Tuesday, 28 April 2009

Saba

Rupa terbaru - 2010
Koordinat:
N 02 degree 55' 21.9"
E 101 degree 39' 4.4"

Restoran Saba
Blok A1, Jalan Perdana
CBD Perdana, Cyberjaya
03-83202544

Grilled chicken togel
Belum sempat ambil gambar, peserta² yang rakus dah cabut dulu kulit ayam yang sedap dan rangup

Lamb kabsah
Kambeng dia nyorok dalam nasi, nasi panjang-panjang, lembuuut
Tak payah makan dengan kuah pun dah sedap, tapi dia memang kasi kuah tomato
Sepinggan besar RM20, boleh makan 2 orang, kalau normal... sorang kalau tamak

Lamb & chicken hanith
Dibungkus dan dimasak dengan rempah
Lamb hanith pinggan besar RM22
Chicken hanith pinggan kecil RM15

Lepas dah buka dari 'sampul'. Kecur tak?
Tapi saya rasa kabsah lagi sedap dan lembut

Makanan kat Saba ni memang sedap. Tapi mood boleh terganggu sikit dengan pekerja² (bangsa asing?) yang tak fasih bahasa Melayu dan Inggeris, macam tercengang² sikit. Jadi kalau makan kat sini tak payah nak macam² demand, orda je apa yang ada dalam menu. Sekian dimaklumkan. [Update kemajuan Saba - 10.09.09]

.
.
.

Tak payah la cerita kat orang lain, tapi saya dah minum worm water, haha!
Anda, bila lagi?

Monday, 27 April 2009

Macam-macam ada

Daging lembu ke kambeng ye? Tak ingat. 
Restoran Duyung, KDE, Ampang.

Ayam tak habis, Kluang Station.

Hari ni saya tak berapa ada modal lah.

Saturday, 25 April 2009

Nasi bungkus panjang²

Aci tak kalau letak gambar yang bukan saya yang ambil, tapi tertinggal dalam kamera saya? Siapa suruh pakai kamera saya, kan? Siapa suruh tinggalkan tak delete, kan? 

Tak ada cerita yang boleh disertakan dengan gambar² ini pasal saya tak tau apa² kecuali cara dia bungkus nasi ni kelakor.

Pada insan yang mengambil gambar ini, sila hubungi saya berkenaan hak royalti. Anda tahu siapa anda (dan saya pun tahu siapa anda, jadi orang tak berkenaan tak payah buat² mengaku, heh).

Monday, 20 April 2009

Line Clear


Macha ni jeling² pulak. Ishh, malu laaa... (kuis² kaki).

Nasi beriani


Nasi putih

Saya pernah makan kat sini. Sambil tutup mata. Hehe.
Mana tau line tak clear, ternampak tikus lari kat kaki ke.
Sebab tu ambil gambar lauk bungkus je ni ha.

Update koordinat:
E 100 degree 19' 56.9"
N 05 degree 25' 10.9"

Thursday, 16 April 2009

Selera Siddique

Selera Siddique (bahasa mudahnya Sidek)
Dekat Bank Pertanian, Bukit Pasir, Batu Pahat

Makanan kat sini biasa-biasa je. Banyak kali saya datang, banyak jenis makan saya dah order - soto, nasi goreng, nasi lemak sotong, semua tak membanggakan. Bukan tak sedap... tapi tidak SEDAAAAPPP dan saya suka makanan yang sedap². Kalau mi goreng ni, memang kena letak sos baru ada rasa. Tapi air dia kaw. Boleh teringat-ingat - teh serbat, teh tarik, nescafe tarik, sampai ke teh o pun ke-mamak-annya cukup. Jadi boleh dikatakan saya datang balik ke kedai ni untuk air dia lah.

Tujuh-lapan tahun dulu, ada sorang budak laki² makan kat sini dengan kawan² bujang dia (dia pun bujang masa tu). Tengah syok² berbual, tiba² ada bunyi dentuman kuat - ada accident dekat traffic light Jalan Bakau Condong (jalan besar kat situ). Ada kereta sudah langgar satu motor. Penunggang motor tercampak. Orang ramai nampak kepala terpelanting.

Apa lagi, KECOH lah. Semua orang - ye, semua orang termasuk pelanggan, tauke kedai dan abang² waiter dia - berlari nak tengok kejadian dengan lebih dekat. Dan dalam kesibukan itu, budak laki² dan kawan² dia telah terlanggar pulak meja tempat dia orang makan tu sampai botol sos tergolek dan pecah.

Sebab tu, kalau tengok dalam gambar ni... botol sos dah diganti dengan botol plastik. Tak pakai botol kaca Kimball lagi.

Dan penunggang motor yang kena langgar kereta tu, kepala dia tak tanggal. Dia bawa helmet lebih nak ambil tunang balik kerja agaknya. Helmet dia yang terpelanting.

Ini kisah benar.


Friday, 10 April 2009

Deli France

Saya selalu excited nak makan dekat Deli France sebab kebanyakan makanan dia (kecuali pastri, of cos!) ada sesungut.

Pasta chilli lamb with sesungut, RM 17.70

Pasta bolognese with meatballs and sesungut, RM 19.50

Thursday, 9 April 2009

Wednesday, 8 April 2009

Cendol Jalan Engan

Cendol Jalan Engan, Batu Pahat
07 - 4317 443

Koordinat:
E 102 degree 55' 34.4"
N 01 degree 50' 56.1"

Dia orang ni ada banyak cawangan, lagi satu dekat bas stand lama. Orang panggil cendol Pak O. Cawangan tu ada cendol jagung, cendol gelas (RM1.20) dan abc. Dan macam ada usahasama dengan kedai² sebelah, jadi kalau petang² boleh lah juga makan rojak dan nasi ayam. Cawangan Jalan Engan ni "pengkhususan" dia memang cendol saja. Ada pernah saya rasa saya nampak jari pakcik hantar cendol tu termasuk dalam mangkuk cendol saya tapi saya buat-buat tak nampak (bukan pakcik yang ni la, dia tukang kisar ais je). Hehe.

Dia org cater to majlis² kat rumah (ada minimum berapa mangkuk kena orda) macam kenduri kahwin, majlis hari jadi. Eh. Meriah apa letak stall cendol kat laman time orang tengah minang anak dara kat dalam rumah. Tapi saya tak tau lah ada orang nak cuba tak, lepas baca pengakuan saya kat atas tu. Hehe. Sorry, pakcik cendol. Tapi cendol pakcik sedap. Sungguh!

Tuesday, 7 April 2009

The Olive Tree

The OliveTree
Menara Hap Seng, Jalan P Ramlee
Makanan India Utara. Nala!

Popadum ala² jaga badan - 3 keping untuk 2 orang makan

Raitha buat cicah²

Nama benda ni exotic, ada bunyi Hindi macam Hyderabadi Kuch Kuch Hota Hei ke (tak ingat lah)... tapi sebenarnya beryani kambeng. Lazat! Tapi ada letak daun ketumbar dan pada tekak saya daun ketumbar rasa macam kumbang, jadi spoil sikit lah. Lupa nak kuis ke tepi.

Beryani ayam datang dalam belanga kecik. Kalau hidang kat mak mentua macam ni boleh naik taraf jadi menantu cemerlang.

Sepah tak? Budak umur 7 tahun makan ni, takkan lah saya. Hehe.

Sebelum bayar dia orang beri benda ni. Tak tahu apa dia. Jintan ke? Jintan goreng tepung? 
Nampak sangat saya ni peghak

OK lah restoran ni, lunch buffet satu kepala RM25. Kadang-kadang dia buat kebajikan bagi diskaun jadi RM16, kadang-kadang ada offer ambil 2 buffet, kawan ketiga makan percuma. Pastikan anda adalah "kawan ketiga".

Monday, 6 April 2009

Siri asam pedas

Episod 1: Asam Pedas Komando
Taman Dagang Avenue, Ampang (sebelah surau)

Asam pedas dia stail Melaka, letak alba dan limau purut. Set nasi + sayur + telur masin, dengan ikan pari atau ikan kembung RM8. Set yang sama, dengan kepala ikan merah RM14.  Harga ikan lain saya tak ingat. Dan kalau harga dah berubah sejak ekonomi meleset ni, saya kurang arif.

Episod 2: Asam Pedas Man Cafe
Kampung Baru, KL

Asam pedas pesen letak daun kesom. Nyum! Nyum! Ikan merah, bende, sotong comek = RM8.50

Ikan goreng, ikan masin, sayur, kuah meladong = RM5.50. 
Dekat sini banyak juga manisan untuk cuci mulut - puding, bubur sum-sum. Tapi tak syoh lah. Apa kelas makan puding sagu lepas hirup kuah asam pedas.

Episod 3: Asam Pedas KOG
Siapa kata ayam tak boleh masak asam pedas?

Episod 4: Asam Pedas KOG Lagi
Asam pedas ikan pari, versi Steve Irwin.