Thursday, 30 September 2010

Tips jimat elektrik

Peti Sejuk Beku dan Peti Sejuk
  • Anda tidak boleh menyimpan barangan yang panas terus ke dalam peti sejuk. Ini akan menyebabkan peti sejuk bekerja lebih untuk memastikan keadaan kembali sejuk, sentiasa pastikan makanan sejuk dahulu sebelum disimpan dalam peti sejuk.
- Betul, betul, betul.

  • Pastikan anda defros (mencairkan ais) peti sejuk atau sejuk beku secara kerap atau bila perlu. Kawasan sejuk beku yang mempunyai ais yang banyak akan memerlukan lebih banyak tenaga untuk menyejuk dan ini akan menyebabkan penggunaan tenaga yang lebih banyak. Banyak model baru peti sejuk dan sejuk beku datang dengan defros automatik, pengguna dinasihatkan membeli dengan betul.
- Dulu kecik² mak ada buat ni sebab ais beku dah tebal sangat- kalau rajin korek² ais tu boleh buat ais kacang semangkuk. Sekarang dah tak payah defros² (baru perasan!).

  • Jangan membuka pintu sejuk beku atau peti sejuk dengan kerap. Berfikir dahulu dan rancang apa yang perlu diambil keluar. Membuka pintu dengan kerap menyebabkan kehilangan udara dan ini akan menyebabkan lebih banyak tenaga digunakan untuk mengawal suhu udara dalam peti sejuk atau sejuk beku.
- Masuk dapur, keruk² kepala... ambik pen, ambik kertas, buat senarai nak keluarkan apa dari peti sejuk. Atau pastikan peti sejuk di rumah mempunyai fungsi auto-lock lepas dibukak-tutup sebanyak 5 kali dalam masa setengah jam. Keh keh.

  • Biarkan peti sejuk dimuatkan tidak melebihi dua per tiga (66.7%) penuh dan ruangan sejuk beku 3 suku (75%) penuh, serta tutup semua cecair serta bekas makanan dalam peti sejuk. Makanan yang tidak ditutup dan peti sejuk yang kosong mengambil lebih banyak tenaga untuk menyejuk.
- Kalau beli barang kat pasar tani dah terlebih dari peratus yang disyorkan, pergi tumpang simpan kat peti sejuk rumah orang sebelah. Nasib dia lah kalau 'duit api' dia naik. Ha ha ha.



Artikel yang penuh di sini.

Wednesday, 29 September 2010

Roti terbang

Semalam roti telur, hari ni roti terbang.


Roti terbang 1



Roti terbang 2


Cool gila. Nampak macam kedai lain² tu. Melaka, kat mana ye? Tas, aku kasi kau homework- sila dapatkan maklumat brader² ni niaga kat mana (10 markah).

Tuesday, 28 September 2010

Roti telur Pak Ngah

Pak Ngah suka roti telur. Hari² Pak Ngah makan roti telur.

Macam hambar je pulak gambor roti ni

Masa sekolah rendah, Pak Ngah adalah supir peribadi saya. Hari² (lepas makan roti telur agaknya), Pak Ngah datang ambik saya di sekolah dan bawak balik rumah dia. Mak Ngah akan kasi saya makan asam rebus atau ikan selor kuning goreng garing² dengan kacang panjang masak asam. Omakaiii. Boleh nangis sebab sedap sangat.

Selalu. Mak saya bekalkan roti telur untuk makan masa rehat. Selalu. Saya tak habiskan, kadang² tak makan pun roti telur yang mak buat. Sebab kalau kat rumah dia letak kicap dengan sos, kalau untuk bekal ke sekolah dia tak letak. Dia tak nak baju saya kotor, dia tau saya kemproh (contoh). Mak kata dah letak garam, cukup rasalah tu. Saya kata, mana syok, takde kaler².

Selalu. Pak Ngah tengok saya pegang tupperware roti masa balik sekolah. Dia tanya, "Roti telur ke?" Haah. Dia kata, "Tak abis? Mak marah ni nanti. Meh sini Pak Ngah tolong makankan". Hek eleh, Pak Ngah, bahasa bunga² tuuu, hahaha.

Pak Ngah dah lebih 70 tahun sekarang. Jalan dah perlahan. Tangan dah ketar². Tapi Pak Ngah masih suka makan roti telur. Saya rindu sama Pak Ngah.

Monday, 27 September 2010

Penang Village - revisited

Penang Village - dah pergi dulu
Lot G89, Alamanda, Putrajaya

Kerabu mangga, so-so

Nyonya asam (eh tu ke namanya? lupa lah)

Sedap, sedap

Kuetiau goreng, juga sedap

Paling top - fresh lime with sour plum
Alah, air limau asam kecut la - A+!

Secara keseluruhan, markah meningkat sebab kali ni sekurang²nya saya tak dapat makanan sejuk lagi macam dulu. Cuma waiter dia suka main sembunyik², punya la susah nak dipanggil, semua nyorok kat dapur. Masing² masih dara sunti agaknya, takut dipinang orang.

Saturday, 25 September 2010

Murtabak maggi


Mi maggi cepat dimasak sedap dimakan! Mi maggi cepat dimasak sedap dimakan!
Ada lagi ke iklan tu? Macam dah lama je tak dengor.

Friday, 24 September 2010

Sedekah


Kuih raya lalu posto, kawan kirim

Beskot home-made... yang serpih² tu posmen-made

Terima kasih, wak dan! Rasa macam askar skit, dapat kuih-bungkus :)




Kalau ada siapa² rasa nak memanjangkan pahala sedekah pada hari Jumaat ni, dan tak tau nak kasi kat siapa, selain dari masuk tabung bantuan kucing lapar (ehem, I punya tabung tu), boleh la melawat ke Pondok Penyayang Raudhah dan tinggalkan barang sekupang-dua di sana.

Gambar dari AbangLong. .. sila ke sini untuk lebih banyak gambar² di Raudhah.

Thursday, 23 September 2010

Telur ayam


Spesimen A: Telur biasa (basah, baru lepas basuh)

Spesimen B: Telur luar biasa; tidak simetrikal, belah kiri benjol
Mesti anak ayam ni jendul kan?

Spesimen C: Wow!

Wednesday, 22 September 2010

Pakora


Nikmat tuhan kadang² datang dalam kampit (baca: paper bag) kecik

Makanan snek popular kaum India, dibuat dengan tepung kacang kuda (eh, chickpeas kacang kuda kan?), bawang, lada, daun ketumbar bla bla - sebenarnya tak tahu apa lagi, hehe. Tapi sedap lah. Lebih kurang macam jemput², tapi bahan²nya tak sama, lebih 'berat' sebab guna kacang dan sesetengah resepi ada letak jintan juga. Ada banyak variasi sebenarnya pakora ni, sesiapa yang rajin nak mencuba, resepinya di sini dan di sini.

Saya cuma rajin makan. Lepas makan sila kawal kadar pembuangan sisa² angin masing².
Harap maklum.


Tuesday, 21 September 2010

Lontong


Lokasi: di celah² rimbun di tepi jalan

Kedai tak ada nama
24, Jalan 4/5D, Seksyen 4, Bangi
[Dekat² Surau Al Kauthar dan Petronas]


Lontong sotong

Lontong ayam goreng

Yahu! Tak payah balik Johor nak makan lontong sedap :)

Saturday, 18 September 2010

Rambutan longkah


Gambar A

Gambar B

Antara A dan B, yang mana satu biji dari rambutan longkah? Deris kata A, saya kata B. Salah seorang dari kami tak tahu maksud 'longkah' (saya rasa saya tahu). Atau seorang kata biji yang longkah, seorang kata buah yang longkah. Mana satu betul? Pemenang tidak akan mendapat apa² hadiah atau ganjaran.

Friday, 17 September 2010

Kek tempayan


Berlubang tengah²nya -panjang la kisah dia, malas nak cerita- maka dipanggil kek tempayan

Dia cucuk tang sana

Dia cucuk tang sini

Gambar kek yang menjadi inspirasi, di sini :) - macam langit dengan kerak bumi!

Thursday, 16 September 2010

Curi dengar 3


~Sambil mengendap-ngendap tuan rumah kat dapur~

Budak : Macam mana nak buat sambal kicap sedap eh, Mak Jah? Ajor le kita.

Mak Jah : Hek eleh, ko cari aje lah resepi kat internet.

~Kelasss mak sedara aku!~

Curi dengar 2


~Sambil memulas buah pulasan dan menampar-nampar agas di laman rumah yang penuh pokok macam Taman Negara Ulu Tembeling~

Budak : Banyak nyamuk sini, Pak Ngah.

Pak Ngah : Aa bagus lah. Kita pun dah lama tak jumpa.

Curi dengar 1


~Sambil mengadap telap kuih raya~

Mak Long : Kau kerja apa sekarang?
Budak : Akauntan.
Mak Long : Kat mana?
Budak : Putrajaya.
Mak Long : Ooo. [Pause]. Kat Putrajaya tu ada pejabat kaunter ye?

~Tersedak kuih makmur~

Wednesday, 15 September 2010

Cerita timbang 2



Raya 1 : Owhh, berat banyak minum air ni.

Raya 2 : Betul lah tu, dah start makan naik la sikit, besok-lusa turun balik.

.

.

Raya 5 : Timbang rosak! Buang je lah >:)

Cerita timbang 1

+3 = Ya rabbi! GE-moknya kaaau (nada menghina). Beras cap apa kau makan? Beras dah turun harga ye?

-7 = Senyap sunyi.

Murah kritikan, lokek pujian.

Wednesday, 8 September 2010

Raptai raya


Budak kecik yang diteraikan baju raya dan tak nak bukak balik tukar baju biasa sibuk-sibuk main ais dalam tong air katirah yang atok belikan

Tuesday, 7 September 2010

Tragedi di bulan Ramadhan


Kek prun yang sedap (dan sempurna)





Dan ini...

Kek prun yang terburai dari loyang bila nak dikeluarkan

Stail baru, tak payah potong-potong... cekut je dengan tangan



Tapi itu bukan tragedi pertama dengan kek prun.
Dulu pernah terjadi tragedi di bulan Syawal:

Kek prun perisa cendawan
Keh keh keh :)

Monday, 6 September 2010

Raya bertema


Salam Aidilfitri
[bertemakan kipas lipas]

Mohon maaf salah dan silap andai terlebih gurau dan terkasar bahasa

Juraian kipas lipas di Alam-anda, kelakor laaahh, raya² gi gantung kipas :)

Sunday, 5 September 2010

Nasi Ayam Warisan Gemas





Wak Ayam


Korang agak, Wak Ayam yang pakai apron oren ke apron kuning?
(Mesej pada brader apron kuning: Ko curik tulang ye? He he.)

Ayam Wak Ayam - sekor $20, setengah ekor $12

Warung Wak Ayam di belakang PKNS Bangi. Sila telefon untuk berkenalan ;)
Gambar goyang salahkan Ah Poh... dia puasa, lapor, tangan gigil-gigil

Saturday, 4 September 2010

Battle of the Flakes

Saya dilantik jadi juri, heh heh. SUKA! Boleh buat perangai gila kuasa :)

Setiap peserta diberi 5 markah permulaan untuk usaha dan kesungguhan.
Pada pukul 10.45 malam, Peserta 1 menyiapkan Batch A:

Mmm. Ada kacang tumbuk. Daaapp! Tapi agak manis, -1 markah.

Setengah jam kemudian, Peserta 1 mem-produce Batch A (II). Wah. Rajin, sampai 2 batch! +1 markah.
Tapi Batch A (II) agak terlebih kacang. Perlukah kena -1 markah? (Sebab cuma batch tambahan,masuk bertanding jugak ke?).

Kemudian, Peserta 2 menyiapkan Batch B.
Berasa madu, rangup, kemanisan yang boleh diterima deria +1 markah.

Tapi...

Didapati sedikit rentung (sedikit adalah bahasa sopan).
Rasa-rasanya saya dah termakan sikit kertas cup yang dah melekat kat tempat hangit tu.
Percubaan membunuh juri, -1 markah.



6 jam kemudian didapati Batch B masih rangup manakala Batch A sedikit 'lesu'. +1 markah untuk Batch B.



OK juri dah penat, peserta sila kira markah sendiri. Kepada pemenang, tahniah.
Diharap tidak bersikap S.B.R.B (=sombong bongkak riak berlagak, refer: Geng Surau).

Keputusan belum konklusif kerana seorang lagi juri akan membuat penilaian malam ini.
Kepada kedua-dua peserta, selamat maju jaya!

Raihan rocks raya!




Budak baru Raihan ni comey, kan? Heheh.

Friday, 3 September 2010

Kisah tanpa kesinambungan


Budak² makan aiskrim

Tengok gambar ni tiba² teringat masa kecik dulu, pernah tanya mak, "Mak, nak ikut abang Ali/Adi/Din/Rahman (pilih satu nama sepupu yang sedang kuat pengaruh pada ketika itu) pegi Bukit Mor tengok batu belah batu bertangkup*/kapal tenggang* (pilih dongeng mana lebih popular pada ketika itu), boleh tak, Mak?"

"Dia orang membohong kau!" Hik hik.

Agak² budak² kat atas ni, siapa bohong siapa? Siapa buli siapa?



*Walaupun saya baru 4-5 tahun masa tu, saya pun tahu jugak- apa hal kapal si tenggang nak tersadai atas bukit, kan? Agak samdol lah siapa yang mereka cerita tu. Kot nak gi tengok kapal tenggang kat Sungai Abong ke, boleh terima la jugak. [Walaupun Sungai Abong jauh sangat nak pegi naik basikal]. Tapi dah pantang orang ajak menjengkit, keinginan nak ikut adalah meluap². Maka kita ketepikan logik akal, bonceng je basikal dan cepat² gohet sebelum mak kejar pakai ranting!

* Kunci BBBB ada pada CikSoms. Kalau tak percaya gi tanya dia.

Thursday, 2 September 2010

Kambeng!

Kalau dah 23 Ramadhan, jangan sebut² kambeng panggang/kambeng golek/kambeng boer dan sedara-maranya.
Kang terbayang² depan mata.

Ni sedap juga, kan?



Bujal, ini amaran pertama! >:p

Wednesday, 1 September 2010

Makan daun



Saya ada seorang kawan vegetarian. Err. Orang Melayu kata vegetarian tu apa? Herbivor kah? Haha. Macam kura² je pulak. Atau perlukah kita menjadi lebih retro dan sebut ma'un (makan daun)? I digress. Anyway. Saya ada seorang kawan vegetarian. OK, sebenarnya dua tapi yang satu tu badan dia terlalu comey, saya rasa kalau makan sayur 10 kati pun takkan jadi sebesarcomey tu, maka saya tak percaya pada pengakuan dia. Dan saya pernah nampak dia makan ayam.

Start balik.

Saya ada seorang kawan vegetarian. Dah dua tahun saya tak jumpa dia, cuma berhubung melalui telefon tentang hal² kerja. Baru² ni saya ada keluar makan dengan beberapa kawan mutual. Memandangkan saya seorang yang mengambil berat, saya tak melepaskan peluang untuk bertanyakan khabarnya pada budak² itu .

- Eh, Ah Tong apa khabar?
+ Baik. Sihaaat. [Penekanan pada perkataan sihat agak mencurigakan].
- Dia masih vegetarian ke?
+ Ya lorrr.
- Dah kurus tak?
+ Haha hahaha. Maaaana ada kurus. Macam you juga.

*kwenk* *kwenk* *kwenk*
TOINK!!

Binawe punya budak².



* Tiru stail gelak Mek Tak Best [nama je macam tu, dia sebenarnya best], "Hai Mek!" *sambil menunjukkan tanda peace*, hehe :)