
Seorang jejaka tampan menjulang sepanduk di hadapan kedutaan Lib-ya di Kuala Lumpur
Bintik apa khabar agaknya?
Bintik ni jiran kita orang. Saya pernah cerita pasal dia. Kalau rasa sibuk nak korek entri lama, dialu-alukan mengesearch "jiran" kat kotak kecik di atas.
Bintik cuma nama manja. Masa mula-mula tiba sini, dia mengadu tangan dia keluar bintik-bintik merah sebab tak tahan dengan cuaca panas lembab kita. Ha ha. Ya. Kami keji. [Tertunduk malu].
Bintik orang arab Lib-ya. Dia baru balik ke sana bulan lepas.
Mesti keseronokan balik kampung habis hancur bersepai dengan benda-benda merapu yang jadi kat sana. Sekarang tak payah tunggu Jerman gas racun Yahudi, tak payah suruh Amerika B-29 kan Jepun, leceh tu semua, kuno. Pemerintah negeri yang bedil rakyat sendiri, biar cepat sikit padam.
Zaman makin berubah. Yang berkuasa makin sewel, yang miskin makin merempat, yang tak takut tuhan kutip duit syiling dan angkut kampit beras dari lori terbalik. Nauzubillah.
Semoga Bintik, isterinya yang terer gila buat piza, anak-anak, saudara mara dan sahabat handai mereka, serta umat manusia semua terselamat dari ditindas pemimpin yang zalim.
Amin


55 perut lapar:
KOG, tika dan saat ini den membaca entry ni bersama2 anak buah yg darjah 5, menda yg laju je mulut dia tanya.. `gamba nasi lemak ke tu maklong` sedapnya.... wakakak terus tak jadi nak komen pasal jiran bintik tuh..
@Kaseh
oi apasal darjah 5 tak tidur lagi haa?
dia nak masuk tido la konon2nya tuh..dok sibuk ngendeng kat maklong dia ni ha..nampak nasik lemak terus mintak kat nenek dia nak bfast nasi lemak esok.. haha
tidak kah kita fikir ini semua propaganda pihak lain...hurmm...
sekarang tak perlu jet pejuang atau kereta kebal barat bedil negara sendiri tapi cuma perlukan rakyat sendiri hancurkannya...
tapi....
apsal pulak nasi lemak jadik gambar hiasan?
Hahaha baru je sembang dengan my wife pasal kekejian manusia yang kutip duit syiling dan beras bila lori terbalik! Memang keji!
kita baru je sarapan nasi lemak sambil bincang2 pasal nasib libya.
mas baru jer beli nasi lemak.....he..he..
meow, cerita seriyes2 pun mesti nak ada gambor makanan yek...?
bagus la ko meow.
n3 tak lari konsep blog.
:)
.
43 tahun lamanya.. bintik tampan juga kah? semuga jiranmu sekeluarga dan senegara selamat.
zaman kekejaman akan berakhir.
nantikan dengan kesabaran dan keyakinan..kerana penindas, penzalim akan tunjuk kuasa dulu sebelum ditundukkan
Dalam seyes dan sedey, terpaku lak tgk gambar nasi lemak tu...
lama tak pekena nasi lemak ni..
yg bintik merah tu tak tahan cuaca khatulistiwa ke?
kan ke tanda besar kiamat tu??? (sambil mulut mengunyah ban ikanbilis)
jenuh tok tenong lama2 gambo tu
sekali imbas - tak nampak langsung macam nasik lemak... ke... mata iols yang dah makin rabun???
harus kena pakai spek empatbelas lapis!
uwaaaaaaaaaaa!~
memula.. serius jek baru n3 ko.. pastu kuar pulak gambo nasik lemak.. takpe la.. maybe baca doa panjang sket supaya org yang lemah tidak di tindas sebelum makan nasik lemak tu.. insya Allah pintu doa terbukak..
kog..
sajalah tu...
nasi lemak ooooo nasi lemak...
member aku keje kt plaza tol slim river ckp kna.. depa2 yg kaut beras tu siap bwk penyodok ko..
yg herannya, pasir xnak lak diorg sodok..
saya setuju... manusia yg mengutip tu semua nyer keji... huhuhuuu...
pemimpin itu jugak keji...
nasi lemak gak best :-D :-D :-D
@Kaseh
untungnya orang ada nenek!
@ghost writer
tak faham sangat propaganda & politiknya, yang saya faham bom masjid itu salah
@DeLancrettLurpak
comic relief, chet!
@Ismail Fitry
ingatkan kes syiling dah cukup keji... ni beras, sah² buat makan... tapi golongan tu bangga, saya rasa
@kakpah
rasanya² ada can merebak ke negara lain juga?
@Mas
hish, beli mana aci! hehe
@tasekM
konsep tu penting! haha :p
@zamzam
ada gambar bintik tengah tangkap kambing dulu... bapak dia saudagar kambing dan minyak zaitun!
@Aku
nasi lemak "berdarah" haha, aku konon nak seni macam ko, bro
@MULAN
haah, tak tahan peluh, ngada kan, haha... tempat dia panas kering
@gadisBunga
tanda yang mana? cam banyak no je tanda²nya
@miloais
rabun... haha
@.:nhalilah:.
nasi lemak pun serius apa... dia tak kelakor pun, hehe :p
@Ibu n Abah
nasi lemak kampung baru impian kalbu, belum dapat kurasa jua
@kakngah
buat salah tak segan silu lagi orang zaman sekarang ni
@Aliza
keh keh keh... and now i can't stop singing lagu crowded house itu :)
*kruk*kruk*kruuuuuuukkkk*
-bunyi perut-
tak bleh blah sungguh la pi kutip beras tu masa orng lain tgh sakit2...naseb baik takde gmbar muammar gadaffi tgh mkn nasik lemak ~ untuk menepati tema belog ....moga Allah melindungi mereka2 yang dizalimi..aminn
macam @aku komen jugak.. terpaku saya tengok gambar nasi lemak tu.. termenung terfikir..
apa motif gambar itu. memang nampak cam darah... huhuhuhu... maka gambar itu kena pada tajuk entry dan tema blog.. syabas bette..
eh.. silap.. tak kena pada tajuk entry.. tapi kena pada gambar pertama entry.. hehehehe..
aduh...tak kena mengena langsung nasi lemak tuh!
Semoga Bintik dan his fellow countrymen dapat menjatuhkan Gaddafi..
ps: Bintik suka makan nasik lemak meh?
tak baca pasal bintik sebab mata asek fokus kat nasik lemak tu!
homaigod!!
kesian bintik
semoga bintik dan keluarganya dilindungi Allah.. aminn
@h a n i e
ingatkan bunyi orang sawan cakar kerusi, haha
@amirah
beras berdaraaahh! (walaupun takde darah betul pada beras)
@absolutely emy
ada kena mengena juga tu dengan tajuk... tapi tak kisah la, sukati orang nak menafsir
@Uncle
ada uncle, kalau perut tak lapar, takde la emosi sangat bila baca pasal gadafi, heh heh... kalau baca paper time perut kosong, rasa nak balun je!
@Daddy Ziyyad
bintik pernah kata dia suka nasi goreng kampung, tapi pedas sangat!
@- GC -
titik fokus hang tang perut ja, naa! hahaha :p
@h4ni3
amin! ada video budak toddler kat sana mati kena bedil sekali, haduih, sedihnyaaa! :|
Nasik lemak 'berdarah'.. hmm aku setuju! aku suka...
dalam kita enak menikmati nasi lemak sebagai sarapan pagi, nun di sebelah dunia sana darah berhamburan setiap hari... dan anak-anak kecil bersarapan dengan melihat darah ini...
betul punya sedey entry ni, sis...
Stuju..kita and anak pinak sedap dan kenyang sarapan nasik lemak..tak pula teringat kat anak-anak nuuunnn di dunia sebelah sana tah sarapan tah tidak memandang darah disana sini.
Rasa nak hempuk je demer yang kutip duit syiling tengah jalan tu kan??
.
.
.
pemimpin yang tak perasan menindas tu patut diperasan perasan kan..
kan kan kan??
.
.
.
haihhh...
nasi lemak kuah melimpah ruahhhh..
amin.
mula2 sedih juga ngan entry kali ni, tp sampai pic nasi lemak terus perut berdengung!
serius dalam lemak ;-)
Bintik.
Sedap nama tu.
Post a Comment