Monday, 29 November 2010

Blogger

Tengah makan di satu kedai. Sebuah kereta berhenti. Saya tak ambik pot. Deris kata, "Tu blogger datang". Eleh. Tah mana dia tahu kan. Sorang brader turun dari kereta, ambik makanan (buffet), duduk, dan---

Keluar sebijik kamera. Ketik-ketik-ketik. Ambik gambar makan tengah hari dia. Baru dia makan.

Soalannya- mana Deris tahu sebelum orang tu turun kereta pun?! (Kalau ditanya sendiri sampai mati pun dia takkan cakap).

41 perut lapar:

|| syazwaniadnan || said...[Reply to comment]

dia kata: sbb KOG pun ketik-ketik-ketik juga sebelum dan selepas dan kadang2 sedang makan. he he

CatlinaFly said...[Reply to comment]

kalau dah mengketik2 gmbr nasik, lauk, air , tu maknanye blogger lah tu hahahaha

Aliza said...[Reply to comment]

sbb skrg ni almost everybody akan ambik gambar makanan atau ambik gambar DENGAN makanan dulu before start makan, and chances are, mmg la nak masuk blog. paling2 tidak pun, masuk FB... ahahahahaa...

tu pasal kalau pegi tmn2 dan shopping2 komplek ujung2 minggu, bersepah2 'paparazzi' yg kehulu kehilir dgn 'bendalah' tu tergantung kat leher (kekadang, termasuklah saya jugak, LOL)

kakcik said...[Reply to comment]

Adik kakcik pun pernah cakap - 'sekarang ni kalau nampak orang bawa kamera, lepas tu klik sana klik sini, mesti orang tu blogger'.. hehehe.. konfidennya dia atau dia perli kakaknya? ;-)

Lady Arween said...[Reply to comment]

Hahahha..tau2 ja KOG punya hubby..Mesti sia duk perati KOG punya habit time makan la tu

tasekM said...[Reply to comment]

org asal bawak kamera mmg kita nk tuduh blogger je. tuduh..? perghh... bahasa aku!



.

sisku said...[Reply to comment]

habit zaman sekarang, merakam detik2 sejarah :) untuk dikongsi bersama

Beattey said...[Reply to comment]

Abg Deris ada pandangan makrifat kot???

keratosis said...[Reply to comment]

deris ada psychic org putih kata :P

Sari Yusa Ibrahim said...[Reply to comment]

dasat Bang Ders, kena tuntut ilmu nih

ckLah@xiiinam said...[Reply to comment]

ckLah pun pernah kena sedas dengan anak...

Makanan dah siap hidang atas meja...Tiba-tiba salah seorang cakap;
'Jangan makan dulu, ibu belum ambil gambar'


Lepas tu ...insaf..hehe

Daddy Ziyyad said...[Reply to comment]

saya masih malu2 kucing lagi nak shoot gambar makanan(bila di restaurant)..sebab org keliling tengok semacam aja..wakakaka..tapi abaikan aja...

miloais said...[Reply to comment]

sbb dia bawak kamera
hahahaha

Faizah Jaafar said...[Reply to comment]

jawapan aku...mesti derih nih pembaca blog mamat tu...sbb tuh dia tau...derih betul tak jawapan aku nih...)

Aku said...[Reply to comment]

Sebab dia tercangak-cangak tengok papan iklan kedai tu...

h a n i e said...[Reply to comment]

skrg ni..kalau jumpe org yg ketik2 gambor..mcm ketik gambor dlm Giant misalnya..secara auto

"blogger la tuu"


hahahaha

amirah said...[Reply to comment]

alamak..deris ada sixth sense ni..*AWAS* sila jgn buat sesuatu tanpa keizinan ... : P

gadisBunga said...[Reply to comment]

hahah cool...!

mak aku dah larang aku bawak keluar kamera masa pegi pasar tani. heheh.

tapi semalam sebelum sempat mak aku larang aku dah amik gambo pun.

dasar blogger.

Daddy Ziyyad said...[Reply to comment]

pernah tak korang di sound oleh pihak owner premis/kedai sebab korang ambik gambar tanpa mintak kebenaran?

kucingorengemok said...[Reply to comment]

Syazwani - tapi masa tu orang tu lom turun kereta pun


Catlina - masa deris tau dia belum bawak keluar kamera


Aliza - tu lah, budak muda-mudi belasan tahun pun gantung dslr, makes me wonder, aku je ke yang sengkek pakai compact camera?


Kakcik - eh kakcik ke dulu disuruh ambik gambar tong sampah kat hotel? hahaha, kejam!

kucingorengemok said...[Reply to comment]

Arween - masa dia cakap mamat tu belum makan lagi


Tas - jangan tuduh², kata jeff


Sisku - gambar dah tak 'klasik' lagi macam dulu²- on birthdays n occasions, sekarang ni makan nasi dengan kicap pun ambik gambar, hehe


Beattey - terer kan?

kucingorengemok said...[Reply to comment]

Keratosis - orang banjar pun cakap gitu, hehe


Sari Yusa - ilmu pengamatan, pengeras beriani kambeng 1, sila kasi bini dia ;)


Cklah - hehehe, buat malu kita je kengkadang kan!


DZ - jangan peduli kan, orang yang tengok tu pun tengah cari peluang nak keluarkan kamera dia, hehe :)

kucingorengemok said...[Reply to comment]

Miloais - dia lom keluarkan kamera time tu


Faizah - hahaha, mungkin!! follower gaknya!!!


Aku - tu ada can jugak, atau senyap² aku tak perasan brader tu dah ambik gambar signbod kedai, hehe


Hanie - banyak kejadian dalam giant yang perlu dirakam seperti "air berdosa" (pernah tengok gambar tu?)

kucingorengemok said...[Reply to comment]

Amirah - benar! saya takut!!


Bung - kah kah, siap ada perintah larangan ye, aku belum pernah dapat surat notis lagi :)

kucingorengemok said...[Reply to comment]

DZ - tak pernah, tak pernah, sebab kami berhemah dan bertatasusila... tapi memang ada kawan [blogger] yang dah kena sound masa ambik gambar ikan! hahaha. tak boleh kasi nama, jap lagi dia baca :)

Ciklinn said...[Reply to comment]

hahahhahaha blogger terhangat... laki ciklinn pun selalu ckp... ntah apa2 lah blogger ni... hahhaha

DrSinga said...[Reply to comment]

Wehwehwehhhhhhh!!!!!!
.
.
.
right timing lak tu!!

ashley said...[Reply to comment]

sibuk ketik ketik ketik....
lama lama habis lauk orang lain kauk...

blogger tegar rela berlapar!!
hahahahha

myoliza said...[Reply to comment]

hehe, dah jadi habit sebelum makan tangkap gambar dulu ;D

kak Erna said...[Reply to comment]

KOG..deris tau..sebab dia kenal atau pernah baca blog.. sekarang ni..yang jenis ambik gambar macam tu..lebih ke FB dari blog kan,,

rezeki said...[Reply to comment]

KOG

mcm biasa je dgr ayat tu hehehehe

kucingorengemok said...[Reply to comment]

Ciklinn - sekali terjebak sukar berpatah balik, hahaha


DrSinga - kah kah, nasib baik takde info berstatus gosip yang didisclose di sini


Ashley - tu la, tak pernah dapat menjamah dulu


Myoliza - telur goreng pun telur goreng la kan


Kak Erna - haah, orang dah rajin jugak letak kat fb sekarang


Rezeki - kena soal siasat pun steady je! :)

PINATBATE said...[Reply to comment]

hhahaahhaa!!
kakpinat pernah klik gambar masa makan ikan bakar kat Jln Bellamy..budak pelayan tu tegur,makcik ni blogger yer? kwangkwangkwang...

MamaFaMi said...[Reply to comment]

Deris ada pandangan makrifat la tu. Hahaha..
Hmmm ini yang membuatkan tiba tiba muncul rasa malu nak ketik ketik gambar kalau gi makan kat luar nih! Kena tengok kiri kanan kot Deris tengah pandang ke... mmm.. tapi, adakah ku kenal siapa itu Deris? :D

Ibu n Abah said...[Reply to comment]

KOG..
akak pun cenggitu...
datang makanan, snap... datang air... snap.... lepas tu baru makan dengan tenang.....

CGG said...[Reply to comment]

CHOMEL GILERRRR HEADER!
WAAA

kucingorengemok said...[Reply to comment]

Pinat - hehe, kita lom pernah kena tegur, dan takde lagi budak kedai panggil kita makcik! kih kih kih


Mamafami - you'll know him kalau nampak bini dia pun sibuk ambik gambar juga


Akak - kalau tak snap dulu, kira makan tak kenyang mandi tak basah la ye?


CGG - comel kan? boleh cari kat sini: http://stoodle.wordpress.com/ :)

e.l.i.s.s.m.i.e said...[Reply to comment]

my hubby plak mesti sound, amik gambar dulu br makan.hehehe.kataa blogger :p family pun dah tak heran.sampai anak me pun pandai dah ckp, amik gambar amik gambar :p

PINATBATE said...[Reply to comment]

KOG..
mmg patut budak pelayan tu panggil makcik pun..anak berderet-deret..pas tu agaknya dia tengok akak ni sebaya dgn mak dia kot.. ;D
No problem..

Unaizah said...[Reply to comment]

Agak-agaknya dia ada kuasa psikik kot ala-ala nujum pak belalang hahaha

Unaizah said...[Reply to comment]

Agak-agaknya dia ada kuasa psikik kot ala-ala nujum pak belalang hahaha