Tuesday, 4 May 2010

BK di Shinjuku

Bila kawan sms dari beribu batu kata, "Tolong, kami lapar sangat. Carikan kat mana Burger King kat area Shinjuku," maka saya yang menurut perintah terus google dan bagitau dia ada BK di bangunan Tokyo Island (kat site lain kata Shinjuku Island Tower - err, Shinjuku tu nama lain untuk Tokyo ke?) .

Dan pertolongan kecil itu tak sia² kerana dia balik dari Jepun dengan satu beg berisi:

Onigiri - maguro (tuna) flavoured, tapi saya kasi Ah Poh semua sebab saya tak minat sushi kakak yang baik

Strawberi - waangiiii dan maniiiiissss, kirim salam bye² kat strawberi Cameron Highlands
(sayang nak bukak dari plastik, takmo cepat rosak, haha, jakun...?)

Dan yang paling best - maccha chocolate daifuku

Bukan macha kat kedai mamak

Maccha adalah green tea yang dikisar halus
Daifuku adalah kuih Jepun yang dibuat dari tepung pulut

Teksturnya lembik²-lembut macam kuih koci, rasanya lemak² tak berapa manis

Intinya boleh pelbagai, tapi yang ini white chocolate, oh sangatlah saya suka

Cik Fifi, kalau pergi Jepun belikan lagi :)

Dan kalau ada sesiapa yang rajin nak mencuba, saya jumpa resepinya di Cafe Chibita ini


24 perut lapar:

Lya Colours said...[Reply to comment]

bag itu sangat cuteeee

Ismail Fitry said...[Reply to comment]

Burger King Jepun halal ke?

tasekM said...[Reply to comment]

tepung gomak jepun.


.

hazila said...[Reply to comment]

lepas ni lagi laju kalau dia minta tolong kan kan kan.... hik hik hik

A.I said...[Reply to comment]

aku chenta sama itu japan (^_^)

indahhouse said...[Reply to comment]

salam KOG,
bestnya dapat ole2...! sedap nampak daifuku tu KOG..

pinatbate said...[Reply to comment]

daifuku tu kuih mochi kan? kakpinat punya pebret tu..

myoliza said...[Reply to comment]

ooo mcm tepung gomak nyerr,..
agak nyer inspirasi masa zaman jepun kt masia

nas said...[Reply to comment]

pernah makan Maccha ,dulu bos besar gi honeymoon sana..mmg mcm kuih koci..

bujal X said...[Reply to comment]

aku lemah sikit kalau makan daifuku ni..sokmo sangkut kat gigi palsu..

DrSinga said...[Reply to comment]

nak beg tu!!!

@xiM said...[Reply to comment]

nak sikit DAIFUKU tu boleh??nampak menarik sangat!

Cik Yam said...[Reply to comment]

shinjuku has the busiest pedestrian crossing in the world. Gi starbucks that overlooks the crossing and watch the traffic choreography!
KOG shinjuku nama of a particular area in tokyo je, macam marble arch in london.

ubisetela said...[Reply to comment]

kuih koci jepun tu kat Sakae pun ada... inti aiskem. moh kita gi makan (u makan dessert aje la dah takmo sushi)

xiiinam said...[Reply to comment]

ckLah akan klik ke sini bila lapar....



Tengok gambar bunga Jepang tu pun dah rasa sedap!

afendi ariff said...[Reply to comment]

mcm muka olive oil...
makwe popeye!
heh...

Lady Arween said...[Reply to comment]

teringin nak rasa Daifuku..since dalam ada white choc..haishhh

DrSam said...[Reply to comment]

daifuku...dahlah disusun dan dipamirkan secara kiut miut, rasanya pun amatlah sedapnya.

hantumakan said...[Reply to comment]

kemanisan stoberi kira pakai brick (something cam tuh la ejaanya)

yg kat mesia mmg brick rendah beb..
so, tokleh la nak ukur ngan stoberi japang.

kucingorengemok said...[Reply to comment]

Lya - hehe, rupa alice


Ismail - dia makan fish burger lah


Tasik - tapi warna hijau


Hazila - haha, ye betul!


A.I - kuih jepun ke orang jepun?


Indah - sedap, tapi sebelum makan ngeri juga (sebab tak tau rasa)


Pinat - alamak, tak kenal la kuih mochi, kak...


Myoliza - jepun tiru melayu la tu


Nas - aku honeymoon dulu tak ingat pun nak belikan orang kuih


Bujal - bergigi palsu kah? hehe :)

kucingorengemok said...[Reply to comment]

DrSinga - mintak kat ah poh


@xim - of cos dah abis!


Cik Yam - ooo macam tu ye...


Ubi - sakae tu kat mana pulak?


Xiiinam - wah, lapar betul tu, tengok bunga pun rasa sedap!


Afendi - kan? tapi dia ni berisi skit, hehe


Arween - lembuuuut je rasa dia


DrSam - ni pertama kali saya jumpa, i'm not very well versed on japanese food


Hantumakan - sebelum jumpa strawberi jepun pun aku dah tak suka starberi cameron, tapi kalau jem sedap la :)

@xiM said...[Reply to comment]

hamboi..makan sorang nampak..

cik.nisa.khaidir said...[Reply to comment]

halal ke nih? look so yummeeehhh!

cik.nisa.khaidir said...[Reply to comment]

halal ke nih? look so yummeeehhh!