
1. Apakah benda yang paling penting dalam hidup anda?
Benda ke perkara? Soalan ni agak vague. Malas jawab.
2. Benda terakhir yang anda beli menggunakan duit sendiri.
Pen Pilot G-tec-C3.
3. Di manakah tempat anda ingin melangsungkan perkahwinan dan tema perkahwinan idaman anda?
Tak ada angan² berkenaan topik di atas. Tapi perkahwinan yang sudah dilangsungkan adalah bertema tudung-perantin-kemek-macam-kelim-epok². Sekian dimaklumkan.
4. Adakah anda sedang bercinta sekarang?
Iya lah kot? Haha. Jawapan sungguh tak meyakinkan.
5. Berapa lama anda akan mencintai kekasih anda?
Selagi boleh.
6. Novel/buku/majalah yang terakhir anda beli?
U for Undertow by Sue Grafton.
7. Di manakah anda selalu berjumpa dengan kekasih anda?
Bermain² di taman (macam tuan puteri dengan Aziz Jaafar).
8. Apakah nama penuh anda?
Sibuknyaaaa...!
9. Antara mak dan ayah, mana yang anda lebih mesra?
Mak We.
10. Namakan orang yang betul² anda jumpa dalam hidup anda?
Soalan mengelirukan. Pass.
11. Adakah anda basuh baju anda sendiri?
Tak.
12. Di manakah tempat yang betul² anda mahu pergi?
Andalusia.
13. Pilih satu- peluk atau cium?
Tengok dulu dengan siapa.
1] Doktor, 2] Perempuan, 3] Garang (bukan kat saya, tapi).
15. 5 benda yang anda sangat sayang dalam hidup anda.
1] Jam tangan, 2] Pen Pilot G-tec-C3, 3] --- entah.
16. 5 lagu yang anda suka dengar.
1] Andalusia, 2] Hati emas, 3] Sesat di Kuala Lumpur, 4] Ghazal untuk Rabbiah... gemersik irama merdu buluh perindu dan nyanyian pari² dari kayangan, tidaklah dapat tenteramkan sanubari yang mendambakan kepastian kasihMu, haih haih! ;) , 5] Kias Fansuri.
17. Bilakah tarikh lahir anda dan di manakah anda menyambutnya tahun lepas?
3 Rejab. Tahun ni pun tak ingat sambut di mana, ni kan pulak tahun lepas.
18. 5 orang blogger yang anda mahu tag.
19. Cerita sedikit tentang blogger pertama yang anda tag.
Penggemar asam pedas paling glamor.
20. Kenapa soalan tag ini cuma 19?
Kan? Tak best kan nombor 19? Macam tergantung. Tu saya tambah lagi satu soalan tu. Haha.
Gambar² hiasan ditujukan khas buat Ah Poh dan Padil :)