehhh, no hal lah!

Bukan sebarang kuali, kuali ini memancarkan sinar pada semua di sekelilingnya

Ayat bela diri 1- ni bukan kuali saya, saya kutip (dengan izin) masa tolong sepupu kemas rumah nak pindah Kedah (mesti dia nak beli kuali baru kat Danok), kuali ni dah sedia hitam masa diturunkan pada saya

Ayat bela diri 2- ada jugak tu usaha menggosoknya, cuma kurang berjaya

Ayat bela diri 3- lagi hitam kuali, lagi sedap masaknya... percaya je la, hehe

---

*Perkataan b-nt-t takkan ditulis di sini sebab hari tu dah ada orang search 'b-nt-t kak milah'- korang ni serius takde keje ek?

*Cabaran ini dipanjangkan kepada semua 444 orang yang namanya termaktub dalam senarai 'orang² kuat makan' di sebelah kanan nun. Dengan ucapan,

"Runtuh dinding
Antara nyata dan mimpi
Kita selama ini
Tak mustahil menjadi realiti
Zaman macam ini
Gosok jangan tak gosok
Gosok sampai berkilat
Gosok sampai tertanggal semua karat"
(Siapa tahu nyanyi dapat 5 markah bonus)

*Kalau malas gosok sendiri, gi hantar kat maid kawan saya :D

Friday, 11 March 2011

Tak ada separuh²

Biasa tak orang pergi kedai, pesan kat tukang masak, "Masak biasa² je tau, tak payah sedap² sangat"?

Ada ke mak bapak yang pesan kat anak nak ambik SPM, "Belajar gitu² je, dapat result so-so pun jadi lah"?

Belum pernah dengar lagi la kan...

Maka patut ke kita bersederhana dalam hal agama?
Kita nak masuk syurga, bukan nak separuh²

Memang kita semua tak sempurna, tapi kena cuba buat yang terbaik
Usaha yang sederhana bukan cubaan yang terbaik
Hentikanlah 'fahaman² sederhana' ni sebelum negara kita jadi macam Bosnia

Sekali sekala serius di pagi hari, terima kasih
.

Thursday, 10 March 2011

Susu kental manis cokelat

Anak sedara belikan dari negara seberang
Susu kental tu susu pekat, yang ini perisa coklat

900rp cuma dalam 30 sen - souvenir yang murah dan sangat sesuai dibelikan untuk orang macam saya :)

Macam mana makannya? saya tanya
Dia kata cecah dengan roti atau beskot... atau piscok
Benda apa pulak piscok? Siapa rajin sila teka

Ini rotcok, haha (perkataan buat sendiri ni) = roti coklat

Wednesday, 9 March 2011

Restoran Senandung Malam

Restoran Senandung Malam
Ikan Bakar Wak Sehab
Pantai Bagan Lalang, Sepang
013-3849368 / 019-2597356

Koordinat:
E 101 degree 41' 18.4"
N 02 degree 36' 21.7"

Lebih kurang 45 minit dari Putrajaya... TAPI kalau lalu Banting dan La-dang Ga-dong, mau sampai 1 jam 45 minit. Tak tau la siapa yang buat kerja biol tu bukan saya, bukan saya.

Lala masak pedas (apasal rupa dan rasa dia macam masak serai?)

Deris kata, tak payah la orda lala, you buat lagi sedap. Tafsirannya- kalau benda yang kita boleh masak sendiri, tak payah nak cuba² beli kat orang lain, nanti tak terlawan. Tapi isteri Deris degil kan, naaaakk jugak nak jugak nak jugaakkkk! Sambil melenting² tunjuk perasaan kat khalayak ramai. Maka Deris pun orda kan lah.

PADAN LA MUKA AKU KAN. Lala masak pedas ni bukan tak sedap, cuma tak kena dengan citarasa kami. Pesanan pihak penaja - lain kali tolong dengar cakap suami. Kalau dia kata taik hidung dia sedap pun, ye kan je!

Kailan ikan masin

Paling top - sotong goreng tepung
Tepungnya rangup dan berempah, isinya lembut

2 ibu jari dari kami (each)

Kerapu ke, siakap bakar, tak ingat dah... lazat
Sambal kicap perah limau dia juga adalah sangat oolala!

Semua sekali lebih kurang $90+, termasuk air panas post-dinner
Oh, nescafe tarik dia orang kaw! Saya suka! Saya suka!

Dan bonus point adalah pada suraunya yang bersih dan luas
Tiap² kedai makan di Malaysia dah patut ada surau sendiri macam ni
Tauke² restoran, please take note (ada ke tauke yang baca blog ni? ngehee)

Saya klasifikasikan restoran ini A+

Tuesday, 8 March 2011

Mi rebus Baidali / Haji Wahid

Mi rebus Baidali / Haji Wahid
Al Barakath, Food Court Presint 9, Putrajaya
Dekat Klinik Kesihatan - lepas ambik pil KK dan dapat mc-"pening-sikit²", boleh singgah sini makan
Baidali bapak Haji Wahid, Haji Wahid bapak pemilik Al Barakath, kata orang lah, saya tak interview

Mi, telur rebus, tepung goreng, bawang goreng, tauge, lada hijau, daun² dan kuah kentang pekat
Diperah dengan limau - mmmmm, sambil kejam² mata
Tak ada tandingan
Cuma- saya rasa kalau kat JB dulu lagi pedas, lagi kick sikit, lepas makan terus tadah mulut bawah paip

Selain dari mi rebus, daging kicap dendeng ni pun sedap, kuih² dia pun sedap
Dan rasanya ada sup tulang merah jugak

Cerita penuh pasal asal usul mi rebus boleh dibaca di blog Makan²Jalan² (ini) dan (ini)

Koordinat Food Court Presint 9:
E 101 degree 40' 32.0"
N 02 degree 56' 26.6"
Atau cari Klinik Kesihatan Putrajaya

Monday, 7 March 2011

Jem dan kempes

[Ini gambar lama]
Mood dah kempes sebab 2 jam setengah duduk dalam jem tengah jalan, cuma nak ke KL
Kalau dari Batu Pahat dah lama tiba Johor, dah lama kenyang makan asam pedas Mak Long

Kasi sejuk

Sunday, 6 March 2011

In'nilta


And if, on a day, you travel fair wind
To a land most sacred and blessed
Then carry my salam to the garden in which
The blessed prophet rests



Tak semestinya 12 Rabiulawal saja,
1 Rabiulakhir pun masih boleh ingat pada dia kan?

Saturday, 5 March 2011

Air bagus

Semangat uncle singh gogop air dari botol 5 liter kan!

Friday, 4 March 2011

Pengaruh internet

Anak kucing tengah minum

Pergi giant
Nak beli mayo
Teruuus capai brand Telly
Biasanya tak pandang pun
Saya tau pasal Pizli
Tak ingat kenapa

Balik rumah
Korek² entri dia yang lama
Dan jumpa semula-

WAKIL (sila rajin² baca)

Saya naaaak sangat
Apa² benda yang saya buat
Mendatangkan kebaikan
Pada sesiapa yang saya wakili
Di luar pengetahuan saya pun tak apa



[Entri berjadual, den poi makan roti canai banjir tormonung kek Batu Pahat... jangan jelos!] ;)

Thursday, 3 March 2011

Rindu


Oh roti banjir Timah Sari, nantikan kepulanganku!

Wednesday, 2 March 2011

Nasi ayam kampung Velodrome Cheras


Restoran A Hassan
Velodrome Cheras

Koordinat:
E 101 degree 43' 46.3"
N 03 degree 6' 33.7"






Layanan - A
Makanan & minuman - A
Suasana (makan bawah pokok, berangin²) - A