Wednesday, 25 May 2011

Makan sedap di PD



Saya bukan orang Podeksen dan tak pakar selok belok di sana. Tapi sebab cuti sekolah dah nak dekat dan mungkin ramai yang plan nak ke sana, malah 2-3 orang dah tanya makan apa yang sedap (tipuuu, sebenarnya 2 orang je- Kak Ngah dan Akak), sajalah merajinkan diri nak buat list makan sedap di Port Dickson ni.

Sarapan:
KDK (di sini)
- Nasi lemak, nasi kerabu, roti canai, kuih-muih
- Depan Perkuburan Teluk Kemang
- Koordinat : E 101 degree 51' 14.1" N 2 degree 27' 53.5"

Makan tengahari
Wati Beach Cafe/Cowboy Place (di sini)
- Ayam panggang dengan set nasi-sos-sup-air; itu saja specialty-nya
- Depan PD Marina World Resort
- Koordinat : E 101 degree 51' 19.4" N 2 degree 28' 10.6"


Nampaknya kedai ni tengah nak dibesarkan
Ada disediakan ruang solat, bagus², saya kasi extra point kat situ

Makan malam
Seri Mesra Ikan Bakar (di sini)
- Segala macam makanan laut
- Teluk Kemang Square, bertentangan dengan stesyen minyak
- Koordinat : E 101 degree 51' 15.1" N 2 degree 27' 45.9"


Jenahak bakar yang sangat, sangat, sangat marvellous!
Ada bau asap dan 'rasa terbakar' sikit yang menambah kesedapannya


Sambal asam - yang belah kiri kami bedal 2 mangkuk


Kangkung goreng belacan yang pada mata kasar macam batang kangkung goreng belacan
Tapi janganlah tertipu dengan rupa kerana bau dan rasa belacannya pasti tak mengecewakan

Makan malam lagi, kedai bonus
Jimat Tomyam (di sini)
- Masakan Siam yang sedap dan murah-murah-murah!
- Batu 8, Teluk Kemang
- Koordinat : E 101 degree 51' 23.9" N 02 degree 27' 23.3"

Ada juga kedai lain di bawah label Nogori.

Kalau time cuti sekolah tu, kenalah rancang betul². Untuk sarapan mungkin ramai yang makan kat hotel. Bukan senang nak kejutkan budak bangun tidur kan. Aisyah anak Akak nanti tunjuk perasaan pulak sumbat sudu dalam mulut! Hehe. Makan tengahari saya tak pasti, agak ramai yang masih berkubang kat pantai. Lagi mudah hantar sorang ranger untuk tapaukan makanan, rasanya. Untuk makan malam, lepas solat maghrib sepantas kilat kena terpacak depan kedai. Kalau tak, bersedialah untuk menguji kesabaran masing². Bukan apa, kalau hati panas (takde tempat duduk/orda lambat tiba), makan sedap pun jadi tak sedap. Rugilah.

51 perut lapar:

bujal X said...[Reply to comment]

koboi jual ayam panngang~sungguh tidak klise~haha~~

bujal X said...[Reply to comment]

hihi~1st~

Mas said...[Reply to comment]

tetiba jadi lapar......

kakcik said...[Reply to comment]

Sangat menyelerakan. :)

Syahiddmilikku said...[Reply to comment]

kakkucingku,
Tau x kenapa nama kedai tu KDK? Sebab nama panjang dia Kedai Depan Kubur. Dan untuk makan tengahari atau malam, saya suggest akak pegi restoran terapung fort supai, kuala linggi. Kalo boley pinggan dia pun saya nak telan..

kakngah said...[Reply to comment]

huwaaaa!! plan ke PD tak menentu lg ni.. along aku opret semalam. kalau by weekend ni dia sihat, planning proceed. kalau tak.. pospon la jawapnya huhuhu!!!

apa2 pun, kodai dopan kubo harus msk senarai..

Timun Laut said...[Reply to comment]

Dengan ini saya berazam bahawa saya tidak akan masuk belog kakak kucing goreng gemok jika saya sedang lapar. kerana blog ini membuatkan perut yang lapar menjadi kebulur. dan kadang2 perut yang tak lapar pon boleh jadi lapar.
sekian sahaja komen dari saya.

yang berdedikasi,
gadis lapar yang tetiba jadi kebulur bila baca entry akak.

woha!

pizli said...[Reply to comment]

"Bukan apa, kalau hati panas (takde tempat duduk/orda lambat tiba), makan sedap pun jadi tak sedap. Rugilah." - Pesanan ni memang sesuai untuk saya la ni.. Hehe..

- GC - said...[Reply to comment]

batang kangkung goreng belacan tu sangat super delisyess je rupa beliau..

*padahal kangkung je.. keh3x..

tasekM said...[Reply to comment]

asal awal na post n3.
bila aku nk fes nih..?



.

.:nhalilah:. said...[Reply to comment]

reminder terakhir tu mmg sesoai ngan en.suami.. mmg kena terpacak awal.. kalo boleh sebelum maghrib.. so kena ada tmpt solat...

amirah said...[Reply to comment]

kena plan betul2 ni..maklumla cuti sekolah memang happening..

gadisBunga said...[Reply to comment]

baik punya planning!

Seorang Blogger said...[Reply to comment]

Bukan apa, kalau hati panas (takde tempat duduk/orda lambat tiba), makan sedap pun jadi tak sedap. Rugilah

- saya suka amat pesanan penaja yang ini!! maveles lah ;-)

hehehe

nur easy said...[Reply to comment]

cemana belum p bcuti tapi dah ada gambar makanan tmasuk review skali ni? hehe

Ibu n Abah said...[Reply to comment]

KOG...
bestnya.. detailed...
terima kaseh....
dan dah terbayang si-ranjer yg kena keluar pi beli makanan....
- Pagi mmg tak sempat nak keluar...
- tengahari, mungkin...
- malam... mungkin...
bila u bg direction siap koordinat.. teringat kami pd cik sally kami... kami punya kena curi masa pencuri pecahkan cermin kereta....

PUTUBAMBU said...[Reply to comment]

wah..bagus ni..
very informative..

tq KOG...

nanti bila2 kita gi PD..boleh le carik kedai2 tu

DrSinga said...[Reply to comment]

wah !!!!!!
gua tabik!!!

sudah GPS expert ma.......

DrSinga said...[Reply to comment]

saya selalu berpengalaman 'hati panas (takde tempat duduk/orda lambat tiba), makan sedap pun jadi tak sedap' di PD

MULAN said...[Reply to comment]

fuuhhh... mouth lelehings semua...

keratosis said...[Reply to comment]

kog sila buat makan sedap di penang pulak.. ke dah ada? hihi

kucingorengemok said...[Reply to comment]

@bujal X
koboi dah boring jual bifstek

kucingorengemok said...[Reply to comment]

@bujal X
hihi, kita dah lama tak nak main (sebenarnya sebab tak pernah dapat 1st, syyh)

kucingorengemok said...[Reply to comment]

@Mas
hep! awak gi makan ayam percik diam²

kucingorengemok said...[Reply to comment]

@kakcik
ikan dia paling syok kak, hadoi, kita sendiri tengok gambar pun terngiang² rasanya (boleh terngiang ke? hehe)

kucingorengemok said...[Reply to comment]

@Syahiddmilikku
boleh tahan over ek nak telan pinggan! hahaha... ok, kita dah bookmark kan webpage dia (terus gi search), kalau tersesat area tu boleh cari insyaallah

kucingorengemok said...[Reply to comment]

@kakngah
ala pegi je time tak cuti sekolah nanti, lagi relaks tak ramai orang

kucingorengemok said...[Reply to comment]

@Timun Laut
tak baik tau boikot² kita macam ni... ;p

kucingorengemok said...[Reply to comment]

@pizli
ha, tak boleh gitu, rugi... kena maksima-kan nikmatnya dengan susunan aturcara yang betul, hehe

kucingorengemok said...[Reply to comment]

@- GC -
kita sibuk cek kalau ada putih² dalam batang kangkung tu... eh, orang masak biasa buang tak? ke kita sorang je sibuk korek kasi buang 'kapas' putih tu?

kucingorengemok said...[Reply to comment]

@tasekM
ko free kul berapa? nanti aku update time ko tak banyak kerja, haha

kucingorengemok said...[Reply to comment]

@.:nhalilah:.
kalau cukup marhalah, boleh sembahyang jamak pun molek juga

kucingorengemok said...[Reply to comment]

@amirah
sebab tu kita suka berjalan time tak cuti

kucingorengemok said...[Reply to comment]

@gadisBunga
plan saja... kadang² 'hujan di tengahari' - macam tak kena je pepatah?

kucingorengemok said...[Reply to comment]

@Seorang Blogger
betul tau, nak makan hati kena tenang, jiwa kena aman... hehe

kucingorengemok said...[Reply to comment]

@nur easy
kita kena berkorban masa la riki² dulu (berkorban kekdahnya, haha)

kucingorengemok said...[Reply to comment]

@Ibu n Abah
cik sally tu gps akak ke? mana boleh tinggal dalam kereta kaaaakkk! angkut je gi mana², tu yang henbeg besar guni tu

kucingorengemok said...[Reply to comment]

@PUTUBAMBU
kedai² lain kat label negeri tu pun ok gak, tapi yang memang kita rekomen yang ni laa ;)

kucingorengemok said...[Reply to comment]

@DrSinga
tapi kejap² bateri abis, kejap² bateri abis

kucingorengemok said...[Reply to comment]

@DrSinga
awak suka tak dengar cakap kita- keluar makan kena cepat!

lepas makan sambung la berendam balik

kucingorengemok said...[Reply to comment]

@MULAN
tu tak letak gambar ayam panggang tu... dengan baunya, asapnya, huhuuu

kucingorengemok said...[Reply to comment]

@keratosis
alamak... belum layak, pegi penang pun 4-5 tahun dulu

kalau nak pegi lagi, kena diet pra-penang, persediaan perut makan nasi kandaq!

Aku said...[Reply to comment]

Ikan jenahak tu memang mengancam... aku suka jenahak daripada siakap lagi. teksturnya berbeza...

MaDiHaA a.k.a Ratna said...[Reply to comment]

lama tak ke PD... kalo pegi pun.. mesti dpt mkn preee jek kat umah SIL.. hehehhh..

kucingorengemok said...[Reply to comment]

@Aku
1.kerapu, 2.jenahak, 3.siakap... siakap rasa dia tak ganas, kita orang pun kurang minat

kucingorengemok said...[Reply to comment]

@MaDiHaA a.k.a Ratna
masakan rumah mesti lagi best pun, kak :)

Sally said...[Reply to comment]

best..best semuanya..tapi cuti kali ni ..nak balik kelate..nak makan best-best/banyak2 gak sebab lagi 2 bulan mahu pantang dey!!!..simpan dulu koordinat you bagi untuk percutian selepas beranak nanti..

kucingorengemok said...[Reply to comment]

@Sally
huwaa! bestnya gi kelantan, makan sedap²... tolong buatkan list untuk kita (tah bila nak peginya tak tau)

Labu said...[Reply to comment]

Cowboy tak makan nasik

Zana S said...[Reply to comment]

bagusnya... Terima kasih byk atas info di atas. :-)

Zana S said...[Reply to comment]

bagusnya... Terima kasih byk atas info di atas. :-)