
Dalam pinggan, ayam dan kambing pun boleh berkawan
Ada beberapa makhluk yang saya kenali akan ke Pulau Pinang hujung minggu ni. Berikut adalah senarai koordinat beberapa tempat makan di sana yang saya carikan tidak secara percuma (ehem):
1. Nasi kandar Line Clear (sini)
E 100 degree 19' 56.9"
N 5 degree 25' 10.9"
2. Padang Kota Lama / Esplanade
Pasembur/ mi rebus & mi goreng sotong Hameed Pata/ ais kacang Jalil Special
E 100 degree 20' 27.9"
N 5 degree 25' 21.4"
3. Hameediyah, 164A, Campbell Street
E 100 degree 19' 56.9"
N 5 degree 25' 7.2"
4. Pasar Chowrasta
Jeruk, please!
E 100 degree 19' 52.4"
N 5 degree 25' 5.2"
5. Nasi Kandar Pokok Ketapang
E 100 degree 19' 50.7"
N 5 degree 25' 11.2"
6. Nasi Kandar Beratur, Jalan Masjid Kapitan Keling
E 100 degree 20' 15.3"
N 5 degree 25' 0.4"
7. Restoran Kapitan, 93, Lebuh Chulia
Beriani claypot/ ayam tanduri
E 100 degree 19' 59.8"
N 5 degree 25' 10.9"
Cukup la dak? Bukan boleh habis round semua kedai ni pun kalau pergi 2-3 hari. Rasanya la. Kalau boleh try semua memang sah korang buruk lantak. Haha.
Ooo, sebut pasal baju kan. Geng Sehelaibaju.com tengah buat kempen (kempen ke namanya?) belikan baju baru untuk anak² yatim sempena nak raya nanti. Atas beberapa sebab (baca la sendiri) geng ini tak terima baju terpakai atau sumbangan wang. Jadi kakak² suka shopping ada alasan nak keluar membeli belah :) Nanti round² kat Jalan TAR boleh la belikan baju kurung sepasang dan hantar pada mereka. Dia orang akan salurkan pada rumah anak yatim yang tersenarai. OK, tata-titi-tutu.


68 perut lapar:
If singgah Ipoh, jgn lupa cari Nasi Vanggey n try ayam grg pedaih, kami siap bungkuih bawa balik n still garing...meletupppzz
hoh..nasib baik baru lepas makan nasik kandar Hakim dkat s.alam aritu..jadi..arini xde nak cakar kusi. hahahaha
kena p penang la ni? adehhh..;)
weh.. orang dah dua minggu balik dari penang baru ko nak bagi senarai..
somewhere, i can hear arteries clogging.
jangan lupa laksa penang kat tepi mesejid terapung....
Yang banyaknya - nasi kandar, kan? :)
aku teringin nasi kandar beratur~~amat sedap kah?
weeeee...sedapnyer.....
Gambar² ni memang menggugat iman..
KOG...
mmg sedap2 nasi kandar di Penang... rindunyer...
itu pinggan nasi kandaq pelita. :)
baju apa2 size pon bole ker?
nasi sikit.
lauk banyak.
tu perangai aku la tu...
.
mas pun suka letak ayam ngan kambing klu makan nasi kandar...
perhh...memang best....
thanks for the info.
*kambing tu punya bau kuat tak?
agreed with the Hameediyah. I'm from penang so, tahu sangatlah Hameediyah tu. Kalau balik penang pun, i mesti bungkuih 60-70 ketoi dagin itam tu bawak balik kl....but, personal observation, Line Clear tu tikuih lagi besaq dari kepala ikan dia!!!!! Hahahahahaha good luck guys if ever plan to go for Line Clear! Yang tu tak berapa nak clear sikit, then marrket chowrasta, jangan lupa ayaq nyog dengan cucoq udang kat tepi jalan masa nak exit marrket tu. depa dok belah kiri dan I panggey ayaq nyog dindin' pasai yang juai tu dudok dalam dindin'
agree... ngn uncle. Hameediyah is the best . Line clear.... heheheh .... cucoq udang is the best ...
hati2 ngan pasemboq... tanya harga dulu sebelum ambil.. kang tersemboq terkejut bila dengar harge mahai... me dah terkene.. 25.00 sepinggan. betul2 tersemboqlah.....
baju kuning....i follow u....
Ko ni tau jer lobang makanan sedap. Tajam betol hidung kau ya Meow.
Yang baik tu baguslah di war war kan. Masa Ramadhan nanti boleh lah giatkan lagi usaha me war war kan kebaikan. Love you meow.
perut kacukan macam kita (statement membencikan!) cepat cb kalau makan nasi kandar.. (double benci!)
telor lembu ada?
cisss-kan !!?
suka nasi kandar
tapi aBear tak suka
cam ner tu ???
kalau nak try nasi kandaq beratuq tu mmg kena pegi belah mlm, lepas jam 10. if before that, operator nyer org lain :-) good biz arrangement kan?? maximise rental of space!
kalau dah selesai beli jeruk, boleh ajer jalan terus ikut penang road tu, singgah plak celah lorong try ayaq pegaga, teh bunga, cendol or ABC yang sangat beesshhhh!!!
aduhhhhhhhhhhhhhhhhhh...sedapp nyerrr...
Kamu lupa masukkan Char Koey Tiau dalam list!! Itu menu wajib.
Sila ke Bayan Baru - CKT Sani atau CKT tepi flat roundabout Bayan Baru.
kog
nasi kandar
adoiiiiiiiiiii
bapak dah berkira2 dgn maknya nak pi terbang jap ke pulau pinang nak pekena nasi kandar ni dan lepas tu balik hehehe
berbaloi ke pasal karang terhentak kapal terbang lapo semula dah nak kena pi balik hahahahaha
- alamak ...mamak food...hmmm xpe lah...
nasik kandar memang da best, faveret gua
ish..ish..sodapnya...!
kalau dapat sotong ke udang ke lagi best.. (pasal kita tak makan kambing)
pernah guna 'ayam dan kambing' sebagai password
ehhheeehe
tp itu kisah lama
;-)
Bukan KOG yang datang ke? char kuey teow pak wan & capati @ astaka belakang vistana hotel, popia basah @ padang 'broom (brown)'- jalan johor. etcccc
@JueOny
memang namanya gitu ke? nanti kita cari kat gps
@hanie
hentak-hentak meja skit pun best gak
@nur easy
apa lak... chow kit pun ada
@ibundo
laa, dulu tak request
@fifi
clog-clog-clog-burst
@kakngah
aku tak dapat alamat la (yang benornya dah malas nak search)
@kakcik
dah nama pun penang kak, tempat mamak
@bujal X
dengarnya begitu lah, tak pernah rasa
@Udy
weee, jangan jeles, gi turunkan berat badan dulu skit ;)
@pizli
padahal ni nasi kandar kl je, hehe
@Ibu n Abah
nanti laling balik dari jerman pi la penang pulak kak
@RieNa
hahha, tepat sekali! 10 markah!
@Faizah Jaafar
untuk budak 12-18 tahun (kalau budak tu gemok macam mana ek?)
@tasekM
aku sekarang gi mamak mintak nasi SUKU, kalau mintak separuh pun macam bukit diletaknya
@Mas
ayam goreng kat mamak menara mni sodap gilo (dulu le, sekarang tak tau)
@gadisBunga
entah, tak pernah kisah, tapi sedap je
@Uncle
uncle, ada orang kata hameediyah dah turun sikit gred dari dulu (i wouldn't know)... tapi line clear tu betul la, not for the faint hearted! hahaha
@Chik Att
kita tak terperanjat dengan line clear, sebab ada kawan dah warn dulu- kedai tepi parit je tau!
@mrs. nazri
haha masa ambik mesti tak ingat dunia tu
@ummi_aha
line digi takleh guna hari sabtu, nanti polis tangkap, keh keh
@Ann Huda (Ate)
cuba mencontohi kebaikan dan kesolehahan (pandai tak buat word baru?) adik beradik ate *peluk-cium-peluk*
@ciketon fazya
sendiri sador diri dibenci bagus lah... takyah kita komen apa-apa lagi, hahaha >:)
@DrSinga
keh keh keh, si dol yang didolkan oleh suaminya
@pB
bagi dia makan roti canai je
@Aliza
ha tu la, orang penang memang biasa makan nasi at odd hours ye? katanya pokok ketapang tu pun bukak tengah malam sampai ke pagi... jimat, takyah beli sarapan
@juanita
lagi banyak rempah lagi sedap (lepas makan mc, cirit-birit, hehe)
@Daddy Ziyyad
ha, dah malas nak research dan cari koordinat, heh heh
@rezeki
tapau 3 bungkus, isi dalam tupperware (kedap udara, jadi setakat flight 1 jam tak keluar bau)... tiba high castle sebat lagi!
@AI
makan je bung kaktus diam-diam, hehe
@JARI YANG TERBARAI
pastu minum teh tarik buih, tak pun teh o ais pekat-pekat, perrrgh!
@PUTUBAMBU
telur ikan sedap jugak kan
@Seorang Blogger
ahaha, mesti takde orang boleh hack kan
@makcikkantin
hah, i read about padang broom! hahhaha, lawak juga orang penang ni ye brown boleh jadi broom...!
wow..bestnye akak..terliur dibuatnye..hehhe
halamak puan KOG
sayyuuuuuuuuuuuuppppp!!!
mee udang Salwa Gertak SAnggui takdak ka?
Serabai Taman Tun Sardon?
Bubur Cha Cha Astaka Padang Brown (Broom)
Antara 3 Makanan WAJIBULGHUNNAH kalo balik penang
termasuk dalam senarai ialah nasik(s) kandar dan juga mee sotong (dengan coconut shake kedai sebelah dia)
aduiihhh
ketaq lutut mengenangkan makanan2 ini...
Post a Comment