Monday, 29 March 2010

Kopi stesen

Sarapan di mana?

Semua orang panggil Kluang Rail Coffee tapi saya rasa tak best dan macam dah di-KL-kan sangat, sebab sebelum dia famous yang semua orang kenal dulu, kita orang panggil kopi stesen je. Cari stesen keretapi Kluang, ia ada di situ. Yang tak ada mungkin parking kereta sebab tempat tu sempiiitt.

Sejak 1938... kedainya lah, bukan budak ni

Kalau tanda biru melintang lain, biru tegak lain, lagi satu tak ingat tandanya apa, untuk:

Mi gemok

Mi siam (orang siam takde yang gemok agaknya ek)

Atau nasi lemak

Macam biasa, kena ada telur 3/4 masak

Tiba² teringat plaster siling
Tip bahasa Melayu hari ini: Eh kawan², bukan syiling ok, syiling tu duit sen², - siling, siling

Bun bakar

Ohhh, sedap, tak kedekut butter dengan kaya

Kopi untuk bawak balik

Eh. Sampai sudah takde gambor air kopi? Haha. Tapi kan, saya lagi suka kopi kat sini berbanding dengan kopi kat Kluang Rail The Curve, ngada² ek. Tekak orang kampung kot (tetiba plak pagi ni membenci semua benda yang dah di-KL-kan). Dalam skala pahit, kopi stesen ni berada di tangga teratas diikuti oleh kopi tivi dan 434.

Kluang Rail di stesen keretapi Kluang berehat antara pukul 12 hingga 2.30 petang dan tutup setiap hari Khamis

22 perut lapar:

DrSinga said...[Reply to comment]

papan tanda yang sangat femes kan....
pssstttt....itu tangan siapa??

miloais said...[Reply to comment]

masa kecik3 tinggal kat Kluang
ada gak minum kat stesen ketapi ni...
dedulu lah.....

fifi said...[Reply to comment]

Apsal muka budak itu mcm lain? Sebab tutup mulut dan nampak rambut banyak?

catz said...[Reply to comment]

cantiknyaaaa tangannn..alahai...tulus mulus gituu..
apa petua?
hikhikhik.

Ayu said...[Reply to comment]

budak kecik tu ah poh jr eh?..
kluang signboard teringat dulu2...
kalau naik keretapi balik KL-SPORE..
very nostalgic..
and the food sungguh2 kita suke semua...semua tu boleh makan at least 2 bungkus each..plus telur 3/4 ermm sedapnya..

MamaElla said...[Reply to comment]

Salam Kucinggemok..♥
Apa khabar?
Ewah dah mai Jb eh..bila nak masuk Singapura..?
Kita suka kopi dan roti bakar nya..Power giler..sedap tau... haiz mcm nak week nak pi sana aje Tapi Sorry passport dah Kojol laaa...
Jumpa lagi dan Salam ceria..

MamaElla♥

kikin_78 said...[Reply to comment]

w/pon ai x minom kopi...tapi bun bakarnyerrrrrrr...sgt la lombut lagik sodap di tekak....ahaks

Lya Colours said...[Reply to comment]

huh sedap gile teloq tuh
terasa2 kecairan di lidah

Aliza said...[Reply to comment]

issk isskkk...menu yg sgt menduga!!!

dila~noor said...[Reply to comment]

kite br je mkn kt kluang rail cawangan plaza kotaray jb last saturday..
td kite bgtau cik abang kite KOG pmnt kopi cap tivi jgk..suke sgt die..hehe
n kat umah ktrg pun ade stok kopi rail ni jgk..tp menurut cik abang kite,kopi rail yg bancuh kt kotaraya lg sedap dr yg kluang..

haih..blh bt fanclub kupi2 johor nih..hihihih

TeRRoRRiZZ said...[Reply to comment]

roti bakar dier macam sedap sangat!!!!!!!!!!
nk ckit!!!!!!!

|| syazwaniadnan || said...[Reply to comment]

kite lahir kt kluang. bukan kt stesen lah.
dulu2 mmg sllu p makan kt stesen ni.
skrg2 kalau p kluang lagi, mmg wajib singgah sini. kene p pagi2. tempatnye mmg kecik. parking lak sikitttt no.

isk. i miss lah d original place with the kawkaw kopi susu and roti2 tu semua. isk sedapnye homemade kaya diorg tu ;-(

Tipah said...[Reply to comment]

ahh... sy suka kopi peng nya~

MamaFaMi said...[Reply to comment]
This comment has been removed by the author.
MamaFaMi said...[Reply to comment]

Kusmangat banyaknya boh pepper kat telur separuh masak...sedap ke?

Mmm dah sebut sebut kopi ni, rasa macam nak minum kopi le plak.. nak gi bancuhlah kejap....

Faizah Jaafar said...[Reply to comment]

oowhh bun bakar...henggatkan cheese begel tadi..

afendi ariff said...[Reply to comment]

smbg soklan dr & catz....
tangan sape?
tulus mulus & tak gemok pun...
heh!

eddie dewanaga said...[Reply to comment]

seorang rakan yg kerjanya travel keliling tanahair, orang Kg. Makam JB, taik kopi seperti gua juga, menuntut di Arizona, pernah bertugas di Jepun dan South Africa, menggigil dan mengidam bun bakar yg enak, kopi susu yg melekat dan seorang kerani cantik molek yg pernah bertugas di pejabat pos Kluang.



...disitu kasihnya bertaut.

kucingorengemok said...[Reply to comment]

DrSinga - chamek, kelakor! bukan tangan kita

Miloais - sama je dulu dengan skrg, sudah dapat parking

Fifi - high minum teh, time ayah-ibu tak nampak dapat sedut kopi skit ;)

Catz - petua? simpan semua lemak jauh dari jari, hihi

Ayu - betul kak, secoet tu mana tahan makan sebungkus... 1 bungkus 60-70 sen je

Mamaella - salam! ingatkan dah tak blog lagi, dah lama takde update

Kikin - betul betul, kalau ada bun kukus mesti lagi power ek

Lya - tapi ia mengingatkan kita pada sakit perut cirit birit, kih

Aliza - yes, simple yet satisfying

kucingorengemok said...[Reply to comment]

Dila-noor - tu la, peminat kopi cerewet! brand sama tapi kluang lagi sedap dari kl lah, jb lagi sedap dari kluang lah, haha

Terrorizz - memaaanggg sedap

Syazwaniadnan - haha, lahir kat stesen pun apa salahnya... kat kluang ada lagi 1 branch tapi kita tak reti nak cari

Tipah - yep, plus skrg tak banyak tempat yang paham kalau kita sebut 'peng'

Mamafami - ooo, tu normal bagi kami = telur 1/2 masak+kicap+pepper

Faizah - amboiii, apek tahun 30-an tak kenal cheese lagi kot, keh keh

Afendi - tulus mulus kudus ye... ngeh² (bukan tangan kog)

Dewanaga - ehhh, ni nak cerita kopi ke nak cerita kerani? hihi :)

Khairun said...[Reply to comment]

roti bakar n food kedai ni memang best...:) klasik...

@xiM said...[Reply to comment]

saya pernah makan kat sini sekali!!

suka ngan nasik lemak cinonet tuh..baham 3 bungkus sekali.haha