Rata² sekarang orang dah mula jual kuih raya. Saya pernah mengimpikan raya bertema zaman dulu. Takde almond london, mimi carey, chocolate chip, semua takde. Ada kuih²/beskot² zaman dulu saja.

Contoh tat yang saya tak nak - tat gulung
- tak real lah tat gulung... tapi kalau orang kasi, ambik :)
Barisan kuih² zaman dulu yang saya hendak:
- cetak pun mesti yang macam ni, kalau cetak dia bentuk bunga ke, bintang ke, takmo!

Kalau tak dapat beli, curi semangkuk dari rumah kakak ipar
Psst, tengok nama pakcik-makcik pengusaha tapai tu, ihiks

Kuih bangkit
- punca kejatuhan ekonomi secara mendadak tahun lepas

Baulu gulung
- jiran bagi, harap² bekalan gula cukup tahun ni, jadi mak dia boleh buat lebih² lagi
Yang saya teringin juga tapi tak ada gambar: kuih suji (putih je, bukan yang warna warni kristal²), kuih makmur, kuih semprit, batang buruk. TAPIIII. Panjang tapinya tu. Tahun ni tak boleh beli biskut. AZAM hari raya, namanya. Tiap² tahun mesti ada beskot tak habis. Mesti kena buat cheesecake lepas raya (base cheesecake pakai belen beskot raya sedap nak mamp- ok!). Tahun ni elakkan pembaziran.
Apa? Kuih raya?? Katakan TIDAK!!
Haha. Ye-ye je kan? Tiba² lagi 3 minggu nak puasa, kakak ipar no3 tanya, 'Nak beli kuih apa tahun ni?' Dia adalah agen kuih raya terulung dalam keluarga kami. Untuk membodek mengambil hati kakak ipar, saya kata nak chocolate chip kas² satu tapi tak nak masa raya, nak sekarang! Makan beskot raya masa tengok tv sebelum bulan puasa, tak kira beskot raya la kan?
Lepas tu lagi 2 minggu nak puasa, kakak kat ofis kasi sample kuih sedap². Dia tak lokek tau, dia kasi makan! Bukan macam sesetengah orang tu kasi sample dalam plastik tak boleh bukak, tak boleh makan, tak boleh sentuh. Tengok je, lepas tu order. (Ada aku nak layan?). Berbalik kepada kakak ofis yang baik hati, chocolate chip dia sedap jugak. Pesen lain dari yang kakak ipar no3 jual. Nak la jugak sebotol, kak, tapi tak nak masa raya, nak Senin depan! Makan beskot raya masa tengok tv sebelum bulan puasa, tak kira beskot raya la kan?
Good start so far, takde beli beskot raya. Haha. Amacam. Korang rasa azam hari raya saya tahun ni berjaya tak?



23 perut lapar:
org dtg umah jamu beskot apa ye kuch?kalo jamu mee goreng basah ada udang sekor sekor besar besar muleh tak??
nak bahulu gulung...
iye.. saya pun teringin kuih2 raya tahun ni versi klasik.. tart nenas.. kuih bangkit.. semprit.. kuih makmur..
Petua membeli biskut raya: beli pada malam selepas pengumuman raya.
KOG..
akak mmg tiap2 tahun tempah ngan kawan.. kuih tart dia mmg terbaek...
Tie dulu, kecik-kecik lagi dah kena dera gentel biskut suji dan sepit kuih tart tu. Macam nak nangis, sebab mak tinggalkan kita perhabiskan kerja sorang-sorang..
Tapi, kan.... rindu sungguh zaman tu, sebab sambil buat kuih sambil dengar lagu rahimah rahim, dj dave, saloma dan p ramlee..(radio s'pore) tak sedar kuih dah siap.
aku dulu raya misti atok aku beli air botol oren bodoh tu berpeti2. senang org datang takyah bancuh. lepas tu stok tutup botol aku mmg terbaek la tem tu. champion di sekolah dgn koleksi paling byk sekali.
moga KOG bjaya dengan azam rayanya..hihihi
nk tau x, saya kurenggg suke mkn sekut2 raya..kurenggg mkn kek or bahulu pape jenis..tp sgt suke mkn kerepek2..termasukla rempeyek or tumpi..
Salam KOG,
saya sokong! hihihi.
akhirnya... kena buat jugak nanti. paling kurang.. utk tetamu yg brtandang. :D
one word....
hek-eleh!!!!!
akak sokong. tak payah beli biskut raya.
ko buat menu untuk 3 hari. hari raya pertama, rendang ngan sepupu sepapatnya.
raya kedua. mihun
raya ketiga. laksa.
raya keempat dan seterusnya, air ngan biskut meri je.....
saya pun azam tahun nii,,tak nak beli biskut raya byk2,..tapii dah terorder 2 jenis dah,..huhu,..cam mana tuu
tiba2 mcm nak oder kek lapis serawak *wink wink*
aku tiap tahun kuih raya aku adalah tat nenas.
sahaja.
kuih lain tak ada.
aku mmg keji.
.
Amirah - beskot takde, rumah tutup >:)
Ciketon - sedap ooo, inti nenas
Nhalilah - best kan? almond london tah pape je, orang london pun tak kenal
Nizam - dapat beskot reject dah pecah-pecah nanti
Akak - gulung ke tak gulung?
Tie - rahimah rahim dah pakai sarung tangan lom masa tu?
Tijah - haah, kita orang pun banyak oren tu, tahun ni punya stok dah siap tempah dah, hahaha (tak nyabor-nyabor)
Fmina - alamak tumpi, bestnya!
Indah - takde takde, raya zaman moden, tetamu datang bawak food sendiri, potluck! hihi keji kan
DrSinga - that's TWO words! :p
Kakpah - pembetulan: raya pertama makan kat rumah mak mentua, raya kedua gi jalan rumah mak long-mak ngah, raya ketiga start puasa sunat, hahahah >:)
Myoliza - azam dah gagal, cemana ni? lom start puasa pun lagi, haha
Makdara - tu tak kira kuih raya kaaan? *kita pun nak order gak la, hehe*
Tas - tu untuk tekak ko sorang kan? :p
Ni lagi sorang bagi aku KONPIUS....
.
.
.
Ko nak puasa ke tidak nih?
hahahahah
KOG
Kita pun bersemangat taknak beli biskut raya. Rasa mcm nak buat sendirrriiii aje tapi tak janji tak nak beli kek kukus buah (fevret).
P/S: Tart as gambar kat atas tu mmg afdal cam tu. Gulung cam sadin roll, no no no.. tapi kalau org beri, ambik gak, heheh.
KOG
pak itam rasa kantoi azam KOG tu heheheheheh
Kalau sume org buat azam raya cenggini...bankraplaaaa toke2 kuih raya tahun niiiiii !!!
Bahulu gulung itewwww....satu ide yg memberangsangkan !! Nak coba nak coba !!
Ashley - haha, kita skip raptai puasa
Soms - kita pun nak kek buah, tapi tunggu bapak kita belikan :)
Rezeki - haha, tak baik tau pak itam, takde keyakinan langsung kat kita!
Rinnchan - alah, tiap² tahun semua orang berazam macam ni kak rinn, makin ramai orang jual kuih ada la hihi... baulu gulung tu macam susah je nak buat, bakar pakai sabut kelapa la, ada stok sabut tak? :)
Post a Comment