Saya sebenarnya sangaaat tak suka bunuh binatang - terkecuali adalah ikan, lembu, kambeng dan ayam sebab tu semua dah terbunuh sebelum sampai kat saya, dan dia orang sedap, keh keh - tak termasuk juga LIPAS sebab tu adalah musuh abadi saya. Kau berani la tenggek/terbang² dekat ngan aku, kalau nak rasa kena lepuk ngan suratkabor/selipor/sudip/apa² yang sempat dicapai /hentak ngan kaki kerusi.
Kalau jumpa ulat pada sayur/buah, saya bungkus baik² dan letak dalam bakul sampah. OK la, dia mati jugak kejap lagi tapi bukan saya yang bunuh. Kalau vakum kat belakang² sofa dan nampak labah², saya halau dulu baru bersihkan sawang dia. Bual²lah sikit, takpe kan Bahhh, lepas ni kau boleh buat rumah baru, minggu depan aku halau kau lagi.
Maka pada satu hari, ada bunyi ting-ting-ting orang ketuk sudu pada gelas, macam nak panggil hantu cina. Kawan saya toleh, tanya, kenapa?
HALAU SEMUT

Yang ni tak dapat diselamatkan lagi
Cik Muuutt, Cik Mut, kenapa kau tak nak menerima hakikat kau tak pandai berenang?
Air masak je pulak tu, tak berbaloi ok!
Sila mati untuk tujuan yang lebih berfaedah dan mendatangkan barakah di alam akhirat :|