Gambar² makanan Cina, India dan Melayu sekadar hiasan :)

Lama dulu. Saya dan Deris. Baru sudah makan di sebuah restoran nasi ayam terkenal. Di belah sana, boleh nampak dari tempat duduk kami, ada restoran ayam goreng yang terkenal. Di belah sini, di sebelah meja kami, ada seorang Uncle (bukan Uncle815) yang baru lepas makan juga, duduk seorang diri.

Uncle bermisai ala² datuk JM Chua itu pandang kami dan senyum². Saya pun pandang dia dan senyum². Ada sebutir nasi terlekat pada misai tebal dia.

Tiba² Uncle bersuara (baca dengan tonasi yang betul), "Baguskan ini kedai, makanan sihat². Sana ayam semua goreng², banyak minyak. Sini semua kukus, panggang saja... baaanyak sihat". Deris angguk² setuju. Saya ketap bibir dan kolom senyum. Mata dah tak boleh pandang apa² selain dari nasi sebutir pada misai Uncle.
Uncle angkat gelas sirap yang basah dek ais cair. Tak jadi minum. "Pun muhibah juga. Semua kaum pun ada sini makan". Deris kata, "Ya, ya, betul". Dalam hati saya, dia ingat Deris ni Cina ke, atau dia ingat saya India? Saya tutup mulut buat² sedawa. Sebenarnya nak sembunyikan ketawa tengok nasi sebutir terkodek² kat hujung misai. Deris tendang kaki saya suruh diam.

Last². Bila Uncle dah habis hujah dan nak minum, dia baru terperasan ada nasi pada misai dia. Apa dia buat? Dia selet gelas basah ber-ais tu pada misai dia untuk bersih kan sisa² makanan yang terlekat. Dan saya... terus masukkan kepala bawah meja untuk sorokkan ketawa yang berderai tak dapat ditahan.
Ya. Malaysia memang muhibah. [Of course, penilaian ini tidak dibuat berdasarkan kejadian² politik di negara ini, cuma pada hidup orang biasa macam saya dan awak].


19 perut lapar:
Negara sudah 53 tahun merdeka , tapi jiwa kita masih dijajah , merdekakan diri pada landasan agama . Kejayaan akan mengiringi dunia dan akhirat ......(ewahhhhh ..... khutbah pagi merdeka)....
KOG...
Kedai mana pulak lah tu...
kita baca dan tengok gambar dah berselera...
Malaysia negara ku tercinta...
Uishhh ingatkan tadi KOG nak pi tolong lapkan misai UNCLE tu.. maklum lah, baru real punya muhibbah. Digambarkan dengan gerak laku sekali.
hahahahahah! > imajinasi yang tidak makan nasi.
Ya.. kita masih hidup dalam keadaan muhibbah dan selesa tanpa sebarang slogan dari dulu lagi... :)
Kita juga suka makan siput sedut walaupun ianya mengeluarkan bunyi yang tidak enak waktu aktiviti menyedut itu dilakukan!
KOG
My family ada 'kata laluan' bila ternampak sebijik nasi atau cebisan makanan melekat ditepi bibir atau sekitar mulut.
"pak berahim tak masuk", maka cepat2lah orang berkenaan meraba2 mulutnya, har3.
betul tuu,..kita rakyat biasa mmg muhibbah,..x der irihati dan buruk sangka,hati kena bersih.
penah orang yang akak lawan becakap tu taik hidungnya seketul kat tepi lubang hidung. nak bagitau nanti dia malu...hikhik...
ewww KakPah!!!!!!!!
tapi KakPah tak de tahan2 gelak sampai termasuk bawah meja kan??!!
Chik Att - patut dapat slot special lepas 'pesanan dari pm' ni, hehe
Akak - gambar tu dari kedai merata
Azieazah - tak tau nak tegur ke tak, abis dia beriya-iya cakap pasal muhibah, takkan nak potong kata, uncle ada nasi kat misai! hahaha
Kakcik - yang 'di atas' bergaduh pung pang pung pang... kita ni tengok/baca macam drama kat tv pun ye kan! :)
Cik Soms - i LOVE that! har har! pak berahim ye? pak kasim apa kabar pulak? sibuk masak mi? ;)
Myoliza - hati kena bersih, tapi lepas makan sila bersihkan mulut dulu baru sibuk bercakap dengan orang, haha
Kak Pah - wahahahaa, tak tahan den golak..! ok la, kak pah menang la, taik hidung seketul lagi HEBAT dari nasi sebijik, haha
DrSinga - kak pah menang, kita dah pass award kat dia :)
oh, saya tak buleh tahan nengok ulam itu dan siput sedut ituuuu.. argghhh!!!
malaysia mmg muhibbah..1 malaysia ler katakan..cuma pemerintah nya saje..emmm.....
Slmt Hari Merdeka yea!
kita ada soalan;
1.setebal manakah misai uncle itu??
2.bergoyang tak meja tu bila awak masukkan kepala ke bawahnya utk melepaskan deraian ketawa??
soalan2 ini ditanya sbb nak bndgkan situasi sbnr dgn yg kita imajin..
ahahaha
misai ada gam...
Lurpak - daun² epal ke, anggur ke buat ulam pun boleh jugak kot? lom ada orang try je... cuba la!
Rozita - 'emmm'- ayat kena sambung sendiri? hehe
Kutak - 1.lebih kurang 1/2 inci, 2.gegaran pada skala richter 1.1... hahaha :p
Nizam - apa uncle tu buat sekarang agaknya... tengah trim misai? :)
satu malaysia menjana Transformasi..
ehhhh betul kaa tu Tema Merdeka tahun ni?entah aku tak pedulik sangat..:p
@xim - kalu tukar 'transformer menjana elektrik' sesuai la dengan tempat kerja ko, zim! hahaha :)
suka makan di sini juga :)
membuatkan saya lapar... hehe
Ashiena - hai ashienaaa! lama tak nampak muka (dari dulu pun tak pernah nampak, hehe). selamat hari raya :)
Post a Comment