Monday, 28 February 2011

Gold mug

Tunggu punya tunggu punya tunggu, takde orang telefon
Rupanya dah melepas -
Nama kita takde :(

[Kalau ada gambor kita tengah pegang loket tu, sure tiap² orang yang komen boleh tumpang dapat free gift kan!]

Bila Mi-lo nak buat peraduan pulak?

Thursday, 24 February 2011

Julius Caesar and the Roman empire couldn't conquer the blue sky


Seorang jejaka tampan menjulang sepanduk di hadapan kedutaan Lib-ya di Kuala Lumpur

Bintik apa khabar agaknya?

Bintik ni jiran kita orang. Saya pernah cerita pasal dia. Kalau rasa sibuk nak korek entri lama, dialu-alukan mengesearch "jiran" kat kotak kecik di atas.

Bintik cuma nama manja. Masa mula-mula tiba sini, dia mengadu tangan dia keluar bintik-bintik merah sebab tak tahan dengan cuaca panas lembab kita. Ha ha. Ya. Kami keji. [Tertunduk malu].

Bintik orang arab Lib-ya. Dia baru balik ke sana bulan lepas.

Mesti keseronokan balik kampung habis hancur bersepai dengan benda-benda merapu yang jadi kat sana. Sekarang tak payah tunggu Jerman gas racun Yahudi, tak payah suruh Amerika B-29 kan Jepun, leceh tu semua, kuno. Pemerintah negeri yang bedil rakyat sendiri, biar cepat sikit padam.

Zaman makin berubah. Yang berkuasa makin sewel, yang miskin makin merempat, yang tak takut tuhan kutip duit syiling dan angkut kampit beras dari lori terbalik. Nauzubillah.

Semoga Bintik, isterinya yang terer gila buat piza, anak-anak, saudara mara dan sahabat handai mereka, serta umat manusia semua terselamat dari ditindas pemimpin yang zalim.

Ya Allah, janganlah Engkau kuasakan atas kami orang-orang yang tidak menyayangi kami
Amin

Ayam golek seksyen 7 Bangi

Ayam golek seksyen 7 Bangi
Gerai tepi jalan, opposite Restoran Urat Keting

[Deris tak senonoh dah kokel ayam letak balik tulang kat situ!]

Dulu² dia orang meniaga masa bulan puasa saja, tapi sekarang tiap² petang ada kat situ, yabedabedu!
Rempahnya sangat berasa, ada daun² rupa macam daun saderi dan daun pandan
Sos cecahnya pun sedap

Zakaria/Illa : 016-4147497 / 013-3187497
Menerima tempahan untuk majlis kesyukuran, kenduri kendara, hi-tea
Menerima tempahan ayam golek (kalau orang yang tempah dia tak terima kot? haha)

Update koordinat:
E 101 degree 46' 27.0"
N 02 degree 58' 16.6"

Wednesday, 23 February 2011

Nasi ambang seksyen 3

Nasi ambeng seksyen 3 Bangi
Payung biru tepi Proton Edar
Isnin-Jumaat, 10.30 pagi-1 tengahari
Tutup Sabtu dan Ahad

Siapa nak makan sila ambik cuti

Tengok pun dah tahu sedap kan
Dengan mi berlonggok², ayam besar, kuah banyak
(Sambal goreng sorok bawah mi)

Kelas A!

Tuesday, 22 February 2011

Diet? Tak payah!

Jumpa dalam folder lama while organidling:



I DON'T KNOW WHICH DOCTOR WROTE THIS, BUT HE/SHE DOES MAKE SENSE!

Q: I've heard that cardiovascular exercise can prolong life, is it true?
A: Your heart is only good for so many beats and that's it. Don't waste them on exercise. Everything wears out eventually. Speeding up your heart will not make you live longer. That's like saying you can extend the life of your car by driving it faster. Want to live longer? Take a nap.

Q: Should I cut down on meat and eat more fruits and vegetables?
A: You must grasp logistical efficiencies. What does a cow eat? Hay and corn. And what are these? Vegetables. So a steak is nothing more than an efficient mechanism of delivering vegetables to your system. Need grain? Eat chicken. Beef is also a good source of field grass (green, leafy vegetable).

Q: How can I calculate my body/fat ratio?
A: Well, if you have a body and you have fat, your ratio is one to one. If you have two bodies, your ratio is two to one, etc.

Q: What are some of the advantages of participating in a regular exercise program?
A: Can't think of a single one, sorry. My philosophy is: No pain... GOOD.

Q: Aren't fried foods bad for you?
A: YOU'RE NOT LISTENING!!! Foods are fried these days in vegetable oil. In fact, permeated in it. How could getting more vegetables be bad for you?

Q: Is chocolate bad for me?
A: Are you crazy? HELLOOO... cocoa beans! Another vegetable!! It's the best feel-good food around!

Q: Is swimming good for your figure?
A: If swimming is good for your figure, explain whales to me.

Q: Is getting in-shape important for my lifestyle?
A: Hey! 'Round' is shape!

Well, I hope this has cleared up any misconceptions you may have had about food and diets.



Hello, saya Badak!
Tirulah gaya pemakanan sihat saya-
Saya vegetarian (sumpah!)
[Saya juga mamalia ke-4 terbesar di dunia selepas paus, gajah dan badak sumbu]

Monday, 21 February 2011

Alip.ye.mim buaya

be.wau.re.nge
unta
burung
buring

Ban ikan bilis

Bukan nak review ban ikan bilis, ini hanya entri meracau

Agak² yang mana anda lagi suka:
Ban A

atau:
Ban B?

*Racau*Racau*Racau*

Saturday, 19 February 2011

Sate Sri Gading

Khas untuk warga Batu Pahat

Sate pasor lambak Sri Gading
Tiap-tiap petang Sabtu (saing dengan pasor lambak Pesta)
Gerai sate yang mula-mula, sebelah kiri

Gambor tumpang glamor

Secucuk 40 sen
Tak lokek jintan-ketumbar, kalau tak nak makan dengan kuah pun dah cukup sedap

Mungkin kat bandor kecik macam Batu Pahat banyak lagi sate sedap dan murah

Tapi kami yang selalu terpaksa makan sate yang serupa 'daging alat-alat cucuk atas lidi', yang tak ada rasa rempah kecuali halia dengan bawang putih... sekali sekala jumpa sate Sri Gading, ini dah cukup top. Boleh simpan dalam freezer dan panaskan bila-bila nak.

Friday, 18 February 2011

Aroma Ikan Bakar


Klik imej untuk besarkan peta, Aroma Ikan Bakar di kawasan bertanda A

Koordinat:
E 101 degree 18' 19.3"
N 03 degree 13' 26.8"

Dulu- tiba 8.15 malam, ambik order 8.30 (tak pilih² ikan, suruh budak kedai pilihkan je), dapat makan 9.30
Kali ni- tiba 6.15 petang, kereta dah banyak, line pilih ikan dah panjang

WEH, KORANG NI SEMUA TAK RETI MAKAN KAT RUMAH KE?, saya mengata dulang
Tapi masih senang dapat meja, dukdakdukdak, dapat makan hampir 7.15

Kesimpulan: waktu menunggu hidangan di restoran² seafood pada hari minggu adalah lebih kurang sama iaitu dekat² 1 jam

Kailan ikan masin
(Oi Tas, sudah² lah menuduh aku tak makan sayur :p)

Ketam masak pedas

Saya biasanya malas tak gemor ketam, sebab tak kuasa nak kopek². Tapi ketam ni dah siap dikopek kulit atasnya, dia orang letak balik tu untuk hiasan je. Kang nak ambik gambor ketam togel, tak cantik pulak kan. Dan meskipun saya pada dasarnya tak suka ketam, oleh kerana ketam masak pedas dia TERLALU SEDAP, saya telah melahap dengan lahapnya. Sampai Deris jeling², "Tadi kau kata kau tak nak?!" (Baca: ni dah ambik syer aku pulak ni!). La la la la.

Butter prawn

Sotong goreng tepung

Ikan bakar tiba last sekali bila orang dah gigil² tak tahan dan dah start makan, jadi takde gambor

Kesemua di atas +1 siakap bakor +2 kembung bakor +1 jug air semangka +1 teh panas = $101
Seringgit tak diskaun
Hehe >:)

Thursday, 17 February 2011

Ceklat

Biasa - 22
Mocha - 22
Oren - 21

Naaak jugak ngelat... yang paling sedap, mesti paling sikit

Wednesday, 16 February 2011

Restoran Murtabak Singapura


Restoran Murtabak Singapura
Jalan 15/1B, Seksyen 15, BBB
Sebelah Galaxy Futsal

Koordinat:
E 101 degree 46' 3.4"
N 02 degree 56' 3.2"

Klik untuk besarkan peta

Dagingnya berempah, salut dengan telur
Sangat sedap dan memang berbeza dari yang biasa jual kat kedai mamak atau pasar² lambak

Kuah

Ini 2 lapis, $8 kalau tak salah
Kalau yang 3 lapis lagi besar dan lagi kaw, boleh makan 3-4 orang

Dan, istimewa hari ini: 5 pengomen pertama bolehlah meninggalkan alamat pos (atau e-mel) kerana saya ingin mengirimkan sesuatu

Bukan nak kasi murtabak, tapi, hehe :)

Monday, 14 February 2011

Sticky caramel chicken wings

Resepi dari Curly Babe... sedap & senang!
Kalau nak lagi senang, lupakan bawang putih & halia- kicap & madu je pun dah boleh layan

Sunday, 13 February 2011

Ubi rebus


Sejuk, kejap mendung, kejap hujan...
Ubatnya - ubi rebus :)



Friday, 11 February 2011

Sup Kampung Dato Abu Bakar Baginda

Sup Tulang Power
Medan Selera Kampung Dato Abu Bakar Baginda, Bangi
(Sebelah balai polis)

Koordinat:
E 101 degree 43' 57.1"
N 02 degree 57' 47.1"

Hati goreng rempah - kalau dapat makan ni je pun dah boleh pengsan punya sedap

Sup daging - pedas, berempah, berangin (minty= beranginlah kot?)
Lain dari sup² yang pernah saya makan sebelum ni
Tapi kelainan yang sedap dan menyegarkan

Sup tulang
Marvellous! Marvellous!

Saya beri kedai ini rating A :)

Thursday, 10 February 2011

Pak Yahya Asam Pedas

Nak ke kedai Pak Yahya akan lalu pekan ni-
Kedai Wak Biran yang famous
Siapa tahu ni kat mana sebelum skrol ke bawah, sila tepuk² bahu sendiri dan kata 'terer la saya ni'!

Kedai gunting rambut dengan kerusi² yang saya rasa kalau letak depan tivi rumah saya... sangat syok!

-
-
-

Yaaa, kita di Parit Jawa
Kampung siapa la agaknya ni

Dari kawasan keluar tol pun dah banyak signboard untuk ke sini
Kalau dah jumpa Parit Jawa, jumpa lah Pantai Leka
(Direction orang malas kasi direction, heh)


Asli - asam pedas 'kosong' dan segar
Orang Parit Jawa takde letak serai, bunga kantan, halba, kerisik, dan segala mak nenek

Sila, sila...

Terbaik (versi kedai)
Kalau awak orang Muor dan ramai mak² sedara pakor asam pedas, tentu la asam pedas mak sedara awak lagi best-
exclusion clause untuk orang yang suka komen dengan ayat "mak saya masak lagi sedap!"

Harga murah, pada saya, ikan² fresh dari jeti

Sila dapatkan nombor telefon mereka pada baju pakcik

Saya suka pakcik² kedai berbaju oren
Saya suka juga peniaga yang kalau jumlah makanan kita $30.30, dia diskaunkan saja 30 sen tu
Besar berkatnya di situ

Update koordinat:
E 102 degree 38' 9.5"
N 01 degree 57' 3.9"