Saturday, 31 July 2010

Kerakyatan

Sms dua beradik -

Adik : Awak buat apa?
Kakak : KLCC. Kasut. Kino. Kopi. Kek.
Adik : KL-nya awak ni.

Nehi, nehi! Saya Johor!
Dulu, kini dan selamanya (lagu iklan F&N dulu²).

Friday, 30 July 2010

Azam

Rata² sekarang orang dah mula jual kuih raya. Saya pernah mengimpikan raya bertema zaman dulu. Takde almond london, mimi carey, chocolate chip, semua takde. Ada kuih²/beskot² zaman dulu saja.

Contoh tat yang saya tak nak - tat gulung
- tak real lah tat gulung... tapi kalau orang kasi, ambik :)



Barisan kuih² zaman dulu yang saya hendak:

Tat nenas
- cetak pun mesti yang macam ni, kalau cetak dia bentuk bunga ke, bintang ke, takmo!

Kalau tak dapat beli, curi semangkuk dari rumah kakak ipar
Psst, tengok nama pakcik-makcik pengusaha tapai tu, ihiks

Kuih bangkit

Baulu gulung
- jiran bagi, harap² bekalan gula cukup tahun ni, jadi mak dia boleh buat lebih² lagi

Yang saya teringin juga tapi tak ada gambar: kuih suji (putih je, bukan yang warna warni kristal²), kuih makmur, kuih semprit, batang buruk. TAPIIII. Panjang tapinya tu. Tahun ni tak boleh beli biskut. AZAM hari raya, namanya. Tiap² tahun mesti ada beskot tak habis. Mesti kena buat cheesecake lepas raya (base cheesecake pakai belen beskot raya sedap nak mamp- ok!). Tahun ni elakkan pembaziran.

Apa? Kuih raya?? Katakan TIDAK!!

Haha. Ye-ye je kan? Tiba² lagi 3 minggu nak puasa, kakak ipar no3 tanya, 'Nak beli kuih apa tahun ni?' Dia adalah agen kuih raya terulung dalam keluarga kami. Untuk membodek mengambil hati kakak ipar, saya kata nak chocolate chip kas² satu tapi tak nak masa raya, nak sekarang! Makan beskot raya masa tengok tv sebelum bulan puasa, tak kira beskot raya la kan?

Lepas tu lagi 2 minggu nak puasa, kakak kat ofis kasi sample kuih sedap². Dia tak lokek tau, dia kasi makan! Bukan macam sesetengah orang tu kasi sample dalam plastik tak boleh bukak, tak boleh makan, tak boleh sentuh. Tengok je, lepas tu order. (Ada aku nak layan?). Berbalik kepada kakak ofis yang baik hati, chocolate chip dia sedap jugak. Pesen lain dari yang kakak ipar no3 jual. Nak la jugak sebotol, kak, tapi tak nak masa raya, nak Senin depan! Makan beskot raya masa tengok tv sebelum bulan puasa, tak kira beskot raya la kan?

Good start so far, takde beli beskot raya. Haha. Amacam. Korang rasa azam hari raya saya tahun ni berjaya tak?

Thursday, 29 July 2010

Sir John Frederick Dickson

Podeksen - sarapan, makan tengahari, makan malam - ada cadangan kedai makan?

Wednesday, 28 July 2010

Cerita lama


Di sebuah lapangan terbang. Tunggu penerbangan. Orang ramai. Hingar.
Kami duduk² di kafe, minum², bual², makan² piza mahal.

Zoom pada piza mahal

Selalu saya kutip buah zaiton tu ketepikan. Tapi yang ini disapu licin untuk membaloikan harganya. Orang lalu lalang kanan kiri kami tak hirau. Bual². Minum² lagi. Tiba², ada tangan letak sesuatu atas dulang depan saya. Saya toleh - seorang lelaki berbadan sasa dengan pakaian seragam tentera tengah minum kopi sambil berjalan dengan selamba-dek. Saya tengok atas dulang ---

Sudu plastik lepas dia guna buat godak kopi

Boleh? Hahaha.

Monday, 26 July 2010

Restoran Kelisa Corner


Restoran Kelisa Corner
No4, Medan Pusat Bandar 1
Seksyen 9, Bangi

Kuah roti canai dia adalah paling 'kena' dengan tekak saya, kuah mamak pun kalah

Selamat *sakit kepala* hari *sakit kepala* Isnin *sakit kepala*, kawan² =)

Friday, 23 July 2010

Selumbar

Untuk kawan

Asap api embun berderai
Patah galah haluan perahu
Niat hati tak mahu bercerai
Kehendak Allah siapa yang tahu






*Jari bengkak kena selumbar dari sudip yang tak mahu-mahu keluar,
tapi banyak lagi sakit yang lebih pedih dan lebih sakit...

Thursday, 22 July 2010

Gula-gula percuma!


Tak perasan bila ofis kita jadi klinik paediatrician... I can't spell paediatrician, betul ke tu?

Gula-gula pree! Jom curiiiikkk!!Weee!!!
(Bilangan tanda seruan bergerak pada kadar selari dengan keujaan)

Adakah ini satu jenis kecacatan mental?


Tengok gambar botol kaca dalam entri kawan, kita rasa nak tunjuk ini:

Ni baru separuh

Nanti kalau ada "emergency-botol" senang kan? Lepas minum teh o ais mamak, kalau tak habis, boleh tuang dalam botol, simpan dalam peti sejuk kan? Kalau nak buat lada jeruk pun senang, dah ada botol cantik².

Kita tak simpan kotak biskut cheezels (Cik Soms, take note). Kita cuma simpan kotak kertas A4 double-A sampai lagi tinggi dari kita dan kotak kasut sampai 4/5 ketinggian kita, mana tau kalau nak kena pindah lagi.

What? I am NOT a hoarder! :|



Baca tentang compulsive hoarding - kita tak macam ni, phewwh.


Wednesday, 21 July 2010

Orang gaji, kuali dan cawan kertas


Man maid? Ke, man-made?

Pembunuh orang gaji dah dijatuhkan hukum. Chup. Boleh ke kata orang gaji? Ke, nama yang lebih politically correct ialah pembantu rumah? Nak kata bibik macam lagi tak sampai hati pulak sebab bibik tu mak sedara bagi orang jawa. Walaupun hakikatnya perkataan "bibik" dah lebih sinonim dengan orang gaji dari sedara sedarah sedaging. Heh.

Ann-nyway... pada satu masa dahulu, kawan saya Hafizah (nama sebenar) dapat seorang orang gaji baru. Budaknya baik, rajin, bla-bla. Beruntung dia dapat kerja dengan Hafizah sebab Hafizah ni orang ada-ada. Banyak la benefit-in-kind kan. Sementelah itu, kat dapur Hafizah takde periuk cap buaya, tapi guna periuk tefal je [JE, saya kata?].

Periuk tefal - semua warna hitam teflon (polytetrafluoroethylene,PTFE)

Pada satu hari (tak bagus kualiti karangan ni, ulang-ulang frasa "pada satu" sampai dua kali), Hafizah mendapati semua, ye SEMUA, periuk tefal dia dah jadi kaler putih. Kalau korang, tak rasa nak pitam ke? Periuk ni sebijik harganya 2-3 ratus ringgit tau.

Si budak rajin tadi dah kasik SENTAL semua sekali non-stick pan yang mahal tu nak bagi kilat. Boleh?

Haha. Seriously, saya tak tau nak kesian ke nak ketawa. Tapi kan, budak rajin tu mesti rasa berbunga-bunga hati dia nak tunggu majikan balik rumah, nak tunjuk "periuk ibuk yang geseng tu udah dikilatin ya". Sekali tuan periuk balik nangis mendodoi-dodoi. Haha. Haha. Ketawa dalam kesian. Ketawa dalam hati juga sebab kalau ketawa depan-depan kang silap-silap saya yang kena lepuk ngan si Pizah.

Kalau kes macam ni, apa hukumnya? Siapa yang mangsa sebenarnya ya?

Tuesday, 20 July 2010

Pindah

Lepas dua tahun pindah rumah, baru ni saya bukak kotak pinggan mangkuk nak cek isi dalamnya. Dulu guna 2-3 butir je yang mana-mana perlu. Yang agak-agak eksklusif sikit simpan kot-kot ada anak raja mana-mana nak datang makan ke, kan. Time tu baru boleh keluor. Dan air mata hampir menitik bila tengok 'partner' mangkuk di atas dah jadi empat keping:

Oh ibu, ampunkan daku (pinggan mak ni, hehe)

Dari 6 biji dah tinggal 5

The Monk in me rasa macam nak buang je semua dan beli baru biar cukup 6 biji satu set. Sudu pun macam gitu. Elok-elok setengah dozen, tiba-tiba jadi 5. Garpu tinggal 3. Sapa yang kerja mencurik sudu-garpu ni? Takkan semua nak kena beli baruuuu?

Yang ni takpe, 3 bijik sepuluh ringgit, heh

Ada siapa-siapa nak sudu-garpu terpakai tak cukup satu set?

Monday, 19 July 2010

Nasi ambang


Orang kecik : Nak atan.
Orang besar : Hmm.
Orang kecik : Nak atan, nak atan.
Orang besar : Dey, yenna solle? Nak apa ni?
Orang kecik : Nak. Ma. Tan!
Orang besar : Nak makan ambik je la, tak kecoh tak boleh ek?







Dan orang kecik pun ambik --

Melambak

Dah la kat sini susah nak cari orang jual nasi ambang... huwaaa!

Eh tapi senang kan, makan dari meja terus, tak payah basuh pinggan, haha!
[Apa ke bodoh no statement, nasi ambang makan atas daun pisang, duh]

Rupa sebelum dikirai

SEDAP, ok!

Untuk tempahan katering ke majlis apa-apa ke, sebab dia orang belum ada kedai,
sila hubungi Encik Kamal Zakry di 016-3660600 (hensem tau!). Hehe.



Ps: Lain kali jangan suruh orang kecik umur satu tahun setengah ambik nasi sendiri

Saturday, 17 July 2010

Friday, 16 July 2010

Tolong... tolong... dah empat hari saya tak makan!


Hari tu Makcik Kantin kata lada naik harga. Kalau ada kawan yang suka makan sambal, ingatkan dia, "Jangan monyet... jangan!"

Tupai²

Lagu latar: Anok Tupa oleh Halim Yazid

Restoran Tupai²
Jalan Reko, Kajang
(sebelah Pusat Servis Chevrolet)

Oi! Saya kecik, tapi saya nak makan juga!

Nom! Nom! Nom!

Daging masak merah - mmm, dap!

Sup udang air kelapa

Mixed feelings terhadap udang-kelapa ni. Macam nak pelik, tapi macam nak sedap, tapi macam nak--
Review selamat: LAIN dari yang lain. Pelik yang lain lah, bukan pelik tak sedap.

Telur bungkus

Telur bungkus adalah benda yang tak payah direview patutnya kan, sebab dia macam teh o - kalau kau tak reti buat, baik kau tak payah bukak kedai kot? Hehe. Supaya tak ada yang keliru dengan rasionalisasi putar belit di atas, telur bungkus dia sedap :p

Ayam Thai - sedap

Kangkung goreng belacan - hoh sedap, pengsan!

Tom yam - err, macam terlalu berempah

Jenahak in butter pepper sauce

Ini antara menu istimewa Tupai², selain udang-kelapa. Tak sempat ambik gambar 'before', cepat je kena sambar. Nasib lah. Berkuah santan (atau susu, tak pasti). Lemak berkrim. Sedap.

Hai kawan² :) - nak lawan kepala ikan kedai mamak dulu tu, hehe

Semua sekali lebih kurang RM140 untuk 6 orang makan. Kalau nak jimat order ais kosong, atau bawak bekal air dari rumah. Kalau nak jimat lagi masak sendiri, makan di rumah (boleh jimat duit minyak jugak). Stimbot buffet dia berharga RM25 satu kepala.

Hujan ribut dah berhenti, Ah Poh belum lagi!

DAN! Yang paling istimewa, dua ekor Chip and Dale duduk dalam balang kaca kat sudut kedai! Kat sini budak-budak kecik (dan yang tak berapa kecik) bersidai semata-mata nak tengok tupai. Kesian kan orang bandor ni. Ada hati nak menggelar orang 'jakun'. Mungkin term tu dah patut ditukar kepada 'kelumpo'.

Rasa macam nak picit je makhluk ni, geram! Hehe.
Goreng pun sodap >:)

Thursday, 15 July 2010

Zzz


Ubat mengantuk dan/atau ubat gastrik

Kalau kita tidur tak menyendor, 'tidur' nak dibunyikan macam mana ye?

Imej yang tercalar

Ayam masak merah (a.m.m), nyonya nama Ah Poh masak

Disebabkan cerita ikan siakap dulu, Ah Poh dah marah-marah. Dia kata ini semua merupakan satu gerakan subversif nak menjatuhkan maruah dia dan kebolehan dia memasak. Saya tanya, ada kebolehan ke? Kah kah. "*Sesuatu yang tak elok disebut di sini* aa ko kak!" dia kata. Stomp. Stomp. Stomp. Best kan nyakat orang.

Tapi kan, dia memang dah terel laaa. Contohnya, ayam paprik ni:

Bila dia kasi saya tanya, beli eh?

Itu maknanya mencapai standard makanan yang "saya-akan-bayar-untuk-makan". Itu satu pujian. Rasa A. Rupa A. Dan Ah Poh tak paksa saya tulis macam ni pun. Hehehe. [Ehem, sempena penebusan maruah yang tergadai, besok masak lagi ayam paprik ni, please].



Ini ikan yang saya goreng, kulit pun togel jugak melekat kat kuali, hihi, relaks je...
Kenapa nak masak rupa perfect² sangat? Kita bukan robet! ;)