Wednesday, 30 September 2009

Beskot raya

Sekarang ramai orang tengah puasa 6 kan? Time² macam ni la kuih raya yang selama ni layan tak layan rasa macam melambai² je kan? Hehe. Marilah berkenalan lebih rapat dengan beskot² raya di rumah saya:

Baris atas, dari kiri ke kanan:

1) Mini popia ponjot (tak bentuk popia pun)
Asal - Pahang
Harga - kakak ipar no4 bagi

2) Tak tahu nama
Asal - Bandar Mas, Kota Tinggi
Harga - kakak ipar no5 bagi

3) Kuih bangkit - yang menyebabkan saya sengkek pada satu hari di bulan Ramadhan
Asal - KL
Harga - RM13 sebotol

Baris bawah, dari kiri ke kanan:

Asal - Subang/Shah Alam... situ² lah
Harga - pree!

5) Butterfly cookies
Asal - Batu Pahat, Johor
Harga - kakak ipar no3 bagi

6) Chocolate chip cookies
Asal - Batu Pahat, Johor
Harga - RM16 sebotol

Tiada dalam gambar di atas

7) Tat nenas
Asal - Shah Alam
Harga - kakak ipar no2 bagi


Haa kan, siapa kata raya ni banyak membazir, memang tak pandai bodek kakak ipar tak bijak berbelanja. Err, kakak ipar no1 bagi apa? Dia beri perhatian dan kasih sayang. Haha. Sesapa yang nak menuntut ilmu lembutkan hati kakak ipar, boleh hubungi saya. Pengerasnya kambing sekor masak beryani gam :)



Status terkini:
Chocolate chip dan tat dah habis 1 botol each. Yep. Eh takpe, takpe, jangan susah hati, keadaan masih terkawal. Saya dah tau chocolate chip tu akan habis dulu, maka saya sudah beli 3 botol. Keh keh keh. Yes, you read right - 3 [tiga] botol. Jadi ada lagi 2. Tapi takyah la buat susah² offer diri nak datang raya, saya boleh makan sendiri sambil tengok (dan menyumpah²) ulangan takbirsuci 1-2-3-4-5... lagi 1-2 hari habis la tu. Hehe.

Sekian dilaporkan dari bilik berita eat-tv.

Dalam ingatan

30 September 2000, Muhammad Ad Durrah ditembak mati di Netzarim

Ingat lagu M Nasir tu, Masirah?

"Mereka yang dilanda derita
Redhalah hari mu kan tiba
Cahaya Kekasih Yang Benar
Menghapus segala api kemarahan"
- M Nasir, Salam Dunia

Tuesday, 29 September 2009

Marhaban II

Gambor minggu lepas

Gotong royong adik beradik ipar duai
Statement macam la 300 orang datang, padahal 30+ je

Orang lain masak

Orang lain angkat dulang

Orang lain (ehem) hidang

Pandai kaaan, menantu pempuan Hajjah Hawa susun pinggan
Boleh dapat A :)

Monday, 28 September 2009

Chocolicious

Masa bulan puasa hari tu saya dengan rajinnya masuk contest beri nama biskut. Sekali termenang lah pulak! Ahak. Maka sebagai hadiahnya, dapat lah kuih raya free dari pihak penaja, Mamafami ;) Thank you, thank you... selamat dari susah² pikir nak beli kuih apa - masa tu ada dua telap lagi kosong belum berpunya.

Abaikan bekas yang pecah tu, hantar pakai pos... posmen jealous agaknya, tu pasal dia kopakkan sikit. Tapi dalam kekopakkan itu, cuma 1 bijik je biskut yang pecah yang lain pecah dalam perut deris. OK, kan. Hehe. Suka!!

Ini dia... CHOCOLICIOUS
Eh, kita kasi nama ni tau!

Sedap! Hopefully jadi household name time raya, macam marmar carries ke, baulu ke, semprit ke, heheh. Kalau ada yang rajin nak cuba sendiri, resepi ada di sini. Terima kasih lagi, Mamafami. Lain kali rajin² buat contest lagi ye (pesanan membawa seribu harapan orang lain tak menang... jahatnya). Ngeh ngeh.

Sunday, 27 September 2009

Penat

Assalamualaikum ya akhi!

Summary untuk seminggu adalah : PENAT!
Kena ambik nafas, minum kopi (sebulan tak minum sebab takut pedih perut), kumpul tenaga

Eh, Budak Hantu, ko ingat ko je ke ada cawan kopitiam ni?
Hehe, aku pun ada... aku punya tak beli kat reject shop claytan, kih kih :p

Ada lagi sekotak kopi ni, tak abis-abis
Kembali minum kopi 434 / cap televisyen
Apakah ertinya?

Tak, tak, kita orang tak taasub produk negeri sendiri... tak langsung :|

Friday, 18 September 2009

Balik

Kopi tajaan institut resesc keselamatan jalanraya
[Perasan tak lidah melayu susah nak sebut research?]

Saya balik Johor malam ni. Sesiapa yang sehaluan lalu southbound PLUS sila bawak kereta berhati². Kalau mengantuk - berhenti, makan donut atau minum kopi. Dan baik² singgah kat r&r sebab kebelakangan ni saya tengok banyak mat-gian-type people yang berlegar² nak menjual henpon buruk (confirm curik), siap ketuk² cermin tingkap kereta lagi. Tak tau apa dia orang boleh buat time² orang ramai macam ni.

OK. Pandulah dengan berkhemah berhemah ;)

Thursday, 17 September 2009

Entri rojak

1) Air yang best

Jus nenas + lemon + aiskrim soda bodoh
Masih tak reti² ambik gambar air



2) Telemovie raya yang best

Cerita ni rasanya dah 2 kali raya keluar tivi. Kelakor! Nak balik Keramat, pakcik kereta sapu pegi hantar balik Segamat... tak kesian ke? Tahun ni kalau ada ulangan, nak tengok lagi. Tengok kat internet tak puas. Ada part² yang bisu pulak tu.

Tolong lah ass.tro tak keluarkan lagi re-run takbirsuci 1-2-3-4-5 dan pondokburok 1-2-3-4-5 untuk kali ke 17. Muak sangat dah tengok. Err, tapi kena tengok jugak (sambil menyumpah²) kalau keluar sebab saya addicted telemovie melayu. Selain filem tamil... kah kah.



3) Hari ini yang best... la jugak

Jalan dah tak banyak kereta [weehee, boleh f-one], ofis dah tak ramai orang [weehee, boleh tidor]. Untuk sekelian warga kota, pegi pegi pegi balik kampung cepat² hari ni, kasi clear sikit jalan besok tuanku kucing nak balik pulak.

And incidentally, kepada pemandu bongek depan saya pagi tadi: Apa motif kau bawak slow² masa lampu hijau dan pecut bila lampu dah kuning? Rasa high ke bila tengok kereta belakang semua tersangkut kat lampu merah? Sila jangan cuba nipiskan pahala puasa orang lain dah nak hari² terakhir kutip pahala ni :p



Entri yang agak merapu. Mental saya terganggu tiap² kali hujung ramadhan (tak minat nak raya).
Atau overdose jus ketum ubat semput masa sahur pagi tadi. Ishk.

Gloomy days ahead

Wednesday, 16 September 2009

Cerita duit II


Pro log : Duit dalam purse ada $30. Cukup la tu sampai cuti raya, bukan ada nak beli lunch pun. Tiba² sorang kakak kat ofis bawak kuih bangkit. Nak beli tak?, dia tanya. Hmm, ok je la. Kuih saya pun belum cukup 6 jenis (1 set botol kuih, 1/2 dozen kan), kalau letak 1 jenis kuih dalam 2 botol macam cikai sangat la pulak. Hehe. Bengkrap $26. Kuih bangkit dia tak mahal, saya yang gatal beli 2 bekas sebab nak bawak balik Johor 1. Macam le orang Johor tak reti buat kuih bangkit, haha.


Baki cash : $4. Petang tu, on the way balik kerja, tiba² dapat call dari seseorang. "Buka kat ofis I ye, kerja tak siap. Tolong belikan kfc". OK. Saya kan solehah (wink²). Terus tuju mall yang satu tu. Sebelum tu teringat nak korek² glove compartment (itu ke nama dia kalau kat malaysia? mana ada orang sini pakai glove)... jumpa voucer kfc $10. Pastu terus cari atm. Cucuk 1 kad.

Baki akaun : $33. Boleh bawak keluar $20. Tekan-tekan-tekan, sekali salah akaun, savings gi tekan current, terus dia ludah balik keluar kad tu. Orang dah beratur kat belakang. Buat² macam salah kad... cucuk kad lain.

Baki akaun : $10. Hampeh langsung tak boleh bawak keluar. Orang dah makin ramai beratur kat belakang. Tebalkan la muka, masuk balik kad yang mula². Pastu baru teringat - macam mana kalau mesin ni takde duit not 10-10? Adoiiii. Gila banyak berdoa. Fuhh, keluar 2 keping duit $10, baru lagi. Bau duit, sedap! Hehe. Tunduk² jalan gi kfc sebab malu nak toleh tengok line dah berapa panjang tunggu saya cucuk 2-3 kad.

Baki cash+voucer : $34. Dari jauh cek² menu, apa yang mampu beli. Settled for mini combo - 4 ketul ayam, popcorn chicken, fries, air 2, $30.05. Doa-doa-doa cukai tak mahal. Rimas la, makan pun nak kena cukai. Berapa banyak orang lembaga hasil dapat bonus tahun ni? Budak kaunter tekan² cash register, lepas tax kena $31.55. Ambik food, jalan.

Baki cash : $2.45. Ya Allah, tolong lah duit parking jangan sampai $2.50. Ada yang buka sorang² dalam kereta kat carpark ni karang (tapi dapat ayam 4 ketul, weehee!). Gi mesin parking, duit semua genggam kat tangan je. Doa-doa-doa. Dia tulis : Sila bayar RM1. Lega!

Baki cash : $1.45. Alhamdulillah.


Epi log : Saya baru tersedar kenapa Allah sebenarnya sayang orang dalam kesempitan. Bila kita rasa susah, kita lagi banyak berdoa dan ingat pada Dia. Tu baru sikit tu. Elok juga rasa macam ni sekali sekala (sekali sekala je la, tak nak selalu, takuttttt). Baru tau macam mana perasaan orang susah teringin nak makan sedap. Puas berkira² duit kat tangan. Ishk. Sedih.

Tuesday, 15 September 2009

Cerita duit I

Gambar² hiasan, sila belajar multi-tasking, tengok gambar sambil baca cerita, heh ;)

Saya nampak orang kena ragut. Wait, scratch that. Saya dengar orang menjerit mintak tolong. Kat tepi rumah pangsa saya duduk tu ada jalan kecik yang bersambung ke blok seberang jalan besar (kira macam underpass la). Jalan tu sunyi dan banyak anjing liar. Selalu jugak dengar orang menjerit kena kejar anjing. Tapi kali ni jeritnya tak berhenti dan tak disahut bunyi anjing menyalak. Apahal ni?


Saya keluar ke balkoni. Kat jalan kecik tu ada sorang perempuan (saya rasa indon) terpekik² mintak tolong, dan jauh ke depan dia ada 4 orang lelaki (saya agak melayu) naik 2 bijik motor tengah pecut. Tak nampak nombor plet. Alamak, saya pulak yang rasa panik. Nak buat macam mana ni?? Rumah saya tinggi. Kalau nak salin baju, cari tudung, cari pin, pakai tudung, cari kunci rumah, bukak pintu rumah, kunci rumah, tekan lif, tunggu lif, tiba bawah - sementara tu budak badigolsood lelaki 4 orang tu agaknya dah tiba olaklempit [[BANGGGAAANGGG punya budak!!]]. Kalau telefon polis pun, apa description yang saya boleh bagi? 4 orang budak naik 2 bijik motor? Melambak² orang naik motor kat situ. Ada ke polis nak layan?


Macam mana nak tolong perempuan ni? Dia masih terjerit². Mana ada orang kat luar tengah²hari buta, hari tak kerja. Orang duduk rumah tidor, tak pun tengok ulangan qamar bani hashim (tak abis² saya ni, heh). Ada kereta lalu, perempuan tu kejar mintak tolong, kereta tu tak berhenti. Err, agak² saya pun takut jugak kot nak berhenti kalau drive sorang²? Pastu ada kakang* naik basikal lalu, dia mengadu tunjuk² arah motor tu lari tadi, kakang tu pun kayuh laju²... tak tau la nak tolong kejar ke nak cepat² beli tepung bini dia nak buat jemput² untuk buka puasa. Perempuan tu meraung lagi. Last² ada kereta lalu dan berhenti, cakap², tanya², tunjuk², perempuan tu masuk kereta dan jalan.

Eh, harapnya gi balai polis la kot, jangan pulak kena culik!!


Saya terkilan tak dapat tolong orang yang dalam kesusahan. Saya sedih peristiwa macam ni berleluasa pada bulan Ramadhan (bulan lain pun geram jugak tapi bulan mulia ni lebih lagi la). Saya marah sebab orang² ni mencurik bukan sebab dah lapar sangat tak cukup makan, tapi sebab nak beli dadah, atau nak hidup lebih senang dan lebih mewah. Eh, mewah sangat ke kalau kau curik beg amah balik kerja pastu nak syer 4 orang? Otak letak kat lutut.

Saya cuma dapat doakan sesiapa yang kena ragut/curik/rompak akan dapat ganjaran lebih besar dari tuhan, berbanding harta dia orang yang hilang.





Dan kepada budak 4 ekor yang meragut hari tu...

Huh, korang ingat aku takde kaki ke? Spek dia melekat walaupun takde batang!!

Bersenang²lah korang di dunia
Kat akhirat nanti, jaga²...
(Tapi kadang² kat dunia lagi dah dapat balasan, c.o.d)




*malamnya, kakang naik basikal tu pulak menjerit kena kejar anjing masa nak pegi solat isyak/terawih

Monday, 14 September 2009

Bantal adalah nikmat

Whooaaa, mengantuuukkk! Mata tak boleh celik. Koordinasi otak-badan dah out. Lagi² time bangun sahur. Nak bukak pintu mikrowave gi bukak pintu peti sejuk (hatta menyimpan semula lauk ke dalamnya), nak potong bawang terpotong jari kentang, nak goreng ayam pakai senduk. Apakaaaahhh?

Badan letih, tak cukup makan tidor. Bawak kereta tersenggut, park kereta tersenggut, lintas jalan tersenggut, tekan lift tersenggut, update blog tersenggut. Cemana ni?

Lauk daging gerai pak munawer, dipercayai tidak mengandungi sisa² radioaktif

Malas la nak raya macam ni. Boleh escape tak? Doktor, boleh kautim² kasi mc ka (nanti kita isi borang cuti, submit kat abah, haha)? Bukan apa... Dah mata asik nak terkatup, jalan pun senget, cakap tak betul... nanti orang takut nak kasi kita raya rumah dia. Tak gitu?







"Ootaaaak, oootaaak"
"Assalamualaikum, kami datang nak raya"



Ada orang nak bukak pintu ke?

Sunday, 13 September 2009

Biskut batik

Awat la gelap sangat?
Tukar nama: biskut dayang senandung
[Masih tak berapa redha memanggilnya kek, sebab tak guna mixer pun!]

Bahan²:
400g biskut marie - patah²kan
2 biji telur
1 cawan gula
250g mentega
150g serbuk koko atau milo
1/2 cawan susu segar
1/2 cawan susu pekat

Cara²:
1. Kacau sikit telur dengan gula, ketepikan
2. Dengan api kecik, cairkan mentega dalam periuk, campur koko/milo dan gaul rata
3. Tambah susu segar, susu pekat, dan telur + gula, kacau lagi
4. Masukkan biskut marie, gaul rata sampai semua bahagian biskut dah disaluti adunan koko
5. Tuang dalam loyang yang dah dialas dengan kertas aluminium
6. Biarkan sejuk, simpan dalam peti sejuk
7. Keluarkan, potong, makan :)

Kurang menciutkan (refer: iklan sabun basuh pinggan zaman dulu²). Puas la pikir kenapa tak sama macam dulu, last² teringat - dulu guna milo! Ooo, milo lagi sedap, makcik baru tauuu!! Ala tak ciut pun, tau² dah separuh loyang habis... tak boleh jadi! Saya bungkus dengan aluminium foil, sembunyikkan kat freezer. Tak tau la time raya besok keluar jadi apa, haha.

Nasib la sesapa yang berani nak datang raya rumah aku! >:)



Maka setakat ini, kedudukan carta keinginan-keji adalah seperti berikut:

Kek coklat - nanti dulu, nak dekat² cuti nanti baru buat
Biskut batik - tak menciutkan tapi sedap juga
Kek lapis broadband - hmphh, hanget!
Kek buah - dibatalkan, beli yo

Bukan kek tapi disebut:
Cornflakes crunchies - orait!

Takde dalam senarai asal:
Cornflakes madu - tak nak lekat, kesilapan teknik
Kek marble - kalau rajin nanti buatkan untuk abah

KOG menunjukkan skil luarbiasa dalam mengumpul resepi, mengatur jadual kerja dan mengutip dana untuk menjalankan projek. Tapi terdapat penurunan dari segi kegiatan amali berbanding tahun lepas. Hasil akhir tidak menunjukkan sebarang skil seni dan rata² kurang memuaskan. Perlu buat lebih banyak latih tubi. Must try harder. Sekian laporan prestasi untuk penggal ini.

Saturday, 12 September 2009

Cornflakes madu

Semua biskut raya (ala 2 je pun) bertemakan cornflakes sebab malas nak sukat² tepung, gaul², canai², terap² etc. Biskut pesen tu nanti beli je. Lagipun... (bisik skit) yang buat sendiri ni sebenarnya (bisik lagi perlahan) nak makan sendiri! Sshhh!

Ah Poh yang ajar buat ni... sonang yo, dia kata - panaskan mentega sebuku

Tambah madu (agak² banyak mana ikut manis dia), masukkan cornflakes, kacau² kasi rata
Jangan lama sangat nanti lembik

Masukkan dalam cups, biar sejuk... nanti dia lekat sendiri

.

Tapi lepas 5 minit, tak lekat pun... lagi 10 minit, tak lekat puuunnnn!
Sms Ah Poh - betul ke takyah bakor benda ni?
Ah Poh jawab - entah, mana aku ingat... last buat tahun 1995 dulu

Memang nak kena beduk tauuu!!

Tak jual
Oo choc chips tu tipu, recycle telap tahun lepas

Sedap tu sedap la... cornflakes buat gaya mana pun sedap kan. Tapi bersepai tak nak lekat. Macam cornflakes keluar dari kotak je. Kejap lagi ada yang kena curah makan dengan susu masa sarapan sahur ni karang. Huh. Buat membazir cups je.

Friday, 11 September 2009

30-day search for reward

Safe up at 5 am and fried vegetables while cruel eyes
Welcome to the breaking of the stomach can not move sendat
Safe celebrating Ramadhan al Mubarak

Decorative pictures, hik hik

* Credit subject to Anuarsalleh that macho is





Aktiviti kurang kerja menggunakan google translate
Entri asal 1 Ramadhan 1430H

Do not forgot 10-night search for reward more at end Ramadhan :)

Kih kih kih


Cornflakes crunchies

Jenuh nak tanggalkan cups ni, huh

Bahan²:
31/2 oz mentega
1/2 cawan gula - saya kurangkan sebab kismis dah manis
1 biji kuning telur
3/4 cawan tepung naik sendiri*
1/4 cawan tepung gandum*
3/4 cawan kismis
3 cawan cornflakes - separa-hancurkan
cups saiz kecik
* tak guna tepung naik sendiri pun, saya guna 1 cawan tepung gandum + 1/4 sudu serbuk penaik

Cara²:
1. Pukul mentega dengan gula. Pakai mixer ye, jangan ada yang buat kelakar kata nak pukul pakai rotan :p
2. Masukkan kuning telur, pukul lagi sikit
3. Masukkan tepung, kacau rata
4. Campur kismis dan 1 cawan cornflakes, kacau
5. Bulat²kan, golekkan dalam lebih cornflakes, letak dalam cup
6. Bakar - tak ingat berapa suhu dan berapa lama [haha, jahat tak kasi resepi macam ni?]
7. Biar sejuk sebelum masuk dalam telap

Versi rajin

Versi malas - tepek² je, lagi pun cornflakes nak buat golek² tu dah habis
Confirm yang ni masuk mulut terus kan, hihi

Nak beli? :)

Thursday, 10 September 2009

Kabsah Saba


Ni weekend lepas punya kerja, rindu kat kambing Saba, hehe
Saba dah bagus sekarang, ramai pekerja Melayu, faham bahasa, komunikasi improved

Acar timun dan kuah lada dia
Lada kecik warna merah tu campak sendiri, sebab tak cukup pedas

Untuk makluman, Saba bukak pukul 4 petang - 2 pagi tiap² hari. Kita orang tiba situ dalam 4.43, kasi orda kat 'order station' dia (ada 2 tapi bukak 1 je) ((order station ok, bukan kaunter bayar, dia orang ada sistem sekarang, wuhuu!)), dah orda dapat nombor, 2259. Lepas tu duduk lah melanguk tunggu orang jerit nombor kita tanda food dah siap. Orang yang menunggu sebelum kami rasanya lebih 20 orang. Sabar je la, kambing punya pasal kan.

Dah setengah jam macam tu, nombor yang dia panggil dah caca-marba. Dari 2245 naik 2249, kang tiba² 2253, lepas tu 2260. Aihh? Tapi ye la kot, kalau orang 2247 order lamb hanith yang masih dalam oven, orang 2249 order grilled chicken yang dah siap di-gril, tentulah 2249 dapat dulu, kan? Dia orang bukan masak sekor² bang, dia masak sekawah, dan tiap² makanan tu preparation time mesti tak sama.

Tapi ramai orang dah tak puas hati. Apa guna sistem nombor, dia orang komplen kat budak arab jaga kaunter, tah budak tu paham ke tidak, haha. Kita orang tengokkan je, sambil ketawa² kecik dalam hati (wah, evil sungguh rasanya). Nombor dah lompat 2265, tiba² satu abang dah hilang sabar, dia mendengus lempar slip nombor dia kat meja depan kita orang, terus hentak² kaki blah. Heh. OK, taklah lempar kuat mana, kertas sekeping je, tapi kena la drama skit.

Tengok nombor dia, 2250... dia tiba 4.33 - 10 minit lagi awal dari kita orang. Tak sampai 1 minit abang tu blah, budak waiter jerit "2250! 2250 siapa?". Kita orang: dah balik kot. Budak waiter angkat bahu, letak je food tu kat meja. Kita orang pun ngendap: lamb kabsah 1, chicken kabsah 1. Pandang². Amacam? Buat lauk sahur? Set.

"Abang 2250, terima kasih saya ucapkan. Disebabkan abang tak sabar 1 minit, saya tak payah bangun awal masak sahur hari tu, kih kih".



* Kami dapat pesanan 2259 nak dekat 5.30 petang
** Kami tak curik makanan abang tu, kami bayar :p