Monday, 31 January 2011

3 layer tea

Sejuk - Batuk - Semput
Tak dibenarkan minum ais hingga bulan 2
Masih bulan 1, tapi mamak tak dengar arahan, bukan salah kita kan?
Terima kasih anae, lu mau upah berapa sen? Shhh! :)

Ini kedai mamak pertama yang beri saya air yang betul- Impian Maju di seksyen 4 BBB
Dulu salah, duluu pun salah

Di sini juga ada jual nasi ayam kampun

Saturday, 29 January 2011

Friday, 28 January 2011

Baik² kena saman

[Lepas ni semua makanan pun kita bantai sedap-sedap-bersih-layanan bagus-sedap-murah-sedap]

Ah Poh dalam keadaaan sugul kerana ramai tersasul menyangka dia disaman oleh kepala ikan

Kak Yam

Nasi ambeng Kak Yam
Pasar lambak seksyen 4, BBB

Rasa biasa² saja, tapi saya suka sebab Kak Yam tak lokek letak lauk

Tapi laksa Johor diaaa, WOWWW!
Tak berapa rasa ikan, tapi ada rasa rempah... jintan & ketumbar?
Tak kisah la, yang penting sedap

Nombor telefon Kak Yam, kot² ada yang nak tanya resepi - 0132247038 / 0133253439

Thursday, 27 January 2011

4 kilo 1 bulan

Tak tau lah yang kerja kat pejabat ni orang ke jin

Hah, kan bibik dah marah
Nang bo ti nang, kui bo ti kui...!

Cari siapa sebenarnya?

Sebelum meneruskan pembacaan, sila ambil kantong ini sorang satu


OK, mari kita mula
-
-

Lurpak, orang yang gigih menaip nama blog tu dah tiba ke mari

Weh budak², mentang² la saya pernah kata saya suka tengok cerita Tamil. Ni apasal pulak sampai nak mengesearch nama pelakon Tamil kat sini ni? Siap sambung dengan nama KOG lagi. Sini blog makan ye, bukan blog artis. Walaupun dulu mereka pernah berlakon drama sebabak di saluran ini bertajuk Mi Putih.

Tapi kan... takpe la jugak kan? Simran tu lawa. Hmm.

Dengan ini disyorkan sesiapa yang menyebut nama "kucingorengemok",
mulai hari ini bolehlah membayangkan wajah ceria ini:

Atau dengan gaya belajar-dialog-bawah-pokok seperti ini:
Tersedak laju²

Byeee!
[Lari laju²]

Wednesday, 26 January 2011

Nasi kukus Presint 16

Gerai No4 (ber-ic 03)
Food Court Presint 16
Putrajaya

Nasi kukus kuah lebih
Ni pun tak cukup menampung sampai habis nasi!
Lain kali kena kuah lebih-lebih
Eh, alamak kantoi ayam rempah pun lebih :")

Sambal dia masam², sedap

Dan kari itik yang saya rasa ok je, tapi Deris sukaaa...

Bak kata Encik Gurindam Jiwa satu masa dulu;
Sedap ikut rasa
Cantik ikut mata
Kalau dah suka
Sumbing pun nampak ketawa :)

Tuesday, 25 January 2011

From farm to dining table

Korang tak tau makna 'terbaik dari ladang' selagi tak beli kambeng kat sini

Siap gambor sembelih kat signboard kedai ha...
Ganas tak?!

Panjang

Ini entri yang panjang dan banyak gambar
(sebab semalam gambar mereng tak nak keluor)

Ini sarapan kami hari tu, lepas keciwa tak dapat nasi ambeng

Ini gaya punya makan... memang melambangkan kekeciwaan, kan? Hahaha!

Ini ubi rebus, salah satu menu pagi itu
Nota- kalau sarap dah pukul 11, jangan mula dengan semangkuk ubi rebus,
lepas tu basuh dengan air bavaria pulak, akibatnya sakit perut sampai ke besok

[Budak² jantan tak minat nak tau resepi, toleh tempat lain]:
Orang suruh kurangkan gula, saya kurangkan lagi ke 180g
Tengok dah kering je tak fudgy tu... 200g dah cukup cantik
Gula dalam brownies sampai 250g ada sebab, ok

Ini resepi oreo brownies (bukan yang di atas) sebab dah malas nak pusing balik update entri lepas:

OREO BROWNIES
225g mentega
240g cooking chocolate
3 biji telur
1 sudu kecil Nescafe
1 sudu kecil esen vanila
250g gula halus
60g tepung*
40g serbuk koko*
1/2 sudu kecil baking powder*
1 sudu kecil garam*
(Campur bahan *)
1.5 paket Oreo- pecahkan dan gaul dengan 15g tepung

1. Cairkan coklat dan mentega. Kacau hingga licin. (Licin?)
2. Pukul telur, Nescafe, vanila dan gula. Campurkan coklat dan mentega. Kacau sebati. Campurkan adunan tepung. Masukkan Oreo.
3. Bakar lebih kurang 170c dalam 45 minit.

OK guys, meh sambung tengok balik:
Ini soto (bukan sup, macam kata seorang orang Sungai Merab)

Ini pembuatan bergedel secara besar-besaran siap dengan pekerja-pekerja import

Ini lada kecik dan bawang putih yang digoreng, untuk buat sambal kicap

Ya, soto dimakan dengan sambal kicap, bukan dengan brownies
Bukan juga dengan sambal tumis (lu bikin malu kompeni la, bro)! ;)


ps: Ini-TERBIUT-adalah di mana saya mendapatkan header baru di atas, best tau, ada after sales service!

Monday, 24 January 2011

Minggu lepas

Laporan kesibukan seperti yang dijanjikan minggu lepas:
* Macaroons - Kah kah kah, OF COS tak buat! Dah beli serbuk badam, dah simpan putih telur, dah ada koko; tapi semuanya duduk dalam bekas asing² lagi, hehe. [Sambil urut² dagu togel memikirkan apa nak buat dengan sepaket serbuk badam yang mahal berdengung tu].

* Brownies - Tanda rait.
* Oreo brownies - Tanda rait.
* Peanut butter cheesecake - Cangkuk rait saja; Sabtu tengah hari baru jumpa/beli cream cheese. Sabtu petang dah malas. Ahad, laaagi malas.
* Soto - Tanda rait dan dapat tiga bintang kerana puas hati.

* Nasi ambeng seksyen 3 BBB - Tak bukak kedai, sibuk beraya agaknya. Hmph. Menyampah tau macam ni. Dah la bukak weekday je. Kena ambik cuti kalau nak rasa. Kita cuti, dia pun cuti jugak. Lain kali dia bukak kedai pun kita tak nak gi beli. Biar padan muka dia!

Nasi ambeng ganti dengan nasi lemak
Banyak lagi gambar tapi tak boleh load sebab tak tau sebab

Kemudian baring² makan oreo brownies sambil tengok Sikit Punya Gila
Sikit punya best!

Thursday, 20 January 2011

Sibuk di dapur

Mak We saya tengah perah kelapa kat dapur STF

Tak, dia tak kerja dewan makan asrama
(Terlucut lengan kalau nak perah kelapa kat dapur asrama cenggini)
Ni dapur rumah kuarters Chik saya di situ

Mak We dan Chik dah meninggal kedua²nya
Bukan dibunuh atau bunuh diri

Tetiba je, ek?
Hehe
.

Wednesday, 19 January 2011

Macam² adaaa!

Bahagian 1: Besok cuti
Sebagai hiasan, menggambarkan kesibukan saya di dapur (sibuk masak ke, sibuk makan, tak pasti lagi)

Rancangan untuk cuti panjang, angan² nak masak/makan:
* macaroons - kah kah kah, belum buat dah ketawakan diri sendiri dulu
* brownies
* oreo brownies - sampai 2 jenis? cita² mesti tinggi
* peanut butter cheesecake - kes tamak
* soto - jangan jeles
* nasi ambeng seksyen 3 BBB yang selalu disebut²

Gambar curi dari blog Akak Zain
Soalannya, larat ke? Sempat ke? Muat ke perut? Hehehe. Kita tunggu laporan minggu depan (kalau rajin).



Bahagian 2: Duit lebih
Hairuman Miskon yang terkena renjatan elektrik masa mengait kelapa sawit
Baca kisahnya di sini atau di sini (lebih kurang je isinya) atau google je nama dia

Sumbangan boleh dihulur melalui kakaknya, Maryuni Miskon (018-3807867)
A/c Maybank: 162030-632448
A/c CIMB: 1257-0000-203529

Mereka bukan saudara saya, malah kenal pun tidak. Tapi perut rasa ngilu tengok kesakitan yang dialami. Dan perut yang ngilu ini selalu diisi dengan makanan sedap². Jom bantu semana ikhlas.

Monday, 17 January 2011

Benda² yang dilihat dengan mata

Pagi²
Duduk²
Sarap

Di warung Pak Menawer
Seorang kawan bukak cerita
Saya dan kawan² lain mendengar
.
Saya perasan
Butang baju kawan itu terbukak
Saya jeling
.
Dia terus bercerita pengalaman² lama yang kelakar
Saya dan kawan² lain ketawa

Sesungguhnya
Kalau dia dan kawan² lain tiba² nak tahu
"Apa yang kau ketawa kan sebenarnya?"
Patut ke saya berlaku jujur?

"Aku nampak bulu dada dia berterabur"

...

SALAM ISNIN YANG haru CERIA!
Jadilah seorang yang skema dan kenakan kancing baju anda kemas²







Pak Menawer dah tak meniaga, Pak Jabit pulak bukak kedai makan sekarang: ps
Gambar² hiasan dari google: pps

Saturday, 15 January 2011

Menu

Burung baru

Lala terkenal tahun 60-an lakonan Raj Kapur dan Rajendrakumar
Eh, itu Sanggam?!

Friday, 14 January 2011

Nasi lemak sambal paru

Gerai tepi simpang (taukenya nama Kak Ana)
Taman Desa Baiduri, Cheras

Seberang berek polis
Depan simpang ke pasaraya Bintang
Dekat Restoran Jalal Yusof

Pandai² lah cari, ye

Kereta klasik Kak Ana boleh dijadikan landmark yang berguna

Kak Ana dan rakan²

Nasi lemak sambal paru alas daun pisang
Wallaweehhh, kalau suruh puasa seminggu sebelum dapat makan ni pun saya rela!

Sambal paru lebih

Sambal sotong lebih

Kuih² pun banyak dan sedap²
Kuih kole/tahi minyak ni rupa tak begitu memberangsangkan tapi rasa adalah yang paling mantap
saya pernah jumpa di sekitar Kuala Lumpur-Lembah Kelang dan kawasan² sewaktu dengannya

Jalan masuk ke kawasan gerai Kak Ana
Kalau tak jumpa, cari je brader baju merah tu sampai jumpa, heheh :)

Cubalah! Cubalah!
(Lonjat² gembira)

Thursday, 13 January 2011

Tutti Frutti

Tutti Frutti Frozen Yogurt
A-6-G, Sunway Giza Mall
Hutan belantara... hai, Cik Milah!
Kota Damansara

Cek cawangan² lain di sini

Pegang kuat² tangan anak masing² sebab kat sini semuanya self-service

Pilih saiz cup- patutnya ada 3 saiz, tapi katanya cup kecik sentiasa tak ada stok... ye keeee?! ;)

Dispense frozen yogurt di sini
Tak banyak sangat pilihan flavour yang ada- vanilla, chocolate, orange, raspberry, taro, passionfruit, kiwi
Bagus juga la, kalau tak rambang mata nak memilih

Pilih topping

Topping lagi

Kemudian timbang dan bayar, $5.30 untuk 100g (berpada²lah memilih topping tu ye)

Dan kami dengan sifat sedate, pilih coklat campur vanila, dan curah Hershey's syrup sikit

Sedap, wa cakap lu!

Dan yang bestnya, Tutti Frutti akan buka lagi banyak cawangan termasuk lah di Bangi dan Skudai
Yabedabeduuu!