Monday, 29 June 2009

Hassan Tomyam

Hassan Tomyam
Jalan Raja Abdullah, Kampung Baru, KL
(Area dekat² Masjid Kampung Baru)

Saya makan kat sini sejak turun temurun. Dengan turun temurun maksud saya, zaman kakak kedai tu baru anak satu, sampai dah anak dua dan anak² dia pun dah sekolah rendah sekarang ni.

Selain makanan dia sedap, Kak Nah tu pun selalu pernah sekali puji baju saya lawa. Sebab tu saya datang lagi, dan lagi, dan lagi, dengan harapan dia puji lagi. Tapi takde pun. Heheh.

Kerapu 3 rasa yang menggoncang jiwa

Kerabu mangga yang pernah buat saya menangis... pedas

Telur dador

Sotong goreng tepung wallaaaa

Total dalam RM 30+ rasanya, bergantung pada saiz kerapu. Kedai Hassan ni (patutnya Hat-tan sebab laki Kak Nah tu rupa macam artis lah) tak grand pun... kerusi meja biasa², deco² ni virtually tak wujud, kebersihan mungkin tahap B. Tapi layanan ok. Makanan superb.

Pendek kata, sampai laa ni saya belum jumpa kedai makan Thai lain, walaupun sedap, yang dapat exceed kesedapan kerapu 3 rasa kat sini. Tapi tu pendek yang kata, panjang tak kata apa²... (lawak Pie dalam Soal Hati, zaman Afdlin kurus belum berapa besor). Heheh.

Saturday, 27 June 2009

Wak Dan

Kedai Wak Dan
Sebelah Petronas Pagoh, Muor

Sebenarnya kedai ni tak ada nama pun. Tapi saya tahu tauke dia nama Wak Dan (pasal dah selalu singgah). Kami simpan nombor telefon Wak Dan - untuk telefon, cek nasi dia ada lagi tak. Sebab kalau lambat tiba, dalam pukul 9 lebih semua dah licin. Tapi kami tak simpan nombor ah long pinjaman berlesen tu. Ada lagi eh orang pakai nombor 010? Nombor macam tu kan ke zaman henpon besar batu bata dulu?

Lauk special kat sini ialah nasi lemak dan lontong. Nasi lemak dia letak kari. Kawww. Ayam goreng pun sedap. Kita orang biasa orda nasi sorang satu dan ayam goreng lima sepotong sorang (tolong lah percaya!).

Saya pernah tiba lambat, nasi dah habis, lontong dah habis. Wak Dan dengan penuh rendah diri buat roadshow dari satu meja ke satu meja, mintak maaf sebab benda² tu semua dah habis, "Tinggal mi siam je, takpe ye? Takpe? Mintak maaaaaaf lah banyak²". Tersentuh hati dengan cara orang kampung berniaga.

Sila, sila...

Saya tak orda lontong, tapi curi gambar ni dari Hantu Makan, hehe... alah, dia tak marah punya ;)

Pada saya, kurang erti balik Johor kalau tak singgah kedai Wak Dan
Bye-bye Wak Dan... I love uuuuu, kih kih (malu²)

Maka Wak Dan pun pengsan

Thursday, 25 June 2009

Nasi lemak

Setelah beberapa lama tak lalu Jalan Ampang, saya baru perasan Nasi Lemak Antarabangsa dah ada cawangan (yang hip!) kat tepi Ampang Park. Dah lamaaaa dulu, saya pernah sekali makan nasi lemak ni kat Kampung Baru. Tak berapa ingat dah rasa dia macam mana. (Tapi agaknya kalau sedap betul, mesti la saya selalu pergi lagi kot?).

Yang saya ingat ialah kejadian drama sebabak masa saya nak pilih ayam. Tengah terjengah² nak cari peha/kepak... tiba² brader Antarabangsa tu macam tak sabar dan sound saya, "Ambik je la tak payah pilih², mana² pun rasa dia sama". Ehhhh? Cantiknya bahasa, kata P Ramlee. Saya pun tak suka orang pilih lauk lambat² (lapar la), tapi masa tu takde siapa beratur belakang saya. Saya tak menyusahkan siapa². I can take my own sweet time. Tak ada kena mengena dengan orang sebalik kaunter sana.

My point? Entah. Tapi itu yang saya ingat setiap kali dengar nama Nasi Lemak Antarabangsa Kampung Baru, walau dah hampir sepuluh tahun. Kalau saya ada bisnes, tak nak kot orang ingat bisnes saya dengan cerita macam ni, walaupun amat petty. Apa pun, bagus lah dia orang dah berjaya buka banyak cawangan. Mungkin kalau rajin satu hari saya akan re-cuba. Takkan abang garang tu kerja situ lagi kot? Haha. Takuuuuuttt :p

Nasi lemak singgit, takde sapa nak marah makan nasi ni sebab takyah pilih ayam, hehe.

Wednesday, 24 June 2009

Khidmat percuma

Oleh sebab saya seorang warga yang sivik, semalam saya buat khidmat percuma untuk DBKL. Dan Perbandaran Putrajaya. Tak lupa juga lorong tengah PLUS, lebih kurang 40km stretch. Sebab kain saya tersepit kat pintu kereta dan tersentil keluar dan menyapu bersih jalan² di tempat² yang saya sebut tadi.

Ke manakah tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi. Sekian dilaporkan. (Sambil angkat² lengan sikit gaya reporter yang itu tuuu).

* Entri ni tak cerita pasal makan, jadi kena jugak sebut "kuah" dan "nasi" untuk mengekalkan konsep makanlah, apa lagi yang diamalkan selama ini. Terima kasih.

Sunday, 21 June 2009

Al Andalus

Restoran Al Andalus
48, Jalan Damai off Jalan Ampang
Satu jalan dengan Al Rawsha

Koordinat:
E 101 degree 43' 7.6"
N 03 degree 9' 54.7"


Ye ye je orang Arab makan siakap...?

Saya suka sangat gambar pakcik main kompang ni. Masa saya kawin orang kompang datang lambat. Time pengantin lelaki tiba suasana sunyi sepi. Mungkin jugak orang terpegun tengok gantengnya pacarku auww. Kah kah kah. Kita orang tengah makan baru pakcik² tu sibuk berjidor kat luor. Sudah lah pakcik... nyampah! (Maaf, tidak ada kena mengena dengan restoran Arab, heheh).

Tempat makan yang ni namanya Moroccan Hall. Boleh golek².

Pernah nampak air-cond kaler merah?
Kat sini semua benda merah, ok. SEMUA.

Kopi Arab, pahit dia sikit² macam kopi Belalang (kikis bontot periuk)
- hanya untuk yang berhati cekal

Chicken kabsah

Lamb maghdout. Suara latar kata: maghdout, maghdout... madghout lah!
[Mana aku tau, aku bukan orang Arab]
Rasa dia macam beryani kat kerja kawin je

Chicken mandy

Lamb kebab yang buat saya nak menitik air mata
Dua helai tu je kambengnya? Nasib baik bukan saya yang orda, haha

Seorang bengong telah memesan lamb chop steak kat kedai Arab
Sukati kau lah labu
(Ye, nama dia lamb chop steak, macam tamak kan?)

Makan-makan-makan
Lepas makan boleh round² buat gaya peghak lagi

Ruang makan yang luas - restoren ni asalnya rumah banglo
Dalam bilik air dia pun ada bath tub! (Gambar tidak disertakan)

Very cosy, dengan langsir²nya tu, rasa macam pergi makan kat rumah kawan je



OK. Makanan kat Al Andalus ni biasa² je, harga lebih kurang dengan Al Rawsha. Layanan tak macam raja tapi tak lah ngok-ngek sampai rasa nak lempor dengan sudu. Tapi dari segi deco dan suasana... saya kasi A. Ke, masa kita orang pergi tu tak ramai orang lain, jadi kita orang boleh buat macam kedai bapak sendiri? Hehe.

Dengan ini saya mengisytiharkan saya nak berpuasa dari makan makanan Arab sekejap. CUKUP lah! Nasi mandi, nasi kabsah, lauk kambeng semua dah nak sampai ke hidung. Lepas ni bagi saya makan otak², lontong, lauk ulam, nasi ayam dan mi siam sahaja... Panjang ni list nak kata "sahaja" ek, hehe.

Sapa nak menari gelek² gi gelek jauh². Dah. Shoooh, shooohhh.

**PUASA**

Saturday, 20 June 2009

Balkoni


Suatu subuh yang hening

Rasa macam pernah baca buku cerita tajuk macam ni dulu. Dalam dia ada cerpen Azizi Haji Abdullah. Ada ke? Saya rasa memang ada, saya ingat, sebab bapak saya bagi suruh baca. Masa tu umur saya 9 tahun. Ada cerita Sami Mekong versi cerpen (asalnya novel). Ish ish, abaaahh.. abaahhh... tak cek dulu dah suruh anak baca. Siapa tak tahu Sami Mekong pergi google, siapa tahu diam². Zaman kanak² saya dipenuhi mimpi² gelap sebab banyak baca buku² Tukya ni. Bbrrr... (gigil sikit).

Kopi o secewen

Saya jakun dengan tim tam ni sebab dia seddaaaappp

Ni pun tak abis best lagi, ada lagi satu jenis - Sweet Surrender Creme Caramel (Arnott's jugak) laaagi best. Harga pun best jugak. Satu bungkus RM8.90. Adakah Tipah sudah tertipu? Tim tam memang mahal macam ni ke?

Tak payah pergi jauh² untuk menikmati keindahan alam

Kata seorang sengkek yang dah kena pow beli biskut mahal

Friday, 19 June 2009

Kek coklat 5 minit! Kek coklat 5 minit!!

Saya dapat e-mel. E-mel tu kata ada cara mudah buat kek coklat. Kenapa ek, saya suka layan e-mel² yang isi dia macam kartun ni? Hihi. Baiklah puan², tanpa berlengah lagi, mari kita lihat bahan²nya:

4 sudu besar tepung
3 sudu besar gula
2 sudu besar koko
1 biji telur
3 sudu besar susu
3 sudu besar minyak jagung
3 sudu besar chocolate chips (optional)
secoet vanila
1 biji gelas (mug) besar

1. Masukkan bahan kering ke dalam mug dan kacau rata.
2. Campur telur, kacau lagi.
3. Campur susu dan minyak, kacau lagi.
4. Kalau suka, masukkan chocolate chips. Dan jangan lupa vanila, kacau lagi (baik² jiwa kacau lepas buat kek ni).
5. Masukkan mug ke dalam mikrowave dan masak selama 3 minit. -- Saya tak set suhu apa² pun, dah namanya mikrowave, pandai² la dia setting sendiri kot.

Selingan: chocolate chips tu saya simpan dalam bekas comel ni. Saja nak kata, chocolate flavoured halawa tahinia ni sedaaap.

Baiklah, berbalik kita kepada kek tadi. Wooo, dia melembung tinggi ooo (buat gaya jakun). Dalam hati kata, nasib baik tak pakai mug kecik tadi.

Sekali cungkil nak keluarkan dia bolos ke bawah. Apakaaaahh??

Rupa²nya kek ni besar penumbuk je. Saya ingat penuh satu mug. Walaubagaimanapun (ngeh), tekstur dia nampak macam keras dan kering sikit dalam gambar kan? Itu kerana ia memang keras dan kering sikit di luar gambar. Sedap tu sedap jugak - of course tak lawan kek normal kan - tapi kena makan masa panas², tak boleh biar sejuk. Kalau dah sejuk, selamat.

Saya rasa kek abnormal ni sangat sesuai untuk orang yang mengidamkan kek coklat sangat², atau tuan rumah yang nak eksyen² sikit kat tetamu ("Jap, aku gi dapur 5 minit, buat kek"). Keluarkan dari mikrowave, tengah panas² tu tepek dengan aiskrim... terus hidang. Magis.

Tuesday, 16 June 2009

Bab Al Hara - Nasi Arab

Bab Al Hara lagi
Kali ni makan nasi pulokkk

Selamat datang ke Sungai Chuah
Home of good food (tak la sangat), friendly neighbourhood and everything cokia
Heheh... sangat merapu, overdose nasi Arab gamaknya

Ni haa, kabsah kambeng yang telah lama kutunggu², RM12

Sambal cili-tomato, agak masam
Alamak... adakah kejadian ini berulang kembali?

Tapau makan kat rumah je. Untuk mengekalkan keArabannya kenalah makan dalam dulang. Eh, Arab makan dalam dulang ke? Ada kot, Arab Jawa makan nasi ambeng. Oh. Kabsah dia sedap la. Tapi dalam kesedapan itu, macam ada sikit kurang rempah. Atau mungkin saya dah terlebih makan nasi berempah jadi deria rempah saya dah cupul.

Ada beberapa orang Budak² Cun dari flet tepi² ni dah makan tabuleh dan cornish hen dia jugak. Review mereka adalah: OK. OK je? Teh o ais dia kasi dengan tea-bag sekali. Keh keh. Ambik kau.

Tambahan: Menu dia tulis Arabbb daaa (stail Sudin). Tapi jangan takut sebab dia ada pekerja Melayu. Boleh je tanya budak tu apa-apa yang patut. Jangan jadi macam Ah Poh budak kurus yang terlopong tak reti nak order apa bila makan kat sini. Selamat mencuba (makan, bukan melopong).

Update 2011 - sudah tutup!

Monday, 15 June 2009

Ayam Bakar Wong Solo

Pusat Bandar Bangi
(Belakang Old Town, sebelah blok Hospital Azzahra/Hospital Annur)

Mula² dulu saya pergi Wong Solo kat Taman Dagang, Ampang... sebelum tu saya ingat nama kedai dia "Solo" je. Bila nampak perkataan Wong, dah mula cuak - "You kata kedai Indonesia, ni apa pulak Wong Ah Fook ni?". Oh. Tapi bawahnya ada tulis halalan thayyiban.

Walaupun nama kedai dia Solo, tapi pakcik tauke dia ni famous dengan berpoligami (check out: jus poligami - jus buah² campur je tu, jangan takut!). Saya pernah terbaca gosip katanya dia ada 1 isteri kat setiap tempat yang ada cawangan kedai dia. Bukak kedai, pastu kawin dengan waitress yang paling cun situ. Haha. Pandai² la korang. Logiknya, mesti la dia bukak kedai kat mana isteri² dia tinggal, ye tak?

Ada ura² lagi, kalau ada pelanggan berpoligami datang bawak semua isteri² makan sekali, boleh makan free! Waah. Kawin banyak sambil berjimat. Eh. Offer ni untuk cawangan² di Indonesia saja. Dan namanya ura², ya incik². Takyah nak over excited.

Wortal! Haha

Kita orang dengan sifat bosan dan mendatar order sirap dengan teh o ais je, chehhh

Menu macam² ada

Ayam bakar, sambal & kicap tu kick abis

Empal sapi RM5.50

Terung balado - aaaaa SEDDDDAP!!

Ayam penyet, nampak mild tapi pedasss


Yang krap krup dia tabur atas ayam tu melekat rasa dalam mulut
Rasanya benda tu la buat orang (saya!) terkenang² nak datang lagi, hehe

Tahu & tempe goreng dia sedap jugak, takde dalam gambar
Ada dalam perut

Harga kat sini reasonable. Makan 4 orang (menu gaya bebas) RM70. Kalau ambik set, untuk 3 orang dlm RM30+, untuk 5 orang RM50+. Boleh la kan? Ada jugak set untuk 7-10 orang. Jadi kalau mak-pak mentua datang dari kampung, atau nak belanja kawan-kawan masa harijadi ke, hari dapat bonus ke, boleh la datang sini. Janji dia orang minum air mineral botol je (kalau set, dapat air mineral).

Orang² pemalu macam saya boleh makan kat dalam ni ha... sukati la nak duduk bersila ke, nak berlunjur ke, takde orang kacau. Tapi kadang² ada jugak anak orang ngendap²... memang nak merasa kena cubit agaknya, tak alih² mengendap orang makan. Yep, saya boleh jadi stranger yang mencubit anak orang. Jauhi anak² anda dari saya :|

Restoren Wong Solo ni membuktikan teori "makan sedap servis teruk" adalah tidak benar. Pekerja dia semua sopan santun. Yang perempuan bertudung, yang lelaki bersongkok, kemas, bersih, takde bau ketiak (penting ok!).

Kedai dia pulak mesti ada tempat solat. Bagus, kan?

Apa lagi nak cerita ya. Setahu saya kat Malaysia ni, Ayam Bakar Wong Solo ada 3 cawangan - Bangi, Ampang dan Kampung Baru (yang ini takde tempat makan bersila tu, tak syoh). Kalau ikut stail poligami pakcik tauke, tak lama lagi dia cukup kan 4 lah kot. Hehe. Kakak² jangan marah. Tapi dah memang prinsip dia: Banyak Istri Banyak Rejeki. Baca la sejarah permulaan bisnes ni kat website dia, dari warung tepi jalan je. Motivational. Semoga bisnes mereka ni terus berjaya. Saya bangga orang Islam boleh berniaga macam ni.

Update koordinat:
E 101 degree 45' 20.3"
N 02 degree 57' 34.1"