Monday, 28 December 2009

Mi Siam Makcik Pinah


Makan sikit [and by 'sikit', saya maksudkan tak banyak]
Bersenam [dalam bentuk buang sawang, sapu sampah, cat dinding, angkat budak yang seberat kampit beras]
Tapi berat tak nak jugak turun


Kenapa kenapa kenapaaaa???
[soalan retorik, saya tak perlukan jawapan, terima kasih]



Urgh, kecewa

Tuesday, 22 December 2009

HTN yang itu

#12HTN.
(DOBELAS hari ok, korang ingat main² ke?!)

Menggetar jiwa. 3 hari yang pertama kepala saya berdenyut². Tangan menggeletar, mata merah, hingus meleleh. Cakap pun ala² lalok je. Duduk tak kena, baring tak kena, bangun berjalan nyut² kepala rasa sampai ke tapak kaki. OK, over sikit la. Tak pun sebenarnya. Lepas 3 hari tu keadaan fizikal bertambah stabil (mental toksah cerita).

Eh, N=neskepe (kata nenek kita) tau, bukan nasi!
Kalau nasi mau sampai hari ni tak bangun² ni. Haha.

Cuba beralih kepada air² yang tak memabukkan mengketagihkan, seperti:

Horlicks (tiada dalam gambar)

Jus buah delima

Jus asam kedondong
Yang depan lah, hok meroh tu ubak sakik tekok
(Tengok, gambar goyang² sebab tangan gigil!)

Siapa jahat mulut, cuci pakai ubat ni... gerenti insaf (gambar hiasan)

Air tahu dan isi tahu
Saya tahu lah orang lain panggil air soya dengan taufufah
Tapi saya lagi suka panggil air tahu dan isi tahu, sebab dia produk dari sumber yang sama, tahu :)

"Oi, minum sikit² sudah la, cukup sampai 2 hari tu" kata si Joey (dia orang syer minum air tahu)
Seluar kaler merah, tak agak²! Hahah.

Monday, 21 December 2009

Kek kasemak

Kek
.
Peti sejuk
.
Penuh
.
Tolak
.
Buah tersepit
.

Kelakar
.
Hihihihiii
.

Sunday, 20 December 2009

Substitute

Tiada rotan, akar berguna
Tiada Johnny Deep, Skeet Ulrich hensem juga

Tiada durian

Lempuk lagi wallaaa!!
Home-made ni... tapi dah tentu bukan saya punya home, heheh

Saturday, 19 December 2009

Kopi 333


Asal : Batu Pahat, Johor

Dah cerita dulu... kedai dia ada lagi kat Jalan Rahmat

Dukacita dinyatakan, 333 tak dapat menandingi 434
Dan kelihatan beberapa orang Muor bertepuk tangan gumbira...
Eleh, macam la bapak dia orang tauke ladang kopi tu, ciiissss

Friday, 18 December 2009

Selamat tahun baru

1 Muharam 1431

Kami tinggalkan langit ini
Untuk syurga
Yang lebih tinggi

[Ehem, puitis tak hari ni?]

"Nasi kita akan cukup di syurga" -
... teringat 1 baris dari Sidang Ruh

Thursday, 17 December 2009

Ikan bakar UK

Sambal asam yang marvellous!

Ikan bakor dari Urat Keting

Makan ni je, tak makan nasi
Haha... caya ke?

Wednesday, 16 December 2009

Alat² radas


Siapa yang tak nak merajuk dengan dapur kalau alat² radasnya rupa macam ni?

Saya menyeru kepada pengilang² senduk dan sudip supaya mengeluarkan produk yang lebih bermutu dan tidak tanggal (potel, kata orang Johor) bila saya mengetuknya di tebing kuali kerana geram ayam goreng saya hangus (atau apa² kejadian yang serupa dengannya).

Sekian

Tuesday, 15 December 2009

Johnny's


Di mana jua anda berada

Undang² Johnny's : salah seorang yang makan mesti pakai baju sama warna dengan periuk

Ternyata stimbot tak begitu membangkitkan keceriaan tekak saya

Nasi apa nama (tak ingat)
Oh, saya suka nasi goreng belacan dia!

Ahahaaa... siapa pernah makan salim?

Monday, 14 December 2009

Cool Blog


Cool Blog
BP Mall, Batu Pahat
Ada jugak kat The Mines (dan lain² tempat yang saya tak tau)

Pertandingan buntut comel lagi
Yoghurt, aiskrim, italian soda (apakah?), milkshake... cendol pun ada!
Nangis la Pak O, tauke cendol Jalan Engan tu

Order air - dia buat, shake-shake-shake - masuk mesin dan seal

Siap

Ice blended sirap bandung with pearls
OK biji² tu dia panggil pearls, apa yang dia maksudkan dengan blog?

Sangat² sedap dan nyaman walaupun takde aiskrim soda

Mango dan kiwi for take-away

Cool Blog ada website yang tak pernah boleh load, good luck trying!


Friday, 11 December 2009

Filem romantik komedi terunggul di Malaya


Percintaan tauke bisnes import* dengan gadis arab

Dinda makan satu, kanda makan satu...




Hari Jumaat yang bahagia ditemani 40 penyamun

*Kanda tak pernah eksport, lain orang eksport... kanda import
Kih kih kih, hilang sakit kepala tak pekena neskepe [#1HTN]

Thursday, 10 December 2009

Ditelan mati emak, diluah mati bapak --


Diminum gastrik
Tak minum sakit kepala

Lebih kurang lagi satu [/tiga] minggu kita akan mulakan kalendar baru. Dah ada azam tahun baru Islam [/kapir]? Berani ke saya berazam kurangkan kafein? Errr...?



-- tapi mak memang dah mati, jadi macam mana ek?
Hihihi :)

Uncang 2


Uncang ubat pedih ulu hati teh dan kopi, dari Linahilmin
Kopi Tepeng katanya, eh ke kopi Kuala? Alamak, bila orang bercakap tak pay-tension ni la akibatnya

Bekas ni comel!
Thanks, babe, mmmuahh :)

Wednesday, 9 December 2009

The Chicken Rice Shop


The Chicken Rice Shop
Kakitangan kerajaan dapat diskaun 10%

Macam sikit je ayam dia tengah gantung kan, tiada laku kah?

Ipoh bean sprouts

Pai-t

Honey barbecue

1/2 ekor ayam roasted

Eh! Takde gambar nasi, hehe, selalu lupa macam ni tau
Lagi cerita [anak] ayam di sini :)

Tuesday, 8 December 2009

Sirap bandung soda


Sirap (preferably yang jerang sendiri dengan pandan, yang ngelat punya jenama jalen ke giant ke kurang kick), aiskrim soda (biasanya f&n, yang bodoh ni tak cukup gas), susu cair, air batu -

Campur sirap dengan susu cair dalam jug, masukkan air batu, kacau² perlahan. Tuang aiskrim soda perlahan². Semua pergerakan kena lemah lembut (jangan lemah lembik)... kalau ganas² nanti jadi berketul² dan tak sedap diminum, of cos.

Warna tak kaw, sebab biasa Deris yang buat, heheh

Monday, 7 December 2009

Ayam masak hijau


{Tambah 08/12} : Tumbuk/kisar bawang besar saiz kecik, bawang putih, serai, lada hijau (banyak) - panaskan minyak, tumis semua bahan tumbuk sampai wangi - masukkan ayam - tambah air asam jawa - biar hingga masak



Saturday, 5 December 2009

Tamarind curry


Salah satu isi uncang tengku nila
Eksotika tak bunyi dia?

Nama sedap, packaging lawa (macam cover buku pun ada), senang pulak tu nak buatnya. Kari asam jawa, pesen² macam kari nyonya kot ni? Excited gilaaaa nak mencuba. Bila gunting plastik bungkusan, saya terbau sesuatu yang familiar. Hmm. Macam bau apa ek? Malas nak fikir deep² sangat kan, saya pun masak je lah ikut arahan. Tak sampai berapa minit, saya tau dah kenapa bau tamarind curry ni macam biasa sangat saya cium:

Tamarind curry adalah KUAH ASAM PEDAS!!

Quick check pada ingredients, hmphh betul la tu
Bezanya cuma saya tak suka letak lengkuas dan suka campak daun kesom

Rumusan : produk ini lulus dengan markah A--, 2 kali minus sebab ada lengkuas dan takde daun kesom