Wednesday, 25 November 2009

BBB Tomyam

BBB Tomyam
Seksyen 1, Bandar Baru Bangi
Dekat² Surau An-Nur/Darul Syifa

Kedai siam suka betul stail deko gini

Jus tembikai

Saya tak gemor la kedai makan bagi air dalam gelas kurus berkaki ni, rasa macam air dia sikit no... 2 kali sedut je abis. Kat sesetengah kedai, mulut gelas tu macam ada sopak² hitam. Iiicckk, nasib baik kat kedai ni takde :)

Telur bungkus

Paprik campur

Kerapu 3 rasa
Dalam angle yang gagal membangkitkan selera

Lepas Hassan (juara!), tempat kedua dan ketiga sama² disandang oleh BBB dan Kedai Narimah kat Cherating - tak berani letak placing sebab dah lamaaaa sangat tak makan kat Narimah ni. Tah ada lagi ke tidak kedai tu. Kami mengalu²kan tajaan makan di kedai tomyam seluruh pelusuk Tanah Melayu oleh sesiapa yang berani cuba menjatuhkan Hattan Hassan Tomyam, Kampung Baru.

Tuesday, 24 November 2009

Restoren Salam

Restoren Salam
Sebelah Bintang, Sungai Chua, Kajang

Melayu kan, nak jugak tepek sambal tumis tu

Aaa, bestnya makan alas daun pisang


Monday, 23 November 2009

Adam Seafood


Adam Seafood
Medan Selera Seksyen 2
Belakang/tepi/sebelah (tapi masuknya ke lain) pasar Bandar Baru Bangi

Kusyuk mentelaah menu


Kerabu mangga (4/5) dan kerapu 3 rasa (3.5/5)

And, star of the day:

AYAM FUJIYAMA

Pergaduhan kecil berlaku tentang gaya senaman terbaik untuk ayam jepun ini

Dari mana ayam semerah padi fujiyama ni dapat nama tiadalah kuketahui, sebab malas meng-google. Rasa sangat lemak dan butter-y. Kulit dia garing. Siapa health conscious tak makan kulit ayam, meh kasi saya (tanpa disertai ceramah kesihatan, ok, terima kasih).

Tapi sos-nya MANIS. Saya rasa ni adalah satu minus point. Ayam sahaja saya beri 3.7/5, oleh kerana sos dia manis terpaksa turunkan 3/5. Kalau dapat sambal pedas² sikit, mungkin saya naikkan 4-4.2/5 markah. Cecah dengan sos cili maggi tak kira.

Huh! Ngeri tak?
Lebih mengerikan adalah orang yang makan kat sini 2 malam berturut²
dan nyorok² belakang menu bila budak kedai datang nak ambik order

Hihihi, sapa entah ;)

Sunday, 22 November 2009

Ooo-som kesom

Hari tu kat kampung, kakak ipar bawak secekak daun letak atas meja. Hijau, gemok². Saya pegang², tengok². Daun apa ni? Saya dah tak kenal daun kesom segar. Sedih tak? Asyik dapat beli yang layuuu je, dah kurus². Padahal makanan ruji tu. Maka terdetik di dalam hati nak tanam pokok kesom sendiri.

Ni baru intro, rendam jap kasi tumbuh akor

Huh. Korang gelak lah. Besok² aku dah ada ladang kesom 15 ekar, jangan nak terkeseng² datang mintak daun kesom sebatang... selai pun aku takmo kasik. Hmpphhh.

Asam pedas ayam



Saturday, 21 November 2009

Cream cheese butter cake


Item #1 dari uncang tengku nila - dried roselle

Saya pernah minum jus roselle, tapi belum cuba yang kering. Bau dia sedaaap sangat, ada macam bau asam kecut sikit, tapi rasa mmm, agak pelik. Saya expect rasa macam asam kecut lah, tapi roselle ni tak masam, manis je. Maka macam tak kena nak makan macam tu je (ke memang ada cara lain tapi saya peghak tak tau?).

Sebab bau dia sedap dan warna dia cantik, datang la idea nak tabur atas cream cheese butter cake yang saya buat hari tu. Saya racik² dan tabur lepas bakar kek lebih kurang 30 minit, tak nak tabur awal² takut dia tenggelam konon. Hasilnya:

Roselle tak mesra dengan kek dan nampak macam LADA HIRIS!
Kah kah, tu lah memandai sangat kan

Bau dia tak naik pulak kena bakar
Tapi kek tu sedap ;)

200g butter - 200g cream cheese - 250g gula halus - 5 biji telur - 250g tepung gandum - 1 sudu teh baking powder - sedikit jem untuk hiasan (saya ganti dengan dried roselle) : Pukul butter, cream cheese dan gula hingga sebati - Masukkan telur sebiji demi sebiji sambil terus pukul perlahan - Kaupkan tepung dan baking powder (dah ayak bersama) hingga rata - Masukkan ke dalam loyang dan hias dengan jem - Bakar lebih kurang 45 minit ke 1 jam

Ada idea lain apa nak buat dengan dried roselle ni?
(Tanya orang yang malas buat research sendiri)

Friday, 20 November 2009

Uncang


Uncang apa itu mak?
Uncang bekalan Tengku Nila, dia suruh kita masakkan :

Aii, Puspa, agaknya yang kau bawak balik ni, anak raja gila tak? *

Tengku Nila* ni bukan orang gila mak, tapi orang yang bijaksana. Ini musti ada satu muslihat yang kita tak tau. Takpa mak, biar Puspa asingkan barang²nya -

1 - dried roselle
2 - earl grey bergamot tea
3 - soursop flavoured tea
4 - strawberry flavoured tea
5 - fruit jam
6 - petai
7 - nyonya asam curry paste
8 - rempah beriani sernan
9 - beras basmati
10 - rempah gulai nasi dagang
11 - beras nasi dagang
12 - rencah mi bandung muar
13 - keropok

OK dah asing², sekarang boleh saya kahwin dengan anak raja? ;)



* references to Musang Berjanggut
* sambung main masak² dengan HantuMakan sebab masa darjah 4 dulu tak sempat main, dia pindah sekolah lain
* thanks, kawan! [Tengku Deris pesan suruh rajin² kasi uncang lagi supaya kami dapat jimat duit belanja dapur]



Sekarang mari kita nyanyi sama²:
Pura cendana, Pura Cendana negeri aman dan sentosa
Alam Syahbana, Alam Syahbana nama seri paduka baginda
...

Thursday, 19 November 2009

Ginger snaps

Lagi makanan di kala sejuk
Pedas, berangin, hilangkan rasa mengantuk :)

Sipahh

Sipahh flavoured straws
Khas untuk orang² anti-susu

Apakah?
Straw berperisa untuk digunakan (/diminum) dengan susu kosong

Ini rupa straw perisa strawberi
Letak dalam susu kosong - SIP - and say aaahhh

Saya sendiri tak kisah minum susu tanpa perisa, kalau sejuk lagi sedap. Tapi kalau dapat main² macam ni best je! Lagi pun ada flavour yang tak ada pada susu kotak biasa. Saya agak kalau flavour-nya 'kena', minum dengan coke pun sedap kot (macam vanila coke).

Ada banyak perisa, antaranya strawberi, karamel dan pisang (ooo, nyum!)
Boleh dapat di Giant (tempat lain tak tahu, belum pernah jumpa), bahagian susu/air kotak
1 kotak RM5.90 untuk 10 batang straw

Orang lain dah blog dulu pasal Sippah (hai snv!) :)
Dan terima kasih Ah Foh sebab memperkenalkan Sipahh pada kami

Wednesday, 18 November 2009

Jumpa

Jumpa
Jalan Perak, KL
[Belakang Life Center, seberang Hong Leong/Rohas Perkasa]

Sarapan kat Jumpa
Tengahari pun ada macam² - nasi campur, nasi ayam, nasi kukus

Malam jadi tempat persinggahan orang balik clubbing

Pagi² ada roti canai juga, malas orda sebab sedikit lemb-

Tey tarik bungkus, untuk minum², mabuk² kat ofis (bukan minum sorang!)
Lepas minum tidor bawah meja