Al Jazera, CBD Perdana, Cyberjaya
Saya tak reti la beza Arab Yemen ke, Arab Syria ke, Arab Edgeware Road ke
Teh Arab, ada daun mint
Chicken kabsah RM8 - adakah lebih sedap dari Saba? Hmm
Chicken matbi RM10 - ya, sedap!
Ayam tu dia dah goreng/bakar (tak tahu) dia golek² dalam rempah
Semua orang dapat sup
Dan lada... kadang² hijau, kadang² merah
Tak pasti la sup & lada ni memang cara Arab Yemen makan, atau dia pandai nak kenakan dengan selera orang Malaya. Sebab kalau restoran Arab lain, nasi dia orang kering, boleh tersangkut kat tekak. Kata orang Jawa, keseret.
Lamb zerken...? Zirbian? Zrbian? Zidane? RM13
Lamb matbi RM15... sedap oiii
Kambeng tu kalau cucuk² juicy lagi, lembut gila
Peserta The Biggest Loser menikmati lamb matbi... fuhhh, kalau (bakal) mak mentua lalu pun tak heran dah ni
Ada yang berkenan? Bujang lagi
Peserta ceria ni kerja di Setiawangsa Optometrist. Kalau nak berkenalan beli cermin mata, berlari²lah ke sana. Belakang kedai dia ada pasar tani tiap² Sabtu. Ada kambeng golek. Ini lain kali boleh cerita.
Ooo, balik pada Al Jazera ni. Kalau Rawsha digemari kerana nasi mandi, Saba kerana nasi kabsah (walaupun servis malu² kucing) ((ada suara² yang mengatakan kabsah Jazera tak sesedap Saba)), Jazera ni saya suka sebab matbi dia.
Dan servis dia bagus. Si waiter nama Ashraf - kita orang siap tau nama ok! - cekap dan tak terlopong je kalau orang cakap apa-apa. Dia pun rajin jugak nak cakap Melayu... kalau kita mintak ayam, dia tanya nak bahagian mana - pehe? kepek? dede? - dalam accent macam Syawal cerita Ahmad Albab lah. Kalau ada food yang lambat nak siap, dia bagitau awal² dan tanya - sanggup tunggu tak? OK lah kan, macam ni.



