Wednesday, 30 June 2010

Pappa Rich dan roti susu pekat

Pappa Rich
Jalan Medan Pusat 2D
Persiaran Bangi

Si tak sabar dah godak air, kalau tak cantik je air tu berlapis-lapis

Ini air pesen berbuih (sebenarnya dah tak ingat orda apa)

Roti bakar bersusu

Kalau kat rumah, lapor-lapor gi selongkor dapur, jumpa roti nak tamat tempoh orang dah tak layan, sekeping pun jadi lah. Tak payah bakar pun. Selet dengan susu pekat leleh-leleh. Tak dapat bonus tahun ni pun takpe lah. Syurgaaaaa. Err. Bos, kita acah je pasal bonus tu. Bila nak kasi, dah habis setengah tahun dah ni...?!

Monday, 28 June 2010

Ayam masak ulu


Ini resepi orang Jambi. Jambi bukan Jawa, Bugis atau Banjar. Jambi adalah Jambi. Kalau orang ada darah Jambi datang rumah, tak payah beriya cakap Jawa dengan dia lepas tu insist Jambi dengan Jawa tu adalah sama (pernah terjadi!). Orang Jawa berasal dari Pulau Jawa. Atau Parit Sulong, haha. Manakala orang Jambi berasal dari... err (kena ulang lagi ke?) Jambi. Di Sumatera.

OK dah loceng, masa dah time. Kelas geografi dah tamat. Boleh gi rehat kat kantin.

Ayam masak ulu

Bahan²:
Ayam - tanpa mengira asal usul, bangsa dan keturunannya
Kentang

Kisar kering:
Ketumbar
Jintan halus

Tumbuk:
Kunyit hidup
Cili padi

Lada kisar (sikit, untuk warna)
Serai - ketuk
Asam keping
Gula melaka (sikit)
Santan
Daun limau purut - opsyenal, untuk bau wangi

Lebur semua bahan dalam santan, masak atas api sederhana. Kacau sampai didih (/pecah minyak). Biarkan atas api sampai kentang lembut. Sedia dihidang.



Sedap, wa cakap lu!

[Saya bukan orang Jambi].

Friday, 25 June 2010

Georgie

Saya ada kawan. Nama dia Georgie.

Dia pandai. Terutama subjek ekonomi.

Markah dia selalu tinggi. Saya selalu dengki.

Saya rasa saya tahu jugak lah ekonomi. Bukan susah sangat. Equilibrium. Utility. Demand. Supply. Contohnya, kalau kita berhenti beli sesuatu produk (contoh mudah: mekdi), produk dia jadi kurang demand. Bila produk dia takde demand, dia kena turunkan harga (tak perasan ke lepas boikot awal 2009 harga dia orang turun nak dekat separuh). Bila harga dia dah turun, profit dia jadi sikit. Bila profit dia sikit, dia tak boleh nak sumbang dana mengarut² pergi tolong beli peluru, senapang, meriam dan lain² lagi kaedah untuk bunuh rakyat Palestin. (Baca keterangan secara lebih ilmiah di sini). Time kita bukak suratkhabar dan nampak iklan dia orang sampai 4-5 mukasurat, itu maksudnya usaha kecil kita ada kesan pada mereka. Takkan lah bila ada orang kena bom je baru kita nak boikot, betul tak? Teruskan lagi buat tak pandang pada cheeseburger itu. (Begel oblong brader tepi jalan tu lagi sedap, bang!). Tak susah sangat nak faham, kan. Tapi teeeetap lah markah si Georgie ni lebih dari markah saya.

Mesti dia ada rahasia ni.

Saya cuba mengintip. Tapi tak dapat apa² maklumat berguna.

Sekonyong² (kah kah), satu hari tanpa diduga, tanpa ditanya², dia buat pengakuan pada saya.

Georgie - Kau tau?
Saya - Tak.
Georgie - Aku bangun tidur tadi ada benda dalam mulut aku.
Saya - Apa?
Georgie - Nik naks.
Saya - Hah?
Georgie - Aku tertidur masa makan. Nik naks tertinggal dalam mulut.
Saya - (dalam hati : euw gross) Iya? Pastu kau buat apa?
Georgie - Aku makan balik lah.



MAKAN TAIK GIGI! Patutlah masa periksa markah kau selalu tinggi!!



Rakan² seorganisasi Georgie (kalau anda baca entri ini)... kalau Georgie asyik² excel dalam kerja, kalau buat cara apa pun bos tetap sayang dia, you know what to do. Sorokkan snek dia dan pastikan dia tak curik² tidur bawah meja dengan keropok jajan dalam mulut.

Hehehe. Georgie, selamat hari jadi. Jangan bunuh saya (atau tikam saya dengan bantal). Saya sayang awak!

Thursday, 24 June 2010

Wednesday, 23 June 2010

Mohd Chan Abdullah


Mohd Chan Abdullah
(makanan cina muslim)
30, Jalan Medan Pusat 2C, Seksyen 9
43650 Bandar Baru Bangi
Tel : 019-6133808

Tengok Bukit Beruntung tiba² teringat lagu Ah Long ni (tidak perlu Form J!), hahaha

Mula² sekali saya nak letak disclaimer - saya tak selalu makan chinese food, jadi tak berapa pandai menilai,
justeru itu (kah kah) sebenarnya tak layak untuk beri komen² yang begitu membina

Therefore, at your own risk lah ya...

Teh bunga RM 1.70 - amat lah sedap, lebih sedap dari yang dalam kotak

Siakap sweet sour RM 38

Ayam lemon RM 12 - Ah Poh suka

Ayam Thai RM 12

Anak kailan RM 12 - saya suka (ya, saya suka sayur... Dr Singa, hold your tongue!)

Itik panggang RM 16, si Ah Poh nak sangat, hah kau makan lah
Dan dia terkebil² nak habiskan sorang² sebab orang lain tak reti makan itik

Rupa macam ayam tapi tekstur lebih 'kasar' dan ada sikit bau yang sukar dikenalpasti (hanyir ke?)

Butter prawn RM 22

Deris berebut dengan Padil

Sila, sila, beramai² lah ke sana...
Lain kali nak makan pau dia pulak, macam syok!

Tuesday, 22 June 2010

Hmm

Beranikah saya membuka pekung di dada dapur?



Exhibit A:



Exhibit B:



Exhibit C: dah terlalu azab, tak sanggup ambik gambar
Biarlah dia kembali ke alam baqa dengan lebih privasi
[Pembayang: 3-persegi. Kemek. Melorot. Bertakung. Menotos.]



Akhir kata *angkat² lengan yang penuh lemak goyang²*,
"KOG kata pergi
Besi buruk kata mari"

Sekian dilaporkan :|





Ps: baru teringat ada gambar pra-exhibit-A pada bulan 3 dulu, RM 40 tahan >>6 bulan kira ok la kot

Monday, 21 June 2010

Bukan salah ibu mengandung orang lawan bola


Sangat,

sangat,

sangat
.
.

... mengantuk!!!

Salah penonton bola yang bersorak-sorai di kedai mamak sampai saya terbangun tiap² kali gol


[Gambar tak ada kena mengena]

Cerita² lain kali ya!

Sunday, 20 June 2010

Jemput² roti

Jemput-jemput roti kitar semula

Kalau ada reja-reja kulit roti belen buat sanwic dan takde siapa nak makan, adalah lebih afdhol jika dibuat jemput-jemput macam ni daripada dibuang. Sedangkan beg shopping barang dapur pun orang guna balik, inikan pulak makanan kan. Sekian ceramah pendek hari ini.

Roti
Bawang besar - potong dadu
Lada merah dan/atau hijau - potong dadu
Daun sadri
Udang atau daging cincang - tuna pun 'jadi' jugak rasanya, kan?
1 sudu susu tepung atau tepung (untuk kasi lekat)
Telur

- Gaul semua, tambah garam sikit
- Bulat-bulatkan dan goreng



Soalan kitar semula : orang kalau tak pernah ambik beg plastik kat kedai (guna beg sendiri), dia buang sampah dapur dalam apa, beg kertaskah? Bukan soalan duga akal. Din Den memang musykil. Din takde berlakon dalam cerita ni.

Saturday, 19 June 2010

Sarapan

Oh. Oh. Ada cerita menarik pasal keropok jajan.
Nanti dulu.

Friday, 18 June 2010

Mereka dan keluarga mereka


Makan dengan orang² tersayang

Kecah dibuat oleh orang² tersayang

Grrrrr (kucing mengeram menderam)

Thursday, 17 June 2010

Syaksyukka versi rajin sikit

Sila baca entri syaksyukka yang sebelum ini

Berbangga kerana telurku set yang kuningnya tak set

Versi rajin sikit adalah sebegini :

2 paket daging cincang
1 biji bawang bombay - hiris
1 labu bawang putih - tumbuk <--- ini la part rajinnya
lada sulah yang banyak [sampai kau tak percaya kau letak banyak tu, baru berhenti curah]
- heheh, saya guna 1/2 botol, rasanya dalam 25g - rajin ke pulak nak timbang lada sulah?

minyak sapi
kacang pis
tomato
telur
hiasan- bawang goreng dan daun saderi

1- Perap daging, bawang putih yang dah ditumbuk dan lada sulah sekurang²nya 1-2 jam.
2- Panaskan minyak sapi dan tumis bawang bombay, kemudian masukkan daging. Kacau² hingga 3/4 masak. Jangan lupa letak garam.
3- Toskan ala kadar, pindahkan ke bekas pyrex (loyang pun boleh).
4- Buat lubang dan pecahkan telur ke dalamnya.
5- Susun tomato dan tabur kacang pis.
6- Bakar hingga telur masak. Tabur bawang goreng dan hirisan daun saderi.
7- Sedap hidangkan panas², makan dengan roti atau nasi putih.

Pengomen Fifi dulu mencadangkan saya buat ikutsuka dan letak cheese di atasnya. Atas dasar "saya yang menurut perintah", saya pun cuba lah. Tapi tak syok. Malah macam membazir je sebab rasa cheese tu hilang langsung bila dilawankan dengan bawang putih dan lada sulah. Maka tak payah nak belanja lebih-lebih beli cheese pulak. Buat macam yang cikgu ajar je, ya murid-murid.

Dan untuk makluman, resepi versi rajin ini sebenarnya lebih sedap dari versi malas. Selama ni saya mewarwarkan versi gred B rupanya! Tu lah, orang tua-tua dah kata, berakit-rakit ke hulu, berenang-renang ke tepian. Ni kau nak terjun je terus, besok lemas jangan salahkan wakil rakyat.

Eh, apahal merapu.

Wednesday, 16 June 2010

Kari kepala ikan


Restoran Salam
Sebelah Bintang, Sungai Chua, Kajang
Dah pernah cerita dulu

Macam tragik je kan gambar ni

Kuah tak cukup meladung

Selamat 3 Rejab yang indah!

Tuesday, 15 June 2010

Nasi ayam Ownn


Nasi ayam Owwn
Food court Menara Bousted (tingkat 8)
Jalan Raja Chulan, KL

Branch lagi satu Ownn ada di Jalan Datuk Keramat
Depan stesen Esso

Nasi ayam hainan yang dah di-Melayu-kan - nasinya tak lokek dengan halia dan bawang putih
Ada kicap dan sambal lada yang pedas-manis, dihidang dengan timun, karot, lada dan daun bawang
Sup yang penuh rasa (bukan air rebus bawang macam sesetengah kedai)

Nasi ayam biasa RM 3.50, nasi ayam special RM 4.50 - kalau tak salah la, tapi memang tak berapa mahal untuk kategori makan di tengah² KL. Boleh tambah sayur fattchoy atau/dan hati dan mempedal goreng. Kalau datang ramai² lagi syok mintak dia hidang ayam satu ekor kat tengah², tapi harga tak ingat berapa.

Pada saya, nasi ayam Ownn memang yang ter-best!

Monday, 14 June 2010

Tag, nasi kukus dan jumpa Faisal Tehrani Jumpa dan Faisal Tehrani


Tag dari Fazya.

Sonang by two.

1. Adakah anda happy sekarang?
Alhamdulillah, saya happy ---> cubaan menjadi artis

2. Kenapa anda happy?
Faktor sifar untuk tidak happy

3. Apakah benda yang boleh membuatkan anda happy?
Matcham²... antaranya, nasi kukus Jumpa (belakang Life Center, menghadap Hong Leong Jalan Perak - sekarang tengah renovate maka kedai makan pindah ke tingkat 1)

Kuah lebih, kerak lebih...

Happy lebih

4. Pernahkah anda menerima tag?
Pernah... dan pernah jugak 2-3 kali terlupa buat (ampun)

5. Nyatakan warna yang anda suka
Biru dan oren

6. Beritahu sembilan (ramai sangat!) satu orang yang anda mahu tag

7. Tulis sesuatu tentang orang yang anda tag
Laki orang

8. Adakah anda happy dengan apa yang anda ada?
Alhamdulillah, saya happy ---> cubaan menjadi artis (ii)


Saturday, 12 June 2010

Layan benda haram halal

Lepak-lepak

Tengok bola

Sambil

Berjudi

Makan aiskrim




Mi goreng S.M.S


Udang butter dulu ada lebih, jadi dimasukkan sekali dengan mi gemok belen buat mi bandung hari tu dan salad kecut (rupa macam sawi kan bila dah goreng)

Friday, 11 June 2010

Pantri 3


Nasi yang best leleh² ni dibeli di meja (sebab bukan gerai, bukan warung, tapi orang meniaga tepi jalan)
di Lorong P Ramlee, belakang Hotel ShangriLa Kuala Lumpur

Saya konon² nak edit kasi cantik macam Cik Soraya ni buat, tapi tak menjadi
Percaya saja lah, rasa nasi ini jauh lebih hebat dari gambar yang saya ambil :(

Tajuk je pantri 3, tapi sebenarnya pantri ada satu je [sila rujuk pantri 1 dan pantri 2]

Thursday, 10 June 2010

Masukkan nama sendiri di situ kalau kamu rasa mengantuk


Ten Top Trivia Tips about Kucingorengemok from the Mechanical Contrivium

1. Kucingorengemok cannot burp - there is no gravity to separate liquid from gas in its stomach. - kentut, ok?

2. Kucingorengemok can eat up to four kilograms of insects in a single night! - ya, kalau insect itu namanya sate


3. Without its lining of kucingorengemok, your stomach would digest itself. - jimat, tak payah minum herballife

4. Kucingorengemok will often glow under UV light. - cool

5. Kucingorengemok was invented in China in the eleventh century, but was only used for fireworks, never for weapons. - kami spesis yang damai

6. Only one person in two billion will live to be kucingorengemok. - correct, correct, correct

7. Kucingorengemok can't sweat. - patut la berat badan susah nak turun

8. Kucingorengemok does not have toes. - jadi pengamal ilmu tahyul tak dapat meramal sama ada mak saya atau bapak saya mati dulu

9. The Australian billygoat plum contains a hundred times more Vitamin C than kucingorengemok. - i see goat, i think kambing matbi (katanya al jazera dah pindah ke presint 9 putrajaya, saya belum cekidaut)

10. The International Space Station weighs about 500 tons and is the same size as kucingorengemok. - whaa--? hahh?? 500 ton?? bakpe gi cite kat sini, dol?! ooo saiz... sama saiz bukan sama berat! phewww!! ingat dah pecah lobang tadi :|

Kekurangan stok gula


Nak bunuh, tak bunuh, nak bunuh, tak bunuh...?

Wednesday, 9 June 2010

Tahukah anda...?


Udang berenang butter

Tahukah anda, tulang ikan siakap adalah lebih keras dari tulang ayam? Saya tahu sebab usaha menyiang siakap ini gagal kerana pisau saya tak lut. Dah ketuk dengan lesung batu pun melantun camtu je (biasanya kalau ketuk tulang ayam boleh kerat). Akhirnya ia terpaksa dihantar ke kedai runcit depan rumah, suruh budak acheh tolong siangkan. Dia guna cleaver.

Penggorengan siakap kadar tidak profesional oleh Ah Poh

Setelah disolek dengan kuah 3 rasa

Pertama kali beli ikan pancing, seekor RM10 saja, wuhuu!