Thursday, 10 September 2009

Kabsah Saba


Ni weekend lepas punya kerja, rindu kat kambing Saba, hehe
Saba dah bagus sekarang, ramai pekerja Melayu, faham bahasa, komunikasi improved

Acar timun dan kuah lada dia
Lada kecik warna merah tu campak sendiri, sebab tak cukup pedas

Untuk makluman, Saba bukak pukul 4 petang - 2 pagi tiap² hari. Kita orang tiba situ dalam 4.43, kasi orda kat 'order station' dia (ada 2 tapi bukak 1 je) ((order station ok, bukan kaunter bayar, dia orang ada sistem sekarang, wuhuu!)), dah orda dapat nombor, 2259. Lepas tu duduk lah melanguk tunggu orang jerit nombor kita tanda food dah siap. Orang yang menunggu sebelum kami rasanya lebih 20 orang. Sabar je la, kambing punya pasal kan.

Dah setengah jam macam tu, nombor yang dia panggil dah caca-marba. Dari 2245 naik 2249, kang tiba² 2253, lepas tu 2260. Aihh? Tapi ye la kot, kalau orang 2247 order lamb hanith yang masih dalam oven, orang 2249 order grilled chicken yang dah siap di-gril, tentulah 2249 dapat dulu, kan? Dia orang bukan masak sekor² bang, dia masak sekawah, dan tiap² makanan tu preparation time mesti tak sama.

Tapi ramai orang dah tak puas hati. Apa guna sistem nombor, dia orang komplen kat budak arab jaga kaunter, tah budak tu paham ke tidak, haha. Kita orang tengokkan je, sambil ketawa² kecik dalam hati (wah, evil sungguh rasanya). Nombor dah lompat 2265, tiba² satu abang dah hilang sabar, dia mendengus lempar slip nombor dia kat meja depan kita orang, terus hentak² kaki blah. Heh. OK, taklah lempar kuat mana, kertas sekeping je, tapi kena la drama skit.

Tengok nombor dia, 2250... dia tiba 4.33 - 10 minit lagi awal dari kita orang. Tak sampai 1 minit abang tu blah, budak waiter jerit "2250! 2250 siapa?". Kita orang: dah balik kot. Budak waiter angkat bahu, letak je food tu kat meja. Kita orang pun ngendap: lamb kabsah 1, chicken kabsah 1. Pandang². Amacam? Buat lauk sahur? Set.

"Abang 2250, terima kasih saya ucapkan. Disebabkan abang tak sabar 1 minit, saya tak payah bangun awal masak sahur hari tu, kih kih".



* Kami dapat pesanan 2259 nak dekat 5.30 petang
** Kami tak curik makanan abang tu, kami bayar :p

35 perut lapar:

Aliza said...[Reply to comment]

susah kan bila org tak reti nak guna akal bab2 mcm ni... :-)

takper la... rezeki awak kan. walaupun bayar sendiri, tak payah tunggu berjam2 utk tambah order and dpt gak makanan yg sedap utk sahur....

alhamdulillah.... ehehehehe ;-p

Lya Colours said...[Reply to comment]

wargh demi kambing sanggup menunggu
naseb baik i x mkn kambing uuuu
hehe

afendi ariff said...[Reply to comment]

menu sama ke?ke main amik je psl nk cepat?hehhhhh.......

Nizam.Ariff said...[Reply to comment]

Nasib baik ada nota kecik di bawah tu... aku dah anggap brader tu dah bayar tapi blah tak ambil pesanan...

CATZ said...[Reply to comment]

so banyak le food ko..yg ko order dgn yg abg tu 2250 tu punya??
ehm....lebih afdal anto kat jiran sikit...kihkihkih.
before puasa aku pi saba tapi dia tutup, end up pi aljazeeera. tapi saba lagik sedap kot.

en_me said...[Reply to comment]

memang kambeng tewww.. ahaks

hantumakan said...[Reply to comment]

bila aku nak rasa makanan yg kau citer2 ni suma?

rinnchan said...[Reply to comment]

Kami masih bertahan tidak berbuka di luar/restoran dan membeli makanan di luar...terutamanya dari PARAM.

Marisa pun masih bertahan untuk hari yang ke 20. Siap laaaaa....kena bagi EXTRA duit raya. Kebetulan end of month ni bday dia pulak tuuu. Dia dah buat list nak prezen apa kalau cukup sebulan posa dan utk hadiah bday....

Ari ni juga last day UPSR utk acik Alya. Petang ni boleh campak beg sekolah yahoooooooo !!!!!... Budak kecik ni dah 2x menang hadiah tulis cerpen online PTS Publication Sdn Bhd utk tahun ni !! Tahu dia tulis tajuk apa? 1. Apa Yang Hilang? 2. Operasi Rahsia. Sekian.

myself said...[Reply to comment]

elakkan membazir, bagus tu...

KOG, ths my new link yaa...
dah tukar
http://tawaketawa.blogspot.com/

Insyirah said...[Reply to comment]

Haihh, dalam bulan puasa pun tak boleh nak sabar langsung brader tu.

Didie said...[Reply to comment]

lawak lawak.. tuler, orang bersabar selalu untung ;-)

eddie dewanaga said...[Reply to comment]

beb, dengan gambar2 terselit, gaya penulisan yg bersahaja dgn bahasa yg mudah... gua rasa blog ni dah mencapai kepopularan sama dgn blog puan tijah pailang seremban tu.

nice job!

ain said...[Reply to comment]

ishhh...kalau cam ni, bolan posa tok le gi saba...nant kurang sabar!!! hihi

dillazag said...[Reply to comment]

lamanya tunggu babe. takpe lah.. yang penting puas.. :)

haniss said...[Reply to comment]

macam sama jer taiming.....sabtu lepas pun kami berbuka dengan Saba gak. kul 4.15 dh tecangok sampai dpn kedai.....depa baru duk susun meja bagai....kol 5 dapat oder...lupa lak simpan nombor siri menunggu tu....heheheh

k.intan said...[Reply to comment]

salam leelin (ttp leelin tk nk tulis KOG hehe). wah bestnya mamam. akak belum lg dpt rasa tp dh plan nk pegi wkend ni kt jln jelatek nun, dia br bukak.

cik abg tu tk dpt hikmah sabo di bln posa ni. kan dh tk dpt mamam hehe

geraugebang said...[Reply to comment]

hebat, menu buka ngan sahur makan kambing.

kucingorengemok said...[Reply to comment]

Aliza - entah kenapa mood kita orang ok je pulak walaupun tunggu lama, nak cepat² pun tak guna kan, bukan boleh terus makan! haha

Lya - kalau makan, baru lah ko paham penangannya, hik hik

Afendi A - ambik dua²! kita punya buat buka, dia punya buat sahur...

Nizam A - haissh, tuduh je tau!

Catz - aku kasi 1 kat jiran sebelah, kes pulang mangkuk yang hampir² kukirakan mangkuk aku, haha... sapa suruh ko asik takde? fyi, jazira yang sedap is matbi, bukan kabsah

En_me - mmvvvveeekkkk!

Hantumakan - cari la kedai arab kat klang sana, sila sila

Rinnchan - kita org pun gi bazar sekali je, pastu tobat! beli kat kedai dah biasa je, tak sempat la nak masak, nak tengok sirah nabi lagi, hihi... wah terernya marisa! memang la patut dapat duit raya lebih... kasi la kita baca cerpen acik alya sekali (macam tak caya dia dah upsr, rasa macam kecik je lagi, darjah 4-5)

Myself - ok noted, sudah add :)

kucingorengemok said...[Reply to comment]

Insyirah - dah lebih 1/2 jam tunggu, hehe, sian dia

Didie - rugi abang tu kan, sikkkiiiitt je lagi

Dewanaga - hiks *blush* tima kasih :)

Ain - betul! sapa tak berapa nak cinta kat kambing, takyah la cuba²

Dillazag - kalau dapat cepat pun bukan boleh makan, hehe

Haniss - ye ke? kita berada di sana bersama², waaa kalau kenal rupa boleh buat jejak kasih!

K Intan - kawan² dari rumah lama je tau nama tu, hihi... ada kat jalan jelatek ye? jalan damai belakang balai polis tu pun banyak kedai makan arab

Gerau - badan sihat otak cergas (tak pasal² ek, haha) :)

|| syazwaniadnan || said...[Reply to comment]

oh 'terngiang'2 lagi kesedapan lamb kabsah. tak sempat makan time bbuka kt sana haritu, so kita makan dia time sahur! bertambah2 uuu :D

shaifulsafar said...[Reply to comment]

wah.... saya pun rindu gak dengan saba' nih...

hmm... sampai kul 2 pagi erk?... malam ni nak gi rojer la kot.... boleh buat makan tengah2 malam nih....hehehehehe

CATZ said...[Reply to comment]

eh betui ke nak pindah cempaka?
wowww...best tu..
kalau bagi ko apa2 pakai mangkuk cantik, ko isi dgn kabsah kambing kan..or minimum ayam mandy la..
ehmm..bagoz..bagoz....
tgh sedih lagi ni dgr cerita ko kutip kotak...isk..2 mangkuk dah menitik ayaq mata niii..
heeeeeeee...

ashley said...[Reply to comment]

KOG,
nak pi try makan bila habis Ramadhan nanti...

kikin_78 said...[Reply to comment]

hehehe tulah berkatnya sabar yer kucingorengemok...ahakss

kucingorengemok said...[Reply to comment]

Syazwani - ye benar! padahal selalu sahur macam tersekat je nasi nak lalu tekak

Shaifulsafar - harap² dia tak tukar jadual tetiba, hehe, paham² je la orang arab meniaga

Catz - tak confirm lagi... kootak lama²! koooootakkk lama²! [dengan tonasi suratkabar lama] ;)

Ashley - perlu berbekalkan kesabaran yang tinggi, hihi

Kikin - ahaakkks! sorry la abang 2250! :)

ibusinga said...[Reply to comment]

kesian abang 2250 tu ..balik rumah kena mesti marah dengan mak/bini/awek/etc dia...

Portdy said...[Reply to comment]

tuah ayam nampak di kaki
tuah kucing sapa yang tahu
tuah briyani kambing?

cikmanggis said...[Reply to comment]

hehe mmg untung orang penyabar ni...sabar tu separu dari iman!:)

blogresipi said...[Reply to comment]

Heheh. untung jugak korang yer ;)

abanglong said...[Reply to comment]

macammm bessssss jerrr !!!

Watierman said...[Reply to comment]

Kog...His lost is your gain!!!

kucingorengemok said...[Reply to comment]

Ibusinga - kih kih nasib dia la

Portdy - tuah kambing dok dalam perut aku, huhu

Cikmanggis - 45 minit tuuu!

Blogresepi - sapa suruh dia tak tunggu, hehe

Abanglong - memang best, sebab tu sanggup tunggu 45 minit

Watierman - balik terpaksa la dia singgah bazar mana² hari tu, hik hik :)

Anonymous said...[Reply to comment]

wah banyaknya entry restorasn arab dia.hhhmmm takleh jadi ni hari ni mesti pergi serbu

anyway restoran yang paling sedap makanannya,ni kira fabulous la,yang i pernah makan nama restoran tu bab al syams,dekat ampang, area ampang point, area banglow kat sana,tapi rasanya restoren tu dah tutup sebab tersembunyi sgt

kebsah dia mmg sedap,heaven,salad dia plak 7 ringgit tapi banyak gila penuh black olives very the 5 star ,memang tak pernah jumpa lagi la restaurant lain buat fattoush camtu

saya suka makan mixed gril...rata2 tempat rm25 la.dulu murah sket,skrang ekonomi krisis katakan

Khazinatul_Asrar said...[Reply to comment]

fuh,mmg best lah makan kat saba. puas hati!hehe. alhmdllh~

mkn lamb kabsah aritu kenyang gila kot.tp saya xmakan benda2 alah dia tu(acar buah?)hehe.

kucingorengemok said...[Reply to comment]

Anon - jalan damai tu memang macam-macam restoren arab ada, best!

Khazinatul_asrar - kan? kan? agak-agak weekend ni kalau nak pekena matbi kat jazira pulak, orang layan tak gaknya, hehe ;)