Monday, 3 May 2010

Restoran Insaf

Restoran Insaf
(House of High Class Muslim Food, dia kata)
116, Jalan Tuanku Abdul Rahman, 50100 KL
No tel: 03-26939737, kalau nak berkenalan

Ada satu lagi cawangan di jalan yang sama, jadi kalau satu restoran penuh, sila jalan sikit ke depan ada lagi satu kedai Insaf juga. Kalau yang itu pun penuh, berhenti kat tengah² makan KFC atau singgah beli kain ela. Sila.

Ini ayam madu

Dan ini ayam goreng, A+
Macam mana ayam goreng dia boleh rangup kat luar, lembut kat dalam, saya tak tahu



Galak sangat ambik gambar timun lah, dalca lah, bila tiba kat nasi tangan dah gigil² tak tahan nak makan, maka gambar jadi goyang², harap maaf. Saya berani kata nasi beriani Insaf adalah nasi beriani terbaik. Dan kalau diberi pilihan antara beriani Insaf dengan beriani gam/tampal semua tu, saya pilih Insaf. [Matsah, jangan baling aku dengan tulang kambeng].

Harga pun terbaik
2 beriani, 3 ayam, 3 air = RM 33.80
Kepuasan = tak ternilai

40 perut lapar:

:: HUSNA :: said...[Reply to comment]

lps mkn insaf tak? hehe

myoliza said...[Reply to comment]

insaf sekejap,..pada yang tak dapat menikmati makanan sesedap itu,..takpun sesuap nasi,huhu

*mamak style yerr

ejaMaria said...[Reply to comment]

aaahhhh best nye ayam madu...
ooittt nape tak order jus mangga dia... kaw-kaw punye jus... sekali minum bole mabuk terus...
ni yg rasa nak gi lunch jap lagi...

e.l.i.s.s.m.i.e said...[Reply to comment]

pernah lalu ajer sini, tak pernah lagi makan, takut insaf..hehehe

hantumakan said...[Reply to comment]

weh, stuju benar beriani dia yang terbaik

tang ayam goreng tuh yg tokleh blah..

tang nasik..

alamak,

sedapnya..

ubisetela said...[Reply to comment]

setuju. dulu kalau gi KL & sempat ke area tu... wajib mencari keINSAFan.

bujal X said...[Reply to comment]

keinsafan menyelubungi jiwa bila membaca posting KOG~~rasa nak pekena mamak nasi kari bawah pokok ceri kat klang~~

*nak tau rahsia ayam tu? guna periuk tekanan tinggi~~

Ismail Fitry said...[Reply to comment]

Pernah makan kat sini sekali je, 8-9 tahun yang lampau. Masa tu tengah belajar lagi. Mengalir air mata masa bayar, mahal betul huhuhu...

NenekPenne said...[Reply to comment]

errr dah pegi dulu, lepas makan terus insaf sebab mahal....adehhh...

rezeki said...[Reply to comment]

salam KOG

memang INSAF hihihi

last makan dulu 5-6 tahun lepas hehe

catz said...[Reply to comment]

baru nak insaf tanak mkn ayam goreng, TAPI ayam goreng ni ala2 ayam goreng mamak yg terbestestt pulak.
aku selalu duk wonder how the mamaks goreng ayam itu, yg diluar rangup, warna kemerahan dan nampak crunchy gila, tapi ayamnya lembut.
tiba2 rasa nak makan kedai mamak pulakk.
baru nak insaf konon2..isnin start diet.ceh.

Lady Arween said...[Reply to comment]

KOG: Ayama madu tu nmpak best..lepas makan insaf lagi tak nak makan kat citu :P

AA said...[Reply to comment]

Insaf tengok harga... pssst, ada member dah tak nak makan situ sebab nampak sang lipas merayap2 di dinding. Hehehe..

tasekM said...[Reply to comment]

aku tetiap kali balik KL mesti pi sana. parking kereta kat sogo walaupun bapak mahal. mmg tak bulih insaf.


.

pB said...[Reply to comment]

sekali sekala buleh ler ..
kalau selalu selalu , mau bankrap

pB said...[Reply to comment]

sekali sekala buleh ler ..
kalau selalu selalu , mau bankrap

Beattey said...[Reply to comment]

makan terus insaf gitewww....

linahilmin said...[Reply to comment]

ala.... baru je ada sorang member dok sebut2 tentang kesedapan Insaf ni!!! kita ni jgn ke kata ke Insaf, jalan TAR tu pun dah errrrr..... mau 6/7 tak pi! grrrrrrr!
ps- popia sira tu mmg boleh order ke? nakkkkkkkk! kasi no acct plsssss!

linahilmin said...[Reply to comment]

6/7 tahun..
(kehilangan perkataan tahun diatas tu!)

DrSinga said...[Reply to comment]

kamera dah ok??
:)

PINATBATE said...[Reply to comment]

Dah laammaaaa tak ke restoran Insaf...sebab dah insaf...mahal hingga menggigil..

Idida Aziz said...[Reply to comment]

blkg opis kita jer...tiap2 bulan mmg mesti makan...suka acar timun dia, mesti mintak lebey

geraugebang said...[Reply to comment]

lama betul tak makan kat situ...

ashley said...[Reply to comment]

Time bayar...CUKUP MENGINSAFKAN...
hahahahaha
.
.
.
kawan aku yang cakap...

kakpah said...[Reply to comment]

salam. akak dah insaf masuk restoren ni. Akak suka udang. Amek dua ekor. Skali dia caj 40 hengget tuk 2 ekor tu. Insap tul....

paKLeE said...[Reply to comment]

insaf lepas makan...

fifi said...[Reply to comment]

*insert insaf joke #29 here*

kucingorengemok said...[Reply to comment]

Husna - insaf


Myoliza - insaf


Ejamaria - insaf


Elissmie - insaf


Hantumakan - insaf


Ubisetela - insaf


Bujal - insaf


Ismail - insaf


NenekPenne - insaf

kucingorengemok said...[Reply to comment]

Rezeki - insaf


Catz - insaf


Arween - insaf


AA - insaf


Makji Tas - insaf


PB - insaf


Beattey - insaf


Linahilmin - insaf

kucingorengemok said...[Reply to comment]

DrSinga - insaf


Pinat - insaf


Idida - insaf


Gerau - insaf


Ashley - insaf


Kak Pah - insaf


Paklee - insaf


Fifi - dan sesungguhnya aku perlu insaf sebelum jadi mereng :)

@xiM said...[Reply to comment]

amboi balas komen semua INSAF ni..heheee..

Beriani dah lama tak makan..kat Penang KAPITAN RESTORAN beriani sedap!

PUTUBAMBU said...[Reply to comment]

kita pun sangat suka makan beriani kat Insaf ni..

walaupun insaf sekejap..pehtu buat balik.. hahaha..

beriani ngan ayam madu dia mmg takde tandingannya..

try pulak Mamak di Restoran Mahboob/ Mehboob di Bangsar..depan Bangsar Village tu.. pun sodap...

fendifid said...[Reply to comment]

memang harga melampau...tapi sedap punya pasal...layan jugak. roti canai dengan teh o...RM5.50.
mangga potong..RM18 sebiji.
Insaf. Insaf...sebulan 2 je.

Mazura said...[Reply to comment]

kalo pegi lain, sila cuba air mangga dia. mmg terbaek

mayangsayang said...[Reply to comment]

dolu2 dalam taun 90an selalu makan kat situ.. emm menu masih lagi cam dulu ... kucinggemuk kedai dia camne? ada perubahan ke? kalu dulu masyallah ... tu bila dah tengok lampu kemain cantik baru tau ada le upgrade sket ...

imilias said...[Reply to comment]

berkali kali masuk, tapi tak insap jugak. hehehe

Anonymous said...[Reply to comment]

Huhu... Insaf Dan taubaattt!!! Tak jejak kaki dah kat restoran insaf tu. Mahal gilos!!!
Ayah sy masak lg sedap. Pi mkn sana saja nk test..
Insaf terus!!!

Wunny@Fariz said...[Reply to comment]

mahal giler restoran insaf...aku dah kene....taubat tak akan gi lagi...tak pernah aku mkn nasi beriani semahal ni . Kalah hotel 5 stars !~

Anonymous said...[Reply to comment]

Baru lepas makan tadi ngn mak aku. Berdua. Nasi putih sejuk 2pinggan
Sayur bendi 1piring
Cili hijau 1biji
Ayam goreng 2ketul
Air tembikai 1gelas
Air mineral 1gelas

Total charges: rm39.90

*jujur aku nyatakan rasa makanan yg dihidangkan xmemuaskan, cara layanan mak indon yg kasar, aku sanggup bayar mahal kalau kepuasan makan setanding harga. Tapi. Maaf aku rasa nak laporkan Restoran ni kat biro aduan pengguna skrg. INSAF! :)

Mie Aimie said...[Reply to comment]

Layanan ok je
Nasi beriyani sedap, ms g tu pregnant, tak tahu la actually btol2x sedap ke tak huhu

Tp hubby kate tak sedap
Lpas bayar, terus insaf haha