Sunday, 28 February 2010

Besok kerja?


Musim panas... kalau jalan-jalan ke tempat sejuk best kan
Selamat datang bulan 3-4-5 yang tak ada cuti free


Friday, 26 February 2010

Muhammad nabeena



Maulud nabi masa sekolah rendah dulu² (zaman tu tak panggil maulidurrasul kan) BESSSSTTTT gila. Takde kelas! Sehari sebelum majlis, rewang masak² dengan cikgu. Pada hari sambutan, boleh pakai baju kurung cantik²- asal tak baju sekolah kira cantik la- dengar ceramah. Walaupun namanya ceramah dan bisikan syaitan kata bosan, saya suka jugak sebab biasanya topik dia "sirah". Saya suka benda² sejarah ni. Dah tua² ni pun kalau hari tak kerja melepek depan tv pukul 2 petang tengok Qamar Bani Hashim. Lepas ceramah... makanlah, apa lagi! Zaman tu memang kebesarannya dapat makan dalam dulang ramai². Syohhh! Satu dulang besar, tepek nasi kat tengah dengan lauk... makan 3-4 orang (budak sekolah rendah badan kecik² je, boleh muat la satu bulatan tu). MasyaAllah. Benda yang sangat simple tapi tak terperi nikmatnya.

Kalau Nabi Muhammad s.a.w tengok kita hari ni- amalan kita, gaya hidup kita, cara makan kita... tak malukah kita? :|

Thursday, 25 February 2010

Ah Poh Jr dalam baby crying contest


Hai kawan-kawan. Nama saya Ah Poh Junior. Umur saya satu tahun. Saya nak makan duku.

Tapi Abah Deris kata tak boleh sebab saya takde gigi. Saya sedddeyyyy!
Saya nangis dan nangis dan nangis.
Besar kan, mulut saya? Sebab ada banyak ruang kosong yang sepatutnya dipenuhi dengan gigi :(

Bila saya tak berhenti nangis (sayu hati, ok!) ibu saya naik angin dan marah-marah kata bingit. Dia denda saya duduk kat konar. Ibu saya garang. Dia mungkin berwawasan nak jadi Ibu Singa. Dia orang semua tak faham perasaan saya. Saya nak gigi. Dia orang makan sedap-sedap saya tengok je, macam masa kat Carl's Junior dulu. Paling best pun saya dapat nyonyot-nyonyot je sampul begel tu sikit.

Mak Pah kalau kesiankan saya boleh la kasi saya menang pertandingan budak nangis ni supaya saya boleh bukak tabung nak buat gigi pelesu. OK? Terima kasih, Mak Pah. Nanti bila umur 4-5 tahun saya masuk Aulad Mak Pah, boleh? O by the way, saya belum reti jalan juga. Rambut sikit, takde gigi, tak boleh jalan... saya macam Nek Yot saya yang umur 97 tahun. Huuuuuu.

Wednesday, 24 February 2010

Sembosa


Kalau buat sembosa, tolong lah tolong, jangan letak daun ketumbar
[Tijah jangan terasa, please]

Daging semata adalah bagus :)

Tuesday, 23 February 2010

Austin

Austin Steak House
55 GF, Jalan Kajang Impian 2/1
Taman Kajang Impian
Kajang Pak Malau

Ketahuilah bahawa walaupun alamatnya di Kajang, nak pergi tempat ni kena lalu Seksyen 7 Bangi
Dan fyi, Austin bukan di Itali tapi di Texas
[berlatarkan lagu Tu Vuo Fa L'Americano]

Fish n chips

Chicken chop - sos mushroom dengan rosemary*

Lamb chop - sos blackpepper dengan rosemary*

Moroccan rice - berkuah blackpepper dengan rosemary*
Komen mengatakan nasi dia terlalu lembab (moist, malahan juga sedikit slow untuk tiba)

Sizzling chicken rice

Rasa pass. TAPI. Mana² food yang bertanda * adalah serupa je sebab kuahnya semua letak rosemary, which is ok except that kita orang mempunyai masalah gatal tangan nak mencedok dari pinggan orang sebelah. Jadi keseronokan merasa food orang sedikit terbantut di situ. Harga pun pass. 5+1 orang makan dengan air kesemuanya lebih kurang RM60-70.

Dan Jude Law adalah hemsem [sila klik link di atas]. Sekian.

Monday, 22 February 2010

Rojak asma

Tanjung Puteri melimpahkan sinar cahayanya hingga ke zon tengah

Rojak asma ni terkenal di Johor Bahru

Isi dia boleh pilih² macam beli yong tau fu
Biasanya ada daun salad, lada hiris, paru goreng, tepung goreng, fishball, fishcake, timun, tahu, tempe

Kuahnya pekat, buat guna kacang dan keledek lenyek (kalau ngelat pakai kentang)

Rasa macam nak pergi JB kejap tengah hari ni gi beli rojak, heheh
Warong depan Maslee, tunggu aku!!

Sunday, 21 February 2010

Billa


Billa versi hensem (Ajith berlakon, bukan Rajinikanth) di RTM2 sekarang!
Kena tengok, sebab berlakon kat Malaysia!!

Saturday, 20 February 2010

Wednesday, 17 February 2010

Ayam golek yang hilang


Masa bulan puasa dulu, ada brader jual ayam golek kat Seksyen 7 BBB, seberang jalan dari Restoran Urat Keting. Sangat laaa sedapnya. Tak sempat pulak tanya dia meniaga kat mana kalau tak bulan puasa. Ada siapa-siapa tahu? Sedang derita merindu...

Sunday, 14 February 2010

Betty Crocker


Beskot tipu, rasa sebenar


Tipu = tepung instant

Friday, 12 February 2010

Ya Rayah

Sikit goyang² badan hari ini dengan Ya Rayah


Kita semua musafir -
Dan akhirnya hati kembali pada pencipta, Yang Maha Tinggi

Beriani Matsah

Mohd Shah Bariani
(masyarakat setempat panggil Matsah je)
Kompleks Niaga Benteng Peserai
Batu Pahat - depan Hospital Putra

Tiada tandingan, beriani tersedap di Batu Pahat,
possibly tersedap di mana-mana pun untuk kategori beriani gam/sejenis dengannya

Mana tahu ada orang nak jalan-jalan ke sana cuti panjang nanti
Tutup setiap hari Jumaat


Thursday, 11 February 2010

Old Timer Kopi episod 2

Old Timer Kopi, dah cerita dulu


Soto dengan bergedel dan sambal kicap

Mi rebus

Quality test tekak Johor : pass


Wednesday, 10 February 2010

Restoran Haji Hassan

Restoran Haji Hassan
Nasi campur ayam kampung
Seksyen 7, Bandar Baru Bangi

Katanya restoran ni banyak cawangan, ada di Highway KESAS (R&R Awan Besar), Puchong, Shah Alam, Kampung Baru. Restoran 2 tingkat di Seksyen 7 ni berukir-ukir kayu. Budak kedai depan bercerita ukiran kayu meranti dia berharga RM600 ribu. Ye-ye je? Mahalnya. Saya tak tahu lah kualiti kayu. Tapi kualiti makanannya gred A. Ada macam-macam lauk stail masakan Kelantan, laksa kelantan, nasi kerabu.

Masa saya pergi, Kelantan banjir, ayam tengah lemas dalam kuah, kih kih


Tuesday, 9 February 2010

Kacang tanah bawang goreng


Snek petang
Kacang goreng dengan bawang goreng, dalam plastik aiskrim malaysia, satu batang satu ringgit

Bos panggil pun tak perasan :)


Monday, 8 February 2010

Pasar lambak Putrajaya

Saya rasa ada konspirasi besar melonggokkan peniaga-peniaga pelik kat pasar lambak Putrajaya. Antaranya, Pak Man Gulai Kawah (kategori makanan berat). Dah cerita dulu. Lepas tu ada pakcik jual kebab. Kebab dia dua jenis - roti dan pita. Dalam pada tu pulak, boleh pilih nak inti daging atau ayam.

Kategori makanan separa berat
Pakcik kebab : Ye, nak apa dik?
Budak baik : Kebab daging - roti 1, pita 1.
Pakcik kebab : Daging ke ayam?
Budak baik : Daging
Pakcik kebab : Roti ke pita?
Budak baik : Roti 1, pita 1.
Pakcik kebab : Daging ke ayam?
Budak baik : Ikan.

Maka pakcik pun slow-slow bungkus kebab roti inti daging. Sambil tu dia pulang baki duit pelanggan sebelum, sambil tu dia cakap-cakap dengan orang kedai sebelah, sambil tu dia tengok inti daging kat kebab tu macam sikit. Jadi dia pun tambahkan inti... ayam. Budak baik memerhati dengan redha, dah malas soal jawab panjang-panjang. Tiba-tiba pakcik kebab terperasan, "Eh tadi nak daging ke ayam?" Oh, tidaaaaaakkk!

Enter makcik kebab. Dia tengok budak baik tu berdiri penuh istiqamah.

Makcik kebab : Ye, nak apa dik?
Budak baik : Kebab daging - roti 1, pita 1. Tengah bungkus.
Makcik kebab : Daging ke ayam?
Budak baik : Daging
Makcik kebab : Roti ke pita?
Budak baik : Roti 1, pita 1. Tu pakcik tengah bungkus.
Makcik kebab : Daging ke ayam?

Seriously, ada kuasa ke nak layan?

Contoh minuman
Akak air : Nak air apa?
Budak baik : Cendol.
Akak air : Pulut ke biasa?
Budak baik : Biasa.

Dan dapat ini :

Cendol pulut dengan rubberband

Pasar lambak Putrajaya setiap Selasa dan Jumaat petang di presint 2



Friday, 5 February 2010

Lengan perisa kari


Sarap nasi kandar (melampau tak?)
Kuah melekat kat lengan baju
Dah basuh, gonyoh, minyak tak hilang

Nampaknya bau kari la sampai ke petang :(

Thursday, 4 February 2010

Kek online

Iklan sikit
Zaman moden ni, kek pun boleh beli online

Contohnya, kek lapis warna warni asam manis (saya je pandai² kasi nama)

Kek sarang semut

Sedap. Manis² buah, kata mak saya. Penghantaran ke seluruh Semenanjung Malaysia (lagi, pandai² saya, heheh). Untuk order dan tengok² kek lain, sila ke blog Watierman Ole². Selamat maju jaya.

Monday, 1 February 2010

Cuti! Yabedabedu!


Masa untuk kopi secawan

Masa untuk kawan



Orang Selangor kerja hari ni? Kah kah kah. Apa kelasss!! Haha. Orang negeri lain pun kerja jugak, tapi selalunya kalau cuti dan menyemakkan jalan² kat KL ni orang Selangor le. Masa untuk balas dendam. Satu hari dalam satu tahun. Jadiklah, untuk orang berhati hasad macam saya. Hehe.