Sarapan kat hotel. Kalau nak orang putih sikit boleh panggil eclectic. Tapi dalam Bahasa Melayu mudah maksud dia dah-agak-muak-makan-gaya-ni-hari-hari.
Budak Lelaki Besor yang selalu makan dengan saya tu pun dah termimpi roti tampal. Dalam mimpi ngeri dia, orang kat Langkawi tak reti buat roti tampal, cuma tau buat roti telur biasa je. Apa punya mimpi ni?
Kita orang pun ronda² lah satu Langkawi dengan misi nak cari kedai sarap yang ada 1) roti canai dan 2) nasi lemak. Tiba kat satu kampung nama Kuala Teriang (jauh jugak berjalan ni). Kedai ni senang nak cari - ada signboard kosong je, takde nama. Betul² dekat tepi simpang Kuala Teriang-Kuala Muda.
Yang macam specialnya, kat kedai ni banyak pakcik² kampung dan banyak jugak pelancong. Dari mana ye? Macam jauh je dari kawasan hotel-motel.
Brader ni dengan isteri dia dekat 10 kali mintak maaf servis dia lambat (tak la lambat mana pun), sebab dia orang kerja berdua je - pembantu dia dah berhenti, lari gi kerja kat hotel.
Nasi putih, sambal sardin, sambal kerang, sambal tumis - meriah!
Nasi lemak
Budak Lelaki Besor tu kejap² hilang, kejap² hilang. Last² dia terjengol balik bawak 1 biji telur mata lembu. Saya tanya dia pergi mana. Dia kata dia pergi GORENG TELUR. Bior ye?!!
"Ye laaaa," dia jawab, "kakak tu sibuk, mana sempat nak goreng, I gi belakang dia kata goreng je sendiri. I goreng la". O my god. Dia tak tipu. Laki aku masuk dapur kedai orang gi goreng telur sendiri! Kalau saya tak tengah sibuk curik² dengar gosip Kampung Kuala Teriang dari pakcik meja sebelah, mesti saya dapat ambik gambar kejadian menakjubkan ni, boleh tepek kat blog. Rugi.
Kari ikan 2 tongkol, dan telur mata lembu goreng sendiri

Brader kedai ni sibuk tak sempat buat roti tampal, mintak roti kosong je
Teh ais yang entah berapa sen
Sebanyak² ni kita orang makan, total semua tak sampai RM15. Tapi tu agaknya dah termasuk diskaun gi goreng telur sendiri kot. Tak tau lah. Haha. Saya suka kedai kecik macam ni. Tuan punya nya macam gigih dan jujur betul cari rezeki. Layanan penuh warmth. Dengan gelak ketawa pakcik² kampung kat situ lagi. Simple pleasures.
Tapi yang pentingnya, kau orang tak tau erti SELF SERVICE kalau belum pernah goreng telur sendiri kat belakang kedai orang >:)


13 perut lapar:
hehehehe
lucu seh, self sevis betul ni...
tapi saya dah kompius ni...kucing greng gemuk ni lelaki ke pompuan errkk....
any way review yang kelakor
heheh...
sakit perut gelak depan pc ni!
sebab tu i kipas-nak-mati bog ni dr dulu!!!
ps- ingat boipren lama org kuala teriang! ahakkkssss!
gua jadi seronok masuk sini...
gua suka tgk org kita gigih rajin tabah bila meniaga khasnya food biz ni...
waaaaa goreng telur sendirii? uiii bulum pornah dongar ni.. klau gi langkawi pas ni kena usha kedai ni ler gak..
ermmm terliur aku ngk gambor2 kat sini...best!!!
sangat selamba goreng telur sendiri.. hehe..
aku rasa org langkawi memang berbudi bahasa ler. i went to Kantan Restaurant (yg restaurant dia ala rumah melayu lama tuh). patrons masatuh ramai mat salleh. but kakak yg melayan kitorang tuh tak kerek pun. dia pun berkali2 minta maaf sebab service lambat. peramah pula tuh. rasa macam makan kat rumah sedara mara pulak.
Laaaaa..... awat tak mintak lelaki bertubuh besar aka gemuk itu buat ulangtayang penggorengan sendiri. Uisshhhhh....tak pe tak pe..lenkali kalau ada peluang tergempar, krinn nak suruh laki krinn buat adegan yg ingin kita kihat itu..alamak !!!!! laki aku tak pernah masuk dapur! tau ke dia nak goreng teloq ????
PS : Oleh kerana anda telah bertukar profesen dari tukang masak sambilan kepada wartawan JJCM, maka ada berhak menerima award. Sila amik di galeri krinn..keh keh keh... homework tu kalau rajin buat ler..
Salam,
telur boleh goreng sendiri memang cun. cuma baju lepas tu berbau hangit sikit tu yang tak tahan tu.
tu dapat diskaun tak goreng sendiri tu he he
Entryku kali ini
Hari Rabu hari bersukan
Waktu untuk keluar peluh
Kita bermain nak cari kawan
Bukan untuk mencari musuh
Wak,
kita pun promote habis KOG. ramai kawan kita baca. Especially orang yang berketurunan ek. Suka ya amat diaorang.
Nice one KGG. What a lovely find! ;)
wah....banyak nya tmpt mkn ko discover kat LGK...
masuk dapur goreng telur?.
hehhehehehe......best gak kedai cam ni..
lawa je telur goreng tuhh...
lenkali ke langkawi bleh try..
hehee
Goreng telur... sendiri, atau
Goreng... telur sendiri?
Hahaha...
Post a Comment