Sunday, 23 May 2010

Friday, 21 May 2010

Syed Bistro

Syed Bistro
AU5D, Keramat,
Ulu Kelang

Kalau ke sini memang tak tengok benda lain kecuali nasi bukhara

Kasi korek sikit, ayam dia nyorok kat dalam

Masa start makan asik tanya, boleh habis ke ni? Banyaknyaaaa. Boleh habis ke ni?













Cemerlang, A++

Thursday, 20 May 2010

Kek oren lembab, lembut, dan sedap

Quick and easy orange teacake

1-1/3 cup self-raising flour
125g butter, chopped
1 tablespoon grated orange rind
1/2 cup caster sugar
3 eggs, lightly beaten
2 tablespoons milk
(+1 tablespoon sunquick orange)

Tu bahan². Cara² dah malas taip. Boleh? Tehehee.

Update: Cara² ada ditulis di ruang komen dekat jawapan-untuk-komen-PB.



[Apasal komen asik hilang² je hari ni? Tuan tanah tulis komen pun tak appear... Ayo. Apa cite?]

Wednesday, 19 May 2010

Pramusaji yang terlampau unggul


Restoran terkenal.

Sedang makan. Air belum sampai.

Makan. Bual-bual. Makan-makan.

Seorang waiter terpacul di sebelah menatang air.

Tiba-tiba: dia tolak pinggan saya dan letak air di tepi pinggan.

Dan blah.

Tak ada "Excuse me". Tak ada "Maaf cik". Tak ada "Abaikan saya, saya memang tak ada sivik".

Hapah pun tak ada.

Yang ada: saya yang terkebil² terperanjat pinggan kena tolak masa saya nak menyudu pasta.



Keunggulan tatalakunya terus sky-rocket ke tempat teratas mengatasi kakak latte-tu-kopi yang pernah saya cerita dulu (sekurang²nya kakak tu tak rude). Tapi, sebab saya tak suka gaduh² depan makanan, saya memang abaikan saja. Mungkin dia pms (walaupun rupa dia jantan tapi liang-liuknya macam penari kebudayaan). Hormon dia tak stabil.

Dan saya pun sedar. Kadang² salah orang kita nampak. Kita, bagus sangat ke?

Berapa ramai antara kita yang ucap "terima kasih" bila dihidangkan makanan di restoran?

Tuesday, 18 May 2010

Magic Pops

Ingat cerita vitamin meletup?

Haa, yang ini betul² gula² dan dia betul² meletup
Ber-bzzttt² dalam mulut... rasa biol kejap kalau tabur banyak² sekali

Monday, 17 May 2010

Asam Pedas Man Cathay

Asam Pedas Man Cathay
Sebelah (bekas) Panggung Cathay
Jalan Rahmat, Batu Pahat

Merahnya Mak Ngaaahhh...
(budak² sekarang mesti tak tau mana datangnya phrase ni)

Sangat sedap

Koordinat:
E 102 degree 55' 50.8"
N 01 degree 50' 57.2"

Sunday, 16 May 2010

Kita selalu terlupa

“No man fills a container worse than his stomach. A few morsels that keep his back upright are sufficient for him. If he has to, then he should keep one-third for food, one-third for drink and one-third for his breathing.”

-Prophet Muhammad PBUH [Tirmidhi]



Dari Nuseiba. Terima kasih kerana mengingatkan :)


Friday, 14 May 2010

Restoran Baridah

Restoran Baridah
(tapi dari tepi jalan nampak dia tulis Restoran Mi Bandung je gitu kot)
1-26, Tanjung Agas, Batu 1, Muor
Dekat dengan Sek Men Sains Muar dan kubur tepi jalan

Yep, ini diaaa

Korek udang keluarkan kasi nampak
Kalau ada orang Johor (terutama yang duduk di luar negeri) yang tak kecur tu tak tau lah, korang bawak² la usaha gi tukar no ic dari 01 ke nombor² lain ye...

Kami 01 sejati

RM 5 satu tipuware 4-persegi saiz biasa

Oo jap, Mafidza ada nombor telefon lain 012-3302213, kot² nak order rencah 4 gelen

Atau boleh e-mail di feezaminkom@ymail.com - eh, ymail? Ke gmail, dia salah eja? Tapi macam tu la dia tulis kat "this-is-my-card" ni ha. Pandai² korang la cari jalan nak berkenalan ngan si Pizah ni. Ahak.

Thursday, 13 May 2010

Hot-Can hot chocolate

Hot-Can - air panas dalam tim! Wowwee!

Cara² memanaskan air di tepi tim, baca macam mana dia boleh panas di sini

Pandangan mata burung (bird's-eye view)

Pandangan dari bawah... err, mata semut?
1a. Kertas ini perlu dicabut

Setelah ditogelkan

1b. Tekan tengah² sekuat hati (saya tak kuat, kena suruh Deris buatkan)
2. Goncang selama 20 saat
3. Letak di atas tempat rata dalam keadaan menegak (bukan menonggeng) dan tunggu

Jangan terperanjat sebab tim ni akan bergegar dan mengeluarkan bunyi² takut macam nak meletup. Saya awal² dah semunyik belakang Deris. Kot² betul² bersirai dia la kena shrapnel dulu. Ya, suami mesti selalu didahulukan, saya memang solehah. Kih kih.

3. Sedia diminum bila indicator bertukar warna
Editing saya adalah hampeh

Saya mula² dengar pasal Hot-Can ni dari kawan saya hujung tahun lepas. Baru ni jumpa di kedai. Harga RM 8.80 se-tim. Katanya produk ni mulanya diusahakan untuk minuman askar (tak pasti askar negara ni atau askar Yugoslavia). Saya rasa sesuai juga untuk orang bercamping. Atau apa² aktiviti dalam hutan atau di kawasan yang tak ada kedai (atau dapur sendiri). Selain coklat, ada juga teh, kopi dan mocha.

Restoran Al Maida

Restoran Al Maida
Taman Sepakat Indah 2
Kajang

Kedai berwarna pink sedemikian rupa kerana ia pernah menjadi sebuah salun kecantikan. Saya agak gembira salun tu tutup kerana 1) tiada apa² fungsi di taman perumahan itu, 2) marketing strategy dia adalah, "You see these dark² spots on your face, I can clean that up for you". OK. Muka aku macam jalan banyak sampah ke, kau nak datang bersihkan. Cis. [Jauhnya meraban]. Dan 3) buat restoran lagi satu lagi berfaedah kan.

Mandi kambeng... Deris komplen kambeng dia kecit

Beriani kambeng... ini adalah lebih memuaskan
Tapi portion adalah besar dan patut syer dua orang

Harga tak ingat. Restoran ini adalah sangat versatile kerana selain makanan arab (nasi mandi, nasi kabsah) dan pakistan (nasi beriani, gulab jamun), mereka juga menyediakan makanan mamak (roti canai, nan, tanduri), serta makanan melayu (nasi lemak, jemput² pisang). Saya kira dia orang tak kisah tentang tema² ni asalkan orang datang makan dan penuhkan kedai dia. So far kaedah itu nampaknya berkesan. Dan tak menyakitkan hati macam syarikat alam flora yang menyamar sebagai salun. Heh.

Wednesday, 12 May 2010

Ote²

Ote² (dia kata)

Saya jumpa kuih ni dalam plastik kuih "kakak teh" di pejabat saya (haah, aku selongkor beg kuih orang!). Dia kata ini cucur udang yang dibuat oleh orang jawa, namanya ote². Nama kuih, bukan nama jawa yang buat tu. Jualnya memang macam gitu, sekali dengan lada yang ditikam kat perut kuih tu. Nanti bila nak makan kunyah sekali biar pedas. Dia kata la. Kalau dia tipu saya tak tau.

Dan kalau jawa sini tak pernah jumpa kuih ni, dimaafkan. Sebab Kak Teh cerita pasal jawa dari seberang. Dan diharap takde sesiapa akan buat lawak mencarut di kotak komen sebab saya akan delete. Heh. Tetiba plak nak gertak² orang.

Tuesday, 11 May 2010

I blog about food - pick me!

Blog name/url : http://kucingorengemok.blogspot.com


When did you start blogging : Januari 2007 di fotopages, 'bertukar label' ke blogspot pada Januari 2009 kerana inginkan cabaran baru (budget artis, kah kah). Gambar kek oren di atas adalah gambar pertama di fotopages yang sudah lapuk itu.


Introduce yourself and your blog :

Hi kawan²! Saya kucingorengemok atau KOG [Uncle yang mula² panggil saya macam ni]. Saya pemalas. Saya suka makan. Dan semua orang pun perlu makan. Jadi blog ini mungkin 97% adalah tentang makan.


Why do you blog about food? :

Ulangan - saya suka makan, hihi

Sebenarnya, objektif asal nak menyenaraikan tempat² makan best di seluruh Malaya. Tapi memandangkan saya bukan selalu sangat berjalan (menjengkit, kata orang Johor), akhirnya jadi blog makan² di sekitar tempat tinggal saya, di tempat asal saya dan dari dapur saya sendiri. Dan cerita² tentang MAKAN lah (apa lagi) yang saya rasa syoh untuk dikongsi.

Di blog ini tak ada link menurut kronologi sebab saya rasa cara terbaik untuk menikmatinya (ehh?) adalah mengikut letak geografi serta jenis² makanan seperti makanan arab, makanan mamak... atau makanan kucing.


Do you make money with your food blog? :

Hah. I WISH! Nak jugak lah beli rumah banglo sebijik-dua.


Why should we pick your food blog? :

Because I'm cold, sebab tu saya sumbat kaki pada selipor Abah saya, hihi cool. Ehem.
Cough. Cough. Next question, please....!

(terima kasih Catlinafly for the heads up)
ps: ini gambar kakak-kucing saya, dia buta sebelah... adalah untuk menagih simpati juri, ha ha


OK, that's about it
Kalau dipilih, saya akan lebih glamer kelak... kirim salam lah pada kamu² semua, muahaha :p

Gerai Sri Muar

Gerai Sri Muar
Lot 4.11, The Mall (depan PWTC)
Kuala Lumpur


Nasi goreng ayam berlada RM5

Budak itu kata hebat gila, saya rasa biasa² saja
(atau mungkin saya malu² sebab makan dengan vip, kih kih kih)

Monday, 10 May 2010

Syaksyukka

Syaksyukka. Ada orang panggil syabsyukka. Nak senang panggil je daging arab. Masaknya:

2 paket daging cincang
2 biji bawang bombay - hiris
5 ulas bawang putih - hiris
lada sulah yang banyak [sampai kau tak percaya kau letak banyak tu, baru berhenti curah]
- heheh, saya guna 1/2 botol, rasanya dalam 25g - rajin ke pulak nak timbang lada sulah?

minyak sapi
kacang pis
tomato
telur
hiasan- bawang goreng dan daun saderi

1- Perap daging, bawang dan lada sulah sekurang²nya 1-2 jam.
2- Panaskan minyak sapi dan [kutip bawang besar dalam daging tadi dan] tumis bawang, kemudian masukkan daging. Kacau² hingga 3/4 masak. Jangan lupa letak garam.
3- Toskan ala kadar, pindahkan ke bekas pyrex (loyang pun boleh).
4- Buat lubang dan pecahkan telur ke dalamnya.
5- Susun tomato dan tabur kacang pis.
6- Bakar hingga telur masak. Tabur bawang goreng dan hirisan daun saderi.
7- Sedap hidangkan panas², makan dengan roti atau nasi putih.

Pra-bakar

Pasca-bakar

Saturday, 8 May 2010

Nasi goreng rendang tok

Nasi-goreng-kitar-semula-tak-payah-tumis

Nasi semalam tak habis + ikan bilis goreng dari nasi lemak kemarin + rendang tok yang beli kat pasar lambak minggu lepas (rendang tahan lama, ok), yang fresh di sini cuma sayur kacang dan telur.

Jimat. Sihat. Dan harap²nya, berkat.

Friday, 7 May 2010

Nu-in

Nu-in Cafe
22-G-01, Jalan Medan PB2A
Seksyen 9, Bandar Baru Bangi

Roti bakar RM 2

Satu keping ni singgit, beb, tolong makan kasi abis

Nu-in special RM 7.50

Dia kata yang specialnya ialah spirulina campur aiskrim. Saya tak pernah tau rasa spirulina macam mana. Tapi air ni rasa aiskrim solero split (rasa limau lah). Eh. Sedap jugak tu. Memang spirulina tu rasa macam limau ke?

Popia goreng sate RM 3.50

Ayam dah diperap dengan rempah sate, balut guna kulit popia... sedap, rangup, pass
(sambal tu den tepek sendiri, saja)

Nasi lemak Perak RM 4.50

Semua OK. Cuma kan, saya rasa teh tarik dia (tiada dalam gambar) tak rasa macam teh tapi rasa koko campur air jagung, boleh? Dimaafkan lah kot sebab kat LCCT dulu pun saya pernah minum teh tarik rupa macam milo tapi ada rasa nescafe (tak tipu!). Dah dua kali jumpa, tak lah pelik sangat. Heh.