Wednesday, 27 October 2010

Di tag oleh Lurpak

1. Bagi 3 makanan yg korang paling suka dan sila bagi specific nama makanan tersebut and the way you like it.
Saya tak ada makanan kegemaran - percaya tak? Dah semua benda saya bedal kan. Susah la nak jadi artis macam ni. Kalau isi biodata kat URTV, ruang favourite food kena tinggalkan kosong. Tapi makanan yang biasa teringat² adalah:

i] Sambal tumis Mak Long
ii] Asam pedas ikan pari Mak Ngah
iii] Mi bandung Pak Lang

2. Dua jenis air apa yang paling korang suka?
i] Sirap bandung soda - yang Deris buat

3. Which type of food yg korang prefer, pilih 3 sajo : Malay, Indian, Chinese, Japanese, Western, Italian, Mexican, Arabian.
Melayu, Arab, India

4. Apa makanan yg korang paling expert masak? Dalam kata yg lain, takyah tgk resepi tapi at the same time bile org lain rasa, org akan kata "wahhh, gila sedap".
Kari ayam, syaksyukka (gila kuasa letak 2)

5. Semahal mana korang pernah bayar untuk makanan korang?
RM150+ di Al Diafah (makanan Arab), Sri Petaling untuk 2 orang makan. Takde dalam blog sebab zaman tu belum ada kamera. Kebaloiannya? Emm. Tak berapa :|

6. Beri nama restoran favourite. Apa makanan kat situ yg paling sedap?
Banyak! Dan di serata pelusuk. Untuk memudahkan jawapan, saya pilih yang dalam 25 kilometer radius dari Bangi:
Sarapan - Nasi Dagang Kak Mah, Gate 1, Putrajaya - nasi dagang
Makan tengah hari - Wong Solo, Bandar Baru Bangi - ayam bakar dengan sambal kicap
Makan malam - Restoran Saba, Cyberjaya - chicken kabsah

7. Ayam, kambing, lembu, itik, burung puyuh, burung wak-wak, rusa, landak, merpati, ayam denak. Mana satu yang korang suka? Kalau korang ada suka yang lain, tapi aku tak list, bagitau je la.
Kuda laut Kambing

8. Restoran/cafe pertama korang dating bersama pasangan anda? Dan makan/minum apa? Kalau korang ingatlah kannn.
Hassan Tomyam. Eh. Dating ke tu, ek? Hm. Anyway. Sama lah apa yang kita orang makan dulu dengan sekarang. Zaman tu Deris selalu tak habis nasi dan girlfriend dia kutip habiskan. Agak-agak gemok ke, tak gemok perempuan tu? Keh keh.

9. Apa makanan yg selalu remind korang terhadap pasangan korang?Kenapa?
A.M.M - ayam masak merah. Favourite dia.

10. Kalau pegi rumah orang, korang selalu berharap orang tu selalu hidang apa?
Mi siam.

11. Makanan yg korang mmg tak buleh nak telan langsung. Samada tak sedap atau tekak korang dah kembang.
Petai dan rebung. Rebung lebih lagi dari petai kot.

12. Menu raya paling disukai.
Ketupat, kari ayam, sambal goreng, sambal kacang, serunding jawa. Gaul.

13. Jajan/Cikedis favourite?
Twisties paket merah.

14. Beri dua makanan yg mak korang masak yang korang suka?
i] Nasi minyak dengan kormak ayam dan paceri nenas
ii] Air horlicks... hehe, betul, orang lain buat tak sedap!

15. Makanan paling pedas korang makan? Sapa masak?
Sambal tumis Mak Long.

16.Korang kalau jumpe orang yang tag korang ni, apa agaknya korang nak hidang/belanja?
Ikan bakar :)

17. Sile tag 5 orang dan paksa mereka buat tag ini.
Nak tag Pa and Ma lah kali ni:
- Papanemut [jajan kegemaran dia keropok Rota]
- Mamacem [atas permintaan beliau sendiri]

Sekian :)

25 perut lapar:

amirah said...[Reply to comment]

"Agak-agak gemok ke, tak gemok perempuan tu?".--- ermmm kena kira nisbah dating dengan nisbah kutipan yang dibuat secara am..

MamaFaMi said...[Reply to comment]

Oh lihatlah donia... daku telah terpilih untuk menerima tag ini... daku adalah insan nan terpilih... lihatlah... huahuahua.... gila glamer ni! Muahaha... InsyaAllah will do the homework soon ya.. syok gak ni, citer makan makan... hehehe...

mokjadeandell said...[Reply to comment]

Mamason :Inilah pertama kali dalam hidup blogging ni mamason kena tag.Kamsia .TQ.
Nanti lepas habis kerja .mamason buat ya. off to kemas balik apa yang dah di serak tadi.balik pakli ngomel pula karang.
Jade: tau takut ya.

GaDis CoMeL said...[Reply to comment]

dah lama tak makan keropok rota tu

makcikkantin said...[Reply to comment]

makcik dah jawab tag tu. TQ

Beattey said...[Reply to comment]

aden pun mama jugak....

sia tendak tag mama....

hibo den...

kwng.kwang.kwang....

jawa + minang....itu ler jadinyer...

Cik Lurpak said...[Reply to comment]

Heheheheh.. gila kuasa yek! nak belanja ikan bakar dkt mana weh? hehehe

ubisetela said...[Reply to comment]

kita sama, tak makan petai.

tapi rebung sedap la... gulai daging dengan rebung, perghhhh....

i pernah tak malu, mintak tapau gulai rebung kenduri (tapi masa tu dah lewat petang, tak de tetamu lain nak datang dah)

Tijah said...[Reply to comment]

mamacem?

salahhhh. cem panggey aku mami. secara otometik diskualifait. kihkihkihhhhh...

Portdy said...[Reply to comment]

haha rockers pun suka makan2 tau ?

slogan rockers barat:
"sex love n rock n roll"

slogan rockers timur:
"eat love n rocknrollin!"

my feverEt :

BON JOVI
BON APPETITE!

Aliza said...[Reply to comment]

eh eh...KOG lenkali kalu gi saba lagi roger2 la... LOL

rumah kita 10 minit aje dr situ...bole la berkabsah sama2.... tapi laki saya lagi gemar hanith version.

and lamb mandi di restoran berdekatan adalah SANGAT excellent!! laki saya sangat suka... :-)
(tetiba kan, kot nak try tukar selera) :-D

Aliza said...[Reply to comment]

eh eh...KOG lenkali kalu gi saba lagi roger2 la... LOL

rumah kita 10 minit aje dr situ...bole la berkabsah sama2.... tapi laki saya lagi gemar hanith version.

and lamb mandi di restoran berdekatan adalah SANGAT excellent!! laki saya sangat suka... :-)
(tetiba kan, kot nak try tukar selera) :-D

kakpah said...[Reply to comment]

kakpah suka makan free...

rezeki said...[Reply to comment]

KOG

kau ni asyik kena tag je heheheh

gadisBunga said...[Reply to comment]

pasal makan lagi...huuu~

kucingorengemok said...[Reply to comment]

Amirah - haha, nak kena ada nisbah la bagai ye?


Mamafami - saya tahu anda murid yang rajin, kerana itulah anda selalu saya tag ;)


Mamason - peribahasa baru: marahkan mak menti, kabinet dipecahkan, hehe

kucingorengemok said...[Reply to comment]

Com - ada tarian dia tau!


McKantin - sungguh efisyen, A for speed (cikgu puji ni)


Beattey - alah kesian, lain kali kena tag kita tag awak pulak

kucingorengemok said...[Reply to comment]

Lurpak - itu akan dipikirkan kemudian, hehe


Ubi - haha, kalau penggemar tegar, mintak bungkus tu takde hal punya


Tij - ngada tau!

kucingorengemok said...[Reply to comment]

Port - eh bon jovi tu hidup lagi ye? hehe


Aliza - wah, apakah nama restoran lamb mandi itu? (kami dah jarang la keluar² cari makan)

kucingorengemok said...[Reply to comment]

Kakpah - hehe, kita pun!


Rezeki - dah popular, nak buat macam mana, hahaha (mati la kena baling dengan tomato busuk)


GB - kena ikut tema la kan :)

bujal X said...[Reply to comment]

bangga saya~~sebab kena tag dengan KOG~~rasa nak nangis~~

eddie dewanaga said...[Reply to comment]

...apa yg Naga suka?

1. Karipap Sardin
2. Kambing bakar
3. Sate babat
4. Lasagna


...apa yg Naga anti?

1. Taugeh
2. Durian mentah
3. Kuih muih manis
4. Roti prata yg dah sejuk


...apa yg Naga terer?

1. Pasta
2. Nes O ais soda
3. Sambal tumis sotong kering
4. Goreng telur...

kucingorengemok said...[Reply to comment]

Bujal - keh keh, emo la ko :p


Dewanaga -
1. Karipap sardin - best!
2. Kambing bakar - sokong!
3. Sate babat - sokong juga!
4. Lasagna - so-so la...

Encik Naga, tolong ajar kami buat nes o ais soda, please? TQ.

Anonymous said...[Reply to comment]

Thanks :)
--
http://www.miriadafilms.ru/ купить фильмы
для сайта kucingorengemok.blogspot.com

MamaFaMi said...[Reply to comment]

Lin, finally setelah hampir sebulan lamanya, barulah mama berjaya menyudahkan 'assignment' yang Lin bagi. Ampun cikgu, anak murid lambat buat homework. Dah ketuk ketampi 10 kali dah. Cukup ler yek... mama ni warga emas, nanti lutut longgar kalau kena buat lebih...ahahahaha...

http://mamafami.blogspot.com/2010/11/award-dari-love-tag-dari-kucing-oren.html