Tuesday, 30 November 2010

25


Saya ditag oleh Gadis Bunga. Ceritanya begini:
"Once you have been tagged (alaaa), you are supposed to write a note, with 25 random things, facts, habits or goals about you (sesiapa pernah tag KOG tau lah dia akan tersasar jauh dari soalan). At the end, choose 25 people to be tagged (ramai sangat tu!). You have to tag the person who tagged you. If I tag you, it's because I want to know more about you (hehe, ayat bodek)."

25 benda
Bukan fakta, habit atau gol KOG (kan dah kata dia akan terpesong)
Tapi benda² yang dia suka/sayang/makan-atau-baca-atau-dengar-atau-tengok beribu² kali...
Jap! Apasal KOG dah jadi gantinama ke-3 ni asik ber-dia²? Macam mentel je.

Dari kiri:
1. Bujang Lapok
2. Abaya
3. Nasi ayam Boustead [klik]
4. Harimau
5. Hassan tomyam [klik]
6. Johor
7. Nasi dagang Kak Mah [klik]
8. Baju kurung cotton
9. Teh karamel [klik]
10. M Nasir - pra-AF
11. Isa Kamari
12. Kinsey Millhone
13. Kucing oren
14. Raihan
15. Rajinikanth
16. Mma Ramotswe
17. Nasi mandi Rawsha [klik]
18. Faisal Tehrani
19. Kari banjir [klik]
20. Azizi Haji Abdullah
21. Tom & Jerry
22. Elton John
23. Nasi lemak Wak Dan [klik]
24. Ayam bakar Wong Solo [klik]
25. Zombi Kampung Pisang

OK tak, Cik Bung, OK takk??

Dan 25 orang saya mahu tag ialah:
1. Cik Bung sendiri [memenuhi syarat]
- ni maksudnya dia kena jawab lagi ke apa? Sampai sudah tak abis kalau macam ni, hahaha.
2. Akak
4. Roq
7. Ayu

--- dah la eh? Lenguh kepala nak mikirkan nak tag siapa lagi.

Monday, 29 November 2010

Blogger

Tengah makan di satu kedai. Sebuah kereta berhenti. Saya tak ambik pot. Deris kata, "Tu blogger datang". Eleh. Tah mana dia tahu kan. Sorang brader turun dari kereta, ambik makanan (buffet), duduk, dan---

Keluar sebijik kamera. Ketik-ketik-ketik. Ambik gambar makan tengah hari dia. Baru dia makan.

Soalannya- mana Deris tahu sebelum orang tu turun kereta pun?! (Kalau ditanya sendiri sampai mati pun dia takkan cakap).

Saturday, 27 November 2010

Friday, 26 November 2010

Kawin-kawin 3


Bual-bual kosong.

Kawan 1: Aku ada jemputan kawin besok.

Kawan 2: Nanti bawakkan aku berkat.

Kawan 1: Nak buat apa berkat²? Kang aku kena kawin dengan kau pulak.

Imej dari IluvIslam

* Berkat= lauk kerja kawin yang dibungkuskan untuk tetamu bawak balik (mungkin konsep yang asing untuk orang bandar/KL) ((eh, dia tak tau ke KOG ni memang asik ingat makan je?)). Orang Jawa kata bontrot. BUKAN 'barakah perkahwinan' tu dibawak balik supaya kau-dan-aku boleh berkawin pulak tahun depan! Sengal.

* Beli buku Kawin-kawin di Ujana Ilmu.

* Sekian cerita kawin musim ini.

Wednesday, 24 November 2010

Kawin-kawin 2

Cerita kawin lagi. Cerita salam kaut lagi.

Belum ada orang hidang lontong darat kat majlis kawin

7 tahun dulu.

Kawan tu salam. Balik.

15 minit. Datang semula.

"Kak, mintak maaf, saya nak mintak balik sampul yang saya kasi tadi... saya terbagi akak TIKET BAS!" (Cemano nak balik KL kalau tiket bas dah disumbang? Hahahahhaa!). Hari itu, akak jengkaut terasa seperti pekerja kaunter Puduraya.

Tuesday, 23 November 2010

Dunkin Donuts bukan hanya jual donat


Chicken slice and cheese on croissant

Nasihat saya adalah- tak payah la buat² mat saleh nak makan sanwic kosong je, sebab bila tengok kawan punya ada letak sos rasa macam nak rampas je sanwic dia (yang belakang rupa hambar tu saya punya).
Haha, padan muka aku!

Set meal- sanwic dan kopi, RM14.50 (lebih kurang)

Monday, 22 November 2010

Kawin-kawin 1

Sabtu lepas ada kerja kawin. Saya pun teringat kisah kerja kawin 3 tahun dulu.

Budak penanggah (bukan penanggal, ya) basuh pinggan dalam sampan lama

Di satu majlis kerja kahwin, saya menjadi pelakon utama memegang watak 'tuan rumah' (kategori wanita). Kerjanya senang - duduk tepi pintu dewan, senyum, sambut orang datang, suruh makan... lepas makan nak balik, salam², "terima kasih, bla bla".

Pada hari itu ramailah orang bersalam kaut dengan saya. Weehee. [Apa nak weehee-nya, bukan duit aku]. Salam kaut ni kena ada skil jugak, kalau tak betul kaedahnya macam berurus-niaga kat kedai runcit pulak. Malu weh, buat gitu! Kautan yang smooth, saya rasa, bergantung pada orang yang memberi. Sambil bersalam, sambil menghulur, ingat senang ke?

Seorang kakak bersalam dengan saya. Tangan dia menghulur, [gemok semacam yang dihulur tu], saya sambut dengan ucapan terima kasih. Dia pun balik. Saya pun pusing. Dan tengok di tapak tangan. [Selalunya tak tengok, terus hulur pada assistant [[ada assistant tu!]], tapi yang ni rasa je pun dah pelik]. Segumpal tisu. Tisu ya, adik², tisu lap tangan. 3-4-5 keping. Dilipat² 4-persegi. Tak ada apa² di dalamnya.

Kelakar okkk!! Kak... kak... kenapa akak kena buat macam tu? Kami tak harapkan apa². Salam kosong pun takpe. Akak buat kelaku gitu, sampai bila² pun orang ingat, kan dah tak pasal² akak masuk blog! Haiihhh.

Saturday, 20 November 2010

Perjalanan hidup


Di mana berakhirnya perjalananku ini...?

Hari ni perjalanan pergi kerja kahwin. Tata titi tutu! :)

Friday, 19 November 2010

10 Zulhijjah 1431H

Tajuk alternatif : Kenapa jiran kanan-kanan-kanan saya tak dapat lauk munjung

Lauk raya dah tiba!
Note: dah tiba ye, bukan dah siap masak...
Agak ber-kalaripayat juga lah kat dapur kalau kena masak semua ni sorang²!
Dan agak ajaib jugak kalau reti, haha.

Budak kecit nak cekut pencuk

Jeng-jeng-jeng... beriani gam!

Kuah dalca - yang nampak hmm je dalam gambar tapi sebenarnya bertahap "Marvellous! Marvellous!!"

Kuah beriani

Kisahnya. Bapak saya bagi arahan suruh bungkuskan lauk untuk jiran². Jiran depan kasi ayam 2 ketul, jiran kanan kasi 2 ketul, jiran kiri lebih sikit sebab anak² dia balik, bla bla bla... berpeluh mengorek ayam dalam nasi tu. Dah la bapak saya ni jenis kalau suruh buat kerja, kena buat pantas-pantas! Dia diri kat belakang sambil libas² rotan.

Sedang me-mandor tu tiba² dia rasa lapor pulak, "Cedokkan abah sikit." Saya pun korek. Dan kuis. Dan kais. "Abah, ayam tanam tu tinggal seketul!" Kah kah kah. Saya ketawa. Bapak saya pun ketawa. "Hah takpe lah, kita syer je lah anak beranak," - takkan nak ambik semula yang dah bungkuskan untuk jiran² kan. Itu keji namanya.

Beriani ayam tanam ni besshtt, kata budak kecit :)

Thursday, 18 November 2010

Nikmat Tandoori


Selama² ni (yang agak dah lama) kita orang ingat kedai ni takde nama
Belakang bangunan W.I, Jalan Sultanah, Batu Pahat

Lampu - C
Hanyalah suam² kuku
Buat gambar jadi kelabu

Tapi...

 Tandoori - A
Kari kambing - A
Bubur ayam - A

Cheese nan - A


Batu Pahat cuma sebuah bandar kecil, kedai² mamaknya dimiliki oleh mamak persendirian, bukan 'mamak korporat' macam di KL. Di Batu Pahat, kalau singgah di mapley time² baru masuk waktu sembahyang, ada can tukang masak akan take-5 untuk solat sekejap. Tunggu lah sampai dia habis zikir nanti ye. Best kan macam tu? Makan mi mamak pun terasa besar berkatnya.

Kedai belakang W.I ni namanya Nikmat Tandoori.
Ooo, makcik baru tauuu!

Tuesday, 16 November 2010

Botok²


Ikan + rempah + daun² (sebenarnya tak tau apa), makan selalu tentu awet muda
Botox tu asalnya dari botok² lah, orang putih tiru je


Pecah kaca
Retak cermin
Sudah baca
Letak komen
[Senyum]

Monday, 15 November 2010

Wahid Malizia



Pada tahun 1411 hijrah,ibu bapa saya menunaikan ibadah haji.


Saya tinggal di asrama. Ah Poh tinggal dengan Mak Ngah.


Gemok lah sekejap, sebab Mak Ngah masak seddaaap gila.


Saya balik bercuti raya haji. Seboklah Ah Poh mengekor ke mana saya pergi, buat apa saya buat, tiru apa saya pakai, bla bla. Rimas tau. Masa saya kemas² beg nak balik asrama, dia pun sebok kemas² beg sekolah dia. Mestilah kan, hantu kut (kaki tiru, suka ikut apa orang lain buat).


Tiba² dia kata, "Eh," dan datang dekat saya dan hulurkan satu paket kecik twisties kaler merah yang dah dimakan separuh dan diikat mulutnya dengan getah. "Kita simpankan, nak kasi awak, tapi lupa," dia kata, "sorry".

Gambar hiasan
Sila abaikan kerana takkan dapat pahala lebih pakai telekung tulis macam tu, hehe

Hingga hari ini, lepas 20 tahun, saya masih ingat macam mana dia ingat saya. Walau cuma ingatan seorang budak berusia 8 tahun, tapi tulus dan amat berharga. Hari ini, insyaAllah, Ah Poh dan suaminya Padil akan berada di Arafah menyahut seruan Allah. Saya doakan yang terbaik untuk mereka. Semoga sentiasa dalam peliharaan Allah dan mendapat haji yang mabrur.


Kalau saya makan jajan, saya akan simpankan sikit untuk dia :)

Sunday, 14 November 2010

Warung Kita


Baru kutahu, Warung Kita di Astro Prima dah tukar hos
Wuhuu! Bagus, bagus... 

Angah ni kelakar tak macam hos yang dulu, buat lawak ketawa sendiri.

Saturday, 13 November 2010

Kentang

Spring potato, sebatang RM2.50
Awat le mahal sangat kan, kentang sebiji baru berapa sen 
(dikatakan dengan gaya seorang yang sangat kedek--)

Kalau ada orang kata saya gemok macam kentang, saya nangis!
(Kentang yang ni kurus², tapi, dan sedap, heheh)

Friday, 12 November 2010

No way through

Banjir


Cara terbaik makan roti jala - banjir

 Banjir termenung di Johor, Raya Haji tahun 1427H

Air naik sampai ke pinggang
Raya² sibuk bersampan ronda keliling kampung

 Dan macam kita, hamba² Allah yang lain pun berebut² menyelamatkan nyawa

Salam hari Jumaat, semua!
Senyum²lah dan bersyukur dengan nikmat yang diberi pada kita :)

Thursday, 11 November 2010

Pizza Hut's Extreme Cheesy 6 Pizza


Budak laki² sms : Nak makan apa? [baca: cubaan untuk sabotaj].
Budak perempuan : Tak nak makan [baca: siang tadi dah makan ikan bakar satu kolam].

5 minit

Budak laki² sms : Nak makan apa?
Budak perempuan : Tak nak makan.

10 minit

Budak laki² sms : Nak makan apa?
Budak perempuan : Tak nak makan! Tak nak makan!!

15 minit

Budak laki² balik. Membawa---

Pizza Hut's Extreme Cheesy 6 Pizza!!

6 potong pizza Pizza Hut
yang mengandungi 6 jenis keju-
cheddar (lembut), mozarella (berkrim), parmesan (savori), provolone (body), monterey jack (zinggg) dan romano (ganas!)-
kombinasi membunuh "6 jahanam" yang boleh membuat sesiapa gila serta memporak-perandakan diet!

Aku takkan maafkan kau kerana terlalu sedap dan tak dapat ditolak!

Cis kau, cheese!!

I'm crazy about cheeeeese!

Wednesday, 10 November 2010

Tragedi asam pedas



Hamit.
Bujang terlajak.

Masa musim banjir di Johor dulu orang kampung sibuk memancing ikan sembilang. Hamit pun join sekaki. Katanya, Hamit masak asam pedas ikan sembilang memang kaw. Satu kampung kagum. Sampai anak sedara Hamit yang duduk kat bandar pun balik kampung bawak tunang, nak ajak rasa asam pedas Pakcik Hamit dia.

Gambar asam pedas ikan unga sebagai hiasan (nama ikan ni kelakor!)

Makan punya makan.
Tiba² tunang anak sedara Hamit tersedak.
Tak lama, anak sedara Hamit tersedak.
Kuis² nasi, kuis² lauk.
CICAK!
Budak dua orang berlari ke bilik air, muntah.



Hamit.
Bujang terlajak.

Pandai masak asam pedas. Tak pandai siang ikan, rupanya.
Dengan umpan² sekali kau masak ye, Mit?!

Hamit, Hamit... kau bikin malu kaum la, Mit!

Tuesday, 9 November 2010

Pantun


Tak nak yang ini

Nak yang ini

Tinggi² si matahari
Anak kerbau mati tertambat
Sudah lama hamba mencari
Sampai kini belum pun dapat

(Mamak salah ambik order, grrr)

Monday, 8 November 2010

Teknologi tak berfaedah kalau kita tak tahu menggunakannya


Sms : Kak, akak buat sambal terung macam mana?

Tak sampai seminit, akak telefon.
- Kau nak buat sambal terung?
- Kau kat mana? Tak kerja ke?
- Bapak kau apa khabar? Sihat?
- Kucing dia dah berapa ekor?
- Bla.
- Bla.
- Bla.
- Bla.
- Bla.
- OK lah, nanti balik Johor kirim salam abah.
- Bye. Assalamualaikum.
Lebih 15 minit.

.
.
.

Eh?!!

Sms : Kak, akak buat sambal terung macam mana?

Sunday, 7 November 2010

Terkenang²

Tak sabar pulak nak balik Raya Haji
Boleh lepak² macam ni - kalau mamak tak cuti

10 hari saja lagi

Friday, 5 November 2010

Potong bebek angsa

Tayang skil lipat tengkuk -


Potong bebek angsa
Masak di kuali
Nona mintak dansa
Dansa empat kali

Sorong ke kiri
Sorong ke kanan
La la la la la la la la la la laa
Sorong ke kiri
Sorong ke kanan
La la la la la la la la la la laa


Kalau panggang, sedap agaknya ;)

Thursday, 4 November 2010

Piza


Penanda aras kualiti hidup (mungkin)


Budak : Umi, kita ni miskin ke?
Umi : Kenapa tanya macam tu?
Budak : Kalau main kat rumah kawan², mak dia belikan piza. 
Budak : Kalau kawan² datang rumah kita, umi gorengkan keropok.


Kisah silam. Budak itu sekarang belajar jurusan pergigian di Universitas Padjadjaran, Bandung, Indonesia :)

Wednesday, 3 November 2010

Asam pedas ikan pari, paceri nenas, sayur goreng



Tinggi sungguh Gunung Daik
Mercunya nampak terang berkilau
Kalau asal benih yang baik
Jatuh ke laut menjadi pulau

Tinggi awan langit membiru
Jatuh di jalan menjadi malu

.

Kalau keluar pagi² lepas fogging membasmi denggi malam semalam, hati² sebab koridor licin (paiseh!).

Tuesday, 2 November 2010

Penyakit apakah ini?

Kenapa?

 Tiap² pagi terkenang roti canai banjir
Dengan rasa keinginan yang meluap²

Ini di Restoran Timah Sari, Batu Pahat (depan Tabung Haji)

Monday, 1 November 2010

Bercerai


Cerita cerai 1

Habis masa tu saya pun darjah 4 (apa ke mula cerita macam ni?). Kawan saya datang kelas je kata...

Kawan - Awak tau tak J-ns Sh-msudin bercerai pasal apa?
Saya - Bercerai pun kita tak tau apa.
Kawan - Dia terminum susu isteri dia yang simpan dalam peti sejuk! Pastu dia jadi anak susu isteri dia tu, kena la cerai.
Saya - Kah kah kah kah kah kah kah--- [yang tiada berkesudahan hingga hari ini].

Den tau la den baru darjah ompek. Ekau nak tipu den pasal apo? Penat² cikgu ajar, nak jadi anak susu kena minum susu ibu tu sebelum umur 2 tahun. Masa J.S minum susu isteri tu, umur dia berapa? 3 bulan? Kah kah kah.


Intan Terserlah, isteri Dandan Setia, yang comel dan hot



Cerita cerai 2

+ Awak dah besar, awak tak boleh minum susu ibu tau.

- Orang kenit minum susu tepung perisa coklat.
- Orang kenit sembur susu keluar.
- "Tak syedap," orang kenit kata.

+ Eksyen eh, awak ni. Try ni pulak.

- Orang kenit minum susu tepung perisa madu.
- Orang kenit luahkan semula.
- "Tak syedap," orang kenit kata, sambil jelir² lidah nak menguatkan hujah dia.

+ Dah tu awak nak minum apa?

- Orang kenit tunjuk.
- Susu Anlin Michelle Yoh.
- Orang kenit minum.
- "Daaap!" orang kenit kata.

+ Hmm, minumlah nak, besok besar jadi bionic woman- urat dawai tulang besi!



Lagi kisah perceraian di sini dan di sini :)