Friday, 31 December 2010

Cuti=gemok, yeay!

Cuti percuma

Best kan?

Boleh tidur lama² sikit

Tapi

Saya semput

Jadi

Baring je batuk

Baring je batuk

Saya pun bangun

.
.
.

Bangun je makan

Bangun je makan

Heheheheee

Tidur duduk lepas sapu wik (makwe saya kata wik, wik la!) kat pangkal leher

Selamat bercuti, kawan-kawan!

Thursday, 30 December 2010

Kedai Mak Bedah

Warung tak ada nama, petang² time tak niaga

Ada orang panggil Hilton Batu Pahat (tak tahan nak ketawa), ada orang panggil Warung Sabar Menanti. Saya dah 2-3 kali tengok orang yang tak sabar, start enjin kereta dan terus balik. Kami panggil Kedai Mak Bedah. Itu nama makcik pengasasnya, diasaskan lebih 30 tahun dulu. Sekarang anak dia yang meniaga kat sini. Tak pulak kita orang tukar namanya jadi Kedai Kak Yati, kan? Hehe.

Kedai ni betul² tepi roundabout Batu Pahat, menghala ke Rest House (tah siapa la yang duduk kat Rest House tu kan?) dan Sekolah Temenggong Ibrahim, yang melahirkan ramai cendikiawan dan... err, blogger (hai Cik Eton, hai AZ!- sambil buat tanda peace di kanan-kiri pipi) ;)


Dibuka pada waktu sarapan sahaja -

Tahu sumbat

Kari ayam... yang dihentikan sekejap pembuatannya kerana tak cukup kakitangan
Tapi, jauh di mata dekat di hati, bila dia start jual balik, LARIS!

Mi goreng + sambal sotong

Nasi putih + sambal sotong + telur dadar

Ada juga lontong dan laksa Johor, tapi perut dah tak muat. Verdict: SEDAP-lah. Kalau dah 30 tahun dapat bertahan kan, meskipun servis agak lemah longlai lemah lembut. Disamping dapat mengisi perut, kita juga dapat menguatkan ketahanan mental untuk bersabar menunggu pesanan. Heh.

Wednesday, 29 December 2010

Buah pelam


Duluuu, Akak pernah cerita pasal buah pelam kat kebun dia yang berekar²
Saya pun terpanggil nak menyelongkor gambar² lama
Dan cari gambar buah pelam depan rumah abah

Maka buat julung² kalinya
Dipersembahkan penampilan khas KOG versi bonsai di blog ini ---

Muka tak ikhlas kena paksa nyangkung bawah pokok pelam
Sebab abah nak ambik gambar buah pelam dia yang masak bergayut²

Laman rumah dah disimen 3/4 bahagian, tapi kawasan pokok pelam ni ada lagi
Cuma dah diganti dengan pokok lada kecik dalam pasu

Dah, tak payah request nak tengok gambar saya nyangkung peluk pasu pulak, tak kuasa! :p

Little Penang Cafe

Little Penang Cafe
Tingkat 4, KLCC

Sesuai makan-minum di sini kalau anda rajin beratur panjang, heheh
Masa saya pergi, lunch time dah nak habis jadi beraturnya (agak) pendek

Pai-tee - lagi sedap kalau takde daun kumbang ketumbar

Kueh tiau - nampak macam sikit tapi kenyang tuhan saja yang tahu

Sekian

Tuesday, 28 December 2010

Sekali dia cakap arab daa...

Entri ini ditulis menggunakan laptup (lam-pa-ta-wau-pa, bunyinya apa?) arabia

Di sekolah saya dulu, pelajar tingkatan empat wajib ambik periksa SRP bahasa ketiga
SRP ye adik², korang jangan ngengada purak² pengsan tak tau SRP tu apa *aku sekeh nanti*

Kerana masing² pelajar cemerlang, cikgu kata creme de la creme (dibenarkan muntah)... maka ramai lah yang buat ayat lebih kurang macam ni, "Abi ana tanamun padiyun di sawahun". Tafsirnya: bapak saya kerja pesawah bendang. Sungguh! Tak tipu! Kesian kan? Maka, ramai jugalah yang dapat keputusan berangka 9. Saya percaya Ustazah Zabedah nangis malam² sebelum tidur.

Agak² orang yang buat sign ni SRP bahasa ketiga dia dapat apa?
C5-C6 lepas tak?

Monday, 27 December 2010

Waroeng Mas Timoer

Waroeng Mas Timoer
B-13A, Sunway Giza Mall
Kota Damansara

Menghidangkan makanan Sunda

Pelbagai jenis sambal (dia panggil sambel) dengan editing yang celaru: sambal kencur, sambal balado, sambal terasi, sambal kicap, sambal ijo

Ini bukan steak, ini keli kerapu (maaf, pembetulan) bakar

Keli Kerapu goreng

Nasi goreng

Soto bandung
Kalau dalam istilah Melayu, ia dipanggil sup daging

Tapi sangat lah sedap dimakan dengan nasi putih letak sambal dan diperahkan limau nipis

Harga 1 set lebih kurang $10-$15
Ada teh botol (dalam gelas), kopi Indo, teh susu Indo

Ngetop banget, donk!

Saturday, 25 December 2010

Di lembah sungai nan indah




Daripada layan jingle bell, baik dengar lagu ni. Hihihi.

Friday, 24 December 2010

Nasi lemak pasor lambak Seksyen 4 BBB

Telur tepek tu tipu, bukan sebijik, separuh je

Gerai makcik ni kat corner masuk (belah kanan) ke pasor lambak Seksyen 4 Bandar Baru Bangi, tiap-tiap hari Rabu dan Jumaat (petang ni ada, berlari-larilah ke sana). Tapi dia bukak agak lambat dari orang lain. Nak makan sedap memang kena banyak bersabor. Hehe.

Thursday, 23 December 2010

Mi hun sop

Punca -

Akibat -
Mi hun sop special, $ 5
Special sebab - semua kasi taruk; ayam, daging, paru, babat
Pilihan sambal merah untuk orang utara, sambal kicap untuk orang selatan
Tempat - belakang Wisma Lim Foo Yong, Jalan Raja Chulan

OK la, gambar tak berapa memberangsangkan
Tapi kehendak tekak yang bangkit dapat dipuaskan

Word verification membahayakan kesihatan!

Wednesday, 22 December 2010

Jiran kita orang best

Jiran kasi

Kami ada kawan yang bekerja di Yanbu, Saudi. Si isteri tanya pada suaminya, "Perempuan Arab tak boleh bawak kereta kan, bang?". "Boleh," suami dia jawab, "awak nak bawak kereta kat sini pun boleh".

"Kereta mainan anak awak tu, awak letak dalam poket, awak bawak lah jalan mana-mana. Boleh aje!"

Tajuk dengan cerita tak ada kena mengena

Tuesday, 21 December 2010

2-dalam-1

Amaran: Buat 2 tag dalam 1 hari boleh buat anda demam!


Tag 1, dari Bujal -
1. Kenapa kamu ber'blog'?
~ Hendak senaraikan tempat-tempat makan best mengikut geografi dan genre makanan... tapi lepas 2 tahun nampaknya jauh tersasar dari objektif asal.

2. Pencetus semangat kamu untuk ber'blog'?
~ Mamafami, Kak Rinn, Kak Muna - mereka bukan galakkan dengan cheer pakai pom-pom (comel kot gaknya kalau ya!), tapi masakan mereka pernah masuk mimpi saya. Err, ya, saya mimpi pasal makan.

3. Rakan (follower) pertama blog kamu?
~ AAJ. I miss you, bebeh! Cepat balik, boleh kita gi makan nasi ayam boustead dengan JK dan WHA :)

4. Rakan terkini blog kamu?

5. Pengunjung setia blog kamu?
~ Mungkin Bujal kot, sebab dia dah bersumpah setia. Kih kih.

6. Pencapaian kamu dalam dunia blog?
~ Bila Ubi keluar beli udang lepas tengok saya masak mi hun putih.

7. Blog pertama yang kamu ikut
~ Blog bapak Waseem.

8. 'Seteru' kamu dalam dunia blog
~ "Setahu saya, dia tak pernah ada musuh", keratan dari Harian Matro sehari lepas dia mati kena tikam. Lawak. Kesimpulannya, rasanya saya tak ada seteru. Tapi jangan tikam saya (walaupun dengan bantal... hai, Day! [lambai-lambai]) ;)

9. Rakan blog anda yang paling pemurah?
~ Ibusinga, dia juga paling semua-benda-yang-baik-baik.

10. Rakan blog yang hebat pada pandangan kamu?
~ Akak, kerana tak pernah mengeluh.

Kepada empunya blog yang telah di'tag', saya harap kamu dapat ulang siar tampalan ini.


Tiba-tiba gambar kerang (tak ada kena mengena dengan kedua-dua tag)


Tag 2, dari Mas -
1. Sejak bila anda mula memasak dan apakah masakan pertama anda.
~ 18 belas tahun. Nasi goreng rencah segera. Hangus.

2. Siapa yang menggalakkan anda masak.
~ Mak. Sebab dia nak makan pasta. Abah tak suka. Tapi kalau saya yang masak makaroni goreng, mak boleh kata, "Ala, makan je laa, anak dah buat tu." Hehe. Taktik tu, brader!

3. Masakan yang paling anda suka masak dan digemari orang-orang kesayangan anda.
~ Nasi lemak.

4. Tag 5 orang blogger masak yang sering berkunjung ke blog anda.
~ 5 orang pengomen pertama, sila jawab tag ini. Ambik kau!


Dan sebelum berundur diri, saya tujukan lagu ini khas buat Bujal dan Mas -


Dengan ucapan, kalau gatal-gatal tag lagi, saya tukar awak berdua jadi kambing masak kuzi! Selamat gelek ;p

Monday, 20 December 2010

Di satu hari yang indah

Nasi putih, ayam bakar, keropok, sambal tumis minyak meladung, sayur goreng, telur dadar leper;
sos ayam bakar di tengah²

Sedap

Friday, 17 December 2010

Cadangan aktiviti hujung minggu


Tahukah anda KLIA adalah satu tempat yang syok untuk dilawati jika:
- bukan untuk menaiki penerbangan- cemas nak naik kapal terbang, jiwa tak tenteram
- bukan menunggu saudara-mara/kawan² yang baru tiba- cemas menunggu dalam sesak² di arrival hall, jiwa tak tenteram



Benda² seronok boleh dibuat di KLIA tanpa gangguan emosi dan kekangan masa:
- tengok kapal terbang turun naik dari Anjung Tinjau
- budak² main di taman permainan bentuk kapal terbang di belakang KFC
- urut badan di kerusi Gintell Rest & Go; $1 untuk 3 minit, $5 15 minit, $10 1/2 jam- tak ada spa yang urut semurah ni
- atasi rasa gayat dengan turun naik eskalator dari tingkat 3 ke tingkat 5 (ya, beb, eskalator dia melangkah 2 tingkat, macam nak mati rasa!)
- jalan² tengok orang tanpa hala tuju



TAK PAYAH:
- bawak kereta; park di stesen ERL Putrajaya (percuma), tambang KLIA transit cuma RM6.20 untuk orang dewasa, separuh harga untuk budak² 2-12 tahun
- shopping; kalau nak shopping pergi Alamanda je
- beli makanan; semuanya mahal hatta Burger King dan KFC sekali pun (bawak bekal makanan sendiri pun bagus)



Tapi kami beli jugak sebab dah kebelai!

Amacam? Ada gaya macam tourism promoter tak?
[Sayup² kedengaran: Dan di sebelah kiri anda.....]

Thursday, 16 December 2010

Citarasa Abi

Sesuatu yang menyeronokkan tiap² petang Khamis

Citarasa Abi
Di pasar lambak Seksyen 7, Bandar Baru Bangi

Nasi lemak bungkus daun pisang
Dengan sambal yang wallaaa
[Belum pernah cuba nasi kerabu dia]

Makcik kadang² ada di depan pasar BBB juga

Tak ada gambar nasi lemak
Takut orang yang puasa sunat 10 Muharam komplen

Sekian

Wednesday, 15 December 2010

Mengantuk

Macam² cara nak cari pow duit

Pada satu masa dahulu, Ah Poh naik bas ekspres untuk ke mana². Sorang lelaki muda masuk bas dan bagi² air kotak pada penumpang.

Ah Poh sms saya - Eh bagusnya bas ni, siap kasi air kotak!

.
.
.

Tak sampai beberapa minit,

Ah Poh sms lagi - Eh bongeknya bas ni! Bukan free. Mintak duit!

Rupanya lelaki tadi bukan pekerja bas pun. Dia saja² naik, bagi² air kotak, pura² macam percuma dari pihak bas. Adalah 2-3 ketul mangsa yang dah tercucuk straw dan dah terminum. Yang itu sah kena paksa bayar. Ah Poh belum tebuk air kotak dia. Ah Poh pulangkan saja. Ah Poh kena marah kaw² oleh mamat berhati mulia kasi air 'free' tu tadi.

"Mana boleh bagi balik, tadi masa awak ingat free awak ambik je!"

Cari makan macam ni pun ada ye.

Bak kata siapa entah, nothing is free in this world, you know!

Tuesday, 14 December 2010

Ayam panggang serai dan lain-lain

Tajuk: Ayam panggang serai

Sub-kategori: review paling sengal bulan ini
Oleh budak-kecik-umur-tak-sampai-2-tahun

# Ayam tak dap! Tak dap! (baca: tak sedap)

Lat 1/2 minit
# Nak agi (baca: nak lagi)

Lat 1/3 minit
# Nak agi...

Lat 1/4 minit
# Nak agi...

Rewind and repeat sampai habis 1 peha ayam.



Dan lain²:
Ayam masak merah guna lada hidup
Atas cadangan kawan² di entri ini

Verdict: kurang mendapat sambutan



Sayur campur sukahati
IbuSinga, kita dah tak boleh main calit² dengan awak lah >:)

Monday, 13 December 2010

Buah masak

Jemput² pisang

Jiran saya, seorang Arab dari Libya, menyatakan rasa hairannya terhadap orang Malaysia. Kenapa kamu makan buah yang dimasak? Dia tanya. Pengat, jemput-jemput, masak lemak. Di tempat dia semua buah dimakan mentah.

Sapa suruh korang tak kreatif, bro?

Perenggan terkeluar tajuk: sejak dia balik haji tahun lepas, wajahnya bercahaya... jadi jauh lebih kacak dari laki angkat Makji Tas. Tutup perenggan.

Hmm. OK dah tak ada cerita. Tamat.

Sunday, 12 December 2010

Saturday, 11 December 2010

Oreo brownies

Jap! Jaaapp! Tak jumpa kertas resepi letak mana. Heh.

Friday, 10 December 2010

Cadangan sarapan hujung minggu

Nasi lemak daun pisang

Tiba² terbangga pulak kita bungkus nasi lemak (macam) cantik ;)

Nasi lemak buah bidara
Sayang selasih hamba lurutkan
Buang emak buang saudara
Kerana kasih hamba turutkan
Ditinggal kekasih merana badan

(Pantun selingan semata²)

Salam hari Jumaat!

Thursday, 9 December 2010

Adab makan

Tertarik dengan entri Cik Zey tentang Pantang Larang di Meja Makan
(kes malas nak cari idea sendiri)

Nom yuyu



Pada satu hari (tak nak kata pada satu masa dahulu)
KOG ditugaskan beri adik minum susu
Adik tengah umur² macam budak ni lah

Dua beradik pun memberi-diberi susu sambil main agah²

KOG tepuk sikit buntut botol susu, adik dia ketawa
KOG pun ketawa
.

KOG ketuk sikit buntut botol susu, adik dia ketawa
KOG pun ketawa lagi
.

KOG beduk buntut botol susu, adik dia melalak
KOG panik

Dia cabut botol dari mulut adik, tengok - gusi berdarah!

Pujuk
.
Pujuk
.
Pujuk
[Jenuh jugak memujuk]
-

Adik pun OK, hisap susu balik
KOG tak main ketuk² buntut botol susu lagi dah
.

"Adik jangan cakap kat mak tau!"
Adik angguk²

Eleh, bercakap pun tak reti, entah paham tah tidak!



i] KOG sebagai kata gantinama ke-3, bukan gantinama diri
ii] Wei, adik aku dah balik! Weee-hu!!