Tuesday, 31 August 2010

Muhibah

Gambar² makanan Cina, India dan Melayu sekadar hiasan :)

Lama dulu. Saya dan Deris. Baru sudah makan di sebuah restoran nasi ayam terkenal. Di belah sana, boleh nampak dari tempat duduk kami, ada restoran ayam goreng yang terkenal. Di belah sini, di sebelah meja kami, ada seorang Uncle (bukan Uncle815) yang baru lepas makan juga, duduk seorang diri.

Uncle bermisai ala² datuk JM Chua itu pandang kami dan senyum². Saya pun pandang dia dan senyum². Ada sebutir nasi terlekat pada misai tebal dia.

Tiba² Uncle bersuara (baca dengan tonasi yang betul), "Baguskan ini kedai, makanan sihat². Sana ayam semua goreng², banyak minyak. Sini semua kukus, panggang saja... baaanyak sihat". Deris angguk² setuju. Saya ketap bibir dan kolom senyum. Mata dah tak boleh pandang apa² selain dari nasi sebutir pada misai Uncle.

Uncle angkat gelas sirap yang basah dek ais cair. Tak jadi minum. "Pun muhibah juga. Semua kaum pun ada sini makan". Deris kata, "Ya, ya, betul". Dalam hati saya, dia ingat Deris ni Cina ke, atau dia ingat saya India? Saya tutup mulut buat² sedawa. Sebenarnya nak sembunyikan ketawa tengok nasi sebutir terkodek² kat hujung misai. Deris tendang kaki saya suruh diam.

Last². Bila Uncle dah habis hujah dan nak minum, dia baru terperasan ada nasi pada misai dia. Apa dia buat? Dia selet gelas basah ber-ais tu pada misai dia untuk bersih kan sisa² makanan yang terlekat. Dan saya... terus masukkan kepala bawah meja untuk sorokkan ketawa yang berderai tak dapat ditahan.

Ya. Malaysia memang muhibah. [Of course, penilaian ini tidak dibuat berdasarkan kejadian² politik di negara ini, cuma pada hidup orang biasa macam saya dan awak].

Monday, 30 August 2010

Puding jagung


Dah Ramadhan ke 18 hari tu barulah pertama kali buat dessert.
Dan baru tahu buat puding jagung adalah kacang! (Resepi sini)

Tengok, gigih tak masukkan dalam loyang kecik² camni? Nak makan tak payah potong².
Loyang hadiah dari warga Singapura terkenal, Kak Roylazim, yang dah M.I.A.



Dah siap² isi tu, ada lebih. La. Macam mana ni?

Kecepek cempak dalam loyang besar. Hehe.
Amacam. Pass tak jadi calon menantu? ;)

Ayam kukus


Ayam. Madu. Sos tiram. Bawang putih. Kukus.
Kalau lagi rajin, masukkan sayur sekali. Dah, tak payah masak 2 kali.

Err, adakah saya terambik gambar buntot ayam??!

Nugget emas


Nugget emas

Di rumah kami tak ada siapa yang minat dada ayam. Selalu simpan 2-3 bulan tak tahu nak buat apa. Sehinggalah Ah Poh memberi sokongan dan galakan untuk buat nugget sendiri.

Begini caranya, ya puan².

2-3 ketul ayam - potong kecik², sekecik mana tukang masak rajin nak potong
1 cawan cornflakes - hancurkan sikit - den takdo cornflakes, den guno oat yo
1 biji telur - kacau²

Kisar kering & gaul semua:
3 sudu oat
1 sudu tepung
1/2 sudu lada sulah
1/2 sudu garam
1 keping keju

1. Campur ayam dengan bahan yang digaul.
2. Bulat²kan, celup dalam telur.
3. Golekkan dalam cornflakes.
4. Goreng.
5. Bayangkan ketul² nugget itu adalah ketul² emas. Hooo, makcik kayo!

Sekian.

Saturday, 28 August 2010

Dhuha yang indah


Nak pergi K4 (kay-poh, kata Mak Long saya) sebelum dia bungkus.

Syok woo shopping pagi-pagi, boleh main lomba-lomba troli ngan Deris. Hiiiks (gelak gedik).

Friday, 27 August 2010

Munir ditembak penuh luka


And suddenly a whole lot of children - Palestinian children from every where began to crowd around me, and the little girl said "Doctor can you take a picture of us?" I said "of course I will". "You must take a picture of us now because there is the Shatila camp - tomorrow maybe the camp will be destroyed and there will be no more Shatila, but al least today we are here and you can take a picture and show your friends all over the world this refugee camp and show them we are the children of Shatila". And as I began to focus the camera they decided to put their hands up and make a victory sign and said "and we are not afraid". This picture was taken in October 1982, since then I have been back to Lebanon many times, and each time I go back I carry a copy of these pictures hoping I can find them - of course I never found any of these children. But now looking back I realise they didn't ask me bring the pictures back to them - they said take the pictures and show it to the whole world, to show the whole world how the Palestinian children of Shatila camp were not afraid. So I am showing it to you now. - Dr Ang Swee Chai

Baca sepenuhnya di sini.



Dr Ang juga menulis buku From Beirut to Jerusalem. Boleh beli di Kino RM25.

Baca sambil dengar lagu Balada Gadis Kecil.

Beirut - you took all I had,
And you took my last important life,
My heart lies dead on your streets.
- Hajjar, nenek Munir

Saya baru sedar, Munir benar² wujud, bukan hanya satu nama dalam sebuah lagu.
Maka sempurnalah kemurungan saya hari ini. Sobs.

Elakkan pembaziran makanan


Gambar dari Illy of Brotherhood Arts, comel kan? Terima kasih Illy :)

Thursday, 26 August 2010

Bonjour! - siaran ulangan

Paix et misericorde de dieu sur vous!

Gambar gadis Perancis bertudung manis dari sini
Fraternite maksudnya brotherhood

Tiba² teringat... Di satu masa dahulu, Ramadhan tahun tu kena pada time cuti sekolah. Saya dengan sorang lagi kawan telah merayap ke Paris untuk mengelakkan bergelimpangan lapar terlalu banyak tidor takde benda nak buat. O ni "sekolah" budak besar ye, bukan sekolah yang darjah 5 gitu.

Maka kat sana, petang time² lepas asar camtu kita orang singgah la satu deli jual kebab, shawarma, ayam golek, segala-mala yang dipunyai oleh orang Algeria/Morokko/Turki sana² tu. Nak tanya buka kul berapa. Kawan saya kalau bahasa Perancis dia memang buta hurup. Saya ni (ehem) tau la jugak sikit², setakat yes-no-alright, oui-non-d'accord tu pass la jugak (ehem, nangis cikgu aku kalau dengar pengakuan ala² palsu ni, kah kah kah).

Masalahnya, "buka pukul berapa" adalah frasa yang cikgu tak ajar kat kelas elementari. Quelle heure est-il (pukul berapa)... pour manger?, saya tanya. Haha. Ni betul² sukati tau. Of cos pakcik tu tak paham kan. Tiga-empat kali tanya pun blank je. Dia pun panggil anak dia, "Cuba ko plak try. Ko paham tak, tah apa budak Parit Bakar ke, Parit Jamil ke, cakap ni ha?". Anak dia pun konon nak jadi rescuer, tanya la macam², tapi CAKAP PERANCIS jugak! Sungguh la tak membantu (sib baik ko hemsem).

Je ne parle pas francais! Je ne parle pas francais! Saya dah jerit² sambil tarik² baju dan hentak² kaki kat situ (tipu). Pastu tarik nafas kejap. Cuba tanya lagi, dah tak cakap perancis telo jawa dah, malas. Cakap oramputih je (eh, orang perancis pun putih jugak ek). Tukar - skipping london je lah. Siap buat gaya makan lagi, macam orang main charades... hehe. 2 suku kata. Suku kata pertama MA, suku kata kedua KAN.

Lebih kurang 5 minit jugak la bergelak ketawa kat situ... tak lama, tapi masa tu rasa macam 5 jam (gelak ketawa pun seksa). Dah la jadi tontonan pakcik² lain, ramai pulak orang dok kat kedai dia tu... buat apa eh? Tunggu Zidan nak datang sign autograp ke? Anyway, last² dia paham la. Semua orang cam, "AAAAHHHHH, oui, oui, oui", ketawa-ketawa. Huh. Ko ketawa kan la aku, pakcik. Cuba ko datang sini gi pasar segar, tanya budak Aceh kat situ pukul berapa time buka, tengok dia paham tak.

Pakcik tu ketuk² kertas atas kaunter dia yang separas hidung saya. Sambil ketawa (lagi!) dan ceramah² skit, dia ambik 2 helai kasi kat saya. Jadual waktu buka puasa. HAAAHAH! Sakit hati tak?? Depan mata je. Kalau tau, takyah nak berlakon macam² tadiiiiiii! Hahahaha. (Patut la dia ketawakan aku!)

Lepas tu kita orang beli kebab untuk buka dan pakcik tu kasi 1 PREE. Hehe. Now i lep u lah. Kita orang pulak ketawa² dah dapat kebab percuma sebijik.

Beberapa tahun lepas tu, di bulan Ramadhan yang mulia jugak, saya ceritakan kejadian tu kat Deris. Kelakar kaaaannnn?, saya kata. Dia tengok saya dengan pandangan hina. "Ko ni memang ek-os, kan?" Hah? Apasal pulak? "Apasal tak sebut je Maghrib?" :| MAGHREEB! Ha-ah, ek? Semua orang Islam pun tau. Sibuk sangat ngan makan, eat, manger.

[Rasa sangat baghal, yang kalau katun Tom n Jerry memang dah keluar muka keldai].

Saya buat² tak dengar je. Mari kita beralih ke topik yang lebih menarik seperti pembahagian zakat kepada asnaf² yang telah ditentukan...

:p

Teringat kisah ni sebab tengok solat terawih live dari Masjid Nabawi... senikata dia tulis bahasa Perancis. Hihihihiiii. Dieu est le plus grand! - 06.09.09





*Kisah ulangan sebijik² dari entri dulu, kes dah kering idea. Tahun ni TV2 tak ada siaran langsung solat terawih dari Madinah. Kat TV1 pun tipu. Kata ada, tapi tunggu² sampai pukul 2.30 pagi pun masih drama Ros-yam Nor bercinta macam budak muda lagi. Mual.

Wednesday, 25 August 2010

Perkhidmatan melipat pakaian


Klik untuk imej yang lebih jelas

Kah kah kah. Kelasss! Bukan hanya jual murtabak.

Tuesday, 24 August 2010

Murtabak Seri Impian


- atau ada orang panggil murtabak raja, mari dari Kelate
Sekeping RM12 rasanya, frozen - goreng/bakar sendiri

Tebalnya lebih kurang 1 inci/2-2.5 sentimeter
Sedapnya, maaak aiih... kena rasa sendiri la sob sob (nangis tersedu pasal dah takde stok)

Kalau berminat, sila telefon Puan Hajjah Nik Mariam di 09-7484714 atau 019-9104714 untuk tempahan. Dia boleh hantar ke KL (pakai bas). Tapi kena lah orda banyak² ya, minimum 10 keping. Jangan la suruh makcik tu hantar sekeping naik bas, melampau tu. Driver bas buat makan sahur tengah jalan je nanti, heheh... :p

Monday, 23 August 2010

Kari ikan kering


Ikan kurau kering... ke, ikan kering kurau?

Kari ikan kering

Anti-clockwise dari kiri: ayam kic, sambal goreng jawa, sambal goreng turkmenistan, telur dador lupa letak bawang, a.m.m, kari ikan kering

Saturday, 21 August 2010

Lambai²


Berdekatan kubur Mahmoodiah, Johor Bahru

Sahur kat sini? Berani tak? Heh heh heh :)

Friday, 20 August 2010

Gen


Bukan jambu rul, tapi jumbo roll

Deris pun memandu kancil keciknya itu di dalam hujan rintik² (tah apa² mula karangan camni). Di tepi jalan ada seorang pekerja asing sedang jalan laju². Kerana Deris seorang yang berhati mulia, dia berhentikan kereta dan mempelawa Abang Bang itu masuk. Nanti kena hujan, demam, tak pergi kerja, gaji kena tolak, kesian kan.

"Where you go?" kalau bercakap dengan PATI, inggeris kita kena macam ni. Haha.
"Gen" kata dia.
"What? Where?"
"Gen! Gen!"
- muka Deris masih blur.

"GEN SUBERMARKET"

Ooo-kayyy, kau nak pergi Giant rupanya. Keh keh keh. Kelakar la lu, Bang!

Thursday, 19 August 2010

Alat bantuan mengajar

Matapelajaran hari ini ialah: KARI
Bab: kepala ayam

Gambar menunjukkan semangkuk kari ayam
Objek yang dibulatkan adalah kepala ayam
Garis kecil yang ditunjuk dengan anak panah adalah mata ayam

Cik Fareen Najwa, harap lebih menumpukan perhatian pada pelajaran di masa hadapan! ;p

Nasi bohari


Nasi bohari - ini bukan nasi bukhara
Mungkin resepi ni diturunkan oleh Encik Bohari dari Kampung Asam Bubuk

Nasi bohari
Beras - basuh, tos, dan ketepikan
Daging - direbus dengan halia & bawang putih; hiris nipis
Ayam - goreng membal
Kentang - potong dadu
Bawang merah - ditumbuk
Bawang putih - ditumbuk
Halia - ditumbuk
Ketumbar - kisar halus
Jintan halus - kisar halus
Minyak sapi untuk menumis
Garam

Bahan² yang dah disediakan, ya puan²

- Panaskan minyak sapi, tumis bawang merah, bawang putih dan halia.
- Bila wangi, masukkan ketumbar dan jintan. Goreng lagi sikit.
- Tuang tumisan ini ke dalam periuk berisi beras, masukkan kentang, daging dan air rebusan. Top-up air secukupnya. Jerang (atau tekan la suis periuk tu).
- Bila masak, kacau nasi dan gaul sekali ayam yang dah digoreng tadi.
- Sedia dihidang.

Makan dengan:

Pencuk

Kari ayam atau dalca
Nampak kepala ayam bapak kita? Dia dah reti tutup mata.. (dia=ayam)

Dan sambal belacan

OK betul, tak tipu. Masa kakak ipar kata makan dengan sambal belacan sedap, kita mati-mati tak percaya. Gila tipuuuu. Takkan nasi macam ni makan dengan sambal belacan pulak? Ni kan kategori nasi minyak. Kan? Sekali SEDAP. Terbang mangkuk sambal tu dari satu penjuru ke satu penjuru. Sekejapan dah habis dan kena pulak tumbuk 2nd round. Siapa yang kena gi tumbuk? Kitaaaa jugak.

Wednesday, 18 August 2010

Pembuka selera

Kalau tak lalu nak sahur, terkulat² makan nasi pukul lima pagi:

Sambal tempoyak
- nampak sangat malas tumbuk, biji lada pun tak hancur

Sambal belacan perah limau

Best tau keruk sambal dari dalam lesung, sayang nak basuh je saki baki sambal tu, hihi
(Burukkah perangai?)

Tuesday, 17 August 2010

Mini quiche


Mini quiche dari dapur Ah Poh - dia pandai masak sekarang!


Resepi dari kawan Ah Poh ;)

- 4 biji telur
- 1/4 cawan susu
- 1 sudu kecil lada sulah
- 1 sosej ayam, potong kecil
- 1 keping keju, potong halus dan panjang
- sedikit daun kucai
** Ah Poh pesan letak sikit mayonis

1. Pukul telur + susu + lada sulah + kucai
2. Masukkan sosej dan keju
3. Tuang ke dalam loyang bersaiz kecil
4. Bakar lebih kurang 8 minit pada 190c
5. Keluarkan dan hidang


Nota tambahan:
Undang² bulan puasa adalah gas kena habis time orang nak masak sahur. Harap maklum.

Monday, 16 August 2010

Kepala ayam


Bapak kucing suka makan kepala ayam

Korang jangan gelak, bapak kita tau! Heheh (kita senyum-senyum sikit je). Jadi hari tu masa beli ayam Deris pun mintak sekali kepala dia (dia=ayam). Dapat 2 ketul. Masa basuh-basuh tu boleh ke terpegang kelopak mata dia (korang tau tak ayam ada kelopak mata?!) dan terbukak la mata member. Mau tak melompat? Dah siap basuh, simpan freezer, besok bukak freezer tengok mata dia dah terbukak balik. Huwaaaa! I ngeri!!

Tutup lah mata kau tu Yam, jangan macam orang mati beragan!

Sunday, 15 August 2010

Jiran yang baik



Sms 1: Alamak, stok telur habis. Pinjam?
Sms 2: Cepat ambik kat gril, sebelum kena tiup angin.

Saturday, 14 August 2010

Baulu


Kedai baulu yang dah tutup sebelum saya sempat pergi tengok-tengok

Menarik kan? Tapi tak perlu rasanya bukak kedai besar kalau nak jual baulu dan kuih-kuih raya. Kos sewa tinggi, karan, macam-macam lesen lagi... Kecuali lah kalau nak export besar-besaran. Tapi itu pun otak saya yang dah set: mass produced = kurang sedap = kurang laku. Kuih-kuih tradisional lebih sedap kalau buat di rumah dengan kasih sayang.

Ini gambar lama, tahun lepas. Kedai ni sekarang dah jadi kedai tudung, kalau tak salah.

Friday, 13 August 2010

Halal

Saya jumpa entri tentang Isu Halal Sushi King, melalui entri ini
Kalau anda rajin makan di Sushi King silalah baca

Kalau anda rasa kecewa,
buatlah seperti Kak Pinat yang gulung sushinya sendiri

Kita tak minat makanan Jepun jadi letak gambar soto

Dan sementara dah letak macam² link tu,
boleh cek senarai hotel yang dah diberi sijil halal oleh JAKIM di sini


Sekian, selamat berbuka (maghrib nanti, bukan sekarang!)

Kejadian dalam lif


Makanan dalam beg plastik kesok-kesek - gambar hiasan

Masuk lif. Jalan senget. Tangan kanan penuh barang dalam beg plastik kesok-kesek, tangan kiri pun penuh barang. Budak kecik arab tu senyum² tengok barang kita banyak (sampai hati kau, budak). Lepas tu dia menyorok di balik perut bapak dia. Jenguk, senyum², nyorok. Jenguk, senyum², nyorok. Dah 2-3 kali main acah², kita pun balas la senyuman, kenyit² mata, sengih².

Tiba tingkat kita, keluar lif lalu depan bapak dia. Muka moncong. Masamnya rupa, dah macam moncong teko. Tak alih² mamat ni nak kerek ek, anak dia OK je.

Sekali terpikir, entah² dia ingat aku sengih² ketawakan perut dia boroi kot? Hahaha.

Mutaassif! Ana tak maksud begitu lah!

Thursday, 12 August 2010

Telur bungkus bungkus


Deris - Nasi putih 2, paprik campur 1, telur bungkus 1.
Mamak - Telur -- ?
Deris - -- bungkus.
Mamak - Wokeh.

Dalam gambar : nasi putih, paprik campur, telur bungkus bungkus

Sukati kau lah mamak




Ps. kita tak buka luar, ni gambar masa bulan syaaban :)

Wednesday, 11 August 2010

JJCM

Gambar yang tak ada kena mengena dengan cerita:

Entah lada baka apa bijik banyak macam ni, tanggal tangan nak tumbuk kasi hancur

Sempena bulan puasa ni, takde lunch break, maka masa tengahari dihabiskan dengan duduk depan komputer sambil jjcm. Haaa... siapa kata jjcm tak boleh dilakukan pada bulan puasa? Jalan² Cari Menu, ok apa...? Keputusan nak makan apa masa buka nanti dibuat berdasarkan gambar yang paling nampak sedap kat blog orang. Hiks. Siapa ada blog resepi tu jaga² ye, kejap lagi kena terjah :)

1 Ramadhan


Korma rotab - lembut, lemak, manis - sedap tau!

[Bangun sahur tak? Hehe].

Tuesday, 10 August 2010

Pertukaran waktu berniaga

Waktu penggunaan dapur akan berubah dari 10 pagi-12 tengahari ke 5-7 petang dan 4-5 pagi
Segala kesulitan tidak dikesali, semoga kita mendapat setinggi² barakah darinya

Selamat mencari pahala, kawan² :)

Kemproh


Kopi = kafein = perhiasan tudung

Monday, 9 August 2010

Ke garisan... [tonggeng sikit]


Dah bersedia?

Beberapa hasrat untuk bulan puasa tahun ni, selain dari yang di atas. [Dah sibuk cerita pasal azam raya baru cerita azam puasa ek. Tak nonoh, kata Ah Poh masa dia umur 2 tahun]... :

1. Kurangkan nasi - heheheh, I tulis tapi I tak nak komen.

2. Lebihkan sayur - keh keh, rujuk ulasan poin no1.

3a. Masak sendiri atau beli lauk buka dari restoran² yang dah biasa dikunjungi sahaja (=3c).

3b. Jauhkan diri dari bazar buka* - tahun lepas kira berjaya jugak ni. Tapi pernah la juga sekali terdorong pergi presint 2 Putrajaya. Hambik! Balik menyumpah² sebab orang ramai dan parking jauh (kan dah tolak pahala). Nak keluar parking je setengah jam. Jem pulak lagi nak tiba rumah. Buka dalam kereta. Tak ke padan muka?

*saya tak mahu sebut kependekan Pasar Ramadhan sebab mengingatkan pada pelakon yang comel itu, oh tidak!

3c. Kalau terjebak juga ke bazar buka, hanya boleh beli dari muka² peniaga yang biasa meniaga saja (boleh kenal kan, kalau selalu pegi pasar lambak tiap² minggu) - orang yang tak biasa meniaga kesedapan makanannya selalu dicurigai, malah mengikut pengalaman lalu dah beberapa kali harapan terpeleset. Bulan puasa makan tak selalu dan tak banyak. Sekali sekala makan dalam sehari tu, nak la yang sedap².

4. Berbuka di rumah sahaja - dah 2 tahun berturut² berjaya 98%, pernah berbuka di rumah Ah Poh. Orang lain takde pun ajak kita buka kat rumah dia orang. Sah hidup tak berkawan.

4b. Tolak pelawaan kompeni untuk berbuka di hotel - pembaziraaaaaaaannnnn! Kalau makan mahal² biarlah di kala perut dah cukup regangan. Lepas raya nanti kita makan banyak² kat hotel, ya! Biar berbaloi $80 satu kepala, tak kira duit siapa.

5. Tak tinggal sahur.

Cukup lah 5 kot, banyak² nanti lagi susah nak dicapai. Lepas bulan puasa nanti kita boleh review. OK. Sedia... [angkat punggung sikit]...

Harap tak jatuh tertumus bila pengadil kata 'mula', heheheh.

Sunday, 8 August 2010

Minum petang


Gerai bawah pokok dekat-dekat simpang Thistle, Podeksen

Ada goreng pisang dan macam-macam jenis kuih

Ada mi kari dan laksa

Ada cendol

Rasa biasa-biasa saja tapi berangin dan nyaman untuk minum-minum air kelapa bawah pokok bukan kelapa

Ada lagi satu kedai minum air kelapa berhampiran banglo KWSP dan pusat methodist,
tapi kami tak sempat singgah - sila cekidaut sendiri kalau ke sana dan beri laporannya di sini :)