Monday, 31 August 2009

Sunday, 30 August 2009

Lipat sembosa


Ada orang asik sebut-sebut sembosa, sembosa, sembosa...
Tapi dia panggil samosa, sama la tu

Berikut adalah cara-cara melipat sembosa:
(Apasal gambar ni jadi conet plak? Tadi dah siap-siap ukur)

1. Kulit popia dipotong 3

2. Ambik sudut bawah kiri, dan lipat ke atas membentuk segitiga
Dalam gambar tu jadi segitiga tak tepat, tak tau la kenapa

3. Ambik bucu yang genjot tu (berguna jugak la dia senget, senang nak refer);
Lipat ke bawah-tengah supaya jadi bentuk piramid pulak

Pandangan dari sisi, dah jadi macam kon tu

Sumbat dengan isi kegemaran anda

Lipat kasi tutup
Gambar ni tonggang terbalik sikit - maafkan lah saya

Dapat 10 bijik, tu pun rasa dah nak pengsan
Macam mana orang buat mini popia nak raya ni? Tak gelap mata ke?

Dah, gi praktis pakai kertas buku latihan koyak kat tengah

Patutnya tak makan langsung hari ni, tapi peer pressured into it, sheessh


Rancangan tergendala

Mesin timbang
Tengok nombor
.
.
Ini kilo ke paun?
Kira pakai kati ke?
.
Takkan laaaa
.
Tak logik!!!

Semua aktiviti masak, makan dan minum diberhentikan buat sementara waktu
[Sementara waktu tu ada dalam 15 minit kot? :p]
.
.
Benci tau!

Saturday, 29 August 2009

Kek

Dah 3 hari, saya tak boleh bergerak dalam mode lain kecuali "kek".
Dalam otak asik pikir kek apa nak buat untuk raya (bukan pikir nak buka apa). Oh sungguh keji!

Top-listed adalah:

Kek coklat

Kek batikAlign Centre
Yang tak kek pun sebenarnya, biskut marie je
Dan bukan untuk raya tapi untuk tekak sendiri lepas buka, haha

Kek lapis milo-horlicks
Saya panggil kek broadband sebab jalur dia lebar, tak kuasa nak lapis jalur halus-halus
Orang Serawak panggil ni kek holiday inn, betul ke?

Kek buah kukus
Yang tak gosong macam tahun lepas punya la! :p

Tangan dah gatal siap-siap buat list apa benda nak beli. Yang mana satu menjadi ni agaknya. Mungkin bukan semua, mungkin ada yang kena eliminate dan masuk peserta baru pulak nanti. Heh. Hari ni saya akan cuba jauhi diri dari buku Kek Lapis Serawak Rabiah Amit dan Chef Wan's Sweet Treat. Tiiit. Tiiit. Dalam buku Chef Wan tu ada resepi cornflakes crunchies (ala tak tengok buku pun dah hapal isi!)... sedap jugak tu kalau buat. Oh tidaaaaakkk!

Friday, 28 August 2009

Kambing masak hitam

Aktiviti 'ko-ko' pra-puasa

Sebelum Ramadhan hari tu, jiran saya nak buat aqiqah untuk anak dia yang baru lahir. Bukan jiran yang kuat menumbuk tu, jiran lain. Dia nak pilih dan sembelih sendiri kambingnya. Kami pun mengikut-(sebenarnya menunjuk jalan)-lah dia ke ladang kambing kat Sungai Merab.

"Dengar sini, murid²..."

Kelakar ok, tengok mamat berdua ni kejar kambing. Sorang tukang agah, sorang lagi ready pegang spray, nak buat tanda kat kepala kambing yang dia berkenan. KOG dan rakan² macam reporter diri tepi kandang ambik gambar, hehe.

Senang je tangkap kambing rupanya. Ewwahh! Haha. Kalau dapat grab kat kaki dia, dia terus 'lumpuh' diam tak bergerak. Ni tengah cek gigi, cukup umur tak. Kalau macam saya tak cukup umur la sebab belum tumbuh geraham bongsu. Selamaaat aku tak kena sembelih. Hahaha.

Di ketika ini kambing tu dah terkencing akibat penat berlari/excited nak jadi korban/takut... maka saya dah rasa tak sampai hati nak tengok lagi. Jalan² tengok kambing lain yang belum nak jadi lauk.

Nak kambing apa? Jamnapari? Biri²? Boer?
Sebenarnya tak tau apa² pasal kambing, saja sebut nama suku kaum dia banyak² macam reti sangat

'Ssup dude?
Mana pegi telinga engkau?

Aktiviti memilih kambing, menangkap, menyembelih , melapah, memotong kecik, mempacking semua selesai lebih kurang 2 jam saja. Terer kan. Saya ingat nak kena sekerat hari jugak ngerjakan kambing ni. Rupanya kejap je.

Pastu balik rumah, masak! Yabedabedu. Awal² dah cari resepi kambing masak hitam, jumpa kat Blog Resepi.

Blend: bawang, bawang putih, halia, kulit kayu manis, cengkih, bunga lawang

Campur 1 sudu kecik jintan manis, 2 sudu besar lada kisar & kicap - gaul dengan kambing, perap sekurang²nya 1/2 jam

Panaskan minyak, tumis semua, tutup periuk kejap - masukkan air asam jawa, biar sampai daging lembut (lamaaaaaaaaaaa!), saya buat 1 jam pun ada kenyal² jugak lagi

Ehem... berapa markah? Saja letak cherry tomato nak perasan naked-cep sikit

Buat ayam kormak jugak

Alhamdulillah
Semoga baby jiran saya tu menjadi anak yang soleh dan tak buang² biskut-tak-abis-makan ke luar balkoni...
Ye, dik ye! :)

Thursday, 27 August 2009

Ayam kicap

Buka puasa 1 Ramadhan... baru ter-rajin nak pindahkan gambar, ahak

Pukul 4 lebih dah lintang pukang masak sebab nak siap sebelum pukul 6, nak tengok Qamar Bani Hashim kat 106. Potong² bawang, tumis, simbah kicap, letak ayam, baling kentang, cempak tomato, angkat, letak kat meja. Macam ada yang tak kena je. Pusing² kat dapur... keruk² kepala sikit buat gaya Mr Bin. Alamak! Tak letak asam/sos tomato. Apakah perasaan kicap itu tanpa agen pe-masam? Nak rasa, tak boleh. Nak biar je, nanti kalau tak sedap kesian orang buka puasa hari pertama kan...

Nak panaskan balik dalam kuali, tak rajin (kuali dah basuh, nak masak ayam masak merah [a.m.m] pulak). Saya jingkit² ke meja, celup jari sikit dalam kuah kicap - panas lagi. Belum terlambat, boleh buat sesuatu! Maka dengan penuh tawakal dan baca bismillah berkali², saya tuang 2 sudu besar sos tomato - belasah le - dan godak².

Pukul 7.18 time buka, acah² tanya, "OK tak?". Abah jawab, "Sedap". Kih kih kih. Selamaaaaat.



* Qamar Bani Hashim takde pun hari Sabtu! Weekdays only
* A.m.m dapat dimasak tanpa sebarang kejadian ngeri

Tuesday, 25 August 2009

Lawas

Ingat ikan ni? Ikan memberot pun comel, hehe
Sekarang dia tinggal sekor dalam balang sebab dia dah berjaya gigit-mati ikan bandaraya tu.
Hebat tak?

Jangan lupa makan buah-buahan dan sayur di bulan puasa ni supaya tak sakit perut masa melabur nanti :)


Monday, 24 August 2009

Peknik

Malas nak cakap pasal puasa/lauk buka/bangun sahur
Jadi bukak cerita pra-Ramadhan hari tu

Pegi peknik, kata Haji Bakhil

Ketaasuban saya dengan produk Arnott's, hehe... pegi peknik pun bawak biskut dia


Mini peknik je, minum², makan² biskut...

... makan² buah
Titik hitam atas huruf "o" London tu adalah seekor lalat! Besor gila!

Terbayang nyamannya udara

Sekarang duduk dalam pejabat/bilik/kereta pun kena pakai mask sebab Cik (sem)Put datang bertandang, kena partikel debu air-cond sikit pun saya boleh batuk sampai muntah. Atau sebenarnya ketulah sebab selalu ketawakan orang² "salah konsep" yang takut sangat dengan flu babi sampai pakai mask sorang² dalam kereta (as opposed to masa berada di tengah public). Hehe. Ampunkan lah saya, strangers.

Oh udara segar, aku amat merindui mu

Ini gambar peknik tahun lepas, di tempat yang sama, exact spot... banyak makan time tu
OK sekian.... batuk batuk batuk batuk batuk

Sunday, 23 August 2009

Katirah lagi

Katirah dalam jag dan gelas

Katirah dalam tin (nenek saya kata tim, hehe)

Ahhaa... menarik kan? Belum ada kat kedai - tu kan tulis sample tu. Dan saya tak dapat rasa pun sebenarnya sebab bapak saya dah kapur semua. Dia kata rasa ok. Tapi dia cakap ayam kicap saya ok jugak (akan diceritakan kemudian). Kalau dah ada dalam pasaran nanti, ingat-ingat lah kat kucingorengemok cos you've seen it here first! (Ye-ye-oh je, sekali orang lain dah lama minum, kah kah).

Saturday, 22 August 2009

Selamat berbuka

Kucing mak tengah berbuka, satu waktu dahulu masa kamera masih pakai filem
Clockwise dari pukul 12: Marilyn (as in Monroe), Sunkist (yes, ini KOG yang sebenar), Oreo, Anak Kakak 1, Kakak, Anak Kakak 2, Anak Kakak 3, James Dean dan Lollipop

Selamat berbuka!
ps: dah berapa juz ngaji? ;)

Friday, 21 August 2009

30 hari mencari pahala


Selamat bangun pukul 5 pagi dan goreng sayur sambil kejam mata
Selamat berbuka sampai perut sendat tak boleh bergerak
Selamat menyambut Ramadhan al Mubarak

Gambar hiasan, hik hik

Wednesday, 19 August 2009

Kuih buah melaka

Projek masa sihat - delayed telecast

1) Blend daun pandan dengan sedikit air

Warna original... cantik, bau pun sedap!

2) Tuang pada tepung... err, tepuungg... tepung pulut kot? :p

3) Gaul gaul gaul
Teringat pulak Azian Irdawati ajar Jasmin buat kuih dalam cite Kak Kiah Oh Mak Kiah, hehe

4) Sementara tu sediakan gula melaka, potong kecik-kecik

Tepung yang dah siap digaul dengan air pandan
Apasal tiap-tiap kali edit gambar, warna hijau tu jadi lain tone dia, eh? Fail!

5) Cubit sikit tepung, bulatkan, leperkan, tepekkan sebiji gula melaka kat tengah-tengah, bulatkan semula
Abaikan tapak tangan sebesar dulang itu, tu bukan tangan saya, haha

6) Bila dah dibentuk, golek-golekkan sikit atas tepung
Ada motif la ni, tapi saya tak pay attention jadi tak ingat untuk apa, heh

7) Cempak dalam air yang dah mendidih atas api
Tapi jangan cek selalu dan jerit, "Apasal tak naik?" tiap-tiap 15 saat, nanti tauke naik angin
(Saya, ehem, tak pernah buat camtu, ehem)

Bila dah masak kuih tu akan naik sendiri - ala semua orang pun tau kan

8) Lumurkan dengan kelapa parut... lumur ke? Tabur? Gumpal?

9) Siap

10) Kemas dapur :|

Saya hanya seorang not-so-happy helper dalam projek mini ini, kena kemas dapur. Takkan project manager nak buat kerja macai kan, hehe. Oh. Oh. Baru teringat nampak gambar tu - kapur ada digunakan dalam resepi ini, tapi tak ingat masuk tang mana. Pergi la gugel sendiri cari resepi yang betul, hehe. Esen pandan dalam gambar tu pulak buat dummy je, tak guna pun sebab rasa pandan asli dah cukup rupanya. Botol prego bawah plastik biru tu adalah model dalam edisi yang lepas.

Kalau jalan-jalan kat pasar buka (tak berapa selera nak panggil param), dan nampak kakak comel dengan abang besar jual kuih buah melaka, boleh jadi itu kami. Heehehehe.