Thursday, 28 April 2011

Makan² hujung minggu

Rupa bentuk Senandung Malam pada malam hujung minggu

Saya tak paham la penggunaan 'hari minggu'. Kalau hari minggu, tak ke maksudnya weekday? Kalau weekday, tak ke maksudnya Senin-Selasa-Rabu-Khamis-Jumaat? Apasal orang nak kata Sabtu-Ahad tu hari minggu? Tu weekend, hujung minggu la!

Walaubagaimanapun---

Yang nampak macam meja kosong tu sebenarnya tak kosong. Ada makhluk tengah duduk menunggu lauk. Sedara-mara/kawan² dia dah berterabur kebosanan agaknya. Yang nampak meremut² di kejauhan tu adalah insan² penyabar yang tengah beratur nak memilih haiwan idaman mereka untuk dibakar atau ditigarasakan.

Kami pergi 10+++ orang hari tu (+++ adalah kanak² balita, bawah-lima-tahun). Dah telefon dulu. Dah order. Tapi lambat setengah jam dari masa yang dijanjikan sebab jalan ke Bagan Lalang adalah jem tiap² Sabtu malam (tahukah anda?). Ada makcik kat Masjid Sepang beramah mesra tanya saya, "Nak ke mana?" "Bagan Lalang." "Ooo sama la kita, makcik pun!" Kau boleh seronok senyum², makcik? "Makcik balik je la, nanti saya jem."

Kami tiba. Makanan dah ada. Dah nak sejuk pun. Tapi takde meja kosong! Lepas dalam 20 minit tercangak² (sementara makanan makin sejuk), dapat la sambung 2 buah meja. Kerusi pulak tak cukup. La la la. Sessi tercangak lagi cari kerusi.

Kemudian makan. Kemudian minum.

Tak sempat basuh tangan, dah ada orang lain terjengah² belakang kita orang pulak nak chup meja. Bukan salah dia. Memang orang terlalu ramai. Dan kerusi meja tak cukup. Kalau tak buat macam tu, lambatlah makan jawabnya.

Dari dulu saya dah kata- mamat ni bujang, mamat ni bujang
Semua buat tak tahu kan? Bulan depan dia dah nak kahwin, melopong lah korang... Haha!

Kesimpulan makan di sini- atau mana² restoran ikan bakar/makanan laut- pada hujung minggu adalah tak aman. Ni bukan kempen tak kasi orang makan luar, cuma nak berpesan pada siapa² yang tegar nak pegi supaya bersedia dari segi mental dan fizikal. Kalau ada anak kecik, sediakan tali untuk ikat kaki-tangan dia kat meja supaya tak hilang. Kalau boleh cuba tiba sebelum maghrib, masa orang belum ramai sangat.

Hati kena banyak sabar, tak boleh banyak kerenah, waiter tak dan nak layan ok. Perut pun kena bersabar jugak. Nak senang bawak la bekal sikit untuk alas perut- kerepek ke, roti ke, mi goreng basah ke, nasi lemak sambal udang letak petai ke...

Dan ingatan untuk diri sendiri- kalau nak berseronok dengan saudara mara, nak berbual lama², lebih baik masak sendiri atau tapau. Makan je lah kat rumah, boleh senggayut lama² kat meja makan dan bergolek gelantang depan tv. Lagi afdhal kalau meja makan dilonggokkan aje depan tv.

-
-
-

Maaaakaihh, panjangnya pos hari ni.

58 perut lapar:

bujal X said...[Reply to comment]

hihihihi~

kucingorengemok said...[Reply to comment]

getiknyaaa! tak dan orang tekan publish dia dah komen dulu ;p

bujal X said...[Reply to comment]

ala~~~~da nak kawin ke~~~mencik!!

*perkataan yang betul adalah hujung minggu kan? kan?

amirah said...[Reply to comment]

hahaha...bujal pantas giler..sah, memang tunggu depan laptop ni!

kucingorengemok said...[Reply to comment]

@bujal X
kah kah, nak orangnya dah terlambat... seluar batik dia kaler merah tu ada la kot

amirah said...[Reply to comment]

hihi..dasatnya bagan lalang ni..ater nya kalo gini gayanya, kena bawak spare tikar sekali la..bawak tepi laut buat piknik, abis citer..bawak lilin sekali takut tercekik tulang ikan siakap tigarasa

kucingorengemok said...[Reply to comment]

@amirah
anugerah komen terpantas bulan ini, hehe

kucingorengemok said...[Reply to comment]

@amirah
kita pun hari tu terpikir jugak kenapa takde orang bawak tikar... kena ada satu keluarga selamba mulakan trend tu, mesti semua orang lain ikut

Ibu n Abah said...[Reply to comment]

KOG...
satu hari nanti nak cuba jugaklah ikan bakar bagan lalang...
rasa macam jauh sangat...
kalau rajin.. redah jer...
(tengah malas.. banyaknyer pikir..)

Seorang Blogger said...[Reply to comment]

kalau bawak bekal tu.... tak ke cashier nye ter-kira sekali nanti??
hehhhehee

Khairul Hakimin B. Muhammad said...[Reply to comment]

huhu.. ape kes ni, hihi

kakcik said...[Reply to comment]

Ada yang tidak prihatin kepada keperluan orang lain. Pinggan dan tangan sudah kosong dan kering, masih seronok berborak...

miloais said...[Reply to comment]

alahai.... iols bab nak menunggu lama2 ni yg malas dan bow-san...

konpem le... iols tak pegi makan kat sana... hik hik hik

Sari Yusa Ibrahim said...[Reply to comment]

a'ah...... betul3... apa yg KGG cerita kat para2 bwh tu semua mmg betul sgt2..

Sang Kelembai said...[Reply to comment]

Wuiihh... aku ingat kenduri kawen.

Kalau aku, aku tak sanggup hadapi cabaran macam tu semata-mata untuk tuntaskan nafsu mentekedarah...

nur easy said...[Reply to comment]

wah mencabarnya nak makan. y menjual tu boleh sediakan tikar skali gamaknya. leh piknik depan tu..;)

Soraya Zainal said...[Reply to comment]

KOG, hari minggu mmg weekdays, hujung minggu yg weekend. cakap kat org tu die salah penggunaan perkataan tu :P

Dah lama tak g bagan lalang, aritu last pegi kuala selangor je~

P/s: silap betul bukak blog ni time pose

tasekM said...[Reply to comment]

beb...
ni nak tanya nih.
ko dok mana yg makan sampai ke bagan lalang nih...?

kejap.
bagan lalang tu kat mana hah..?
kat perak?
ke penang...?

ke mana....?







.

kakpah said...[Reply to comment]

akak ni memanglah tak penyabar kalau bab nunggu menunggu ni. ada sekali dulu kat bangi ni pesan air.. air je sebab tengah kehausan.. punyalah lama tak sampai2. akak ni blah je sambil membebel-bebel.
akak suka oder makan kat restoren rimba di pkns tu. kejap je bedesup siap..

h a n i e said...[Reply to comment]

kak tasek, bagan lalang yg ade mesjid sepang..hanyalah di sepang. hahaha

keciwalah. xde gmbor makanan. ekekek :P

tasekM said...[Reply to comment]

hanie, aku baru perasan masjid sepang tu.

kakakaka...


meow.
sila buat2 tak nampak komen aku kat atas tu tau!

ha ha.




.

ciketon fazya said...[Reply to comment]

kita dok sepang (dengkil dalam daerah sepang) pun agak bercinta nak ke bagan lalang..

jauh rasa macam dah nak sampai pd pun ada rasa (sampai dalam hati macam ni baik makan kat PD)...

kita bagi anugerah penyabar kat awak dan 9 lagi + kanak2 balita..

azian said...[Reply to comment]

KOG...
adoiiiiyaiiii...nak mkn cam ni....jenuh laaa nak tunggu lelama...

Daddy Ziyyad said...[Reply to comment]

That's why saya kalau ke Bagan, saya sampai awal before maghrib, atau ngam ngam lepas solat maghrib. Dan elak gi sana on weekends...berjanggut lah nak menunggu..

kucingorengemok said...[Reply to comment]

@Ibu n Abah
tak jauh kak, dari bangi dalam 40 minit je

kucingorengemok said...[Reply to comment]

@Seorang Blogger
isi dalam tupperware, dia org tak hidang lauk dalam tupperware, hehe

kucingorengemok said...[Reply to comment]

@Khairul Hakimin B. Muhammad
kes 'kalau-weekend-semua-orang-banyak-duit-nak-makan-luor' hehe

kucingorengemok said...[Reply to comment]

@kakcik
dalam hati dia kata, siapa suruh datang lambat... hehe

kucingorengemok said...[Reply to comment]

@miloais
jangan laa, takut plak persatuan tauke² kedai ikan bakar saman aku!

kucingorengemok said...[Reply to comment]

@Sari Yusa Ibrahim
tapi kadang² hati (dan perut) tu gataaal jugak nak pegi

kucingorengemok said...[Reply to comment]

@Sang Kelembai
aku masih tak tau maksud tuntas

kucingorengemok said...[Reply to comment]

@nur easy
tapi kan, kalau dibiarkan bentang tikar, nanti takde tempat parking pulak

kucingorengemok said...[Reply to comment]

@Soraya Zainal
kat suratkhabar yang selalu tulis hari minggu tu sabtu-ahad, bukan ke patut dia orang punya bm lagi elok dari kita?

kucingorengemok said...[Reply to comment]

@tasekM
ko ni teringat bagan serai kot?

aku suka dengar/baca waktu buka puasa, boleh menambah ilmu pengetahuan geografi, hehe

kucingorengemok said...[Reply to comment]

@kakpah
siap bebel tu, hehe

kucingorengemok said...[Reply to comment]

@h a n i e
dulu dah letak... sama je menunya

kucingorengemok said...[Reply to comment]

@tasekM
takpe, aku abaikan... lagipun tangan ko berlobang kan semalam? kasi kelonggaran la, banyak darah hilang gaknya ;p

kucingorengemok said...[Reply to comment]

@ciketon fazya
pd banyak mana ada kedai ikan bakar? restoran mesra tu je kot... lain jual makanan siam, pelik betul!

kucingorengemok said...[Reply to comment]

@azian
tersilap langkah... hehe

kucingorengemok said...[Reply to comment]

@Daddy Ziyyad
terus jadi tak senang nak berborak kan

PUTUBAMBU said...[Reply to comment]

mana gambor menu yg sedap2 tu..?

kucingorengemok said...[Reply to comment]

@PUTUBAMBU
dekat link entri lama, hehe :)

mama_QnR said...[Reply to comment]

puan kog

hujung minggu ni adakah anda akan balik ke sekolah?

DeLancrettLurpak said...[Reply to comment]

ini mmg betol entry geraammmmm!!!

hehehehehe.. tapi perut sudah kenyang, senyum lah kan? sedap ker?

h4ni3 said...[Reply to comment]

dia bukak 5.30 kan

lenkali, make sure kul 5 dah pegang kusi meja dia.. hehhe

geraugebang said...[Reply to comment]

Hisshh...awat budak nak kawin tu posing cam tu...tak molek bebenor...cer elok-elok sikit...

MULAN said...[Reply to comment]

wallaaa.... seronok kat senandongs malams tu...

selamat kawin kat mamat bujang tu..

gadisBunga said...[Reply to comment]

saya pernah guna 'hari minggu' untuk weekdays. dan ditempelak balik kata bahasa saya salah. menyampah tau!

hana said...[Reply to comment]

KOG.. yuk balik kampung yuk... kekekekeke..

kucingorengemok said...[Reply to comment]

@mama_QnR
saya balik johor laaa :(

kucingorengemok said...[Reply to comment]

@DeLancrettLurpak
sedap tapi tak selesa... tak syok lah

kucingorengemok said...[Reply to comment]

@h4ni3
cadangnya macam tu, tapi hari yang dijanjikan, ada yang balik lambat lah, ada yang nap sampai lepas asar lah... hehe, pelbagai!

kucingorengemok said...[Reply to comment]

@geraugebang
dia nak tunjuk gigi dia dah macho lah... awak jangan tegur², kabornya dia sensitip sekarang, silap² tengok sepit ketam pun syahdu boleh nangis!

kucingorengemok said...[Reply to comment]

@MULAN
belum lagi, bulan depan... tapi kalau nak kasi hadiah sekarang boleh majukan kepada saya (pehtu i cukai skit, hehe)

kucingorengemok said...[Reply to comment]

@gadisBunga
tak kena okkk... eh, awak editor surat kabor melayu ke? (orang surat kabor yang rajin guna gitu)

kucingorengemok said...[Reply to comment]

@hana
kita dah balik dah, pastu kita dah patah balik ke mari, hihi... kampung awak banyak road-block tak?

Anonymous said...[Reply to comment]

klau mknn lmbt smpai sbb rmai org,sila la beli bahulu pnas di kdai seblah tu dlu..sgt maveless :)


-insan penyabar yg stiap buln mkn di senandung malam tnpa dpt komisen pape..hehe-

kucingorengemok said...[Reply to comment]

@Anonymous
laa, hari tu tak tau... patut dia buat promo dari meja ke meja