Saturday, 31 October 2009

Ubi rebus

Ubi rebus dengan sambal tumis dan ikan masin, untuk minum petang

Lawan dengan kopi o secewen... weheheeee :)




Eh, Cik Ubi, ubi setela tu apa dia?


Wong Solo

Bangi/Ampang/Kampung Baru

Tak puas² makan kat kedai, bawak balik rumah pulak

Timun & sayur punjut dalam plastik, bagus tak cepat rosak

Terung balado... lepas makan bersin, bersin, bersin (banyak belacan agaknya)


Friday, 30 October 2009

Nasi ayam

Chicken Rice di Rasa Food Court
Alamanda, Putrajaya

Pertandingan buntut siapa paling comel

Nasi ayam biasa (as opposed to honey barbecue)
3.75/5 bintang, sedap!

Thursday, 29 October 2009

Kalau hari² makan--




Begel

Oblong - lonjong, dekat dua kali ganda burger biasa

Double - dua kali ganda burger oblong

Special - balut ngan telur

With CHEESE...

OK ke?



JANGAN JAWAB!!!



Pau sambal

Pau sambal Kak Eton

Kak Eton adalah bekas jiran saya. Masa nak pindah dulu memang pikir 20 kali - sanggup ke kita tinggalkan Kak Eton? ie. pau-nya yang sedap. Heheh. Selepas bermuzakarah agak lama, kami pindah jugak... tapi kejap² cari jugak pau sambal dia. Bukan dekat. Lebih 1 jam pegi-balik, tu pun kalau jalan tak jem.

Bukan pau sambal biasa. Biasanya orang kerat pau dan tepek sambal besor taik hidung (kedekut, nyampah tau), kalau baik hati letak timun... tapi pau Kak Eton, sambalnya dok di dalam. Dah isi sambal baru dia tangkupkan dan goreng. Pau dia lembut sampai ke petang.

Sejak kita orang pindah dia offer pau frozen. Eheh. Bangga la kejap. Adakah Kak Eton mengembangkan bisnesnya semata² sebab kitorang? Awww. Terharu. Hehe. Agak tak mungkin la, sebab dia ada kontrak besar²an dengan tah syarikat mana tah. Kak Eton duduk kat Ulu Kelang. Kalau ada sesiapa berminat nak orda pau sambal dia, sila tinggalkan e-mail anda di kotak komen. Serious buyers only. Haha. Aku plak yang yo-oh tak agak².

Defrost sekejap

Pandai tak kita goreng pau? :)

Wednesday, 28 October 2009

Mi rebus


Rakan² rebus -
Mi, telur rebus, limau kasturi, lada merah & lada hijau, taugeh, tahu goreng, bawang goreng
Tiada dalam gambar (dan tiada dalam dapur pasal lupa beli) - daun bawang & daun sadri


1/2-1kg daging & tetel - rebus, simpan airnya
300-500g udang basah
1/2-1 botol taucu pedas (taucu biasa pun boleh, tapi tapis airnya sebab masin sangat)
7-10 helai daun salam (jangan letak sedahan!)
1-2 paket kecik rempah kari, bancuh jadi pes
1 senduk lada kisar
1-2 biji bawang besar
5-6 ulas bawang putih
santan dari 1 biji kelapa
1kg mi basah - celur dengan air didih
Rakan² rebus - seperti gambar di atas

1. Tumis bawang & bawang putih, masukkan lada kisar & pes kari
2. Bila pecah minyak, masukkan daging, tetel & air rebusan
3. Campur santan dan kacau, masukkan udang, taucu & daun salam
4. Masak sampai masak (eheh?)
5. Hidangkan dengan rakan² rebus


Soalan² macam 1) kenapa mi rebus ni tak pakai kentang/keledek untuk pekatkan?, atau 2) kenapa lain sangat dari mi rebus jawa lain?, atau 3) ni sebenarnya mi kari kan? tak dapat saya jawab sebab memang saya tak tau. Ehh, kecuali soalan ke-3, jawapannya Mak Nyai saya kata "MI REBUS"! Heh. Mak Nyai saya ajor macam ni. Dia tak pernah buat mi rebus pesen lain. Agaknya dia tak asal dari tempat sama dengan jawa² lain kat Tanah Melayu ni. Katanya dia jawa bengkalen... keturunan orang ada² kot tu. Kah kah. Jadi marilah kita anggap ni makanan orang² jawa bangsawan, ok.


Before

- and after
Daun salam ada tu, tapi takkan la nak cedok sekali masuk pinggan


Err, jawa² kebanyakan di luar sana, toksah la attempt cakap jawa dengan saya sebab I speakke only d'italianno! Hehe. Acting diva betul hari ni. Eh tapi kan, korang tak rasa ke bahasa itali tu bunyi macam bahasa jawa? Con te partiro. Dove posso trovare il bagno? Opo la bocah iki. Mi sono perso.


Herbologi



Seekor Seorang IbuSinga telah bertanya, daun salam = daun selom ke?



Kelas bimbingan bergambar:

Yep, yang kering pun masih boleh guna

Daun selom
Ada orang panggil daun ceylon
Kita panggil ulam



Ibu Singa bukan tak tau sayur, dia tau sayur² Syawal dengan Mastura je:

Kashan

Turun

Felato'

Fayafa


Tuesday, 27 October 2009

Daun salam

Basuh pinggan petang-petang, tiba-tiba teringat...

Mok : Abaaaahhh! (melaung)
Abah : OII! (melaung jugak)
Mok : Besok abah nak pegi mancah pagi-pagi ke?
Abah : Ha'ah.
Mok : Boleh tolong ambikkan daun salam kejap? Kang besok tak sempat, orang nak masak nak guna.

Dah nak maghrib kala, orang tua tu pun merapak ke atas bawak parang. Atas - sebab rumah tepi bukit, pokok salam kat atas nun. Dia balik, dia hulur kat pintu dapur. Orang mintak setangkai ke gitu. Dia ambikkan ---





SEDAHAN!
Ambik kau!

Aiii, beri hati nampak, heheh

Boleh explain?


Monday, 26 October 2009

Warong Sham

Warong Sham
Jalan Kluang, Batu Pahat

Cikang panas, ooohh, cikang panas
Sedap diminum untuk sejukkan badan kalau demam

Kat KL jarang ada orang jual cikang, kalau ada pun tak pernah menepati citarasa. Isi entah apa². Kat kedai mamak ada sekali dia letak halia... erkkk? Tu namanya cikang sarbat kot, bukan cikang panas. Pernah jugak jumpa orang KL letak telur burung puyuh dalam cikang. Apakaaahhh?

Nasi goreng ayam

Soto ayam goreng

Heheh, nama dia soto je. Saja panggil camni sebab ayamnya dia goreng dulu. Nak kasi tahan lama kot. Saya tak biasa buat/makan soto dengan ayam goreng... koraiihh! Tapi sedap lagi la dari soto beli kat KL. Eh. Apa ni namanya? KL-bashing ke? Haha.

Sunday, 25 October 2009

Posto, kartun, rindu


Keindahan langit pagi 83000

Keajaiban kucing tanpa kepala di 86400, lebih kurang 20 minit dari 83000

86400

Kat Batu Pahat ada Parit Raja, Muor pun ada Parit Raja (84000). Kat Batu Pahat ada Panchor, Muor pun ada Panchor. Kat Batu Pahat ada Bukit Pasir, Muor pun ada Bukit Pasir (84300). Sapa tiru sapa ni? Tapi kat Batu Pahat ada Parit Sonto (86100), Muor takde! Jadi dia orang takde lah Usop Sontorian yang femes tu.

Apa yang merapu sangat cerita pasal poskod ngan kartun semua ni?

Asalnya nak cerita sambal goreng babat ni je
Kat Kedai Salim, Kompleks Niaga Parit Raja
Takyah cari Salim, dia dah meninggal... kaum kerabat dia yang uruskan kedai tu

Ni nasi ambeng wannabe dari kedai dia... lontong pun sedap

Dekat-dekat situ ada jugak Kedai Wak Salam yang saya lagi suka sebenarnya. Saya jadi pelanggan Wak Salam dah lebih 25 tahun. Ajaib gak tu memandangkan saya baru 23 tahun. Kali terakhir saya makan kat kedai dia dalam 2-3 tahun dulu. Sekarang dia dah tak kuat rasanya, kedai pun dah jarang bukak. Rindunyaaa kat wak! (Err, rindu nasik dengan ayam kicap wak sebenarnya). Saya doakan wak sentiasa dibawah rahmat Allah. Wak kasi saya makan sejak saya kecik, wak! Saya bersyukur dan sangat berterima kasih. Walaupun tiap-tiap kali wak bagi saya makan, bapak saya bagi wak duit. Heheheh heheh.



Kucing bersihkan bulu lah... takyah kecoh :p

Saturday, 24 October 2009

Kopi cap tivi


Baru ada cawan hailam 1/2 dozen dah berangan nak bukak kedai kopi


Dua orang kerabat kucing sedang berbual
(tiada kena mengena dengan gambar di atas, mahu pun di bawah)

Suami : Bla bla bla
Isteri : Bla bla kopi o peng bla bla ghuti bakor bla bla bla
Suami : Apasal awak ni cakap macam orang Johor sangat?
Isteri : Dah memang kita orang Johor... awak kononnya orang mana?
Suami : Eh, errr, kita Johor jugak, hehehehhh

Bang Ja'por, bang Ja'por... tsk tsk tsk, baru lima tahun duduk Kedah dah nak lupa asal usul. Padam -01- dalam ic tu baru tau. Hihi.


Kat Johor ada kopi cap televisyen
Kedah ada? Takde kaaannn

Rasa dia lebih kurang sepesen dengan 434
La la la la... sedaaappp

Friday, 23 October 2009

Kambing rosmaria


Kita makan sayur tau, doktor

Rencah rosmaria

2 sudu besar marjerin - cairkan
2 ulas bawang putih - racik halus
1/2 biji lemon
sedikit rosmaria
lada hitam & garam

Campur semua

Perap kambeng dengan rencah di atas sekurang²nya 2 jam
Bakar dengan bawang besar & sayur² pelbagai tu sekali

Siap [konon² medium rare ni]

Makan


Wednesday, 21 October 2009

Haagen Dazs


___

___

___

___



Sila isi tempat kosong mengikut kreativiti masing²
(10 markah)

Bawang putih bawang merah

Juga di pasar tani maeps

Mak kata kalau gi tempat orang, tangan jangan meropes

Kan dah penat abang fama tu kena kutip bawang terabur... hihihi
[caption gambar: bawang merah kena kutip bawang yang bawang putih jatuhkan]

Tuesday, 20 October 2009

Hoi hoi

Hoi nasi goreng, hoi bubur kacang
Mi rojak, hoi nasi
Hoi bubur, hoi mi siam

Tukang masak kerjanya enteng
Bangun pagi masak nasi goreng
Campur cili campur udang kering
Bila makan mata naik juling
Memang lazat, memang sedap
Kurang masin boleh tambah kicap

Nasi goreng sudahlah terpuji
Seantero dunia seluruh negeri

Hoi nasi, hoi nasi
Hoi nasi, hoi number one!

Tukang masak kerjanya senang
Habis masak cekik bubur kacang
Campur gula hai setengah dulang
Bila makan rasanya trang tang tang
Memang manis, memang lemak
Kalau ngakit ngak boleh banyak²

Bubur kacang sudahlah terpuji
Seantero dunia seluruh negeri

Hoi bubur, hoi bubur
Hoi bubur, hoi number one!



Ngantuk la, beb...

Prospepper burger

Prospepper burger
Di pasar tani MAEPS, Serdang tiap² pagi Sabtu

Everybody tasted? Saya belum rasa pun masa baca ni...

"Kak, apasal bekas goreng begel akak hitam berkarah?"

Tebal kan? Kalau tak belah dua, besok baru masak

Begel tebal dan tempat bakar begel berkarah ni juga ada di pasar lambak Presint 2, Putrajaya

Begel leper 4-persegi

Begel ayam

Begel daging... ooohhhh, sedap!



*Begel = burger